Showing posts with label Makanan/Masakan/Resepi. Show all posts
Showing posts with label Makanan/Masakan/Resepi. Show all posts

Thursday, December 28, 2006

Siapa tetamu istimewa

Assalamualaikum,

Hmm..siapa ya tetamu istimewa saya tu? Memang teringin sangat nak berjumpa dia, bahkan dah beberapa kali called confirm untuk datang, tetapi, perancangan ALLAH tiada siapa yang tahukan? Itulah dia, kalau dah usaha juga, tapi ALLAH tak izinkan, takkan berlaku juga. Macam tu jugaklah dengan ketidak kehadiran tetamu istimewa saya ni,
IV (Ibu Vogue) . Huhu...tak de rezeki kami nak berjumpa kali ni. Tak merasalah juadah bubur kacang durian, agar-agar milo dan karipap yang saya sediakan untuk IV sekeluarga.

Sejak saya tau IV nak datang ke rumah. Dia smsed saya hari Ahad tak salahnya. Dia bagitau nak datang KL. Saya excited dan berdebar2 tak sabar nak menemuinya. Dan sepatutnya petang Rabu (semalam), IV tiba ke rumah saya, tetapi hingga jam 5 petang lebih tak salahnya, iv baru sampai di keramat untuk menziarahi bekas pengasuh anaknya. Jammed teruk khabarnya, tu yang sampai lambat kat rmh pengasuh tu. Dan saya ni kembali menanti dengan penuh debar sehinggalah azan Maghrib, tiada juga khabar daripadanya. Saya makin resah, anak2 pun dah sibuk dan kerap kali bertanya bila kawan ummi nak datang. Lepas solat Maghrib, hampir jam 8 malam masa tu, saya called, tidak berjawab. Nak tau dia kat mana masa tu. Mula resah balik ni.

Dek kerana dah 8 malam, saya pun sajalah tanak nasi lebih dan tambahkan lauk, takut2 IV sampai nanti, kesian kat dia, takkan nak bagi makan bubur kacang waktu makan malam. Kesian kat depa, terutama anak2nya (LA & LC). Tapi, saya terfikir gak, kot2 IV singgah makan luar dulu, takut menyusahkan saya pulak (takdelah nak menyusahkan, with pleasure lagi adalah :D). Kemudian saya smsed dia, tanyakan dia sesat ke. Tak berbalas juga. Tunggu dan tunggu. Saya makin gelisah. Asal kereta lalu depan rumah, cepat2 saya suruh anak meninjau. Saya called lagi, adalah 2 kali berturut2. tak juga berjawab. Aduh..resahnya. Saya terfikir gak, takkan kemalangan kot, kalau sesat, dia masih boleh telefon lagi. Oh, janganlah kemalangan pulak.

Dah jam 9 malam, hati saya bertambah resah. Dia tak muncul lagi. Ya ALlah, mana dia ni. Saya mengadap pc sambil fikiran menerawang kat IV. risau dan risau dan risau. Dek keresahan menanti, saya called sorang best fren saya, X. Dia mmg saya bagi tau awal lagi akan kedatangan sorang mama blogger ke rumah saya. Saya pun mengadulah kat dia, manalah IV ni tak sampai2 lagi. Macam2 perkara buruk yang terkeluar kat fikiran saya, saya luah kat dia..sampai bab kemalanganlah, sesatlah. Ke situ pulak fikirnya..apa daaa..

Duk bercakap ngan X, tiba2 hp saya berbunyi (masa ni 9 mlm lebih tak salahnya). Ha..tu dia nama IV tertera kat hp. Apalagi, cepat2 saya jawab n stop bercakap ngan X. La hai, ringkasnya, IV mmg nak ke rumah saya sebelum maghrib dan solat kat rumah saya sekali. Tapi, adik ipar IV yang ikut bersama tak sihat dan mengalami muntah2 yang teruk. Terus depa p ke klinik. Yang IV ni, punyalah kalut, sampai hp tertinggal dalam kereta. Kiranya, yang saya called dia lepas maghrib tu, dia dah masuk kliniklah. Memang sepanjang dalam klinik dia terlupa langsung pasal rumah saya ni. Dah habis rawatan adik iparnya kalau tak salah, baru dia teringatkan saya dan baru teringat hp dia tertinggal dalam keta. Hehe..berderet2 missed call saya n satu sms. Tu yang cepat2 dia called saya.

Dek kerana adik iparnya baru lega, saya kira tak mengapalah, kalau depa tak dpt datang ke rumah saya ni, biarlah bawa adik iparnya balik terus. Sian pulak kawan tu tengah lemah nak diusung berjalan lagi. Kata putus, iv tak jadi datang rumah saya (mmg sedih masa tu, tapi apa nak buat) dan saya akan ke rumah kakak iparnya untuk mengambil barang pesanan saya tu bila saya kelapangan nanti. tak pe, tak basi pun barang tu. Saya pulak hari ni (Khamis) sibuk ngan hal anak kat sekolah dan tak tau pukul berapa habisnya, jadi tak berani nak janji untuk terima dia sebagai tetamu. Takut terkejar2 dan kelam kabut. Saya nikan sampai dah imagine anak2 dia bermain ngan anak2 saya, bergambar bersama lagi. Tak pelah. Ada hikmahnya tukan. Lepas tu, saya called X bagitau yg telahan saya ternyata tak tepat. Sama2 kami gelak sebab jauh nao saya fikir. Tak mengapalah, yang penting IV selamat, tak de kemalangan atau sesat.

Hingga di lain waktu ya IV, kita jumpa lagi. Tapikan iv, lepas akak off hp tu, akak rasa nak nangis pun ada, sebab memang berharap sangat dapat jumpa IV sekeluarga. Allah lum izinkan kita berjumpa ni. Agaknya nak akak ke utaralah tu hehe.

So kengkawan, itulah dia, tak de rezeki nak jumpa mama blogger kita ni.

p.s. IV, maaf ya kot2 akak ada tersalah maklumat pasal kelewatan dan sebab musabab pembatalan kedatangan iv ni.

Tuesday, December 26, 2006

Cerita Sabtu

Assalamualaikum

Sejak Ahad ari tu semangat nak bercerita, tapikan ada aje halangannya, so malam nilah baru boleh menaip.

Ok, sepatutnya lepas saya update entri Jumaat lepas, saya balik rmh mil macam yang saya sebut dlm entri tu, tapi sebaliknya berlaku. Kami balik pagi Sabtu esoknya disebabkan suami kepenatan yang amat sangat.

Pagi Sabtu tu ( 9 pg lbh), kami balik ke rumah mil, dan bila sampai sana, terjadilah adegan ala2 drama swasta sikit antara alia n kakak2nya. Masa keta suami memasuki porch rmh mil, huda yang tengah duduk berbuai atas buaian kat luar rmh tu, matanya bulat memandang keta. Dia tersengih2 dan berlari masuk dalam rumah. Buat announcement lah tu kami dah sampai, dan dia keluar semula. Bila nampak aje saya dan alia keluar daripada keta, Huda pun jerit,
Alia, sambil mendepakan tangannya
Uda, jerit Alia pulak. Masa ni gak Husna keluar ke laman,
Alia, jerit Husna kesukaan
kakak, jerit Alia pulak. Punyalah excited dia dpt tengok kakak2nya.

Bila saya turunkan Alia drp dukungan mengadap Huda, huda pun memeluk alia sambil tersenyum. Kemudian baru Aiman jumpa Alia, cool aje abangnya tu, tapi tersengih2 suka. Apalagi, alia joinlah abang n kakak2nya bermain. Saya pun mengemas semua pakaian anak sebab nak bawak depa balik kampung saya pulak. Sempat makan sikit. Sedap mee goreng hailam mil.

Jam 11 pagi lebih, kami bertolak ke kampung saya di N9, ada kenduri tahlil kat rmh pusaka moyang. skrg ni makcik saya yg duduk sana –adik mak. Syukur jalan tak jammed (sesuatu yang menghairankan), cuma masa kat exit alor gajah – tampin, jalan jadi slow sikit.

Menu kenduri tengahari tu, nasi putih, gulai daging salai + pisang muda (Simah, rindu tak ngan masakan ni ?), asam pedas ikan parang, asam pedas ikan kembung (ni sorang mak sedara yang bawak), sayur goreng, ayam masak merah. Apa lagi ek? Tak ingat. Rasanya itu aje. Pas tu, pencuci mulutnya macam biasalah, agar2, buah tembikai kuning dan merah, kuih lapis, kuih seri muka dan most feveret, tapai pulut. Alia pun suka rupanya, terkejut tengok dia makan sebungkus tu sorang aje. Aiman pula sampai 2 bungkus dia tibai.

Memang seronok gather gathering ni, bukan senang nak berkumpul macam ni, daripada cicit sampailah ke moyang sedara. Yang kesiannya si Aiman ni, mana dia nak pergi, si Alia sibuk nak ikut, hatta akan menjerit menangis kalau dia tengok abangnya tak mo jalan ngan dia. Sampai Aiman merungut ngan saya “Asyik ikut Aiman aje, terpaksalah pujuk Aiman layan aje kerenah si Alia tu.

Kami bertolak balik jam 7 malam. Kesian Husna n Aiman, asalnya nak tidur rmh mak sedara tu dan ikut mak saya yang balik KL hari Ahad petang nanti. Jadinya, Huda dan Alia ajelah yang ikut kami balik. Malangnya, masa keta dah bergerak, tiba2 Huda menangis, “kakak, suami pun suruh Husna dan Aiman balik sama gak, yelah, dah seminggu depa bersama, tiba2 nak pisah pulak. Nak tinggalkan huda jugak, takut alia pulak buat hal macam ari tu. Nak suruh Huda tinggal dan Aiman ikut kami, tak boleh gak, sebab Aiman kamceng ngan kakaknya. Guana tu? Berantai2 jadinya, so, semua ikut balik. Sonang citer. Husna pun muncung ke depan ikut balik gak. Nak buat camner, tak pelah lain kali.

Kami balik tu tak keluar kat exit Alor Gajah- Tampin, sebaliknya ikut jalan dalam, lalulah pekan rembau dan kemudian keluar kat exit Senawang tak salahnya. Yang seram tu, masa sebelum atau selepas pekan rembau tak salahnya, suami tak sempat mengelak daripada menggilis seekor ular (tak tau jenis apa, yang pasti hitam kalernya) yang laju melintas jalan, dah dekat baru perasan, yelah, jalan gelap area tu, tak de lampu jalan. Terasa tayar keta tu menggilis badan ular tu. Yang risau tu, takut ular tu terus melekap kat keta dan cuba masuk ke dalam pula melalui bawah keta. Lepas tu cepat2 saya membaca ayat Qursi, suami pulak entah apa ayat yg dibacanya. Masa tu mmg meremang bulu roma dibuatnya. Eii..meremang balik bulu roma mengenangkan. Yang saya ni pulak, terlebih imaginasi , takut ular tu jelmaan jin, lain pulak citernya nanti..biasalahkan jin ni suka menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk.

Kmdn, kami berhenti kat hentian Nilai, untuk jamak takhir Isyak-Maghrib, tapi cancelled, sebab suraunya tu kurang mesra pengguna wanita, mana taknya, dahlah jenis cerminnya jarang betul dan tak berlangsir pulak tu, mmg jelas org luar boleh nampak esp. lelaki. Agaknya cleaner basuh kot langsir yang ada, tapi takkan tak boleh ganti yang lainkan? Yang pelik tu, tempat wudhu’nya elok pulak bertutup. Tinggi dindingnya dan terletak di sebelah tepi surau wanita.

Kami pun ke hentian Serdang, suami dan adik saya (oh ya, adik lelaki saya ikut kami balik gak) solat dulu. Saya pulak layan anak2 makan bekalan yang dibawa. Kemudian, giliran saya pulak solat. Kali ni terbalik pulak keadaannya. Suraunya mmg mesra pengguna wanita, tapi kedua2 tpt wudhu’nya adeh..open air sungguhlah. Tak berdinding tinggi (tak sampai paras pinggang pun) dan mengadap surau lelaki n perempuan pulak tu. Sib baiklah tak de pengguna lelaki, itupun terpaksa tutup kepala tu masa berwuduk’, takut tiba2 ada yang datang mengejut.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Selayang untuk menghantar adik balik rmh mak. Singgah makan sate dulu. Lepas tu, sampai rumah mak, suami suruh rehat dulu kat sana, sebab dia keletihan. Sudahnya, kami tidur rmh mak malam tu. Esok paginya baru balik Gombak.

Oh ya, saya ni tengah berdebar menunggu tetamu istimewa petang esok (Rabu). Harap2 dia jadi datang ke rumah saya ni. Siapa? Tunggu...


Monday, December 04, 2006

Salam Isnin

Hello Assalamualaikum..

Pekabor semua?

Tak tau nak citer apa, tapi nak update gak.
Thank You Oh ya..tima kasih ya IV sebab bagi akak tips memasak muffin supaya naik elok dan hasilnya muffin sedap dimakan. Siap tepon akak lagi tanya kabor muffin tu hehe, punyalah karing (caring). Psst..akak buat lagi tau pagi ni, guna resepi muffin iv tu pulak. Alhamdulillah jadi. ni bertambah semangat nak buat selalu ni. Nanti akak nak tepek resepi iv tu dlm blog masakan akak tau.

Sebenarnyakan, saya tak taulah kenapa akhir2 ni rasa nafsu tu menggebu2 aje untuk menguli doh tepung hehe, tak pun memukul telur sampai kembang. Bangun pagi tu tak lepas fikir hari tu nak buat kuih apa pulak. Mom Sedap tak sedap lain citer, itu no. dua..tapi mesti nak buat. Ada ke kes kena rasuk hantu doh???hehe..ada ka ke situ. Yang jadi mangsa kena makan tu, cik abe n anak2lah. tapi sib baik depa no hal punya..ngap ajelah. tp kalau kureng sedap or kureng jadi, tadahlah telinga komen2 yang membina, sib baik telinga tebal, lagilah semangat nak baiki..kalau sedap tu suka tengok anak2 abihkan siap suruh buat lagi..hehe, anytime my dear, tp ayahlah sponsor duit tepung bagai hehe.

Bab jalan2 pulak, petang Sabtu, saya dan anak2 (suami tak ikut, ada keje) ikut mak n adik pegi kenduri rumah tok sedara sempena cucu2nya 4 orang nak berkhatan (dengan saya ni depa pangkat bapa sedara pupulah, tpi kocik2 yo laiy). Kami terlepas bab perarakan pengantin, siap bersanding tu. Pagi Ahad nanti baru nak p berkhatan kat klinik. Parents memasing dah merancang, bukan serentak masuk klinik, tapi sorang2, yang lain tunggu dalam keta dulu. Ni kes tak mo ada yang larilah ni. Buatnya yang menunggu kat luar tu dengar tangisan member kat bilik doktor, mau cancelkan..itulah cara terbaik difikirkan nak elak kes tarik diri ni.

Eh, berita buletin utama tv3 hari apa ya yang siarkan kes sekumpulan mat rempit ketuk rosakkan keta kancil orang sampai pecah2 cermin keta tu dan sorang pulak geng depa tu meninggal. Saya yang dengar ni panas hati sungguhlah, No sbb depa ni ikut nafsu sangat, sudahnya kawan sendiri meninggal. yang lain tu, tentu jadi kes polis. kan menyusahkan mak bapak..memalukan depa lagi. Saya duk bebel itu ini sambil menyapu lantai ( satu hari 3, 4 kali kena menyapu), masa tu Aiman pulak tengah baca buku citer kat atas kerusi panjang. Duk membebel tu, saya terus teringatkan Aiman pulak, takut dah besar dia join mat2 rempit ni (na'udzubillah), saya pun cakaplah kat dia,

"Aiman, kalau dah besar sok join mat rempit ni, kalau kena tangkap polis, ummi belasah2 aiman, sebat2 Aiman depan polis tu tau..." ngan penuh semangatnya saya cakap kat budak 6 tahun ni. sabor jeklah..
Yang Aiman ni terkejut..selamba dia tanya balik,
" oh..mat rempit tu yang lari motor laju2 tu ya.."
"ha, yelah, jangan nak join2 tau..
dia ngan muka selamba sambung balik membaca. tak jawab pun. hehe..dah biasa dgr mak dia membebel.

Ahad, kami tak kemana. Duduk rumah aje. Cam biasa, saya 'bergaduh' aje ngan anak2.hehe.







Tuesday, November 21, 2006

Hujung minggu yang padat

Assalamualaikum..

Banyak citer nak citer sebenarnya tapi sebab dapat forward emails yang bermanfaat, sebaiknya masukkan dulu. Bukannya apa, dah masukkan dalam blog ni, yang dalam inbox tu bolehlah dibuang sebab nak elakkan inbox terlalu penuh.

Ok, kembali pada tajuk entri ni. Rasanya dah lama weekend saya tak sepadat minggu lepas, maklumlah kuarantin sebab Husna kena chicken pox dulu, tapi syukur dia dah sembuh, cuma yang peliknya sejak sembuh ni, badan dia macam sensitif sikit, mudah naik gatal2 badan, tergaru-garu. Entah kenapa.

Ikut kronologilah ya-

Jumaat petang - Balik rmh mil. Masa ni rumah mil dah sibuk ngan persiapan untuk hantar rombongan bil bertunang pagi Sabtu nanti. Masa saya sampai tu, adalah dua keluarga sedara suami dah sampai. Ada yang tolong menyempurnakan hantaran. Ada yang sibuk masak kat dapur. Juadah untuk pagi Sabtu tu mil sediakan pulut kuning, rendang daging+paru, laksa (feberet den ni), aneka jenis kuih yang ditempah mcm talam suji, talam keladi n sejenis lagi (lupa). Mil saya ni mmg suka sedia juadah banyak2 kalau buat apa2 jamuan terutama bab kuih muih tu.

Jumaat malam - Kami anak beranak pergi ke Hotel Flaminggo untuk ambil Husna yang terbabit sama dalam Majlis Anugerah Akademik. Masa dia pergi tu, kami tak hantar, dia pergi ngan cikgunya bertolak daripada sekolah sebelum jumaat. Kami tak beli meja, tapi datang masa waktu penyampaian anugerah aje. Alhamdulillah, rezeki dia dapat bersama kengkawan lain naik pentas tahun ni. Moga tiap2 tahun dia akan naik pentas. Amin. Yelah, itupun kalau ada rezeki diakan. Masa kami sampai rumah mil semula, sedara mara yang datang tu dah balik dah.

Jam 3 pagi lebih (Sabtu) - baru dapat tidur sebab Husna tak boleh nak tidur, teruk badan dia naik gatal2 dan pedih macam masa kena chicken pox ari tu, letak ubat calamine tak jalan, makan ubat pun lambat jalan. Menangis2 sebab tak tahan. sudahnya suruh dia mandi lagi sekali ngan air suam, siap bersyampu bagai..alhamdulillah lepas tu dia boleh tidur. Anak2 yang lain pun samalah naiknya tak mo tidur awal, terutama Alia dan Huda galak lagi bermain ngan jerit pekik macam waktu siang aje dibuatnya. Disuruh diam tak makan saman. Umminyalah yang pening kepala pagi tu sebab tak cukup tidur.

Sabtu pagi - Kami menghantar rombongan bertunang bil saya di Bangi. Lepas zohor baru balik rumah mil. Adik beradik mil pun sama berkumpul lagi kat rmh mil hingga lewat petang. Melepek rasanya.

Sabtu malam - kami balik gak ke Gombak malam tu (lepas isyak) sebabnya suami nak siapkan assingmentnya yang tak siap dan kebetulan Ahad pula ada jamuan raya ofis suami. On the way tu, kami singgah rumah Pak Uda saya di Cheras sebab adik sepupu saya yang bernikah 2 minggu lepas (saya tak hadir sebab Husna chicken pox) mengadakan majlis perkahwinannya hari tu. Dek kerana bertembung ngan bil yang nak bertunang, saya dahulukan program bil ni. tu sebab saya lambat hadir kenduri ni. Ikutkan nak terus aje ke kendurinya lepas majlis bil bertunang tapi memang tak dapat sebab nak hantar mil n fil balik n sedara2 mak ramai nak berkumpul semula kat rmh mil, takkan tuan rumah tak de pula, ya tak? Kiranya kamilah tetamu terakhir kenduri malam tu. Sempatlah taaruf sikit ngan suami adik sepupu saya tu. Tahniah ya Adah n suami. Moga kalian bahagia dunia dan akhirat.

Lepas tu, ke rmh tok su saya yang berdepan ngan rumah pak uda, menantu tok su ajak kami singgah jap, kebetulan lama dah tak jumpa. Raya ari tu pun tak sempat jumpa, kiranya ni beraya gaklah. Kemudian, hampir tengah malam baru sampai rumah. Penatnya mak datuk...

Ahad pagi - Lebih kurang jam 9 pagi lebih, kami p jamuan raya department ofis suami yang diadakan di satu restoran Arab kat Ampang, maklumlah, ramai tenaga pengajarnya orang Arab. Pengacara pun cakap arab, ada gaklah sesekali announcement dalam b. Melayu. Sebelum jamuan bermula, macam biasa ada pertandingan untuk anak2 staff. Husna dan Aiman pun join sama. Rezeki Husnalah dapat 3 hadiah untuk 3 acara berlainan, si Aiman tak dapat. Tapi syukurlah Husna bermurah hati bagi sikit hadiah kemenangannya pada Aiman. Dapat alat2 tulis aje, tapi kuantiti agak banyaklah. Bab makan tu yang best tu..makanan2nya memang sedap, nasinya adalah masakan Arab, tak tau apa namanya..ada dua jenis, satu nasi tu masak ngan ayam, satu lagi masak ngan daging kambing, macam nasi beriani, tapi bukan. Dua2 sedap. Daging kambing tu tak hamis langsung. Salad sayurnya yang dua macam tu memang best. Itu lum ayam bakar/panggangnya lagi. Roti arab lagi cicah ngan kacang dal dimasak style Arab. Pendek kata memang best la. Lewat tengahari kami bersurai.

Sepatutnya kami terus attend lagi satu jamuan raya khas utk pengedar2 Propolis Pureline kat Ampang gak, dah daftar pun sebelumnya, tapi disebabkan keletihan yang amat sangat dan kepala pulak start pening dek daging kambing yang sedap tu, anak2 pun dah letih, makanya kami cancel, terus balik rumah. Jemputan open house ex coursemate kat Subang pun memang awal2 dah terpaksa reject. Memang masing2 melepek sampai rumah. Semua tidur awal malam tu. Semangat suami yang berkobar2 nak siapkan sikit lagi assignmentnya sepanjang petang Ahad tu hilang entah kemana. Ponek bebonar. Sib baiklah petang Isnin semalam dpt submit gak akhirnya.

Oh ya, dah mula cuti sekolahkan? Ada yang bercuti kemana2 ke? Kami tak kemana kot, tak de perancangan lagi. Cumanya 23 Disember nanti insyaAllah balik kampung ada majlis tahlil. Saya nikan dah dua tiga kali terlupa yang sekarang ni weekdays, rasa macam weekend aje yelah sebab anak2 duduk rumah tak ke sekolah, jadinya ingatkan Sabtu atau Ahad aje.

Monday, October 02, 2006

Bila anak-anak berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 9 hari kita berpuasa. Masa berlalu tanpa disedari, kecuali orang yg menghitung hari bilalah Ramadhan nak abih ni..hehe. Masuk blog mama bloggers yang dah ada anak2 ni, seronok baca entri depa pasal anak2 berpuasa. Anak-anak saya, Husna (7) dan Aiman (6), tahun ni adalah tahun kedua masing2 berpuasa. Setakat ni, Aiman dahului carta, 7 hari puasa, 1 hari half day. Kasihan kat Husna, demam on off, hanya dpt 3 hari full dan 5 hari half day. Tak pelah, yang penting depa ada semangat nak berpuasa. Hari pertama, masing2 melepek. Tu yang half day tu, kecuali Husna start demam. Masuk puasa ke tiga, ok dah memasing. Taklah lembik, siap boleh bertekak n bergaduh lagi kat rumah tu. Yang umminya pun, duklah selalu sound jangan gaduh2, jangan bagi ummi marah sebab ummi puasa...tapi kekadang bertanduk gak jadinya..tp masa tu dah lepas bukak puasa, hehe.

Setakat ni, alhamdulillah, depa berdua tak susah mana nak kejutkan sahur. Makan pun tak cerewet mana...minta nasi ngan telur campur kicap aje. tapi, kalau ada lauk feveret memasing...itulah yang dihadapnya. Cuma, si Aiman wajib ada air milo. Untuk berbuka pun sama, depa tak cerewet, tetapi mintak gaklah nak makan itu ini. Hari pertama puasa ari tu, Aiman mintak kek coklat..sib baik bahan ada, buat gaklah. Syukur jadi..sbb umminya bukan pakar pastri n kek, hehe..

Saya dan suami tak janji apa2 langsung kalau depa berjaya puasa penuh sebulan tahun ni. saja malas nak ajar. Tahun lepas ada gak ayahnya janji, tapi puasa tak penuh sebulan, makanya tak dptlah.

Dah siap beli pakaian raya anak2? Kami belum ready pun..biasanya last week puasalah baru keluar shopping. Itupun biasanya saya dan suami aje yang pergi ke Jln TAR tu, yang lain2 duduk kat rumah mak..tak sanggup nak bawa anak2 mengharungi umat yang ramai kat jalan TAR tu...takut terlepas pandangan, satu hal pulak nak mencari.

Hari ni apa menu berbuka anda? saya belum tau lagi, tapi macam nak masak kari bawal atau terung masak lemak cili api + ikan kembung goreng. Kuih...tak terfikir nak buat apa lagi.

Oppss..sebelum lupa, sesiapa yang mengikuti perkembangan kak A, alhamdulillah, dia dah sedar sekarang setelah minggu lepas doktor kurangkan dos pelali pada beliau, cumanya sekarang ni nak kena pulihkan ingatan dia, sebab dia ingat2 lupa jadinya, hatta dia ingatkan dia bersalin anak kedua. La ni, doktor galakkan baby kak A dibawa utk ziarah ibunya. Oh ya, Kak A masih ditempatkan di wad bersalin untuk doktor mudah memantau keadaannya. Sesamalah kita berdoa agar dia dapat beraya bersama keluarganya di rumah.

ok. Iklan..iklan..iklan..

1. sesapa yang berminat nak tempah gubahan bunga khas untuk raya ni. Sila contact Ayu. Macam-macam jenis ada. Harga berpatutan insyaAllah.

2. Mamarisya pun ada buat bisnes sampingan khas untuk raya macam maruku, gula-gula, dll. So bolehlah contact dia ya.

Thursday, September 14, 2006

Depa buat lagi...

Assalamualaikum,

Diserang kemalasan untuk mengupdate entri adakah petanda awal seseorang blogger itu akan berhenti??? Kalau ya, hmm...

Ok. Saya teringat kata pepatah orang, sepakat membawa muafakat. Sepakat membawa berkat. (Betui ke ni? Sebab tak ingatlah ayat penuhnya). Rupanya, sepakat juga boleh membawa kerosakan dan kemusnahan!!! Sebabnya, pokok betik belakang rumah saya yang amat subur dan manis isinya telah tumbang!!! Pemangsanya adalah ahli muafakat anai-anai !!! yang saya kira mereka telah bekerja keras, siang dan malam untuk memusnahkan isi dalam batang pokok tersebut. Makanya ia menjawab persoalan saya selama ini mengapa pokok ini dah lama berhenti berbuah dan daunnya asyik gugur memanjang.

Alkisahnya, petang Isnin lepas, semasa hujan tengah turun lebat selebatnya, saya yang berada di dapur tengah bersemangat menyediakan adunan lempeng pisang, telah dikejutkan dengan bunyi berdebuk kat belakang rumah. Saya terfikir takkan ada benda jatuh disambar kilat kot, sebab tak de bunyi guruh dan kilat langsung. Saya tergerak meninjau ke luar tingkap dapur dan omakkkk...separuh pagar dawai jatuh dihempap pokok botik!!!. Tapi syukur pintu pagarnya tak apa2. Saya pun terus keluar ke belakang laman dan laa hai, pokok tu tumbang sekali akar2nya terkeluar. Bila saya tengok dekat2 kat area batang pokok tu, ya Allah, suku isi batang bermula daripada bawah batang pokok tu dah kosong!!!. Banyak sangat anai2 kat situ. Geli pun ada.

Kononnya nak tolak ajelah pokok yang dah tumbang tu ke bawah jalan belakang (laman belakang rumah ni kawasan tinggi), tolak-tolak pangkal pokok tu dengan kaki tak boleh pulak. Masih melekat kukuh dengan akarnya. Sib baik hujung pokok ni tak masuk ke pagar orang sebelah, hanya di atas tangga luar pagarnya sahaja, kalau tak, naya aje. Pokok ni tinggi, hampir menyamai bumbung rumah dua tingkat ni. Saya telefon memberitahu suami yang dalam perjalanan pulang tu. Hati tu pun dah berdebar gak, camnerlah nak baiki pagar dawai yang jatuh tu, kalau suami tak dapat baiki, alamat bo*el ajelah laman belakang tu tanpa pagar, seriau memikirkan bakal2 pencuri yang akan menerjah masuk. Na'udzubillah.

Bila suami balik, tak dan berehat, terus dia mulakan operasi membersihkan belakang rumah tu.Kesian kat dia kena meredah hujan. Syukur masa tu hujan bertukar gerimis pula. Suami terpaksa memotong pokok tu kepada 4 bahagian untuk senang menariknya turun tangga dan letakkan kat tepi jalan. Dan sedikit akar yang masih bersambung dengan pokok tu ditetak putus dan suami hanya menolak ia jatuh ke bawah. Bila saya tengok isi batang pokok bahagian atas, berwarna putih dan padat isinya berbanding dengan yang dah dimakan anai tu. Jauh beza betul.

Kemudian, operasi membetulkan pagar dawai bermula. Hujan pula lebat semula, siap dengan guruh. Tak putus2 baca ayat, untuk berlindung daripada kilat. Syukur hanya perlu memaku semula semula bahagian hujung pagar tu pada dinding luar dapur tu. Bila dah siap sempurna, alhamdulillah, tak risau dah dengan pencerobohan daripada luar kecuali depa panjat pagar ni. na'udzubillah.

Dan setelah itu, saya pun sambung semula operasi membuat lempeng pisang...

**********************************

1. Lupa nak war-warkan ucapan tahniah pada Kak Wan (Alex Lacey) kerana dapat baby boy. 4.5 kg you!!! Alhamdulillah, dapat bersalin normal. So far, dia n baby sihat walafiat. Alamak, lupe nak tanya nama. Dapatlah dengar suara kak Wan dah. Ramah orangnya.

2. Tima kasih pada Ayu sebab inform akak pasal Kak Wan & bagi no. fon kak PB.

3. Dah dapat cakap ngan kak PB...ramah orangnya. Esoknya rajin sms lagi tanya dah makan tengahari atau belum. Thanks kak.

4. Hari ni, Khamis, adalah hari ke 4 Huda pula kena benguk. Petang semalam, Aiman pun mula kena benguk. Minta sangat janganlah Alia pun kena, sebab kesian duk tengok kakak n abangnya menahan sakit bengkak benguk tu.

5. Kak A, dah ada progress. Walaupun belum sedar sebab doktor bagi dadah paling kuat, tapi bila dipanggil, mulutnya ada bergerak2 cuma suara tak keluar lagi. Yang bagusnya, suaminya memasangkan earphone kaset Al-Quran. Saya dpt salah maklumat mengenai 3x operation dlm masa 24 jam, sebenarnya dlm tempoh 48 jam. Maafkan saya ya.

Saturday, September 09, 2006

Rangkuman berita

Assalamualaikum..

Malas wehhh nak update blog. Hari Rabu lepas tak de di rumah seharian, balik pun dah hampir lewat malam. Khamis pagi pulak, dah siap entri baru, tinggal nak post aje tup tup ada connection error, lepas tu tak sengaja terpadam semua . Terus hilang mood nak buat entri semula.

Menjawab komen2 entri sebelum ni;

- Moga kita semua terutama para penjual barang dpt mencontohi sikap jujur A yang bukan beragama Islam tu.
- Yap…kami dah beli laptop baru :D
- Kami pun tak tahu kenapa care centre tu tak mahu mendedahkan identity pemilik asal laptop tu.
- Kalau laptop murah tu kena tengok jenama agaknya, mungkin ia bukan jenama terkemuka .
- ZZ, akak lum nak bukak ruang borak lagi, takut tak dapat handle :D.

Oklah, nak bagi rangkuman berita yang berlaku tanpa sempat dicoretkan di sebelum ini.

Calling-calling – Dalam 2 minggu lepas, saya berpeluang mengenali suara Ayu dan IV menerusi perbualan telefon. Masing-masing happening orangnya. Terkejut saya dengan kelembutan suara IV… macam suara budak. Awet muda. Hehehe. Dengan Zareda pula, kami hanya sempat bersms aje sebab dia sibuk sangat masa tu.

Trip – Kasihan Husna sebab tak dapat ikuti lawatan sambil belajar pelajar2 Tahun 1 sekolahnya pada Selasa lalu kerana benguknya telah berpindah ke pipi sebelah lagi. Tapi,syukurlah dia dah ok sekarang.

Buku – Saya antara 10 bloggers bertuah mendapat buku percuma dari Prof. Madya MKI. Ia sampai petang Selasa lalu. Buku ini mengenai pengurusan UiTM. Terima kasih banyak-banyak Prof. Madya :D.

Siput sedut – Hari Rabu lepas, saya sekeluarga menikmati siput sedut masak lemak cili api masakan mak saya. Tapi, mak saya tak makan, dia memang tak lalu, cuma masak aje bolehlah. Husna dan Aiman pula meratah sampai 2 mangkuk siput sedut tu. Part sedut siput ni tu yang thrill tu, ada masanya senang keluar isinya, ada masanya sampai sakit perut nak menyedutnya keluar..hehe.

Kritikal – Petang Rabu, saya dapat call drp sahabat, X menceritakan jirannya, Kak A bersalin normal di pusat perubatan swasta. Tetapi bleeding selepas tu. Kemudian Dr. terpaksa bedah membuang rahimnya. Malangnya, masih bleeding lagi. Terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan. Kat sana Kak A terpaksa dibedah lagi. Keadaannya masa tu kritikal. Diberitakan hingga 6 doktor merawatnya masa tu. Malangnya, pendarahan tak berhenti. Terpaksa dibedah lagi. X dapat tahu, ketika pembedahan utk kali k 3 ini dilakukan, keadaan Kak A tu mmg teruk hinggakan mukanya bengkak2, semua yang melawatnya terkejut sebab dah bukan rupa dia. Suami Kak A dah macam putus asa sebab teruk sangat keadaan Kak A. Terkini, saya dapat tahu yang darah Kak A cair dan kemudian doctor dpt tahu ia berpunca drp ovari. Makanya ovari tersebut terpaksa dibuang. X sempat melawat Kak A di ICU, lemah lututnya melihat keadaan Kak A dengan wayar berselirat sana sini. Saya pula tak boleh bayangkan wanita lepas bersalin terpaksa harungi 3 kali PEMBEDAHAN dalam tempoh 24 JAM!!! Ngilu dan ngeri memikirkan badan yang lemah itu terpaksa ditoreh perutnya di tempat yang sama hingga 3 kali. Moga Allah panjangkan umur Kak A. Dahlah baby kali ni first time dia dapat boy, sebelum ni dah ada 2 anak perempuan.

Weekend ni nampaknya kami tak kemana-mana. Duduk rumah aje. Selamat berhujung minggu semua.

Monday, July 10, 2006

Mee bandung tak jadi & napelah sampai jam 5 pagi?

Weekend lepas ni tak de aktiviti menarik pun. Bahkan, saya tak pergi pun jemputan kahwin dua pupu di area Seremban sebabnya nak bagi Alia sembuh betul, biarpun dia dah sihat. Takut diasak ke sana ke mari, dia demam balik. Pagi tu, saya try buat mee bandung segera keluaran Adabi tu. Tapi camner entah, terbanyak air, pesnya tu tak cukup pulak. Rasanya kurenglah. Ayoyo..spoil betul, masa tu lah teringat napelah tak ikut resepi Hot Mama dulu. Kita yg tak expert masak ni, pandai2lah beger membeger. Akhirnya, sebelum tutup api, kita pun rasalah kuahnya. Oklah..asalkan ada rasa ala ala mee bandung. Masa hidangkan kat suami, dia nampak pelik gaya kuah tu, dia tanya;

mee apa ni?
mee bandung tak jadi (hehe, yelahkan, nak bagi nama apa lagi? sbb mmg tak jadi sangat)
Risau gak rejected. Tapi syukurlah dia kata ok jer rasanya, maka abihlah dia makan. Cuma dia kata ayam tu mcm kurang sempurna masaknya, saya kata lama dah tu bertenggek atas api dapur.
Sbenarnya sepanjang hari semalam kena penyakit MMMMM (malas). Rasa malas betul nak wat keje2 rumah. Dek kerana sarapan pagi dah berat (mee bandung tak jadi tu), siap ngan goreng chicken ball, roti bersalut mentega, n nugget untuk anak2. Saya masak lepas zohor. Kalau masak awal pun tarak sapa mau makan. Anak2 lagi bukanlah pemakan sangat. Kena paksa n kekadang tu kena sound baru nak makan. Saya masak kari ikan merah. Suami tak mo makan lagi, kenyang. Anak2 lagilah.

Petang tu, ummi rajin tul melayan tv. kali ni ummi yang conquer tv*tumbuh tanduk*, kalau tak tu, drp pagi sampai malam kartun aje, rasa kita pun dah jadi katun. Sambil2 tu lipat kain baju (keje rmh paling tak suka sekali. Oh ya..ada sapa nak cari part time kerja? blhlah tolong lipat kain baju kami, nanti bagi upah ;). Tiba2 tergerak pulak nak buat bubur pulut hitam. Laju pulak anak2 makan. cepat jer abihnya.

Si Aiman pulak, volunteered nak sediakan roti salut mentega sendiri. Mula2 dulu tak bagi sbb dia kecik lagi, tapi dia buat gak..at last ajarlah dia cara nak sapu mentega n tabur gula sekali atas roti. Sebab tak kosa nak bergaduh ngan dia yg ended up dia muncung mulut. Kiranya dia dah expertlah skrg ni, tapi bab tabur gula tu kena pantau gak, kalau dak kang toba (tebal) gula tu bukan main..siap tolong buat untuk adik2 lagi. Rajin plak melayan adik2nya tu. Entah apa yg best sangat aksi menyapu mentega atas roti tu pada dia, tak taulah.

Malam tu, sambil tgk berita tv3 tu, keluar pulak berita pasal sorang menteri beragama ISLAM bhgn pelancongan ni cadangkan supaya pusat hiburan n restoran beroperasi sampai 5 pagi!!! Adui...yg tutup jam 2 pagi (kalau tak salahnya) ni pun dah macam2 kes jenayah dan masalah sosial yangberlaku, inikan pulak nak sampai 5 pagi...janganlah duk kemaruk nak tarik pelancong sampai pusat hiburan tu nak dipanjangkan waktunya..malulah, dahlah PM melaungkan slogan Islam Hadhari. Takut benda2 ni semua fitnah pada kerajaan kita, kata pemerintahan ISlam hadhari. Kalau takat restoran sampai 5 pagi tu ok lagilah. Setau saya, dlm pusat hiburan ni sgala jenis maksiat ada..pengedaran pil2 haram (sapa yg hancur? anak2 muslim gak), gro berlambak2 (antaranya ibu2 tunggal muslim), arak tu tok sah cakaplah, tarian yg entah apa2 tu , itu belum lagi tarian separuh bogel or naked terus. Suami yg zalim tak ingat balik rumah, isteri2 yg diabai suami cari pengganti kat sini, anak2 yg terlalu dimanjakan or terlalu diabaikan pun masuk sini. Ini semua blh menghancurkan anak bangsa kita. nanti kang, kita jugaklah yg bising anak bangsa kita tak kuat jiwalah, tak kuat itu inilah, sebabnya kita yg sogokkan semua ini pada mereka. Boleh nak ebrhibur, tapi biarlah yg diredhai Allah.

Lagi satu, saya baca dlm blog siapa, tak ingat, nak dicadangkan jugak kos minuman arak dikurangkan demi tarikan pelancong. Kalau betullah cadangan ini dibentangkan, Ya Allah..ni lagi satu nak cari bala. yang sedia ada ni pun dah macam2 masalah terjadi. Kerana arak, org jadi mabuk. drp mabuk org boleh tinggal solat, org boleh bergaduh, org boleh berzina, suami boleh bantai sepak terajang isteri, org boleh berbunuhan, org boleh merogol hatta darah daging sendiri dll. Itu sebabnya arak ni termasuk jenayah hudud yg blh dikenakan hukuman hudud. sbb bnayk sangat malapetaka boleh berlaku. Kalau pun ada yg kata, alah, minum sikit aje. yelah, dah namanya air setan, sikit2 lama2 jadi bergelas2, naknya kita ni org Islam, lagilah banyak syaitan menghasut buat dosa2 besar ni, sbb depa nak cari geng duduk sama dlm neraka.Itu janji mereka ngan ALlah.

Janganlah duk sibuk cari keuntungan pelancongan tu, sampai REDHA ALLAH KITA TOLAK KE TEPI. Takut2 nanti, blh datang bala. Mungkin ada yang fikir, alah, benda kecik aje, itupun nak kepoh. Tapi, dlm Islam, benda2 kecik nilah boleh jadi masalah besar. Maaflah, kalau saya emosi sikit. dan maaflah kalau ada yang tak setuju ngan pendapat saya. Tapi yelah, ini pandangan peribadi saya nak share ngan semua. Saya ni pun bukan baik sangat, cuma ia rasa bimbang saya saja akan masalah2 sosial yang berlaku teruk sangat kat malaysia ni. Memang tak teruk jika dibandingkan dengan negara2 luar sana, tapi takkan nak jadi sampai mcm tukan?? Saya harap kabinet tak meluluskan cadangan2 ini.

Nabi pun dah cakap, jd pemimpin ni, satu kaki kat syurga n satu kaki kat neraka. jdi, kita pilihlah kita nak dua2 kaki kita masuk mana. Bukan senang jadi pemimpin hatta jadi pemimpin dlm rmhtangga sebab setiap org akan bertanggungjawab di akhirat kelak. bayangkan, kalau kita pemimpin yg galakkan org buat maksiat, di akhirat nanti, setiap org yg buat maksiat itu berpunca drp kita...kita bertanggungjawab sama. huish...mana nak lari masa tu. tak de dah nak putar2 masa utk balik ke dunia, nak beramal jariah. dah tak de dah dunia ni. nak hire peguambela pun tak de dah, depa pun kena adili sama. Apa yang jadi saksi kita? amal jariah, amalan fardhu ain, dan seluruh anggota badan kita. bahkan anggota badan kita juga akan jadi saksi pendakwa selain drp buku2 amalan kejahatan kita tu (huhuh..ingat balik dosa sendiri ni, tak tau mana nak mnyorok dah :( .masa kat akhirat tu, masa nak timbang segala amalan kita.
pemimpin ni bukan takat pemimpin negara, hatta saya ni surirumh pun adalah pemimpin gak. Bayangkan kalua saya tak didik anak ebtul2, hingga depa tak solat, puasa sebab saya tak ajar n akhirnya depa hidup atas nama islam, tapi tak de amalan sbg sorang Islam langsung..makanya saya adalah pemimpin yg gagal dan saya ebrtanggungjawab kat akhirat, kecualilah kita dah diidk merka yg terbaik, tp mereka sendiri pilih jln salah, n kita tak berhenti menasihat mereka, itu lain cerita.

Hmm..saya terfikir gak, betapa maju pun kita capai..kita masuk zmn millennium, masuk abad ke 22 dan seterusnya, sebenarnya kita menuju ke AKHIRAT. suka atau tidak, kita terpaksa hadapinya. Sama2lah kita didik diri kita jadi pemimpin yg diredhai Allah, kerana kita yg untung di akhirat nanti. Saya ingatkan perkara ni untuk diri saya sendiri. Saya pun banyak tak betulnya, tapi Kata Rasullullah, sesungguhnya agama itu adalah nasihat.Maka, selagi kita bergelar Muslim, selagi itulah kita belajar nasihat menasihati. Kita nasihat org, kita nasihat diri kita jugak maknanya tu. dan Rasulullah cakap lagi, sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Maka, kita boleh paham kat sini yg kita ni wlwpun agama tak tinggi mana, tapi, kalau tau sikit pun..sebarkanlah. Ada pahalanya tu. jom kawan2..kita tambah pahala amal jariah :).

Ok. stop syikin yg mak nenek ni. Hehe..nak taulah, sapa sebenarnya menang piala dunia ni? saya tolong kejutkan suami jam 2 pg tadi sebab dia kata nak tengok, then saya masuk tidur. Pagi tadi tanya dia sapa menang, dia kata tak tau..laaaa rupanya dia pun tertidur gak akhirnya. hehe..sesungguhnya kami berdua bukan penonton WC yg tegar. sekian terima kasih.

Friday, May 26, 2006

Minggu santan

Tengahari jumaat tadi, saya merebus seperiuk sederhana besar labu kuning. Nak masak lemak cili api labu kuning ni. Pas tu goreng ikan kembung. Hmm, mesti berselera makan. Sendiri perasan tak pelah. Tapi, bila saya tengok banyak pulak labu yang dah direbus ni. Saya putuskan separuh buat masak lemak cili api dan separuh lagi buat pengat. Terus saya jerang dua2 masakan ni atas dapur serentak. Hihi, tengahari2 dah masak pengat. Duk tengah menjerang dua2 masakan ni baru saya teringat...ayoyo...minggu ni berapa banyak dah masakan bersantan saya buat? Minggu ni aje saya masak lemak cili api kacang panjang campur udang kertas. Saya buat bubur durian. Ya puan2 dan tuan2, suami saya beli lagi durian dan syukur tak de terkena cam ari tu (entri dughiyan). Saya masak kari ikan bawal. Dan hari ni aje dua masakan bersantan saya buat. Adus..berapa banyak kolestrol daaa... Eh, tapi pada peket serbuk santan company X menyatakan ia bebas kolestrol. Hmm..tak pe, tapi kalau den kono heart attack tibo2, mau den saman company X tu, cakap tak serupa bikin. Ahaks. Mengada2lah tu, sapa suruh makan makanan bersantan kerap? sendiri cari pasalkan...tapikan lagi best sbnrnya masakan bersantan tu pior drp kelapa parut, bukan kilang mari dalam bentuk serbuk. Tapi dek kerana rumah sey ni agak jauh drp kodai dan selalu tiba2 keinginan nak masak lomak cili api dan buek bubur datang tibo2, mako eyy baiklah sey boli yang berpeket siap-siap. Buek stok kato orang. Haha..sey bab makan memang kalah, sobab sey ni suko makan, nak buek camno. Tapi sey pastikan sey bukan hidup untuk makan, tapi sey makan untuk mengonyangkan (mengenyangkan) porut.

Cuti sekolah ni dah ada 3 jemputan kawin. Dua di Selangor dan 1 di Terengganu. Rasanya yang jauh tu tak pergilah. Agenda lain? Jalan-jalan cari makan? Tiada lagi setakat ni. So, kepada yang bercuti dan berjalan, yang pergi umrah terutama Zar, moga perjalanan kalian diberkati Allah.

Tuesday, May 02, 2006

Kisah anak2 dan cuti

Husna

Hari Jumaat lepas, Husna buat keputusan tak mahu lagi join kelas taekwandonya. Alasan? Dia keletihan yang amat. Memang meletihkan sebenarnya sebab kelas taekwando tu selepas waktu persekolahan. Setiap Khamis, mata pelajaran terakhir adalah pendidikan jasmani. Dan selepas itu adalah kelas taekwando. Itulah satu2nya waktu kelas taekwando yang ada (seminggu sekali). Ini yang membuatkan dia rasa letih sangat; menjalani latihan taekwando selepas seharian belajar dan pj. Sampaikan dia pernah bagitau setiap kali latihan tu, dia merasa mengantuk. Berkali2 saya dan suami tanya untuk dptkan kepastian dia. Dan Husna tetap dengan keputusannya. Kami tak mo paksa dia, sebab dia tuan yang punya badan. Biarpun saya mcm tak seronok dengan keputusan dia, tapi kami kena hormati kehendak dia. Lagipun dia kecil lagi, tak mengapalah. Mungkin tahun depan dia akan tergerak semula utk join kelas tu. Nampaknya saya kena call guru yang menjadi coordinator kelas taekwando tu. Syukurlah kami belum sempat belikan pakaian seragam taekwandonya lagi.

Aiman

Saya perhatikan, sejak Khamis lepas Aiman berminat untuk membaca walaupun merangkak-rangkak. Dia akan beritahu saya, Ummi…Aiman dah pandai eja bla..bla..bla..atau dia akan mengambil buku dan membacanya sebaris dua di hadapan saya. Asal dia blh lepas satu2 perkataan itu dengan jayanya, respon automatic saya,” Aiman pandai..” Dan nampak dia gembira sangat dengna pujian itu. Saya suka dengan perkembangannya yg terbaru ni sebab dia mmg kurang minat utk membaca dan mcm tak kisah dengan buku walhal dia dah mengenal huruf. Saya memang tak mahu memaksa dia membaca sebab dia pun baru 5 thn lebih. Kecil lagi. Berbanding dengan Husna, dia memang minat membaca. Setiap hari dia wajibkan diri dia membaca semenjak dia boleh membaca masa usia 4 tahun lebih dulu hingga ke hari ini. Kami tak suruh pun tapi dia ada inisiatif sendiri. Dan Aiman, biarpun kami selalu galakkan dia membaca, tapi dia lebih senang wat dek jer..Sudah semestinya dua tiga hari ni menggembirakan saya sebab dia mula suka dengan BUKU!!!! Sebelum ni, nak jentik minat dia, kami suruh dia membaca perkataan2 pada pembungkus makanan atau tajuk buku atau nama jalan. Itupun dia macam malas-malas. So, saya harap dia boleh meneruskan minatnya itu. Yang penting sekarang saya nak dia lancar membaca.

Cuti

Hari Jumaat dan Sabtu lepas saya tak kemana2, duduk di rmh sahaja. Ahad, kami sekeluarga keluar berjalan-jalan bawa anak. Asalnya nak p kedai perabot di Bukit Idaman Selayang, tapi kedai yang dituju tu dah berpindah tempat rupanya, tak tau ke mana. Kemudian, kami ke Mydin Selayang. Itupun teringat Husna kena menyediakan peralatan lukisan. Katanya nak kena buat layang-layang. Yang tak bestnya area shopping complex ni, parking susah sebabnya ramai orang shopping even hari biasa, kalua weekend tu tok sah cakaplah, kekadang tu kena tawaf dua tiga kali baru dapat.

Rumah contoh - On the way kami balik ke rmh selepas Mydin tu, kami singgah di perumahan baru, Sunway Batu Caves (tak jauh bertentangan dengan Giant Batu Caves). Saja nak tengok rumah contoh dua tingkat tu. Bosar makkk aiyyy..tapi harganya besar gaklah dalam 3-4 ratus ribu lebih. Tapi memang bestlah. Naknya pulak interior desingn dia tu memenuhi cita rasa saya. InsyaAllah, satu hari nanti murahlah rezeki kami nak beli rumah sendiri.


Keladi ketuk - Isnin tengahari, kami balik ke rmh MIL. Kali ni kami balik, mil buat sejenis kuih drp keladi. Rupanya macam pudding. Suami panggil keladi ketuk. Senang menyediakannya. Rebus keladi yang dipotong2 (kecil or besar ikut suka) + sedikit garam sampai empuk. Kemudian, buang air rebusan tu. Tengah panas2 tu, masukkan kelapa parut putih (tak mo yang dah bercampur ngna parutan kulit kelapa sekali tu), dan gula putih. Boleh juga dicampur sekali dengan gula merah. Kemudian tu lenyek2 semua bahan tu hingga sebati. Setelah tu, dalam bekas yang hendak dimasukkan bahan ni di Alaskan dengan sehelai daun pisang. Bila masukkan tu, tekan2 bahan ni sampai padat. Setelah tu masukkan dlm peti ais. Biarkan ia sejuk. Sedap!!!!
Oh ya, kalau kelapa parut tak cukup. Boleh masukkan sedikit pati santan. Tapi saya secara peribadi lebih suka parut kelapa lebih sebab ada rasa crunchy sikit. Kata mil, lenyek bahan2 tu masa panas sebab senang keladi tu nak hancur, kalau dah sejuk susah nak lenyek2 keladi tu.
Oh ya, ttg sukatan bahan2 tu terutama sukatan gula, ikutlah sesedap tekak sendiri ya. Saya tak reti nak bagi sukatan :).

Malam tu, dalam jam 9 malam lebih kami bertolak balik ke Gombak.

Monday, February 27, 2006

Sup ayam lebur

Pagi Ahad semalam pegi ke MAKA (Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik) 2005 sek. Husna. Tapi, tak semangat betul nak pegi. Awalnya saya excited sangat nak pg, dah janji ngan Husna. Semangat tu hilang pagi semalamlah, bila Alia tak boleh tidur nyenyak malam tu, kejap2 dia nangis dan terjaga...entah apa yg tak kena tak taulah...setiap sejam saya terjaga. Hinggalah akhirnya saya dpt tidur nyenyak 2 jam jer rasanya. Itupun bila terjaga, pening kepala. Ni intro migrain sayalah. Rasa nak cancell jer, tapi kasihan pulak Husna. Patutnya sampai 8.15 pagi, tapi kami sampai lbh krg 9.15 pagi. Masa tu Pengerusi sek. tengah beri ucapan. Auditorium kecil, terpaksa berdiri kejap hinggalah ada tpt duduk kosong. Lepas tu persembahan bermula, dengan lagu sekolah, nasyid, sajak, dikir barat. Bila nak masuk pentomin, saya dah tak tahan, kepala pening sangat dan loya. Confirm migrain saya datang. Rasa nak cari bantal jer ni. Saya panggil Husna,
Husna, kepala umi pening dan nak muntah ni. Boleh tak kita balik? sorrylah...
Husna menggangguk. Syukur dia faham.
Pegi cakap kat ayah,
Husna beritahu ayahnya. Ikut saja suami saya. Dia pun sebenarnya malas nak attend, cuma fikirkan saya beria ajak. Awal2 dia bagitau saya, bukan Husna yg terima hadiah, baru darjah satu tahun ni.
Tu masa saya membelek isi kandung buku cenderamata, saya tengok senarai nama pelajar cemerlang bagi setiap darjah dan tingkatan, serta subjek terbaik. Mata saya tertangkap pada satu nama tu, banyak hadiah dia dapat. Segera saya tunjukkan pada Husna yg duduk sebelah saya,
Kakak, kalau kakak nak banyak dapat hadiah tahun depan, kakak kena belajar sungguh2.
dia menggangguk.
Masa kami nak keluar aditorium tu, saya tanya Husna lagi
Kakak, tak perkan? Kakak pun dah tengok latihan ni aritukan?
Husna menggangguk, sebab hari Jumaat ari tu dia bagitau semua pelajar kena pergi tgk rehearsal.
Kiranya, hanya sejam lebih saja kami berada di sana. On the way balik ke rumah, kami singgah makan. Saya ni paksakan diri bertahan sebab dah tak tahan sangat sakit kepala.
Sampai rumah, saya bawak Alia naik ke bilik dan tidur. Dalam 2 jam jugaklah saya tidur hinggalah saya terjaga..masa tu jam 12 lebih. Tapi, saya rasa badan lain macam dan panas. Ya Allah, demamlah pulak...

Saya pun panggil Husna, minta tolong dia ambilkan ubat demam dan air. Masa dia turun semula, terdengar dia cakap dengan suami.."umi demam"
Lepas tu terdengar suami saya pesan kat anak2 "jangan bising". sebab dia tau pantang saya kalau tengah sakit kepala anak2 bertekak.
Ingatkan nak landing lama lagi kat bilik, tapi sebab alia dah terjaga..perlahan saya bawak dia turun ke bawah. Ayahnya pun tengah baring tonton tv (mmg susah nak tgk suami saja2 nak menonton tv). Suami memandang ke arah saya,
Tulah..orang ajak rest kat rumah hari ni tak nak
sempat lagi dia usik saya. Diam jerlah..tak de mood nak balas.
Saya baring kat ruang tamu, biarkan anak2 main sendiri..Alia, alhamdulillah tak meragam. Mcm biasa, tak leh tgk saya baring dia mesti tagih hak dia.Risau gak nak bagi dia menyusu, takut berjangkit demam. Tak perlah, tawakal jer.
Bila dah rasa kebah sikit demam. Saya ke dapur. Terasa nak masak pulak. Sebelum tu suami dah pesan jangan masak apa2. Nasib baik masa kami balik drp restoran tu ada lah bawak balik bekal sikit. Kiranya anak2 dah makan ngan ayahnya lagi masa saya tengah tidur tu. Tapi, nak jugak hati ni memasak. Suami masa tu dah tertidur. At last saya wat sup ayam lebur (tak de tumis2..semua campak2..pas tu suami komen, mcm kurang kick jer sup ni..saya kata, sorry la..lebur2 je -ntah mana pktn ni muncul tak taula-, tak larat nak tumis2). Pas tu, sempat saya masukkan kain kotor dalam mesin basuh, basuh pinggan.
Lepas tu, rasa demam datang balik. Saya baring balik. Alia terberak, suami tolong basuh. Tak perlah beramal jariah ngan isteri sakit. Rasa nak tidur, tapi mata tu tak mau pejam. Pas tu, rasa kebah balik. Saya bangun ke dapur lagi..tergerak pulak nak wat bubur kacang ngan kuih kacang. Saya pun buatlah...lepas tu, saya baring balik. Suami tak leh nak kata apa..sebab dia tau saya nak buat, saya buat juga. Pas tu, saya baring balik.
Malam tu suami offer, nak p klinik atau tidak. saya kata tak yah. sebab ubat demam ada lagi. Malam tu, beli makanan luar jer.fast food. burger. anak2 pun tak kisah.
Awal pagi isnin, saya terjaga daripada tidur. rasa sejuk semacam.saya tau badan saya panas dalam. lepas tu tekak perit sangat..oh sudah, ni tandanya tekak dah merah ni..alamat, bertambah teruklah demam saya. cepat2 saya selongkar peti ais, kot kot jumpa ubat sakit tekak hisap. alhamdulillah jumpa. lega kejap. sambung tidur balik kejap sebelum terjaga nak siapkan anak2 ke sekolah. Alhamdulillah, saya bangun pagi tu, mmg terasa demam lagi..tapi ada kekuatan nak siapkan sarapan simple utk anak2. Lepas depa p sekolah, saya pun sambung tidur balik, demam lagi nih. Hai..siap bertepeklah kat dahi saya ngan bye bye fever anak. Alia dan Huda masih tidur lagi..siap saya masukkan dalam buaian masing2.

Monday, February 20, 2006

Ahad yang serba tak menjadi tiba-tiba

Pernah tak dalam satu hari, dek kerana satu hal kecil saja tiba-tiba hari kita jadi serba tak kena?Begitulah halnya dengan saya, gara-gara hos air mesin basuh buat hal, hari Ahad saya tak ceria seketika apatah lagi dengan huda yg demam panas semula sejak awal pagi dan saya yang tak cukup tidur.
Mesin basuh
Mesin basuh ni dah masuk kali k 3 berubah tempat. Kali ni terpaksa dipindahkan daripada luar depan rumah (tepi sliding door..can you imagine!!!) kerana air paip luar dah tak keluar dek tekanan terlalu rendah. Kami pindahkan ia di luar belakang rumah, asalnya nak letak kat luar bilik air seperti kali pertama dulu, tapi bila fikirkan ruangnya sempit dan menghalang keselesaan laluan ke bilik air, kami putuskan untuk letaknya di luar belakang dapur pula. Untuk laluan air masuk ke dalam mesin basuh, kami pasangkan paip yang mempunyai dua kepala di sinki dapur. Senanglah, satu untuk kegunaan sinki dan satu lagi untuk mesin basuh. Oleh kerana hos air mesin basuh tu pendek untuk sampai ke sinki melalui tingkap dapur, maka kami guna hos air biasa disambungkan di kepala sinki dan antara hos air tu dengan hos air asal mesin basuh ni kami sambungkan dengan alat penyambung (macam kepala paip juga).
Masalah timbul, bila hos air di sinki tu tak berfungsi dengan baik, mudah tertanggal daripada alat penyambung tu...on jer mesin, hos tu tercabut sebab tak tahan tekanan air laju...saya tak sedar perkara ni berlaku hinggalah saya tergerak nak meninjau samaada pakaian sedang dibasuh atau telah selesai. Terkejut saya tgk hos air sinki tu tercabut daripada alat penyambung dan air mengalir laju ke dalam longkang. Tiada air langsung di dalam mesin. Saya sambung balik (dahlah ketat nak buatnya) dan tinggalkan..tapi, saya pelik..awat la tak de dengar putaran mesin nih..saya pegi tinjau semula. Ya Allah, tercabut lagi..saya sambungkan balik..macam tu juga..terpaksa minta tolong suami pula..perkara yang sama berlaku. Adalah tiga empat kali keadaan ni berlaku dan slowly mood membasuh hilang (entahlah nak masuk bulan mengambang kot), hampir sejam dah, tak juga air dapat masuk ke dalam mesin basuh. Matahari tengah panas cantik pula tu. Sayang betul. Dalam masa yang sama, anak2 saya ada yang bertekak dan merajuk, Huda pula, syukur tak meragam walaupun demam panas..Alia pula merengek lebih..saya yang hilang mood ni lagilah moody (gamaknya intro nak bulan mengambang)..sorang sorang kena sound ngan saya..nasib baik ayahnya terkecuali..hehee.
Akhirnya suami saya beri cadangan supaya guna cara manual basuh baju ni (masukkan hos air yang lebih panjang terus ke dalam mesin basuh dan bila dah berputar mesin, matikan air dan keluarkan hos tu, berulang kali sampai selesai..adeii..renyah pulak, kena monitor selalu) sementara tunggu dia beli hos air baru yang sesuai. Oklah...dan lepas zuhur baru saya dapat sidai kain dengan sempurna. Hai..macam-macam hal.
Roti jala
Petang Ahad tu memang kami tak ke mana, Huda still on off demamnya. Boring lak tak buat apa2, tiba2 hati tu menggaruk garuk nak wat roti jala. Kebetulan masak kari ayam masa tengahari tu, ada baki, tergerak nak wat cicah ngan roti jala. Ni dah kali k 3 saya wat roti jala.Kali pertama 'kantoi' rupa roti jala tu. Kali kedua, bolehlah ada rupa 'jala' walau tak cantik. Ni, kali ke 3, alahai.. tak reti2 lagi nak 'menjala' perfect. Rasanya rasa roti jalalah..tapi ghupanya tak serupa roti jala org lain..tulah, masa p pasar malam or pasar ramadhan tak menelek penjual roti jala tu 'menjala', ye dak..nak cantik macam beli kat orang tu jauh lagi...putus putus...kena praktis selalu. Geram gak..tapi, nak makan sendirikan, tibai ajerlah, asalkan ada rupa 'jala' walaupun tak perfect. Better than never kan...
Oh ya, saya amik resepi ni dalam buku masakan Betty Yew, antara tukang masak fofular Malaysia...
Bahan-bahan:
2 biji telur, dipukul
2 cwn tepung gandum, diayak
1/2 camcateh garam
2 1/2 cwn santan kelapa dari 1/2 biji kelapa parut
sedikit serbuk kunyit utk nampak kuning (ni saya tambh sendiri tak de dlm buku tu)
cara: campurkan semua bahan ni dan gaul sampai hilang gentel2 tepung tu...biar elok cairnya..kalau bergentel, tapislah..
panaskan kuali leper dan griskan minyak atasnya...gunakan acuan roti jala tu dan 'menjala'lah atas kuali tu sampai ia masak. Gulung or lipat bila ia sejuk...
Bye-bye Fever & 100+
Sejarah betul...tak pernah sebelum ni beli pelekat Bye-bye Fever (untuk melegakan suhu demam panas) sampai 3 kotak dalam masa seminggu lebih. Yelah, start Husna demam, lepas tu Huda, kemudian Alia..memang banyak pakai..dan habis pun digunakan. Anak-anak saya suka pakai pelekat di dahi tu sebab terasa sejuk..yelah dalam tu ada gel. Tahan sampai 10 jam, berbanding ngan jenama lain, Cool Fever yang hanya 6 jam saja. Keje saya pun senang, tak susah2 kejap nak menjaram ngan tuala kecil basah atas kepala dan sendi anak2 yang demam. Kiranya, berani la nak tidur malam tanpa perlu berjaga teruk sangat.Cuma yang sakit tu, regenya mahallah..sekotak RM 14.90 ada 6 keping jer.Tapi, demi anak, tak perlah.
Samalah ngan minuman 100 plus tu...berbotol beli as minuman sampingan utk segarkan badan dek cirit birit n demam2 tu..Masalahnya, air ni mmg kegemaran satu famili, daripada ayah sampailah si kecik Alia..cepat jer habihnya. At last, org sakit minum sikit..org sihat minum banyak. Ada ka patut? tak patut...tak patut...
The Apprentice
Akhirnya, si Clay tersingkir...dahsyat tul aura negatifnya kena kat ahli2 grup lain..cakap sikit nak bantah, tak setuju..at last, seperti selalu "Clay, you're fired"

Sunday, February 05, 2006

Petang Ahad

Hari Ahad..tak ke mana-mana pun.Duduk kat rumah jer. Boring gak...tapi malas pula nak keluar berjalan. Malam semalam balik kejap rmh mak..dah seminggu lebih wannya tak tengok cucu-cucunya.

Entah nape, tiba2 ada mood lak nak wat kek. Bukan terror pun, tapi saja nak makan..tak gebu tak per, asal jangan bantat dah.Tapi problem tul, oven wat hal..tgh semangat sediakan bahan..oven tengah panas tu tiba2 terhenti..dia wat hal pulak..jamm..punyalah putar dia punya jangka masa..beger sana..beger sini..mau la akhirnya..tapi rasanya dah sewel...masa masukkan bancuhan kek tu..baru 5 minit..dah berbunyi tanda masak..terpaksalah pusing balik jangka masanya...tak taulah jadi ke idak kek tu..hehee..yang bestnya, bolehlah mintak cik abe sponsor oven baru..dah bertahun pun...

Friday, October 07, 2005

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam ramadhan utk sumer yg berpuasa...

hmm..dah lama rasanya tak wat coretan utk blog ni..sibuk ngan tesis..bila dah siap sikit tu dan wat discussion ngan supervisor utk satu draf, legalah, tapi kepala tak lega gak sbb duk sentiasa fikirkan idea seterusnya utk isi tesis tu..lotih mak..

Bercakap pasal ramadhan ni, tak sah kalau tak citer pasal menu berbuka..buka apa ye ari nih? syikin masak sambal sotong dan sotong masak kicap (utk anak)...pas tu abg beli kuih muih dan air mata kucing & air kelapa madu..

semalam abg masak maqlubah..sejenis nasi arab (jordan mari)...berselera dia makan sampai berulang-ulang, dah lama tak buat..kita ni pun tumpang semangkuk mengulang makan..tapi dia still juara...camnerlah nak kurus ek..punyalah bantai phyto fiber..hehehe

husna dan aiman belajar puasa tahun ni. seronok tengok depa berpuasa..punyalah semangat...hari pertama, pukul 6 petang depa berbuka.oklah tu for the first time..hari ke 2, aiman buka kat 5.30 ptg..tapi husna, berjaya abihkan puasa dia..ari ni? hehehe..tak sempat kejutkan dia sahur..jadi tak suruh dia puasa, takut lembik lak kat sekolah.

oh ya..yang mengandung tu pose ke? kengkawan ada gak yg mengandung, tapi punyalah semangat dia berpuasa..contoh yg baik tu utk org yang mengelak posa terutama yg beri alasan gastrik tu...

oh ya..satu petua berpuasa utk org gastrik, time sahur elakkan minuman bersusu...insyaALlah gastrik tak datang..ni amalan saya. cubalah...

ada yg dah shopping raya dan wat biskut raya? syikin satu apa pun lum wat lagi...sibuk ngan tesis, abg pun sibuk..tunggulah dulu..baru minggu pertama posakan...

oklah..nak ca alip but dulu..ngantuk sangat rasanya..tapi tak leh tidur lagi...tesis menunggu tu..alahai...