Monday, May 15, 2006

Fokus...fokus...

Saya ni, kalau tengah buat sesuatu terutama membaca, hanya boleh fokus kat membaca tu jer dan telinga saya takkan hirau perkara2 yang berlaku di sekeliling walaupun volume tv sedang kuat berkumandang atau orang keliling sedang sibuk berbual. Saya tak reti nak buat dua perkara tu; melakukan tugasan n mendengar serentak. Sesekali bolehlah. Tapi, ada orang reti. Dia boleh sambil membaca tu telinga fokus mendengar.

Dan juga, kalau minta tolong anak2 dan bila dia tak ingat apa yang disuruh tu, mulalah saya bebel, lain kali kena fokus apa yang ummi cakap. ini tak mau fokus.

Hari Sabtu, saya terkena dengan Husna bab fokus ni. Saya tengah ralit membaca. Lepas tu Husna datang kat saya dan menunjukkan muqaddam utk dia tasmi' ngan saya sebab minggu ni start mid term week. Dia ada ujian hafazan melibatkan surah al-Fatihah dan 3 Qul. Saya ni dok syok membaca, layan dia kejap. Lepas tu suruh dia sambung tasmi' ngan ayahnya sebab ayahnya lebih terror bab tajwid. Dan saya bagitau dia, saya ni tak reti nak fokus dua kerja dalam satu masa (saya pula tengah sedap membaca masa tu, apalah saya nikan). Dia pun macam2 lah soal jawab saya bab fokus ni. Budak darjah satu ni mmg curious all the time. Lepas dia puas hati dengan jawapan saya, dia pergi tasmi' kat ayahnya yang sedang buat kerja depan komputer n dia juga blh memasang telinga serentak. Dan saya, terus membaca. Punyalah ralit tu. Kemudian, saya meletakkan bahan bacaan kat atas meja kopi, ternampak Husna menyimpan muqaddamnya.

Kakak..dah abih baca ke?
dahlah
Quhuwallah dah?
dah
Surah lain dah?
dah *&%$@# ... ayah dah dengarlah. Ummi tak fokus ke?
???? (terkena dah saya) eh, kan ummi kata ummi tak reti nak fokus dua benda.

Cerita lain pula. Entah kenapa, saya yang berdebar pula Husna nak mid term. Barangkali takut dia tak dapat mengekalkan prestasi dia yang cemerlang dalam ujian bulanan lalu. Yang dulu tu, rupanya ujian bulanan bukan mid term, sebab cikgunya bagi kedudukan tempat dalam keseluruhan markah ujian. Tu yang saya ingat ia mid term. Tapi, saya tak mau pressure dia. Saya dulu pun tak kena pressure ngan parent saya. Saya nak dia enjoy belajar. Cumanya, Sabtu hari tu (ni sebelum kes di ataslah), sibuk saya menyemak buku komunikasi (cikgu2 mengisi maklumat pelajaran/homework/notis /jadual utk makluman parents) dia utk mengetahui tajuk2 setiap subjek yang akan dimasukkan dalam mid term nanti. Sambil2 menyemak tu, saya ajak dia duduk dekat dengan saya, mengulangkaji sepintas lalu. Macam main 'cikgu-cikgu' pula. Seronok rasanya. Sebelah malam pun begitu juga, kami main 'cikgu-cikgu' lagi sebelum dia masuk tidur. Pandai pula dia memaksa saya membaca dialog2 dlm buku pelajaran tuh. Saya terfikir, kalau saya bekerja nanti, boleh ke saya buat macam ni lagi dengan anak2? itu yang menakutkan saya kalau jawapannya tidak. Dan itu juga yang buat saya rasa lemah semangat nak bekerja. Mama bloggers boleh bagi saya tips macamana nak memantau persekolahan anak2 walaupun sibuk bekerja?

Teringat pula masa sekolah rendah, saya suka main 'cikgu-cikgu'. Saya jadi guru dan 2 adik saya serta seorang anak jiran jadi anak murid. Saya pun tak tau kuasa veto apa yang saya gunakan hingga saya berjaya menyuruh anak jiran tu bawak buku tulis dan alat tulis utk saya mengajar. Ahaks. Ia menjadi sebahagian lipatan kenangan manis hari-hari saya di sekolah rendah.

Sempena 16 Mei ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua bloggers yang bergelar guru mahupun pensyarah.
Segala ilmu bermanfaat yang anda berikan kepada anak-anak murid anda adalah satu amalan jariah yang mendapat pulangan pahala yang berganda-ganda.
Dan kita sebagai ibu bapa juga adalah GURU yang terdekat di dalam mendidik anak-anak kita. Oleh itu, selamat hari GURU juga kepada mama dan papa bloggers, serta semua mereka yang bergelar ibu dan bapa.

34 comments:

Shami said...

Shami tak der tips apa2 cuma, selalu makesure kerja rumah cikgu bagi siap, jangan miss...lepas tu sebab shami hantar kelas tuisyen, jadi cikgu akan monitor ulankaji..pelajaran anak2..alhamdulillah semuanya berjalan lancar...shami tak pernah desak anak2 ..shami dulu pun mak ayah tak pernah desak...cuma shami memantau jer...anak2 agar deper tak abai lansung pelajaran...dan disiplin diri penting..kalau malas shami guna kuasa veto...he..he..he..ni yang mahal ni....

Angah said...

Tips takdak.. anak tak sekolah lagik.. tapi part main cikgu2 tuh best kan....

but I had a bad relationship ngan sorang che'gu.. eeiiiiii

Kaklong Syikin said...

shami: thank for the tips :)

angah: mmg best...:). saya harap awak dah ok ngan cikgu ni :)

Alinlai said...

selamat hari guru syikin :) **ngajar anak pun dikira as a teacher gak** ha ha ha main2 cikgu2 masa kecik2 mmg best bleh garang2...maklum la kitakan cikgu kwang3....

Zareda Norman said...

zar pun sama cam syikin, kalau dah setat membaca zar tak pedulik hal lain sebab tu kalau pagi minggu sebelum zar capai suratkhabar, zar akan siapkan brekfest dulu, kalau tak alamatnya semua orang makan brunch aje.. hehheh

Kaklong Syikin said...

alinlai: hehe..tima kasih ucapan awak tu hingga memberi idea pada saya untuk mmbuat wish sempena hari guru ni :)

zareda: hehe..

Anonymous said...

fokus jangan tak fokus..

Kaklong Syikin said...

NBB: :), dan saya kira jd doktor & pathalogist lagi kena berganda fokusnyakan ?

moon: betullah, anak kita cool ajer..maknya gabra lebih.

MOKCIK AZWA said...

hehehe...tu ler Syikin fokus membaca, sampai terlupa nak fokus kat Husna tu...i guess most of us are like that. tengah masak, anak tanyasikit pong nak melenting hehehehe

ontahsapo said...

errr...tasmi tu apa..?

abiumar said...

Assalamualaikum... fokus jangan tak fokus... anak ummi berapa orang yer.. seronok ramai anak..

Kaklong Syikin said...

azwa: betui tu azwa, sian kat anak.


ontahsapo: tasmi' tu perkataan bahasa arab. terjemahan sbnr saya tak pasti, tu saya tak bagitau dulu. yg saya faham, ia berkaitan dengan mendengar. tasmi' ni biasanya bagi org yg menghafaz surah2 or ayat2 al-Quran, dia akan membaca hafazan tu di hadapan org lain utk memastikan bacaannya betul atau salah drp segi tajwid, sebutan huruf. kalau salah, org yg mendengar tu tolong betulkan. kiranya org yg mendengar tu sbg penyemak bacaanlah.
(harap2 asben saya or sesapa yg terbaca komen ni blh betulkan kalau salah penerangan saya ni)

Kaklong Syikin said...

Abiumar: alhamdulillah, anak saya 4 orang. 3 perempuan & 1 lelaki.:)

NBK466 said...

Cam den memuda dulu...masa study tak leh bukak radio...musti fikiran melayang kat lagu ataupun perbualan dlm radio... Unless buat atau belajar Math... Lagi ROCK lagi laju.

Insyallah Husna gonna be fine dgn mid termnya....

maklang said...

Memenag fenin kalau anak2 tak nak buat homework nih...maklang risau kat Angah nih....next week pun dia exam..

Kaklong Syikin said...

nbk: oh..ada juga kelonggarannya ya. yelah, buat math tu blh dengar lagu. saya..semua pun tak blh.

amin..tq, doakan Husna.

maklang: betul sangat2 tu maklang

Anonymous said...

isyallah... akan ku berikan segala ilmu untuk dicurah kan... bukan mengharap balasan cuma sekadar ingatan :-)

Anonymous said...

kalau dulu saya pernah main panjat2 pokok, masak2, kahwin2 dan pernah juga main cikgu2. tak sangka, menjadi juga! Selamat.. hari raya guru.. eh, tambah pulak!

KAMATO said...

fokus tu fokus jugak, tapi anak kene tenguk jugak, kalau tak cikgu marah nanti...he he...

Kaklong Syikin said...

Babydiana: anak saya yg tadika melenggang ke tadikanya, semua buku n alat tulis tinggal kat sana. agaknya cikgunya tak mo anak2 murid tertinggal buku d rmh.

jamri: betul tu jamri.mmg bila anak murid ingat lagi kat cikgu biar berpuluh tahun tak jumpa, rasa bahagia sangat.

GT: hehe..saya pulak tak melekat jadi guru..jd guru anak2 jerlah.

alang: semua tu saya pun main gak. anak2 saya pun main gak permainan camtu, tp dalam rmh jerlah sesama mereka, tak macam kita dulu merayap sana sini.hehe..

kamato: hehe..yelah..yelah..

simah said...

selamat hari guru syikin..

la ni dah habis focus dah? cepat cepat...fokus kat blog ni... :0)

oldtown~Smell the Roses said...

hmm..kak,nanipun sama.kalo baca buku tu kusyuk je.org ckp kat sebelah pun takdgr ape2..tp buku novel je la.kalo baca buku study tu,cicak berbunyipun leh dgr.huhu!nani taktau nak bg tips sbb baby tak sekolah lagi.tp kadang2 sian gak,balik ptg2, dia main sorang2.kite sibuk wak keje umah. kadang2 kalo takterlayan, suh papa dia yg tolong layan.mamanak wak keje.

p/s:pegi opis slalu rindu kat anak,ngan keletahnye!

oldtown~Smell the Roses said...

akak ngajar eh?skang sambung blajar ke?kat ne?dah sem brape?

Kaklong Syikin said...

simah: hehe..tima kasih tima kasih. rasa mcm real cikgu pulak.

jgn tak tau, saya terlebih fokus kat blog ni..hahaha


nani (oldtown): ha, kena bagi adik tu, nanti dia ada kwan nak main sama :)

tak..akak fulltime housewife. akak dah submit comb binding disertasi, tunggu approval. minta2 minor correction jer, kalau major, waaa..tak leh convo tahun ni. akak wat kat uia. master.

Izhal said...

saya pun tak reti nak fokus lebih dari satu kerja... kalo buat satu benda, benda lain yang mengganggu jadi 'noise'...

baguslah biaq husna enjoy belajar... thank you, saya pon nak biaq anak2 saya enjoy jugalah bila depa dah belajar...

main cikgu2? hahaha... apsal tak mian lecturer-lecturer? lagi syok... hehehe...

Kaklong Syikin said...

izhal: dulu kecik2 tak tau apa makna lecturer :)

aNIe said...

kak lady pun memang selalu naik angin kalau anak2 tak fokus pada apa yang kak lady suruh...nanti apa yang kita suruh lain yang dibuatnya...

Ajzie said...

Anak lum sekolah..so lum fokus lagi pasai homework anak2..hihih.

Salam Ajzie

WRA said...

ooo...kalau multitask tu alhamdulillah akak boleh lagi la...dok baca buku pun still boleh dengar latar belakang...tapi boleh jugak fokus betul2 kalau akak nak...boleh turn on and off la kiranya heheheheh.....

tang kerja dan keep track anak punya pelajaran tu, insyaAllah, still boleh....especially weekend, time tu kita pulun habis2..tapi belah malam tu pun still boleh tolong anak buat kerja rumah ngan ulangkaji sikit2...

Kaklong Syikin said...

kak lady: oh gitu...budak2 ni pulak tanya semula ummi nak apa? sabor jelah..

ajzie (wilhelm): tak pe..masanya akan tiba juga :)

kak wan: mmg tererlah akak ni :)

simah said...

syikin..i dah tulis resepi...pegi la check ..

kasutVINCCI said...

kv dulu masa kecik2 suka sgt main cikgu2 ni. Yg pasti kv akan jd cikgu lah. Tapi bila dah besar, melencong ke lain pulak. Kekekekeke

Mummy Rizq said...

Fokuss??? MB cuma boleh fokus kat TV jer.. haa..haa..

Kaklong Syikin said...

simah:tq

kv: hehe..biasalah tak semua yg kita nak tu dpt..

MB: haha..sabor jelah.fokus juga tu