Saturday, May 20, 2006

Di tadika

Dua or tiga hari lepas saya masuk blog MR di bawah entri Gigit. Sian kat Syasya kena gigit kat pipinya. Anak saya, Aiman pun pernah dua kali kena sebab kawan-kawan tadikanya bergurau jenis lasak. Terbaru, dia balik satu petang tu dengan kesan lengan baju sebelah kiri ada titik2 darah dan bibir atas bengkak sikit, terjuih ke depan. Rupanya ada sorang kawan dia main bersama dan tersepak muka dia. Rasa nak marah pun ada. Tapi dah budak, lelaki pulak tu, faham2 ajelah kalau mereka bergurau macamana. Sebelum tu, ada sorang kawan Aiman pergi tumbuk muka dia, dahlah balik tu lebam area mata kawan tu. Geram ada, marah pun ada. Aiman pulak, dengan kawan dia tak berani nak pukul balik (itu baguslahkan..kalau tak kang jadi kes masuk wad pulak). Dalam dua-dua kes Aiman ni, nak salahkan cikgu pun tak boleh juga, sebab mungkin cikgu tu tak nampak perbuatan tu, cumanya kena ada emergency kit kat sana, tak besar, kecil pun jadilah. Sebabnya bila kami tanya Aiman kalau-kalau cikgu dia sapu ubat atau tidak, dia kata tidak. Hmm..saya ni tengah mencari masa yang sesuai utk beritahu guru besar tadikanya untuk menyediakan emergency kit di sana.

Saya rasa, setiap tadika/taska berperanan bagitau parents kalau anak2 mereka tercedera di sekolah walaupun itu bukan salah pihak sekolah, tapi ia melibatkan budak2 di bawah jagaan merekakan. Kalau cedera sebab bergasak tu, kena letak ubat cepat biarpun tak de darah meleleh or terkeluar biji mata, at least rawatan awal. Jadi, bila parents nampak, rasa marah awal tu boleh kendur, sebab cikgu dah ambil tindakan segera. Sebab ada setengah2 taska atau tadika tu macam buat derk jer ngan kecederaan anak2 yang di bawah jagaan mereka. Tak bagitau parent pun yang anak tu tercedera masa bermain. Ini parent tau sendiri. Patutnya kena bagitau dan minta maaf bagi pihak sekolah sebab benda ni terjadi walaupun bukan salah mereka tapi di dalam kawasan jagaan mereka. Dan saya rasa, cikgu juga kena beritahu pada parents kanak2 yang melakukan kesilapan mencederakan kawannya samaada sengaja atau tidak, supaya parents tu berperanan sama menasihati anak2nya supaya bermain dengan berhati-hati dan tidak sampai mencederakan kawan. Yelah, ibu bapakan guru terdekat anak-anak. So, kat sini ada sifat kerjasama antara guru dan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak. Secara tak langsung juga ibu bapa boleh tahu karakter anak2 mereka di sekolah macamana. Mereka juga boleh fikir cara terbaik tunuk memastikan anak2 mereka terkawal di sekolah. Saya pun duk pesan memanjang pesan kat anak2 yang bersekolah supaya jangan cari gaduh, jangan sesuka hati nak pukul kawan, main elok-elok bla bla bla...harap2 mereka dengar nasihat saya, jangan depa yang jadi hero jahat kat sekolah sudah.na'uzubillah.

Ha..itu baru bab keselamatan diri, belum bab lain lagi. Antara masalah biasa, bekal minuman or makanan. Saya biasa bekalkan minuman untuk Aiman. Makanan dan minuman memang disediakan di tadikanya, cuma saya beri extra air sebab Aiman suka minum. Biasanya saya bekalkan air sirap atau oren atau teh atau bandung atau milo atau air kosong jer. Dan kawan-kawan dia agaknya ada yang tak bawa bekal air dan tak mahu minta dengan gurunya untuk minum air suka minta minuman Aiman. Itu tak kisahlah. Ini masalahnya sampai habis budak-budak tu minum dan Aiman langsung tak dapat. Ada juga yang selamba tak minta izin untuk minum, jadi, bila Aiman nak minum dah habis. Ha, balik tu bising-bisinglah dia kat kita sebab tak dapat minum langsung. Kita pulak yang kena. Saya terpaksa ajar Aiman, kalau kawan nak minum air dia boleh tapi Aiman mesti minum dulu, Kalau tak nanti dia tak merasa. Nasib baik perkara macam ni dah jarang berulang, kalau tak dulu..adui..berasap jer telinga kita dengar aduan dia. Terlalu kerap berlaku.

Lagi satu, dek kerana Aiman bawa bekal air hari-hari, ada kawan dia siap order suruh Aiman bawa air itu, air ini. Pernah sekali tu, saya bekalkan Aiman minuman A (tak ingat minuman apa dah), bila Aiman tengok tu, dia kata boleh tak buatkan air B, saya tanya kenapa, dia jawab kawan dia suruh bawa air B. Aiii..ini sudah lebihhh..saya cakap kat Aiman suruh kawan dia tu minta mak dia yang buat air B. Sengih-sengih jer Aiman dengar jawapan saya. Yang lawak tu, ada gak pandai komplen air yang kita buat tak sedap (Sebabnya ada sekali tu Aiman nak bawa minuman milo, masa nak buat tu serbuk milo dah tinggal sikit, jd bila dibuat air mmg rasa kurang kick sebab serbuk milo tu tak banyak). Saya cakap kat Aiman, bagitau kawan dia lain kali bawak air sendiri...hehehe. Nampaknya bekal air ni, walaupun nampak hal kecik jer, tapi silap hari bulan boleh bawak gaduh sesama mak bapak.

41 comments:

zino said...

teringat anga masa kecik dulu.. bergurau punya pasal.. jatuh kat tangga sekolah bengkak kat hidung.. bila zino nak ambik dia terkejut muka dan bengkak teruk..

terus bawa ke hospital..x ray tulang hidung dia frecture.. tapi Dr kata tak perlu buat apa nanti baik sendiri.. effect dia sampai sekarang ada.. selalu bersin dan mudah dapat selsema..

simah said...

bila syikin tensen pasal kes tadika ni..syikin selalu buat apa?

blackpurple @ jowopinter said...

Itu baru tadika tu...hehehe

Teringat kes gaduh sampai berbunuhan kat PLKN tu...!

maklang said...

Angah dah dua tiga kali balik rumah menangis. Dia kata kawan2 dia suka ejek dia. Nak tahu apa Abah dia kata..."Angah pergi kat budak tu, lepas tu Angah tarik tangan dia and then gigit! Abah sure nanti budak tu tak ejek Angah lagi!!"

Nak gelak maklang dengar! Tapi of course lah Angah tak berani buat!!

Izhal said...

haimacam2 ni Puan... haritu kes pinjam duit... tapi tu kes sekolah akak aiman kan??? memang kena basuhlah tadika aiman ni... and time PIBG kat skolah akak aiman pun kena basuh sikitlah cikgu disiplin depa ni...

Kaklong Syikin said...

zino:hush...kes ni lagi teruk. tak pasal2 angah terima kesan sampingannya sampai sekarang.sian kat dia.

simah: buat apa? hmmm..fikir berhari2 nak wat camner atasi masalah ni. berasap jer hati tu :).dan saya selalu nasihatkan aiman jgn bagi muka kat kawan dia, kalau nak main tu kena hati2 & bab minuman tu pun dia kena tegas, nak kongsi boleh tp jgn sampai dia tak minum. tp tulah, takleh nak jangka masalah ni akan berulang atau tidak.

BP: ha tulah, baru tadika. risau pulak camner aiman kat sekolah nanti. na'uzubillah,jgnlah anak2 kita terlibat sampai mcm kes pembunuhan kat PLKN tu.

Maklang: siannya dia, kenapa dia kena ejek? tp legakan sbb anak kita ni tak pandai nak pukul anak org, cuma kesiannya depa pulak jadi mangsa.

Izhal: ya, bab duit kat sek. husna. ikutkan masa husna kat tadika dulu pun masalah air minuman ni jugak.tadika yg sama. tq for the suggestion.So en.Izhal, nanti anak2 start masuk tadika mmg kena alert ngan benda2 macam ni. kena rajin tanya perkembangan mereka di sekolah.

cipthowiryawanchannel said...

rasanya semua orang yang menjalani alam skolah kekecik dulu..sure ada pengalaman neh..hehe..*teringat daku masa kecik kecik dulu*

Titicaca said...

Again..i'm amazed by kids nowadays...

kasutVINCCI said...

budak budak ni risau gak kalau jenis yg suka bergurau. Lelama akan jadi lain pulak. Bergaduh bagai. Kesian kalau yg jenis tak melawan, emosi dia akan terganggu dan dah tak seronok nak gi skolah. Bab air tu lagi lah, betul kata akak, kan tak pasal2 jd isu antara parent lak. Kv rasa anak2 akak ni jenis lembut(tidak kasar tingkah laku)tu yg kenkawan suka ambik kesempatan. Camana nak buat eh? Kv pun takdak idea, Kesian kat aiman.

Kaklong Syikin said...

ais_putih: hehe..entahlah, akak tak ingat akak ada atau tidak alami masalah camni masa kat tadika dulu

Titicaca: itulah macam2 hal kat tadika ni

KV: anak2 ni jenis lasak2 even sesama adik beradik tu rajin gak bertekak dan bergurau kasar, cumanya ngna kengkawan tu depa tak main lasak. Aiman tu nampak jer lembut tp lasak tu kat rmh. la ni akak kena ajar dia camne nak deal ngan kengkawan kat tadika, lum sampailah akak nak ke sana cari kengkawan dia yg main kasar tu :)

FaEzHussain said...

puan syikin

bahaya ni tadika camni. cikgu patut nyer report apa2 jadi kat anak2 kita masa dalam jagaan mereka.

darwish yg bertadika kat sini, kalau jatuh ke apa ke, cikgu dia akan report kat kami masa ambil dia tu. darwish ada cerita 2 kali 'my friend push me', tapi rasanya dua budak yang berlainan, sebab dia kata ada boy n pastu dia kata girl. kalau boy dua2 kali tu, mau saya gi report kat cikgu dia.

ada member kat sini, anak laki dia, dah la hensem potongan badan pun size kecik aje, kena bully kat sekolah dgn budak pompuan, bukan org putih, tapi org tak putih. siap kata 'i'll kill u', terus akak tu ban anak dia dari gi sekolah n hantar balik malaysia.

di sini byk gak kes tikam menikam kat skolah. yg terbaru budak laki 15tahun kena tikam depan kekawan di sekolah. isk...takut jadiknyer.....

eh sorry, pjg plak komen kali ni. cam entry baru plak. heheh

Shami said...

Bab anak cedera kat tadika cikgu buat derk tu biasalah, kalau shami...bagitau jer guru besar tadika, tu biar dia explain kat anak buah dia, kekadang cikgu tadika ni ada yang belum kawin ker beranak ker..jadik dia tak der sensitivity pasal budak gaduh, atau nak sapu ubat kat bebudak...atau nak control budak...

Shami kalau terjadi apa2 pada anak2 kat sekolah ker tadika ker terus tipon guru besar..biasa kalau kita tipon dia buat siasatan......biar kita ni deper anggap cerewet...sebab niat kita baik...sebenarnya..cuma deper ni leka benda lain atau memang ...buat tak nampak.....kut...elok kita tolong peringat deper..he..he..he. Shami ni jenis sensitif, kalau ada perubahan sikap anak2 terus jer tipon cikgu tanya sikap dia kat sekolah pulak..he..he.he...lepas tu minta cikgu tolong perati kut2 ada budak lain buat pasal....dulu masa along darj 1 dia selalu kena buli..habih semua saya siasat sampai ker pemandu Van, cikgu ..tanya hal dia..kita tahu anak kita cam maner..jadi ...kena ambil tindakan segera..he..he..he

Kaklong Syikin said...

FH: itulah masalah kebanyakan tadika di msia ni..

wah, sampai kes tikam menikam ni menakutkan. tp saya rasa kalau sampai tahap camtu sekali sbb kesan negatif rancangan tv yg siarkan filem2 or drama2 bercorak keganasan n parent pulak tk pantau, kalua tengok bersama2 anak smbil tu kena terangkan mana nilai positif n negatifnya

shami: betui kata awak shami, kalau budak2 pengasuh blm kawin ni depa mcm krg sensitif sikit.
awak lagi terer drp saya bab anak2 ni.:)

Edoras said...

Ragam kanak2 memang gitu lah... Nakal...

ShalinzZ85 said...

aha!bestnya akak...dah ada 4 anak yerk..huh~~bile saye nak kawin neh..heheheh...kire dah lame la yer akak kawin yer sbb yg sulung pun dah tadika erk..bestnye..

Kaklong Syikin said...

edoras: hmm..nak kena pantau depa selalu

shahlina: akak kawin umur 24 thn, sebulan lepas exam masa final year undergraduate :).alhamdulillah, baru lepas anniversary k 8 pada April lalu :). InsyaAllah, akan tiba masa awak. Doa jerlah banyak2.

KAMATO said...

hai, tanda-tanda buli pun dah menular ke tadika ye...

Alinlai said...

ummi syikin, MILO ais kaw kaw satu ke ke ke....wah wah siap order lagi kawan2 si aiman ni... *aiman tak kisahhhh...*

Kaklong Syikin said...

kamato: anak2 kamato tak de experience camni ya? kalau gitu baguslah budak2 kat tadika tu

Aku: tq. silalah dtg lagi :)


alinlai: hehe..mmg aiman tak kisah, tapi umminya kisah..hahaha

WRA said...

anak2 kita sama la Syikin...sanggup mintak duit ngan mak bapak sebab nak puaskan hati kengkawan...itu hari, Azwar ngan Adlan mintak pasangkan kaki kat belakang basikal dorang, sbb kawan dorang nak bonceng...
akak tanya balik dorang, kenapa tak beli basikal sendiri? dorang cakap mak bapak dorang tak kasik beli....hmmmm...

kadang2 tu temper gak bila dengar, kan?

MOKCIK AZWA said...

Syikin,

Macam2 kisah anak2 kat taska ek. Setakat ini anak azwa paling teruk ialah bercalar kat muka...tapi azwa tak la terasa sangat kerana ustazah yang jaga dia akan beritahu azwa...yang kecik tu suka main tarik2 rambut bila bergaduh, tapi setakat ni ustazah tak penah komplen lagik hehehehe...

Kaklong Syikin said...

kak wan (Alex lacey): itulah, mmg berasap telinga dengarnya :). tp mmg kesianlah kat budak2 yg tak dpt apa yg diinginkan, mau tak mau mengendeng kat kengkawan.

lagi satu depa terpengaruh ngan kengkawan, ada barang tu, nak juga benda yg sama. husna pun pernah camtu, dia nak jam tangan barbie, bila tanya kenapa? sbb ada kawan2 pakai jam tgn barbie, tp saya bagitaulah tak blh sbb ia mahal lgipun dia baru darjah satu, kalua pandai jaga tak pe, ni masih tak pandai lagi.

Azwa: kalau anak2 kita lasak kat rmh tp tak buat kat anak org tak perlah kan. mcm Aiman tu, ngan adik beradik dia suka menyakat, tp ngan org, so farnya saya tengok idaklah. harap2 gitulah sampai mati..heheh.

NONIE AZIZ said...

Geram plak ngan kawan Aiman tu!!bertuah betul ngan budak tu!!!

Hot Mama said...

Eee bahaya laa zaman sekarang, kat tadika pun ada "violence"..hehehe
Ganasnya! Tak tahulaa HM buat ape kalau anak HM yang kena pukul or gigit.. gigit balik mak bapak budak tuu kot! Hahhaah

Kaklong Syikin said...

MR: itulah..mmg marah, tak pasal2 muka anak kita lebam n bengkak wlwpun berguraukan.

kak pb: syukurlah anak2 akak tak kena camtu, kawan2 depa jenis bagus

HM: nanti anak HM masuk nursery/tadika/sekolah mmg hari2 kena tau aktiviti persekolahan mereka even kena check body depa takut ada cedera kat mana2. gigit jgn tak gigit mama..hahaha

Anonymous said...

Biasalah syikin perkara2 macam ini jadi, anak Am ditadika pun ada juga jadi kes2 macam ini tapi tak adalah sampai gaduh2 cuma kes nak tengok siapa brg lebih

masa periksa baru2 ini, tipa2 nak guna beg lain pasal nak tunjjuk kat kawan byk beg, dia kata kawan pun macam itu juga.

Kadang kala Am dan isteri yang sengaja sekat dia kerana tak nak habib begini jadi kebiasaan.

Pasal kecemasan tu, anak Am pernah sekali jatuh ditadika dan sekali kepala luka pasal terantuk tapi mujurlah cikgu dia call awal2 beritahu dan terang mecam mana boleh berlaku

Kaklong Syikin said...

moon:hehe..ni tgh cari masa sesuai nak citer panjang ngan guru besar dia. la ni musim exam..biarkan dulu.lepas2 ni nak cakap gaklah..

Am: ha, mmglah, kat tadika pun ada bab nak menunjuk2 barang kat kawan.Si Aiman pun camtu gak, beli peralatan tulis baru utk kegunaan rmh, dia nak tunjukkan kat kwn, tp mmg saya larang sbb tak mo ajar dia sifat menunjuk2. lagipun kat sekolah mmg ditinggalkan segala alat tulis n beg sekolah serta buku.jd melenggang jer drp rmh.
buatnya barang dia tu mahal, kawan2 yg tengok tu kesian pulak, tak pasal2 paksa parent depa beli camtu jugak..tu yg tak mau tukan. mmg kita kena didik mereka sejak kecil benda2 yg baik ni.

Mummy Rizq said...

hai.. macam macam perangai budak budak sekarang ni kan.. tak tau lah macam mana bila rizq start sekolah nanti! btw MB dah update blog dah.. semuanya disebabkan syikin lah! haa..haa...

ontahsapo said...

semalam my son, terhantuk kepala dia ke gigi cousin dia, luka dan benjol...hmmmmm nak wat cemana?

ibuVouge said...

ala sian aiman
x masuk campur anak kan syikin..dah masuk campur nt org kata kita bz body pula

Unknown said...

Kesiannya Aiman. Budak2 sekarang ni kecik2 dan pandai "pau" kawan dia. Kalau dah besar karang macam manalah. Emak diorang tak sempat bawakan bekal air ker???

zino said...

kesan sampingan tu baru2 ni baru tau.. bila bawak dia jumpa dr pakar.. apsal senang sangat selsema.. dan bersin..

Kaklong Syikin said...

MB: hahaha..tocey..tocey..yelah, asyik baca entri kita jer, kita pun nak taulah citer kengkawan lain pulak

ontahsapo: itulah..serba salah dibuatnya kita, kalau nak marah itu anak org.tapi kalau tak sengaja nak wat camnerkan?

iv: itulah iv, blh jadi dilema jugak..nak kena tangani cara bijak. apapun mmg kena sampaikan pd pengusaha tadika agar tindakan bijak blh diambil

Yus: tak taulah yus...at least, air kosong pun kira oraitlah buat bekalan kan. mungkin sbb kat tadika ada disediakan air, jd parent ingat oklah tak bekalkan minuman, tp dah namanya budak..faham2 ajelah

Zino: hmmm..baru tau, biasanya kalau simptom2 tu org kaitkan dengna resdung

Anonymous said...

nak tambah seperkara, kalau anak demam seawal hendak kesekolah, tak perlulah hantar kesekolah. sebab, kalau datang pun murid itu akan duduk dalam bilik rehat atau klinik saja. lebih baik rehatkan saja di rumah, lebih selesa. jika ibu bapa dirumahlah!

Kaklong Syikin said...

GT: Betul tu, saya pun buat mcmtu juga, sbb kalau ke sekolah pun selain drp duduk mcm tu jer, menyusahkan cikgu juga yelah utk menengokkan dia yg tak sihat.

Zareda Norman said...

anak zar jarang bawak bekal ke sekolah kecuali hari dia ada sukan, zar akan bekalkan air. Kadang kadang kalau dia minta nak roti atau donat baru zar bekalkan sebab time rehat kat sekolah memang sekolah ada sediakan makanan dan minuman, kalau bawa bekal pun dia tak usik. membazir aje. So far tak ler zulaika komplen kawan kawan amik bekal dia sebab zar tengok mak ayah dorang pun memang bekalkan anak memasing..

Kaklong Syikin said...

zareda: kalau mcmtu baguslah. kat tadika aiman ni mmg disediakan air n makanan, tp saja saya bekalkan air juga. tp budak2 lain tu saya tak taulah parent depa bekalkan air atau tidak

Ayu Mohamad said...

kak syikin, sy pon nak order jugak la.. air belimbing bleh? hehehehehe

Puan Rose said...

mencelah sikit.. salu suka jd tukang baca... tp ckp psl kesah kat tadika ni..

same goes ngan my daughter.. dia salu ckp bekal air dia abis, sbb kwn2 minum.. bila ty dia kata, minom sama2, tp ntah betul ke ntah tidak..

sama gak.. bila bwk air sirap tak abis.. bila air ribena, huh tak sempat tghari dah abis sebotol 800ml tu..

bila ty, kwn tak bwk air ker.. dia kata ada yg bwk ada yg tak.. cuma kdg tu rasa marah tu tercover semula, bila dia tunjuk kwn dia kasik biskut yg pek kecik2 tu. kdg2 2-3 pek plak dpt.. so ok la.. give n take. which is fair la kan..

Kaklong Syikin said...

Puan Ros: hehe..oklah tu, fair n square..

eh, camner ya saya nak tinggalkan komen kat blog Puan Ros..setau saya kena daftar :)

Puan Rose said...

alamak, kita ni bukannyer pandai nak tulis blog.. create id pon sbb nak tinggalkan comments kat blog org.. hehehe..

nnt ler kalau kita rajin, kita activatekan blog using id tu yer.. tapi ntah biler la tuh...

Salam Perkenalan..