Thursday, October 19, 2006

BALIK MANA?

Assalamualaikum...

Hmm..semalam tak de kat rumah sepanjang hari, hampir tengah malam baru sampai rumah. Tu yang tak blogging langsung.

Tahun ni balik raya mana dulu? Rumah isteri? Rumah suami? Gilir-gilir? Saya pula, tahun ni adalah tahun ke 8 BERTURUT-TURUT beraya di rumah mil dulu. Sebabnya? Pertama, setiap tahun suami ada tugas di pagi raya.

Kedua, dah jadi tradisi kat kg suami (tak besar pun, kalau penduduk asal tu adalah tak lebih 10 rumah, dan rmh2 sewa kepunyaan penduduk asal yang biasanya mmg kosong time raya) jemaah surau (surau tu depan rumah mil aje) yang lebih kurang 50 orang akan turun beraya ke rumah mil dan penduduk2 asal ni lepas solat raya. Depa ni pun kaum kerabat suamilah ni dan ada gak jiran tetangga, tapi, majoriti sedara mara suami. Daripada sebuah rumah ke sebuah rumah mrk akan beraya. Ni trip kaum lelaki waktu pagi. Kemudian, trip ke dua, grup orang perempuan pulak, akan beraya drp satu rumah ke satu rumah selepas kaum lelaki balik rmh masing2.

Jadinya, mmg juadah raya tu banyak nak dihidangkan selain drp ketupat, nasi impit, rendang, kuah lodeh n kuih muih..setiap rumah ada tambahan juadah utama, mcm rmh mil buat laksa, rmh lain buat mee kari, yg lain pulak buat meehun sup...Jadi, mmg banyaklah kerja kat dapur tu, dahlah anak mil 2 aje. lelaki pulak tu. Saya pulak baru aje sorang menantunya. Raya pertama saya kat sana, mmg terkejut badan ni sebab banyak nao pinggan mangkuk nak dibasuh hehe..Sampai malam sibuk ngan tetamu, tak dan nak syahdu syahdan nangis fikirkan tak beraya ngan mak. Bila saya ada, kata mil, barulah malam raya dia dpt tidur, kalau tak tu mmg tak tidur langsung sebab banyak kerja.

Ketiga, petang raya pertama biasanya mak dan semua adik saya 4 orang (depa ni bujang lagi, sorang lagi dah kawin duduk Sabah, raya kat sana tahun ni. Raya sudah dah balik. tp suami dia pun org semenanjung gak(org kampung kami) akan singgah beraya di rumah mil dlm perjalanan nak balik ke kampung negeri Sembilan. Kiranya saya still dpt jumpa mak n adik2 masa raya pertama, biarpun petang or kekadang tu raya kedua baru jumpa kalau depa raya kat kampung dulu.

Keempat, kalau mak saya balik kampung raya pertama, raya kedua pula saya sekeluarga akan balik ke kampung pula..then konvoi balik ngan mak ke KL pada hari raya ke 3. Biasanya saya akan balik semula ke rumah mil dalam sehari dua. Then baru balik ke rmh kami.

Dibandingkan kemeriahan persiapan raya rmh mak ngan rumah mil, mmg rumah mil lagi happening sebab suasa kampung tu n sibuk ngan persiapan berbanding ngan rmh mak yg tinggal area apartment n sunyi malam raya.

Syukurlah mak saya memahami tanggungjawab saya, sebab itulah dulu yg mak lakukan masa arwah ayah ada lagi; beraya rumah mil mak dulu saban tahun.

Jadi, saya kira tak de apa2 nak digaduhkan pasal bab giliran balik raya. Ada orang tahan bergaduh..tapi saya tak mo pusing2 kepala. Yang penting suami saya benarkan saya balik jumpa mak time beraya. Ada isteri, lagi kesian, langsung tak merasa nak mencium tangan mak sepanjang raya. So, kena bersyukurlahkan. Biasanya, walaupun saya tak dpt giliran raya pertama kat rmh mak, tapi biasanya bab berjalan2 raya ke rmh sedara mara saya sendiri kekadang lebih banyak berbanding rmh saudara mara belah suami. Ini pun sebab faktor masa. Mmg tak nafi juga terselit sesekali tu rasa nak beraya ngan mak dulu. Tapi tanggungjawab berada ngan suami tu dah wajib, nak buat camner, ya tak. Tak pe, bila kita mengalah camni, bukan kita aje dapat pahala lebih, mak kita akan dpt pahala lebih tau..sebab kiranya dia berjaya didik anak2 perempuannya taat ngan suami. Mudah jalan mak tu nak masuk ke syurga nanti. Tapi, kalau suami2 dapat buat giliran setiap tahun tu, alhamdulillah, lagi bagus.

ok saya nak buat ucapan sedikit:

SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN BLOGGER
SAMAADA PENGUNJUNG TETAP MAHUPUN SILENT READER
ANDAI ADA PENULISAN SAYA SELAMA INI YANG MENYINGGUNG PERASAAN
BAK KATA HINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN JIWA KECEDERAAN DI HATI
MAAFKANLAH SAYA YANG TIDAK SEMPURNA INI.