Semalam tak de aktiviti menarik yang berlaku di rumah. Petang semalam penat sangat, lenguh-lenguh badan. Ini mesti terlebih minum air teh o semalam. So, banyaklah angin2 terperangkap dalam badan ni. At last, jam 6 petang lebih saya mengalah, p tidur sebab terlalu lenguh. Dalam tidur tak tidur tu, telinga ni menangkap2 aktiviti anak2 kat bawah. Tak per, ayahnya ada sama sambil tu terdengar pinggan mangkuk seakan2 dicuci. Cik abe buat kot. Terjaga semula, dah maghrib. Buruknya tidur, tapi nak wat camner, mmg tak larat sangat.
Terkejut tengok Alia yang comot secomotnya. Baju dia lencun dan bertukar warna kehitaman. Macam org masuk longkang. Si ayah tolong mandikan Alia. Selesai solat maghrib saya turun. Punyalah berkecah ruang tamu...ngan serdak kopi atas meja kopi n tikar. Jug plastik pun ada atas meja kopi tu. Padanlah Alia kotor, rupanya dia yang minum air kopi tu straight drp jug plastik (suami bagitau dia tak sempat nak amik cawan dah Alia tuangkan segalanya dalam mulut dia. Alia ni memang nak wat sendiri semua). Permainan lain bersepah2 atas lantai. Aduh, elok lenguh kurang, datang semula rupanya. Apalagi, masing-masing kena syarahan perdana. Husna pulak leka ngan tv, tak ingat nak wat homework.Lagi berganda syarahan perdana ummi. Mana yang tak de keje tu, saya mintak tolong kutip permainan. Aimanlah yang buat. Tak pasal-pasal kena mop lantai jugak. Tak leh nak guna kain buruk dah. Banyak serdak kopi tu bercecehan atas tikar dan lantai.
Dek kerana lauk tghari dah abih (ayam goreng masak kicap), maka saya terfikir2 nak masak apa untuk malam tu. Hai, banyak buku resepi pun tak dibuka. Akhirnya ayam masak kari pilihan saya, kacang buncis goreng. Saya campur sekali dengan pedal n hati ayam sebagai perencahnya. Dan kaki ayam goreng. Semua anak saya hantu kaki ayam. Ikut FIL dan suami. Saya tak pandai makan, tukang masak bolehlah.
Sambil menunggu kari masak, saya masukkan baju kotor dalam washing machine dan tukar mentol lampu laman belakang sebab terbakar. Washing machine kat laman belakang. Itulah tpt paling sesuai. Masa ni cik abe dah keluar jumpa kawan jap. Terdengar Aiman membaca buku sikit dengan di monitor oleh Husna. Tapi Husna bising sebab Aiman tak habis baca. Saya campurtangan bagitau tak per Aiman tak abih baca. Lepas tu, saya perasan Husna leka semula menonton tv sambil memegang buku kerjanya. Dengan kuasa veto seorang ibu, saya arahkan Husna naik ke bilik utk siapkan homework dia. Sian Aiman jadi mangsa utk menemankannya. Saya bagitau Husna, hari ni (Rabu) dia didenda tak boleh tengok komputer dan tv sebab tak habiskan kerja sekolah malam tadi.
Kemudian suami balik, sambil makan, kami menonton realiti show MY TEAM tu..sian kat budak sorang ni, sapa nama dia? lupa lak..ingat kat anak n isteri. Tak pernah pisah jauh ni. Tapi, lagi kesian kat budak2 yang kena kick out. Yang duk menyibuk sebak sama bila bebudak ni siap sebak mohon ampun n maaf kat parents sebab tak dapat penuhi hajat mereka. Baiknya budak2 ni. Tapi saya n suami pelik, apasal budak India ni, sapa namanya, kena kick out, walhal si Shebby kata dia bagi 110% performance ??? Moskil, moskil. Saya pulak sebelum tu on off tengok sebab suapkan Husna n Aiman kat bilik atas. kalau suruh depa turun, alamat lambat sebab masing2 leka menonton, termasuklah Umminya. Alia pulak tak mo makan disuap, dia ni suka sayur. Jd, dia pakai amik jer sayur2 dalam pinggan saya tanpa mau disuap. Nak makan sendiri. Entah nape, malam ni Alia lasak betul, main2 kat tangga, angkat bakul, mulut bercakap Jerman dan yang pasti ummi tak boleh hilang drp matanya, dia hilang drp kita tak per, jgn kita yang tinggalkan dia.
Siap apa yang patut. Saya bawak Alia naik dan ajak Huda sama utk tidur. Senang jer Huda terlelap, oh ya..tadi dia makan ubat selsema. Duk menepuk Alia, tiba2 terfikir macamanalah tiba2 saya dan suami mati dulu? camner ngan anak2 kami, kebajikan mereka siapa nak jaga? Terus saya berdoa minta Allah letakkan mereka di dalam jagaan orang yang amanah dan menyayangi mereka kerana Allah, minta mereka diberi kekuatan iman pada mereka, kesihatan yang baik dan murah rezeki sentiasa. Mulalah nak merebeh masa tu. Tiba2 rasa tak sedia nak mati awal dengan anak kecil2 lagi ni.
Alia tertidur, itupun selepas dia melalak kejap sebab badan dia rasa gatal2. Saya pun tergerak nak menggosok baju sekolah n baju kerja suami. Aduh..napelah saya benci menggosok n melipat baju ni. Tapi tak per, ramai lagi geng saya kat luar sana.ahaks.
Tengah malam tu, saya bermimpi. Dalam mimpi tu saya berada di satu tempat dan asyik merasa mual nak muntah dan kononnya saya cuba luakkan angin dalam badan tu, tapi macam tak keluar. Sampai adalah orang2 yang bantu mengurut belakang saya utk muntah. Tapi tak mau jugak. Masa tu saya rasa macam sengkak perut sebab tak selesa bernafas. Tiba2 saya terjaga, oh sudah...rupanya betul saya rasa nak muntah sangat2. Terasa angin dah menolak2 keluar. Bergegas saya ke bilik air (nasib baik dalam master bed room ni ada), apalagi uwek.uwek.uwek. Habis segala isi keluar. Dan saya rasa perut saya sakit sangat, macam kena gastrik tu. Apasal saya muntah tiba2? Pregnant? Oh..wajib tidak. Teringat sebelum tidur saya makan ponstan, tapi saya tak makan sekali dengan ubat angin. Sepatutnya wajib makan ubat angin tu, sebab ponstan ni kuat dan blh menyebabkan gastritis, dahlah saya sedia ada gastrik. Lagilah senang kena. Padan muka tu. Ni gara-gara sakit gigilah ni. Sakit sangat tiba2 sebelum tidur tu hinggakan terpaksa makan ubat. Dahlah pain killer yang sepatutnya dah abih. Ni pakai makan apa yang adalah ni (bahaya sebenarnya.j angan diikut) Dua tiga hari sudah memang dah mula sakit gigi tu sikit-sikit. Ya kawan-kawan, geraham bawah saya pulak yang sakit. Suami dah menggeleng bila tau ari tu masa kat rmh MIL, dia risau by 40, saya kena pakai gigi palsu semua. Oh no..no...Tapi, nampak gayanya kena ke klinik gigi lagi ni...aduh saleha.
37 comments:
hehehe.. pregnant ye? tahniah! (kalau benarlah tekaan saya ini)
Laa bila HM baca tajuk Muntah, terpikir samaada Syikin pun berbadan 2....
he he he...so entertaining (sori bukan la entertaining sebab syikin kena bagi syarahan perdana, mop lantai dll.. oh tiidakkk jangan salah sangka) citer ini. Saya yang pening pun terus hilang pening :)
alahai, kesiannya syikin... nak wat camna dah memang tugas seorang ibu dan isteri cam tu... :)
kalau tu petanda nak tambah ahli keluarga, tahniah in advande.....he he
Hebat juga...ini yg org kata2kan 'Mimpi Menjadi Realiti' tuh...hi..hi..hi..
syikin,
saya masih tertanya, apa kandungan postan ni (heheh tak pernah prescribe lagik ubat ni sepjg hayat) ada paracetamol dgn codeine ker?
muntah tak semestinya berbdn 2 kan?kan? tapi kalu yer, tahniah ler..
:D
GT, BABYDIANA, KAMATO & HM: sesungguhnya saya tidak pregnant. saya makan ubat yg menyebabkan gastrik saya terjadi. Sepatutnya saya makan ubat ponstan tu bersama dengan ubat angin, tp tidak saya lakukan. Dan itulah padahnya :)
alang: hehe..baca jgn tak baca.
alin: saya tak kecil hati.bahkan gembira sbb entri saya ubat sakit pening kepala awak..hehehe
tee: itulahkan..itu sbb pahala ibu n isteri ni besar2..sbb banyak menguji kesabaran
nbk:itulah cara agaknya Allah kejutkan saya bangun utk muntah :)
FH: saya tak tau contain dia.tp ponstan yg ni mmg tinggi dosnya 500mg (ubat suami sbnrnya).biasanya ponstan ni as pain killerkan. mungkin dos yg tinggi tu tak sesuai utk saya. suami saya dpttu sbb ari tu dia tergeliat. jd ubat tu sesuai utk dia kot..hehe.ni kes ubat saya dah abihlah ni
oh..saya ulang sekali lagi. muntah saya ni sbb tindak balas gastrik :)
wah wah...semua komen ingat awak nak tbh ahli :) ehh sila la tengok gambar2 kat 'rumah' saya...dah update pun
ingat ngandung tadi...
alinlai: hehe..itu yg gempak tuh..
saya dah jenguk dah..cantik2 gambar tu
MR: idaklah MR..nanti dulu. Bg Alia besar sikit..
kekeekekek...memang kalau gastrik pun kita muntah kan? tapi akak hari tu lepas disahkan gastrik, sekaligus disahkan pegnant plak hahhahhahah.....
kak wan, betui tu..
saya pulak terbalik. start ngandungkan Husna, baru kena gastrik sampaila hari ni. kalua tak,mmg tak penah kena sblm ni. pelik gak.
Kata tak de bende....banyak bende gak yg berlaku...
makan ponstan dengan gelusil, tak la pedih perut sangat.
macam mem jepun la puan syikin ni,mentol lampu pon ditukarkan...
mmg kalo anak mereengek sebab gatal jadi panas hati... heheh...
puan fara (mem saya) pun tak suka gosok baju... boleh geng la kot ahaks...
mimpi tang hujung2 tu biasanya memang berkait rapat dengan dunia jaga... jadi jagalah diri dan gigi anda :)
Syikin jangan biar selalu jadi gastrik nanti migrain datang lagi, dua2 penyakit tu berkait..jaga permakanan kita, jangan selalu biar perut kosong, ....he..he..he
mimpi saspen nih..hihihi..sokong kata shami..jgn biar perut kosong..hehe
m.lang: ye ke banyak benda? saya ingatkan ia ordinary things happen in a family :)
NBB: betul tu. sbnrnya, dr. pun ada bagi ubat angin sekali masa dia bagi ponstan tu, WAJIB dimakan bersama. tp malam tu gatal tak makan, ingatkan blh tahan.rupanya tidak.
Izhal:hehe, saja nak belajar pandai tukar pasang mentol lampu. sesekali kena berdikari.
mlm tu mmg panas hati saya sbb dia tak mo tidur :)
tulah saya dah kata, saya ada geng di luar sana. hehe.
suami dah menggeleng jer sbb gigi saya asyik kena masuk 'worksyop' jer.
shami n ais_putih : tq nasihat saya :).betui kata korang. sepatutnya sblm makan ponstan tu kena makan nasi or makanan berat.yg saya tak makan tu sbb sejam or dua jam sebelum tu saya dah makan byk. ponstan ni mmg merangsang gastrik, so utk pesakit gastrik lagilah kena berjaga2.saya tak makan sekali ubat angin yg diberi, hanya ponstan semata.tu yg teruk sampai muntah.kalau makan sekali ubat angin tu.oklaa..tp ni kes org degil..konon2 perasan ok.rupanya k.o. heheh
cerita pasal muntah ni .. baby zino tu pantang silap sikit pasti uwekkkk... nak makan kat kedai risau betul..
ingat pregnant :) baru nak ucap tahniah...
kv pun selalu mimpi nak muntah. Bila tersedar, mmg betul2 nak muntah. Angin dlm badan. Gastrik.
zino: agaknya hidung dia sensitif ngan pelbagai jenis bau agaknya. tu yg buat dia mudah loya n senang nak muntah. ini hipotesis saya :)
pnut: aduh..entri saya kali ni wat ramai yg konfius :)
kv:oh..ni first time akak kena camni. takleh bayangkan kalau dlm mimpi tu akak muntah betul2, bila jaga penuh baju ngan muntah..adus.masam..
Zar dan anak dara zar memang makan kaki ayam especially kalau buat sup kaki ayam. Hubby tak makan. Ekceli sup kaki ayam ni boleh buat ubat sakit lutut tau..
klinik gigi adalah tempat yg paling akhir aku nak visit! biar perut ni kena operate, tak per. tapi aku tak nak cabut or tampal gigi!!!
last aku sakit gigi masa form 4, lepas tu cabut terus, sekarg ni memang berjaga2 dan alhamdulillah setakat ni ok...
zareda: keluarga saya memang tak makan kaki ayam, sejak kecik mmg tak penah makan.tp belah suami mmg makan. mula2 tu tekejut saya. asalnya saya tak ajar anak2 makan, tp sekali tu,saya tinggal anak2 ngan mil.mil ada masak kaki ayam ni wat sup / goreng, rupanya depa suka. sejak tulah saya masak kaki ayam.tp tak makan, utk cik abe n anak2 jer. :)
MB: mmg itulah kehendak saya.tp gigi dah rosak kena cabut gak kalau tak sakitnya tu satu kepala sakit gak.blh x tidur malam.
ontahsapo: eloklah jaga elok2.saya ni pun jaga2 juga, tp nak kena camne?
kak sya tak makan kaki ayam kecuali kalau yg pandai masak kicap dan kukus cam dim sum tuh .. sedap. Kaki ayam kat rumah disimpan utk buat sup soto dan nasi ayam.
kalau berbadan 2 pun apasalahnya kan.
Lain kali kalau nak buang angin minum jer teh halia, pasti lepas tu asyik puss..puss..puss...
saya kalau nak buang angin beli asam halia tu gerenti lega....
bab gosok baju tu kita memang serupa :)
kak sya: anak2 saya suka both goreng n sup.
jamri: hehe..tak sedia lagilah bab berbadan 2 ni.cik abe sedia aje :)
feveret saya air halia. mmg sedap.saya makan ubat tu pasal sakit gigi sampai kepala. ubat tu kuat blh menyebabkan gastrik, jd kena makan ngan ubat angin utk balancekan..tp saya tak makan pulak ubat angin tu.
KS: oh..saya dah lama stop asam halia tu.tp saya selalu minum air halia o ..
kan kata dah saya ada ramai geng.ahaks.
syikin...dulu masa akak ada kantin...tukang masak tu selalu masak kaki ayam dengan sos tiram & cendawan shitake...best...sedap...masakan cina tu...
Seb baik mimpi nak muntah...akak ni pernah mimipi yang meloyakan...hehehhe....
kak lady: akak tau ke resepi tu camner? blh share tak?
blh share ke mimpi meloyakan tuh??;)
Post a Comment