Pertama2nya, ucapan takziah pada mama blogger kita, Dr. Faez Hussien yang kematian arwah ayahnya beberapa hari lepas. Al-Fatihah. Sudah selesai tugasnya kat dunia ni as a Muslim n seorang ayah dan bapa kepada anak2nya. InsyaALlah, beliau akan bahagia di alam barzakh. Sama2 kita doakan ya. Cuma saya pun terasa sedih sangat sebab Dr. kita ni baru balik ke Malaysia for good setelah lama di perantauan, tapi tak dapat lama2 untuk bermanja semula dengan arwah. Itulah ujian namanya. Saya yakin Dr. seorang yang tabah dan dngn ada keluarganya sendiri, sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan dalamannya.
Ok..kembali pada tujuan asal saya buat entri ni, mesti anda pelikkan napelah tajuk entri saya kat atas tu camtu..adalah kisahnya.
Pertama, silap saya sendiri tak check awal-awal sebelum publish satu komen blogger ni kat entri "Balik Mana". Kebetulan dia adalah komentor terakhir dalam entri tu. Nak jadikan citer...kan sekarang ni saya setkan semua komen masuk email saya dulu sebelum dibenarkan publish. So, komen blogger ni pun samalah. Oleh kerana saya tgk ayatnya sikit punya bagus "maaf zahir batin", saya pun teruslah publishkan tanpa prasangka dan tanpa klik dulu pada nama blogger tu walaupun dia ni first time tinggal komen. stlh tu, saya deletelah email komennya tu. Entah camner, hati kuat suruh buat lawatan balas ke blog dia, yelah nak kenal sapa tuannya yang baik hati ucap maaf zahir batinkan..orang berbudi,kita berbahasa. Bila klik aje, saya terkejut menengok blog tu..dan dan tu gak rasa nak ketuk2 kepala dan hantuk2 kat dinding..BLOG LUCAH!!! Rasa tertipu sungguhlah. Eiiii....tak tau saya nak hamburkan geram dan amarah saya pada sapa. Tertipu ngan nickname blogger ni yang langsung tak melambangkan kelucahan, kebetulan gambar profilenya pun tak de. sapalah nak sangka..Sedihnya dia mempermain2kan ayat "MAAF ZAHIR BATIN" semata2 nak promosikan blog lucahnya..BOLEH GITU???
Kedua, saya jadi gabra. Buatnyalah ada pembaca yang kebetulan baca entri tu n baca semua komen dan terklik kat nama blogger tu..ayooo...BERDOSANYA saya sebab menjadi RAKAN SUBAHAT SECARA TIDAK LANGSUNG mempromosi BLOG LUCAH. Cukuplah dosa2 saya sendiri saya tak larat nak tanggung, ni nak jadi rakan kongsi penyumbang dosa orang..pergh... Sendiri mau ingat ya SYIKIN...
Ketiga, dek gubra gitu, saya terus setkan semula entri Balik Mana tu sbg draft..fikirkan tak mo orang baca ruangan komen tu. Maka untuk satu malam, entri Balik Mana tu jadi draftlah..
Keempat, rasa ralat pulak entri tu dijadikan draft sebab penat saya menaip panjang lebor (sapa suruh huh?!)...tapi camner saya nak bolehkan ia publish semula tanpa komen blogger lucah tu appear sama??? Nak delete komennya, saya dah terdelete awal2 email komennya yang asal dan kat dlm trash email tu pun dah hilang automatik, so tak leh wat apa..ayoyo..ke ada sesapa yang tau?
Kelima, akhirnya timbul satu idea...saya publishkan semula entri tu tetapi TERPAKSA kuKORBANKAN semua komen kat entri tu dgn setkan hide all comments.nak buat camner, dek kesilapan saya sendiri n tak mau PUBLISHKAN nama blogger tu demi KEPENTINGAN AKHLAK UMMAH sebab blog camtu adalah PENYUMBANG KEPADA AKHLAK MASYARAKAT ROSAK; hati dan jasmani...So, kepada semua bloggers non lucah yang tinggalkan komen kat entri Balik Mana tu, MAAFKAN SAYA YA. Tak pe, tak kena buang, cuma tersembunyi aje..
Jadi, jangan terkejut kalau tengok kat entri Balik Mana tu tak de langsung komen, sbb saya dah sembunyikannya.
Mungkin ada yang fikir saya ni leceh sebab benda2 kecil camni ni pun nak kepoh..tapi ni kecil bukan sebarang kecil, macam saya kata, saya boleh jadi penyumbang dosa2 orang sebab membolehkan mereka akses kepada blog2 lucah.Tak de nak riya' saya ni bagus. Nasib badan saya sendiri tak tau camner kat akhirat nanti. Tapi saya harap ia boleh mencetuskan rasa tanggungjawab bersama utk halang blogger2 lucah ni berterusan mempromosikan blog mereka dalam blog2 kita yang tak mo buat camtu. Tapi saya tau, ramai blogger kat luar sana delete aje bila menerima kedatangan blogger lucah ni tanpa kepoh mcm saya ni. Cuma saya saja nak highlightkan aje isu ni yg nampak kecil tapi besar sebenarnya.
Saya doa sangat2 semoga blogger lucah ni dapat TAUFIK n HIDAYAH Allah untuk TIDAK MENERUSKAN aktiviti songsangnya itu. Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah ya dik atau akak atau abg tuan punya blog lucah , blog lucah anda itu nanti akan jadi bukti untuk menentang anda di akhirat kelak..bahkan jari jemari anda yang menekan keyboard n memasukkan gambar2 lucah itu akan menjadi saksi penentang anda sendiri. Paling menakutkan Malaikat di bahu kiri mencatitkan dengan TELUS tanpa kasihan akan perlakuan songsang tu. Seterusnya ALLAH MAHA MELIHAT DAN DIA MAHA MENYAKSIKAN. Semoga kita semua ya kawan2 blogger mengambil iktibar. Umur kita ni pendek, bila2 ALLAH akan ambil tanpa kita tahu waktu dan saatnya. Hargailah nyawa kita dengan segala amalan kebaikan, sebaik mungkin jauhi segala kejahatan. Dan semoga kita tergolong di dalam hamba2Nya yang sentiasa bertaubat..tp jangan taubat buat balikkan..tu namanya tau buat bukan taubat.
Pengajaran paling penting buat saya, kena check betul2 blog blogger yang first time dtg blog saya sebelum saya publish ia. Ok...hentikan bebelan.
Sian kat Husna, dia pulak kena chicken pox. Start malam jumaat dah keluar, kemudian baru keluar demamnya. Sudahnya, semalam (Sabtu) saya tak menghadiri majlis akad nikah adik sepupu (anak pak uda saya) kat Cheras. Tak pe, majlis kenduri lagi 2 minggu. Report Card Day sekolah Husna pun tak dpt datang, Isnin nantilah. Ayahnya pun bz nak exam Isnin pagi nanti. Yang kesiannya tgh malam tadi (Sabtu), Husna tiba2 mengelinjang gatal yang amat sangat, walhal dah makan ubat tahan gatal dan dah disapu calamine. Dahlah daun mambu (btulkan?) tak de..sudahnya saya terpaksa suruh dia mandi ngan air suam. syukur kurang sikit gatalnya. Dan hari ni (Ahad), saya terpaksa tolak jemputan 2 open house kawan. Itulah namanya tak de rezekikan.