Salam,
Hari ni tarikh nuzul Quran ya...Hari Rasulullah menerima wahyu pertama. Kali pertama Baginda bertemu Malaikat Jibrail di gua Hira'.
Anak2 saya bercuti sekolah. Tak kemana2 hari ni. Suami pun kena bekerja. Cuaca masih berjerebu.
Saya masih batuk hingga bertalu2 dan gatal tekak yang amat. Semalam (Isnin) pergi ke klinik, doktor sarankan buka puasa sebab keadaan tekak saya yang agak teruk. Merah. Memang pun teruk, hinggakan suara saya bertukar parau dan sesekali hampir tidak kedengaran suara saya bila bercakap. Sejak Ahad rasanya. Saya diberi antibiotik dan ubat batuk dua jenis. Alhamdulillah, hari suara hampir pulih 100%.
Semalam saya berbuka di rumah mak. Suami yang cadangkan supaya berbuka di sana, sebab kasihankan mak yang berbuka sorang2 sementelah 2 adik, kak lang n kak andak pulang lewat, terutama kak lang. Kebetulan hari ni cuti sekolah di Selangor, jadi kami terus tidur di sana malam tadi. Kalau hari persekolahan sukar nak berbuka di rumah mak.
Di rumah mak, saya sempat membelek2 akhbar dua tiga hari lepas. Tiba2 mata saya terpaku pada satu berita... ALLAHUAKBAR...Datuk Leo Michael Toyad (maaf kalau salah ejaan) telah menjadi MUSLIM...Beruntungnya dia terpilih menerima taufik dan hidayah Allah apatah lagi usia di kira telah berada di penghujung senja. Moga dia akan menjadi MUSLIM yang sebenar2 MUSLIM, bukan sekadar sebutan di bibir sahaja, tetapi mengaplikasikan segala rukun dan ibadah di dalam Islam.
Terbaca juga seimbas lalu, kontroversi kenyataan Mawi yg kalau berlakon filem tak mau pegang2 tangan n peluk (gitu ke isunya?), yang mendapat reaksi beberapa para pelakon. Terus terang, saya harapkan industri perfileman dan drama di negara ini dapat mencontohi negara Iran, bahkan lebih baik daripada sana. Selari dengan kerajaan ISLAM HADHARI Malaysia ni. Tak bestlah kalau kerajaan aje pentadbiran Islam Hadhari, tapi bab industri hiburan dan filem negara, kantoi...
Hehe..pernah imagine tak, kalau betul2 laksana industri hiburan n filem negara ikut tuntutan syara', susahlah nak tengok aurat artis2 pompuan..semuanya bertudung litup n baju pun cover betul2, tak ketat sana sini, tak dedah sana sini...berlakon tak delah pegang sana sini antara bukan pelakon bukan muhrim, peluk2 tu lagilah..yelah, nak dpt redha Ilahi..kalau buat konsert pun, pastikan waktu solat para artis ni dijaga betul, begitu juga aurat, dan adab pergaulan mereka.Samalah juga dengan krew filem dan drama...tak delah nak main qada' qada' solat..atau langsung tak solat (sbnrnya mmg tak de istilah qada' solat pun utk bab2 camni), bab2 dedah aurat dan bertepuk tampar, bab salam tu terutamanya.
Ini bukan takat tanggungjawab individu dah, bahkan ia tanggungjawab pihak penganjur. Ini semua akan disoal di akhirat kelak..bukan takat mematuhi kaedah fiqh "matlamat tak menghalalkan cara" sahaja di dalam pemerintahan negara seperti yang disebut oleh Pak Lah, bahkan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuklah dalam bab hiburan. ha..itu belum bab industri fesyen negara lagi, camner kita nak buat ia selari ngan tuntutan syara. Nak jual or buat baju2 seksi tu, boleh pada pandangan peribadi saya..tapi ada peraturan ketatnya menurut hukum syara'..hehe, nantilah, kalau saya ingat, saya nak buat entri pasal ni.
Mungkin ramai yang fikir atau terlupa atau tidak tahu, kat akhirat nanti, hanya bab2 solat, puasa saja yang akan disolat..oh tidak..lebih drp itu, sebenarnya seluruh aktiviti kehidupan kita biarpun sebesar zarah akan ditanya. Jadi, sementara kita ada nyawa ni, memang kena pulunlah buat aktiviti yang mendatangkan keuntungan kita di akhirat. Sebab kat sana musim menuai kata orang, kat dunia ni musim menanam.
Oklah, maaflah kalau catatan2 di atas ni ada yang menyinggung perasaan kawan2, tapi bukan apa, itulah hakikatnya yang kita tak dapat nak tolak. Ajaran Islam tu pahit pada sesetengah orang, tapi madu pada mereka yang menyintaiNYA. Yelah, macam bagus aje saya ni nak citer bab agama, walhal diri sendiri pun tak bagus. Saya akui 1000% tentang tu. Tapikan, nak sahut gak SERUAN RASULULLAH "BALLIGHU 'ANNI WALAU AYAT" (Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat). Sebab dapat pahala i tell you..cuma kena tahan cacian dan makian oranglahkan. Sedangkan RASULULLAH tu dikatakan GILA, kaum musyrikin nak BUNUH BAGINDA, inikan pula takat cacian tu..kena kuatlahkan..sedangkan ALLAH tu pun ada hamba2NYA selamba derk aje hina dan caci..tak payah jauh, ayat2 QURAN tu orang berani pertikai..inikan pulak kita hambaNYA yang tak kuat mana imannya.
Oh ya, saya terpaksa ketatkan ruangan meninggalkan komen, kena dptkan kelulusan saya baru boleh siarkan komen bloggers, sebab utama, blog saya kena SERANG lagi oleh puak2 RACIST ni. Entahlah depa ni, nak kata sakit, tak tau..tapi duk melalak lalak kat blog orang nape???Buatlah blog sendiri, buatlah entri tak puas hati ngan kerajaan atau orang Melayu tu sesuka hati, jgn melalak kat blog2 kita ni, kalau guna bahasa berlapik tu ok lagi..ni dah tahap kurang ajar, mencarut carut kat orang. Sian kat parents depa ni, penat didik anak jadi orang beradab, tapi 'terlebih' adab sampai tak tahu nak beradab. (eh..batai ka puasa cek duk melalut camni ??kena tanya ustaz2 ustazah2 ni).
Oklah..cek dah masak nasi ayam utk berbuka ni. Sbonar eyy den masih dalam try n error nak buat nasi ayam yang perghhhh sodap. tak pakar lagi ni. Tu tanak sikit aje. Malam nanti buat lauk lain utk sahur. kuih? smlm som som yang mak buat ada bawak balik sikit, cuma nak buat sirap dia ajelah. air? air teh dan mungkin air bandung atau air sunqkist atau air suri (sunkist+sirap..hehe, saya yg panggilnya begitu). Ok selamat berbuka ya.