Start petang Rabu, aktiviti saya jadi penuh tiba-tiba. Ini semua disebabkan suami menduduki final paper utk sem ini bagi kelas Master dia. Oleh kerana exam dia tamat dalam jam 4 ptg lebih dan nak balik ke Gombak untuk mengambil Husna segera agak mustahil kerana sudah pasti dia kena meredah jamm waktu orang berpusu-pusu balik kerja. Husna pula abih belajar jam 3.40 petang. Saya fikir silap haribulan jam 5 petang lebih baru dia sampai sekolah Husna dan waktu ni pula takut Husna dah keseorangan di sana. Jadi saya tawarkan diri utk mengambil Husna di sekolah dengan bantuan adik lelaki saya, A yang meminjam keta sorang lagi adik saya, Ar (Ar anak ke 4 dan A anak k 5). Alhamdulillah masa A free dan Ar boleh meminjamkan keretanya untuk kegunaan kami. So, pada jam 3 petang lebih A tiba di rumah saya. Maka dengan membawa Huda n Alia, kami berkereta ke sekolah Husna dan Aiman. Dalam waktu yang sama, area Gombak ni hujan gerimis.
Friday, April 28, 2006
Aktiviti Rabu & Khamis
Start petang Rabu, aktiviti saya jadi penuh tiba-tiba. Ini semua disebabkan suami menduduki final paper utk sem ini bagi kelas Master dia. Oleh kerana exam dia tamat dalam jam 4 ptg lebih dan nak balik ke Gombak untuk mengambil Husna segera agak mustahil kerana sudah pasti dia kena meredah jamm waktu orang berpusu-pusu balik kerja. Husna pula abih belajar jam 3.40 petang. Saya fikir silap haribulan jam 5 petang lebih baru dia sampai sekolah Husna dan waktu ni pula takut Husna dah keseorangan di sana. Jadi saya tawarkan diri utk mengambil Husna di sekolah dengan bantuan adik lelaki saya, A yang meminjam keta sorang lagi adik saya, Ar (Ar anak ke 4 dan A anak k 5). Alhamdulillah masa A free dan Ar boleh meminjamkan keretanya untuk kegunaan kami. So, pada jam 3 petang lebih A tiba di rumah saya. Maka dengan membawa Huda n Alia, kami berkereta ke sekolah Husna dan Aiman. Dalam waktu yang sama, area Gombak ni hujan gerimis.
Wednesday, April 26, 2006
Kakak menyesal
Malam Selasa baru ni, saya blogging di dalam bilik tidur menggunakan laptop sambil lepak atas katil, al maklumlah ada router :). Masa tu semua anak kat bawah. Alia tengah tidur dalam buaian berenjut elektrik tu. Suami belum balik mengajar lagi. Tengah sedap menaip entri dlm micr.word tiba2 Husna naik ke bilik menangis2 sambil duduk kat tepi katil. Air mata dia laju mengalir. Saya kehairanan. Apasal pulak ni, angin tak de, ribut tak de. Tak dengar pun dia bertekak ngan aiman kat bawah tu. Dahlah mulut dia penuh ngan makanan.
Nape ni kakak?
Kakak….
Apa ni kakak... keluarkan nasi tu...
Sebenarnya kakak tak mo patung Barbie
Kenapa? Kakak suka permainan masak2 ari tu?
Habis tu, kenapa kakak beli anak patung ni?
Kakak menyesal
Kenapa pulak?
Kakak takut malaikat tak masuk rmh
Kakak…fuqaha’ dah kata, kalau beli permainan anak patung tujuannya utk bermain tak pe, tapi kalau saja2 nak simpan buat hiasan tak bolehlah
Kakak takut nanti dia hidup masa kakak tidur
La kakak...kan Allah yang bagi nyawa. mana patung tu boleh hidup...manusia yg cipta anak patung tu, mana ada nyawa. Kakak nak permainan masak2 tu jugak ke?
(Dia mengangguk. Kali ni dia betul2 stop menangis. )
Ok…kalau nak, nanti periksa kena dapat no. 1 lagi. Kalau tak, tak dpt. Takkan ummi nak beli baru lagi utk yang ni. Yang ni dah dapat anak patung, dahlah.
Maksud umi test 2 tu nanti dapat no 1?
Yelah.
Dengan senang hati dia keluar daripada bilik tidur. Aduh..pasal anak patung tu pun air mata berlambak2 keluar.
Kisah asalnya, Husna dpt kedudukan cemerlang dalam test dia baru2 ni. Mmg kami tak janji apa2 langsung utk beri dia hadiah. Jadi, masa kami beli groceries di Giant pada minggu lepas, dia bisik dengan saya nak rantai emas masa kami lalu depan outlet kedai emas dalam Giant tu. Saya kata tak boleh sebab dia masih kecil. Lagipun dia mmg tak betah pakai barang kemas. Rantai dan gelang tangan yg mil bagi pun dia tak tahan pakai lama, dpt pakai sejam tu kira lamalah. Masa tu dia dah sedih dan mula menangis. Saya bagitau ayahnya. Suami pujuk Husna dan bagitau dia yg dia masih kecil lagi dan tunggu hingga masa sesuai. Husna setuju.
Utk gembirakan hati dia, suami bawa dia ke toys department Giant (selalunya department ni kami elakkan bila keluar bershopping sbb tak mo ajar anak2 beli mainan). Masa ni pulak saya berada di department lain cari barang sikit. Bila saya sampai di toys department tu, tgk Husna tgh pegang satu kotak besar permainan masak2. mahal, dalam 29.90. Pada saya mahallah, sebab mmg seumur hidup Husna kami tak pernah belikan mainan dengan harga ini. Kalau belikan pun yg kat pasar malam tu, 3 barang 10 inggit. Lagipun anak2 saya jenis lasak, tak reti simpan elok2 permainan. Tu yang tak mo beli mahai2 . Dan kami prefer belikan buku2 aje. Kali ni, kami biarkan Husna pilih mana satu yang dia nak.
Tuesday, April 25, 2006
Mengapa dia MELAC*R ?
Janda. Mempunyai anak (tak ingat berapa orang). Lingkungan 30 an. Antara dialog saya dan dia yang masih diingati (cumanya tak ingat mana yang dulu dan mana yang kemudian);
Satu malam berapa orang pelanggan?
7 atau 8 orang (terkejut saya)
eh…banyaknya kak
taklah, itu antara yang sikit tu.biasa boleh berbelas orang. (bertambah terkejut saya)
Berapa lama sorang? (huh..ngancam soalan saya…sbb fikirkan satu malam dia layan ramai lelaki)
Tak lama…bukak baju, baring, lepas tu dahlah…
Eh, tak de perasaan ke masa tu ?(maksud saya dia melayan spt melayan suami dengan penuh kasih sayang)
Tak delah, dah keje. Buat sajalah. Mana ada rasa sayang, terpaksa.
Pelanggan paling tua?
Ada..umur 70 tahun (hah? Bulat saya)
berapa ringgit satu pelanggan?
150 -180 inggit (saya berkerut…murahnyalah)
Murahnya. Kalau saya, saya minta lebih..yelah dah jual badan sendirikan. Koman2 seribu ke.(dia tersenyum)
Kenapa melacur?
Nak sara anak
Anak sekolah kat mana?
MRSM Machang (sedihnya saya, dpt anak bijak tapi sara anak ngan duit hasil pelacuran)
Anak tahu tak akak keje macam ni? (dia menggeleng)
Akak tahukan kalau anak akak disara dengan duit ni dan jadi darah daging dia tak mustahil dia boleh ikut jejak akak?
Akak tahu, tapi nak buat macamana?
Tak de keje lain ke kak? (Walhal punyalah melambak keje kat KL ni. Menggeleng-geleng dia)
Tak de..inilah paling senang.duit pun banyak. Tapi akak taulah keje camni duit tak berkat, cepat habis (eh..tau pun dia)
Akak tau sembahyang, puasa..? (dia mengangguk)
Tau..
Akak tau mandi hadas ?
Tau. Setiap kali balik rumah, akak mandi hadaslah (aduh…pengetahuan ASAS agama cukup tapi desakan hidup jadi camni)
Dan kami terus berbual, antara lain dia tak marah dipanggil pelacur sebab dia tau itu salah dia. Terus terang, saya simpati dengan dia yang terpaksa melacur sebab nak sara anak. Kenapalah dia tak mau bersusah buat keje lain yang halal???
Pelacur 2
Muda. Awal 20 an. Belum berkahwin. Berbaju kurung semasa ditangkap. Saya tak berbual lama dengan dia sebab kenyataannya telah diambil oleh orang lain. Tapi saya sempat bertanyakan beberapa soalan pada dia;
Kenapa kamu melacur?
Saya suka (Astaghfirullahal’adzim. Yg sorang tu sbb nak sara anak, yg dia ni suka2) Saya dulu dah berenti dah dua tahun, tapi saya mula balik ni. Saya pun ada makcik gak yang buat keje macam saya
Berapa inggit sorang kamu kenakan?
Ikut jenis layanan, ada yang puluhan ringgit, kalau layan bla..bla..bla (tak sanggup saya nak detailkan jenis layanan tu. Masa mula2 dengar tu loya tekak sungguh.) Dan ada yang seratus lebih (yang saya sakit hati tu dia boleh tersenyum lebar detailkan layanan dia pada pelanggan)
Ada beberapa soalan lagi yang saya tanyakan, tapi tak ingat dah. Hmm..barulah saya tau antara sebab-sebab kenapa seseorang itu melacur. Inilah antara realiti kehidupan.
Monday, April 24, 2006
Sabtu & Ahad
a. Cancelled ke Kluang
Sepatutnya saya mengikut mak dan 2 adik saya ke Kluang menghantar rombongan pengantin adik sepupu ke majlis resepsi pihak lelaki ke Kluang, Johor. Masalahnya ruang kosong kereta hanya ada dua sahaja (tempat duduk belakang), sedangkan saya lima beranak (suami tak pergi sbb prepare utk exam hari ni (Isnin). Husna dan saya pastinya mengisi dua kekosongan itu. Tapi Aiman (5 thn lebih) dan Huda (2 thn lbh) sudah semestinya kena dipangku. Alia, saya yang pangku tak mengapa lagi. Tapi dua orang lagi tu? walaupun umur kecil tapi cukup melenguhkan sesiapa juga yg memangku mereka. Akhirnya saya menolak baik pelawaan emak dengan alasan di atas. Saya tau, Huda mesti memilih utk diriba oleh emak. Kesian mak nak memangku Huda untuk perjalanan yg jauh itu ( 4 or 5 jam?). Kalau seorang lagi adik saya pergi, mmg saya akan ikut sebab keretanya kosong mosong..tapi dia keje, tak dptlah nak pegi.
Saturday, April 22, 2006
Yang saya bimbangi akhirnya..
Beberapa hari lepas tu, saya telefon cikgu Aiman yg merangkap owner tadika tu, Cikgu S. Dia gembira saya telefon dia sbb dia sendiri asyik terlupa nak called saya berhubung kes Aiman ni. Saya minta dia ceritakan hal sebenarnya. Cikgu S bagitau, meja Aiman di barisan ketiga drp hadapan dan Whiteboard tidak jauh di hadapan. Semasa menyalin nota drp whiteboard, Cikgu S dapati Aiman asyik pergi ke whiteboard tu dengan alasan tak nampak sebab tulisan cikgu kecil. Sedangkan pelajar-pelajar lain tak de pun buat macam tu. Dia dah syak Aiman rabun. Akhirnya dia ajak murid2 main mengecam perkataan drp jauh. Dia suruh murid-murid beratur dan menyuruh mereka seorang demi seorang menyebut huruf kat dinding tu...semua lulus, kecuali AIMAN. Jadi, Cikgu S minta Aiman beritahu kami akan hal ini. Mendengarkan penjelasan Cikgu S ni, hati saya sedih. Saya tau Aiman dah mula rabun jauh. Dia kecil lagi, Julai ni baru masuk 6 tahun. Saya dan suami secara kebetulannya kami mula memakai cermin mata masa di tingkatan 2. Aduh..punyalah saya harap agar tak seorang pun anak2 saya mengikut jejak langkah kami suami isteri memakai cermin mata, ada jugak rupanya. Yang saya bimbangi akhirnya terjadi juga. Yang pasti saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu S sebab begitu alert dengan perubahan pada pelajar-pelajarnya.
Friday, April 21, 2006
Sekolahku
How many schools did I go to?
Sek. Ren.Kebangsaan Guru Nanak Ipoh (drjh. 1-6)
Sek. Men. Kebangsaan Raja Zarina, Pelabuhan Klang ( Ting. 1 selama 2 minggu sahaja)
Sek. Men. Agama Hisamuddin , Sg. Bertik Klang ( Pindah sini drp Raja Zarina – Ting. 5)
Sek. Men. Agama Tinggi Hisamuddin Klang, Kg. Jawa ( Ting. 6 Bwh selama 6 bln sblm ke univ.)
Was I the studious nerd or the last minute hero?
- Dua dua pun ye. Ahaks
Was I the class taiko or the teacher’s pet
- Dua dua pun bukan. Saya pelajar biasa sahaja
What was the biggest rule I broke in school?
- Banyak cakap kot. Ahaks.
Three subjects I enjoyed?
- B.Inggeris – sebab dpt cikgu-cikgu yang bersemangat
- Pengetahuan Agama Islam Tinggi – subjek ni tak diajar di sekolah menengah biasa rasanya masa dulu-dulu. Ia lebih detail.
- Sejarah – tak tau nape.
Three teachers that inspired me?
- Arwah Cikgu Habibah – dia menyedarkan saya akan kepentingan bahasa Inggeris dan dia mudah didekati. (Menziarahi arwah di hari kematiannya..Subhanallah, umpama melihat orang sedang tidur dengan nyenyak. Tenang dan kudus. Al-Fatihah)
- Cikgu Abdullah – sentiasa bersemangat mengajar di dalam kelas dan suka menceritakan pengalaman beliau belajar
- Cikgu Nasir – dialah guru paling kelakar yang pernah saya jumpa dan ligat berfikir untuk menambah pendapatan. Atas inisiatif dia, sekolah kami mempunyai koperasi sekolah dan saya salah seorang kakitangannya. Best tul masa tu.
*********************************************************************
A dentist's wife has a tumor in her uterus and need to remove it. Her doctor told them the possible cause of his wife's tumor is by some chemicalwhich only affecting women. The chemical mainly find in plastic water bottle. It is not the water that affecting you but the chemical releasing from the bottle. You must check on the bottom of the bottle there is a triangle signand> there will be a number on it. Make sure the number is higher than or equal to 5. Then this bottleis>> save to use. Whatever number under 5 will release the chemical. For most bottle water, the number is 1. Remember to check and stopreuse those bottles. Those below 5, only use once, should not be reused.
Sumber: forward email
Thursday, April 20, 2006
Pulut Beriani
Pulut Beriani
Beberapa minggu lalu, saya masuk blogUda dia citer pasal kejayaan dia masak nasi tomato. Shami pulak share resepi nasi daging dia. Maklang pulak citer pasal nasi briani dia. jeles weh, kita ni tak reti nak masak nasi2 specel camtu (Ada sesapa yang berbesar hati nak share resepi nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani..dan segala jenis nasi spesel ni? Amat dialu2kan, terutama yg terbukti enak hingga menjilat jari or sampai cik abg bukak tutup periuk tiga 4 kali).
Teringat lak saya masa try wat nasi beriani ni. Satu hari tu, kami p shopping barang kering kat Giant, p bahagian rak jualan segala jenis paste masakan ni, termasuklah paste segera nasi beriani ni. Belilah sebungkus. Berkobar nak masak ni sbb baki beras basmathi tu ada sikit lagi.
Bila tiba harinya yg sesuai, kita pun nak masaklah nasi ni. Bukak laci tu, ada sepeket kecil beras tak de cop jenama, sbb ni yg jenis timbang kati kat kedai tu. Kita pun rendam dlm setengah jam, pas tu tos. Siaplah ngan segala bahan mak nenek utk menumis. Punyalah harum bau...confident jer masak. Lepas tu masukkanlah beras ni. Wah, dengan senang hatinya, kita pun masukkan ingredient tambahan terakhir. lepas tu tutup periuk.Bagi masak betul. Tak lama lepas tu, bila bukak tutup periuk. Eh, peliknya..awatlah nasi ni tak berderai ? melekat2 pulak. Kita biar kejap lagi. Tapi, tak berderai gak. Ah sudah, terlebih air ke ni? Tapi, sbb rasanya dah terlalu lama kecikkan api tu. At last, kita pun tutuplah api. Lauk tu kita wat lauk ayam masak merah lagi.
Time makan tu, suami tanya,
(Yang kita ni mmg dah tengok tadi, maleh nak tengok. Alamak..ni mmg tak capai standard piawaian cik abelah ni)
Terlebih air kot. bla..bla..bla..
(jawab saya. cik abe makan sikit jer. padan muka tu!!!)
Memang sudahnya, nasi tu tak berapa laku. Huhu..sodeh den.Beberapa hari or beberapa minggu lepas tu, saya tergerak nak bersihkan ruang almari yg diletakkan kampit beras. Duk keluarkan kampit beras tu, tiba2 terkeluar satu pek kecil...ya ALlah, ni pek beras basmathi yg tinggal baki tu..siap bercop dan berjenama lagi. Jadi..yang saya masak ari tu???? Allah, baru teringat, mmg betul itu beras pulut...hehehe. Barulah teringat balik, peket kecik beras pulut tu saya letakkan dlm laci dan peket beras basmathi tu saya letakkan sama ngan dlm ruang kampit beras tu..Adeiii..sabor jelah. Kiranya ari tu mmg saya tanak PULUT BERIANI lah.
Bila cik abe balik rmh, saya pun bagitaulah dia,
bang..mmg hari tu pulutlah..
ha tulah, beli lagi tak bagitau abang
(hehe..konon2nya nak tunjuk daulat suamilah tu..teringak lak entri Alex Lacey pasal daulat suami isteri ni)
bukan tak bagitau, beras beriani tu dah lama beli. beli ngan abg dulu, tapi tersalah letak..bla bla bla
(masih nak defend diri lagi tuh...heheh, mmg bkn sengaja pun.keterlupaan jer.)
So, moral of the story para mommy bloggers...kena kenal pasti jenis beras tu beras apa sblm masak..kalau tak kantoi mcm saya :D
**************************************
Tanda halal dalam syurga
Tahun lepas, Husna dan Aiman, saya masukkan ke tadika pre integrated islamic school di Taman Batu, Greenwood. Mmg banyaklah faedah yg mereka dpt terutama pasal basic islamic practice ni. Dek kerana sama tadika, depa ni suka bawak citer2 n ilmu yg dpt tu balik ke rmh, kekadang tu jadi topik perbualan depa berdua. Dan kami juga ajar anak2, kalau nak beli makanan or minuman, pastikan ada tanda halal JAKIM pada packaging tu.
Satu hari, saya tgh menggosok pakaian di bilik dan pintu bilik saya terbuka. Di bilik sebelah tu, Husna n Aiman tengah bermain sama dan pintu bilik mereka terbuka juga.Tiba2 telinga saya tertangkap perbualan mereka. Pasal hukum meminum arak. Antara isi perbualan mereka, minum arak di dunia tak blh. haram. tapi arak kat akhirat boleh. Allah bagi...bla..bla..ada atau tidak tanda halal bla, bla, bla..Tiba2 Aiman datang kat saya,
Ummi..arak kat syurga boleh minumkan sebab ada tanda halalkan?
tak semena2 tanda halal JAKIM tergantung2 dalam syurga tu terpampang kat mata saya.Tersengih saya tiba2. Mesti dia ingatkan tanda halal JAKIM tu ada dlm syurga gak.
Mana ada Aiman, tak de tanda halal tu..sebab mmg Allah jadikan arak di syurga tu halal diminum
Ohh, kakak...
Cepat2 dia berlari bagitau kakak dia yg arak di syurga tu tak de tanda halal tapi boleh diminum. Hai anak..anak...keletah dan pertanyaan mereka kekadang buat kita terkedu kejap.
Jus loya
(Amaran keras...anda dinasihatkan dalam keadaan tidak makan dan minum semasa membaca teks di bawah ini. Sekiranya anda sedang minum, habiskan segera, dan jika anda sedang mengunyah, telan segera!!! )
Satu tengahari. Di ruang makan duduk bersila sepasang suami isteri menikmati hidangan tengahari. Satu jag berwarna hijau kehitaman dan berpenutup separuh berisi air kosong sebagai minuman. Sambil enak menikmati makanan, si isteri bersulamkan air. Secawan pertama, habis diminumnya. Masuk cawan kedua, habis juga diminumnya. Elok aje menuangkan air ke dalam cawan untuk kali ketiga, tiba2 turun bersama air tu seekor cicak mati yang dah putih pucat warnanya dan kembang badannya. Apalagi, si isteri terus berlari ke sinki dan termuntah2 sambil teringat-ingat yang dia dah terminum dua cawan berisi jus cicak mati. Uwek...uwek..uwek..Si suami terkejut dan terpaku sekejap tetapi merasa bersyukur sebab dia memang langsung tidak minum walau setitis pun air itu.
Mau tau sapa isteri tersebut????? SAYALAH !!!!!!!!! Huhuhu..tobat nasuha saya, takkan sekali2 minum drp bekas yg berwarna gelap tanpa memeriksa kandungan dalamnya terlebih dahulu. Ya Allah, bila teringat balik, automatik geli geleman tekak ni dan terasa kembang jer.
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Aktuari vs Akuari
Adik bongsu saya, A sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Sains Aktuari (Mathematik). Sesapa yang aliran sains tu insyaAllah taulah bidang ni. Semua subjek adalah berkaitan dengan matematik, komputer, termasuk juga berkaitan insurans dan beberapa lagi yg saya tidak ingat. Jadi, bidang kerja dia nanti adalah berkait rapat dengan subjek2 yang dipelajarinya itu.
Satu hari, mak saya pergi ke kedai dan terserempak dengan jiran lama kami. Memang dah lama sungguh mak tak berjumpa dengan makcik ni. Sibuklah makcik ni bertanyakan perihal anak2 mak termasuk si A. Dan mak bagi taulah yang si A sedang belajar dlm bidang sains aktuari ni. Dan makcik ni dengan penuh konfidennya menjawab,
ha..nanti senanglah bila keje nanti dia boleh jaga AQUARIUM kat KLCC tu.
Mak saya terkedu tiba2. Apahal ke situ pulak kejenya? Yang saya pulak bila mak citer pasal ni naik keras perut tergelak. Ya Allah, mujur saya tak bersama mak masa tu, mesti saya sakit perut menahan gelak. Mungkin makcik tu ingat aktuari tu maknanya akuarium. Tak boleh nak salahkan dia juga. Mungkin juga sebutan mak saya tak jelas. Wallahu 'alam :)
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Busuk hati
Perkara ni berlaku masa tahun lepas. Satu petang, saya lepak di bilik tidur bersama Huda, Alia dan suami pula dalam bilik air untuk berwudhu'. Husna dan Aiman di bilik mereka, sedang bermain bersama. Tak lama lepas tu terdengar mereka bertengkar-tengkar (sejak masuk tadika, pandai tul nak bertekak-tekak..ada jer idea depa nak wat isu), lepas tu Aiman berlari masuk ke bilik saya. Masa tu suami baru nak hampar sejadah dengan membelakangkan kami. Husna pulak masuk kemudian dan Aiman pula tiba-tiba mengeluarkan ayat yg saya dah lupa isinya tetapi lebih kepada perasaan iri hati dan marah sangat pada Husna. Mendengarkan ayatnya tu, tiba-tiba saya sampuk
Tengok tu Aiman, busuknya hati dia cakap kat kakak camtu.
(saya tercakap kuat)
Eh..mana ada, Aiman dah mandilah...mana Aiman busuk
( dia balas dengan selamba sambil berguling2 atas katil saya)
Saya dah nak tergelak dengar jawapan Aiman tu, tapi tahan-tahan sebab takut suami yang masa tu nak angkat takbir terganggu, dah tersenyum senyum saya ni sambil mencuri2 pandang ke arah suami, rupanya dia pun dah start nak tergelak, tak jadi dia angkat takbir.Apa lagi, saya bantai gelak kuat-kuat sebab gelihati sangat, sambil tu mengelak2 drp suami yg konon-kononnya nak memukul saya sebab ganggu konsentrasi dia nak mula solat.
Apalah Nor ni, ada ke cakap busuk hati kat anak
(sambil tersengih2 suami tegur saya)
Lain kali gunalah ayat baik-baik sikit
(hehe..itulah cikgu bahasa. kalau bercakap mesti nak berlapik.)
Wednesday, April 19, 2006
2920 hari
Abang,
Hari ni genap 2920 hari kita hidup bersama
Maknanya dah 8 tahun usia perkahwinan kita
Lama ke bang kita hidup bersama ni? Lama ke?
Pada Nor tak lama, tak sedar pun panjang ni dah usia perkahwinan kita
Kalau tengok angka tu pun..alah, baru 2920 hari aja
2920 hari…
Hari-hari ini kita tempuhi bersama
Susah senang
Suka duka
Semua ada
2920 hari…
Dalam hari-hari ini,
Oh...bukan mudah melayari alam rumahtangga rupanya
Nor kena menerima abang seadanya
Abang kena menerima Nor seadanya
Kelemahan masing-masing kena perbaiki bersama tanpa putus asa
Jika tidak kita akan berantakan sentiasa
Inilah asam garam berumahtangga …
Bukan sehari dua kita kena berusaha tapi selagi hayat masih ada untuk mencapai keluarga bahagia
2920 hari…
Dalam hari-hari ini juga
Kena banyak usaha
Keimanan kunci utama
Doa2 memohon kebahagiaan panjang berjela
Doa2 menolak bala tidak dilupa
Kesabaran tunjang bersama
Tolong menolong tak luput di antara kita
Nasihat menasihati sesama kita
Kegembiraan milik bersama
Kesedihan dikongsi jua
Kelukaan dilupa bersama
2920 hari…
Dalam hari-hari ini
Empat orang dah anak-anak kita
Siapa sangka? Nor langsung tak sangka
Kata abang, ada orang susah nak cahayamata
Kita yang senang dapat anak ni kena gembira
Hmm…betul tu bang, kena gembira
Husna Fathiyyah, Aiman Fathi,
Huda Nasriyyah, Alia Khairiyyah
Penawar hati kita
Penglipurlara buat kita
Akan ada lagikah anak2 baru buat kita ?
Allah beri lagi, kita terima ya… Ahaks.
2920 hari…
Di hari ini
Terima kasih buat abang daripada sanubari hati ini
kerana
Abang tabah menjaga saya
Abang sabar dengan saya
Abang gembirakan hidup saya
Abang suapkan makanan ke mulut saya
Abang penat bekerja untuk bahagiakan saya dan keluarga
Abang tempat saya mengadu duka nestapa oleh mereka yang melukakan hati saya
Abang belikan baju untuk saya
Abang belikan ubat untuk sakit pening saya
Abang izinkan saya belajar semula
Abang izinkan saya bertemu keluarga dan sanak saudara saya
Dan sesungguhnya abang adalah PELENGKAP HIDUP saya
Abang adalah WORLD bagi saya
2920 hari...
Di hari ini juga
Ada satu PERMINTAAN BESAR dari hati saya
Bukanlah porche merah warnanya
Bukanlah banglo berjuta harganya
Bukanlah intan permata jutaan nilainya
Cuma satu sahaja
Janganlah abang bosan dengan saya
Moga kasih sayang abang akan mekar sentiasa terhadap saya
Tanpa perlu saya berkongsi cinta dan sayang abang dengan sesiapa
Tolonglah jangan terlintas untuk meMADUkan saya
Saya sedar saya tidak sempurna
saya tidak sehebat Siti Khadijah, 'Aishah, Siti Fatimah yang merupakan
Takut nanti saya buat gila
Takut saya jadi isteri derhaka biarpun mungkin abang adil saksama
Balasannya nanti, saya tak cium bau Syurga yang sejauh 500 tahun perjalanannya
Jauh sekali menghuni di dalamnya
Tak tertanggung saya azab Neraka
Kasihanilah saya bang ya…
2920 hari...
Di hari ini juga
Doa saya, moga kita bahagia bersama sepanjang hayat kita
Bersama anak-anak tercinta
Di mana sahaja kita berada
Biarpun tidak mewah hidup kita
Susah senang kita harungi bersama
Semoga doa ini makbul sentiasa
2920 hari…
Di hari ini juga
saya ingin lafazkan “aku mahu mencintaimu sentiasa ” dengan izin ALLAH yang MAHA ESA.
Luahan hati seorang isteri:Syikin (Selasa:18/4/06)
Monday, April 17, 2006
Wali Hakim
Friday, April 14, 2006
Apabila Langit TERBELAH
Terjemahan Surah Ar-Rahman:
p.s. Ini adalah forward email
Wednesday, April 12, 2006
My hidden talent?
Your Hidden Talent |
Nama Jepunku
Your Japanese Name Is... |
Ihiks. Sopan gitueww sebutannya. Lemah lembut nampaknya. Padahal tuan punya badan??? Ya Allah, kasor ya Rabbi.
***********************************************************************************
Sakit pinggang
Petang isnin, setiap kali saya duduk lama atas kerusi, lepas tu bangun semula, saya perasan sesuatu. Masa nak berjalan tu rasa tulang punggung nak rebeh ke bawah. Lenguh. Sakit. Takkan peranakan turun kot? Maklumlah awak dah 4 kali bersalin. Mula2 tu wat dek jer, tapi, menjelang malam, ia makin terasa. Sakit dan lenguh bahagian pinggang ke bawah. Kita ni jenis mudah lemas kalau rasa tak kena ngan badan. Dah panik. Huh..itulah kalau jenis kelam kabut punya orang. Camner nak buat, mmg terasa tak selesa nih.
Suami balik keje malam tu. Saya mintak tolong dia. Saya meniarap dan suruh dia (yg masa tu tengah duduk kat lantai gak) letak dua belah kaki dia atas bahagian pinggang saya ni (paham2 jelah kederat lelaki nih..mau patah pinggang kalau salah letak kakinya tuh). Tujuannya saya nak rasa titik sakit tu kat bahagian mana, mula2 tu dia mcm takut nak letak betul kakinya. saya suruh jugak, sambil tu suruh dia gerak2kan kakinya. sampai satu bahagian tu, waaaaaa...sakit..sakit..sakit...cepat2 saya suruh suami angkat kaki. Ok..saya dah tau titik tu kat mana, kat bhgn dlm antara urat2 tuh..terselitlah ni..aduiii. Dalam masa yg sama, kejap2 saya uk ak uk ak..ni confirm kat bahagian sakit tu dah masuk angin.
Suami offer nak antar ke klinik. saya kata nanti dulu. hhehe..nak abihkan citer hantu cina "The Eye" (TV3) sbnrnya. Sambil tengok2 tu, cik abe ajarlah senaman yg blh keluarkan angin..sabor jelah. tak mo kentut2 pun..geram tul. at least rasa legalah sikit bila dpt kentut tuh. Saya pun p lah masakkan air halia o..potong nipis2 halia tu n masak. bila dah minum tu..tak lama tu maulah terkentut2 gak, nasib tak kuat bunyiknya. kira ni kategori mini kentutlah. tapi, yg tak best tu, bila try geliatkan pinggang ke kiri n ke kanan, tak dengar bunyi detup pun...kebas jer rasanya. geram lagi nih.
At last, saya surrender, jam 12 mlm suami bawak p klinik panel 24 jam kat setapak. Dr. suruh saya duduk elok2 n bangun tanpa berpaut pada mana2, tak leh pegang meja doktor or kerusi..saya buat cam disuruh tu..Ya ALlah...sakitnya... Kesimpulan doktor, saya ni salah angkat barang..kiranya tulang bwh pinggangtu mcm terkehel ke apa entah..patutnya nak angkat barang berat, kena squad dulu, baru bangun.ok..ok..salah saya, sbb saya teringat angkat bakul berisi lipatan kain baju naik ke bilik tanpa berhati2..pas tu angkat baldi berisi baju basah turun ke bawah tanpa hati2 cara mengangkatnya. Ingatkan kena inject..Dr. tak mo, dia nak bagi ubat dos rendah dulu. Ok..saya dpt pain killer dan gel utk sapuan belakang tu (best..berangin kena kat tpt sakit tu, pas tu uk ak uk ak saya dibuatnya).
Dan start lps ke klinik tu hinggalah ke saat saya blogging ni, jalan pun mcm perempuan dlm pantang bersalin..tertib gitu. langkah mcm oshin. angkat barang pun sopan gitewww, squad (betui dak ejaan ni?) dulu pas tu baru bangun. Sakit masih terasa ni, tapi tak seteruk hari pertama tu. Kalau tak baik gak, mau p inject pulak ni. Dan jugak, saya wat MOU ngan anak2 jangan wat perangai yg blh wat ummi bersilat.
Monday, April 10, 2006
Cerita hujung minggu
Thursday, April 06, 2006
7 weird habits
2.kalau marah kat seseorg, suka luahkan marah tu kat dinding
sebab: saya blh luahkan sepuas hati pada dinding tu. saya imaginekan muka org yg saya marah tu, dan saya akan cakap dan cakap dan cakap sampai puas hati. siap keluar air mata sekali jika ia babitkan emosi sedih saya. Tu sebab saya senang memaafkan, tapi too hard to forget. Biasanya, next time saya akan slow talk ngan org yg saya marah tu, bagi reason kemarahan saya. Masa tu tak de nak marah2 dah, sebab dinding dah jadi tong sampah saya. :). Tapi, anak2 saya blh luahkan marah berdepan..itu pelik gak. Yg saya luahkan kat dinding ni kalau saya marah ngan someone lebih tua, dan seusia saya.heheh. agaknyalah, kalau dinding tu boleh bercakap, mesti dia kata, napelah aku jer yg kena . siap menangis2 lagi tu. huhuhu. Ikutkan nasihat pakar, menulis adalah salah satu terapi utk meluahkan marah kita, tapi bagi saya lambat....baik bercakap terus. Cumanya kekadang tu cakap perlahan2 terkeluar gak kuat2.
3.suka cakap sorang2
Habit ni sejak saya sekolah rendah lagi. Kalau terlintas satu2 perkara di benak kepala saya, mesti tak sedar ia terkeluar melalui percakapan. Lagi satu, saya suka straight to the point bila ada urusan rasmi, jd tak tercangak2 nak fikirkan apa yg nak dicakap masa jumpa org tu. kekadang tu, sehari sebelum jumpa tu dah siap fikirkan apa yg nak diutarakan. Dah ada anak2 ni, kekadang depa terdengar saya bercakap sorang2, suka bertanya, ummi cakap ngan siapa? ;). Ummi cakap sorang2. Itulah kalau tak leh nak elak drp terkeluar kuat2 cakap tuh.
4. saya tak boleh dengar kanak2 bermasalah
sebab: saya pun tak tau kenapa. Biasanya kanak2 ni mangsa dera, mangsa perang, mangsa kemiskinan, mangsa perceraian dan mangsa penyakit berat. Saya boleh menangis penuh emosi sampai keluar suara tgk kanak2 macam ni dlm tv. Saya boleh fikir nasib budak tu berhari2, tu pasal saya tak leh tgk "Bersamamu" tv 3 tu. Anak2 pun dah faham, sampaikan Husna cakap ngan Aiman, Jgn bukak Bersamamu, nanti ummi menangis.
Pernah saya jumpa sorang kakak ni di mahk. syariah semasa menemankan kawan, sorang peguam syarie berurusan.saya tgk kakak ni mcm buntu...nak menangis tu, nampak takde air mata dah. kita ni gatal mulut, p tanya nape, dia citer, suami dia bawak lari anak2 termasuk yg masih menyusu badan dan tak makan makanan lain selain drp susu badan, dan baby tu mmg tak rapat ngan ayahnya, dan baby tu masih pakai diaper. sedih tu sbb suami tu bawak lari anak2 ngan cara pukau isteri dia. Bab baby tu yg saya tak tahan, sbb saya ni ibu, tau camner rasanya bonding ibu ngan anak lebih2 lagi anak tu menyusu badan. Start malam tu sampai 3 malam berturut2 saya menangis malam kenangkan anak tu mencari susu ibu dia. Paling teruk malam pertama tulah, sampai sakit kepala saya menangis.Hehe, tu sebab saya tak jadi peguam syarie, sbb saya tak blh kenangkan masalah anak2 ni, terutama berkaitan custody. Saya takut saya emosi lebih. nanti glemer orang kata saya peguam syarie air mata. sampai hari ni saya masih ingat, doa saya, kakak tu dpt bersama anak2nya semula.
Satu hari, saya ikut suami pg hadiri kenduri kesyukuran sbb kawan dia bukak rmh anak2 yatim lelaki persendirian. dalam ramai2 anak yatim tu, ada sorang budak tu, menangis perlahan, air mata laju tak berhenti, sambil tu dia sebut "umi...umi...umi", hati saya dah mula tak keruan. syahdu dengar dia menyebut tu, mcm rindu sangat. isteri kawan tu bagitau, parent dia ada lagi.tapi mak dia terpaksa antar sbb tak de duit nak masukkan anak sekolah, nak bagi pendidikan percumalah ni (rmh anak yatim ni sediakan pembelajaran percuma, even budak2 ni duduk pun free jer.). Bapak budak ni? sibuk ber girl friend lain nak kawin lagi satu, tanggungjawab kat rmh dia abaikan. Bila tau citer pasal budak ni, kat situ gak air mata mengalir. tak leh tahan dah. rindu kat ummi dia rupanya, dia tak mo ke situ sebab nak tolong jaga ummi n adik2 dia (Nak marah ni, bapak tak fikir nak jaga keluarga, tapi anak sulung kecik, baru sekolah rendah,blh fikir camner nak tolong mak n adik2). Malam tu, mcm biasa, teringat jer budak ni saya menangis. ayoo..teruk jadi mcm saya ni
5. saya suka fikirkan masalah orang sampai sakit kepala
sebab: saya pun tak tau. saya ni jenis emosi dan mudah keluar air mata, jd bila ada org mengadu masalah pada saya terutama masalah keluarga, saya akan fikir sama masalah orang tu. risau dia blh handle or idak masalah dia terutama jika org tu rapat ngan saya tak kira kawan atau sedara. Saya blh fikir berhari2 even berbulan masalah dia tu.Kekadang saya suka sumbangkan buah fikiran supaya blh settle masalah tu ngan cara baik.Tapi, menghasut tu saya jauhkan. na'uzubillah.suruh org tu fikir mana baik n buruk utk masa depan masalah dia tu. Suami saya sampai pernah tercakap kat saya, Nor jadi consultant lah..hehehe. Bila dia dpt selesaikan masalah dia dengan baik, saya antara yg paling gembira, begitu juga sebaliknya. Tapi, kalau org tengok air muka saya, depa takkan percaya yg saya ni mudah merebeh, ahaks.
6.kalau berjalan menaiki kenderaan, saya suka tengok awan
sebab: awan tu macam2 ukirannya kan..kekadang tu nampak rupa mcm haiwan, or gumpalan2 yg menarik hatilah. Dan ada rahsia besar di sebalik awan tu, pada sayalah. Rahsia Allah. Paling suka tengok awan di waktu senja terutama di kawasan luas mcm pantai..subhanallah..cantik sangat ngan calitan merah sana sini,campur oren kekuningan. itu baru kat duniakan Allah touch up sikit2 cantiknya, kita dah rasa impressed sangat, camner rupa syurga yg kata Nabi cantiknya tak tergambar dek mata. Lagi satu, saya rasa tenang melihat awan.
7. saya cepat bosan
sebab: tak taulah. Syukur saya tak pernah bosan ngan SUAMI saya!!!itulah perkara utama yg saya risau bila nak kawin dulu, camner kalau tiba2 bosan ngan laki aku..huhu.na'uzubillah. Saya kalau buat sesuatu kerja tu, terutama menjahit cross stitch, mudah bosan ngan penggunaan warna benang yang sama jer. jgn tak tau, saya wat cross stitch masjid shah Alam yg cantik tu, sejak tahun 89, sampai 2006 ni tak pernah siap, tinggal awan putihnya aje. sebabnya saya bosan mengadap awan putihnya yg terlalu besar, sudah pasti hanya mengadap benang warna putih tu jer. terukkan. That's why, keje rmhtangga ni saya tak fix kan tiap2 pagi mesti sapu dulu hari2 or masak terus lepas anak2 p sekolah..saya takut bosan, saya suka tukar waktu bekerja tu.org nampak saya tak berdisiplin, tak perlah. tapi saya nak elak kebosanan melanda.
Ok Mamafynn..saya harap dah terjawab persoalan my 7 weirds habit. Saya tak mo tag sesapa secara khusus lepas ni, tapi saya tag semua nama bloggers yg tersenarai kat tepi blog saya ni untuk buat 7 weirds habit...hehee. Ada masa n ada kerajinan, buatlah ya.