Saturday, May 06, 2006

Pinjam duit

Ummi, X dah bayar dah duit kakak
Yang 2 orang( Y & Z) lagi tu?

Belum
Nanti kakak minta balik dengan dia. Kalau dia tak mahu bayar, nanti cakap dengan dia ummi nak bagitau cikgu sekolah dan ummi nak datang jumpa dia

Ini perbualan kami pagi Sabtu sebelum Husna pergi ke sekolah utk rehearsal sportnya. Masalah utama Husna di sekolah, kawan-kawan dia suka pinjam duit. Dia dengan baik hatinya menolong. Nak menolong tak salah, tapi rasanya macam jadi supplier wang pula. Sebelum ni, setiap hari ayahnya beri RM 1 untuk buat belanja tambahan di sekolah sebab budak2 darjah 1 mmg diwajibkan mengambil pakej makanan (dibayar seawal sesi pendaftaran sekolah) utk sesi kudapan jam 10 pagi dan makan tengahari. Tujuan utama kami masih beri duit belanja;

1. Untuk berbelanja -

i) Husna kuat minum air. Jadi, bekal air yang dibawa cepat habis. Kesian pula kalau dia kehabisan air, takkan nak suruh minum air paip. Terutama jika suami saya datang lambat. Biasanya dia akan beli air kotak atau mineral water (harga makanan n minuman di kantin tu mcm kat luar juga, spt kuih 3 ketul RM 1 & mineral water RM 1. Tak de macam zaman saya sekolah rendah dulu boleh beli air sebungkus 50 sen).

ii) Membeli majalah kanak-kanak - Husna suka membeli majalah kanak2 di sekolah. Pihak sekolah ada jual majalah kanak2 seperti Asuh, Asuh kids yang dijual dgn harga RM 1. Majalah2 ni adalah keluaran edisi lama macam tahun2 sudah. Tu sebab harga murah. Kekadang tu dia beli pensil dsb.

2. Untuk menabung - kami pesan kalau dia tak beli sebarang makanan atau minuman, dia kena simpan duit tu. Dan nampaknya dia begitu seronok menabung bila tak berbelanja di sekolah.

Setakat ni dah 4 orang yang pinjam. Si W adalah kawan pertama yang pinjam duit. Mula2 saya tahu tu, terkejut tapi tak marah sebab W bayar semula. Yelah, bila Husna bagi kawan dia duit, dia sendiri dah tak berduit. Bila saya tanya, kawan yang pinjam dan beli makanan/minuman tu ajak tak Husna makan sekali? dia jawab tidak. Sedihnya saya. Sebab budak-budak ni pinjam bukan 10 sen dua, tapi RM 1 yang suami saya bekalkan setiap hari.

Dan lepas beberapa minggu saya terkejut bila Husna terbuka cerita yang W ada pinjam lagi sehingga berjumlah RM 3 dan tak bayar langsung. Saya marahlah sebab senang2 Husna boleh beri macam tu, tapi Husna bagitau W tu pernah grab duit drp tangan dia bila dia enggan beri. Memang hangin betul saya. Rasa hati nak pergi je ke sekolah dan bersemuka dengan W tu, tapi takdelah nak jerkah2. Nak cakap elok2. Suami pesan jgn masuk campur, itu urusan budak2, minta Husna jer yang settlekan. Akhirnya saya telefon cikgu kelas Husna, cikgu A. Saya bagitau cikgu tu drp A sampai Z. Cikgu A terkejut. Rupanya, kes Husna ni bkn benda baru, ia berlaku juga pada murid lain. Cikgu A berjanji akan buat sesuatu. Dan kepada Husna juga saya suruh sampaikan pesan pada W supaya pulangkan duit tu semula atau saya report cikgu dan jumpa dia. Dan alhamdulillah, W dah bayar semua duit tu. Suami pula dah menambah duit belanja kepada RM 2.

Saya ingatkan tak de dah masalah ni berulang. Kira2 3 minggu lepas, suami saja berseloroh dengan saya di hadapan Husna, lebih kurang ayat dia "Nanti ummi, kita tak payah bagi Husna duit belanja dah. Dia bagi duit kat kawan dia". Saya terkejut. saya pandang marah pada Husna. Baik betul budak nih...tapi dia sendiri tak berduit jadinya. Saya tanya dia betul2. Rupa2nya kali ni 3 orang yang lain pula; X, Y & Z. Masing2 baru pertama kali meminjam daripada Husna. Yang saya terkejut tu dua orang daripada mereka meminjam serentak dengan Husna. Habislah duit belanja dia RM 2 ari tu sebab bagi sorang seringgit. Bila saya tanya kenapa mesti beri ?, dia jawab takut cikgu marah kalau tak beri. Aduh...hangin saya. Saya beritahu dia cikgu mana boleh marah. Kawan2 sbnrnya yang akan kena marah. Kalau cikgu tu marah kakak, nanti ummi yang akan pergi jumpa cikgu tu. Nanti cikgu tu nanti kena marah dengan ummi.

Saya dah pesan Husna beritahu setiap kawannya yang meminjam wang tu supaya bayar kalau tak saya beritahu guru dan saya nak jumpa mereka. So, sekarang ni X dah bayar. Lega rasanya. Dan saya tak ingat, Y atau Z dah bayar sedikit iaitu 20 SEN. Dan salah seorang drp mereka sebenarnya dah bagitau Husna nak bayar dia RM 5, saya kata jangan ambil RM 4 tu. Dia hanya pinjam RM 1, jadi ambil RM 1 sahaja. Jangan lebih2.

Saya bimbang dengan budaya pinjam meminjam ni di kalangan budak2 sekolah rendah. Rupa2nya, bukan anak saya sahaja yg kena, ada juga budak2 lain yang kena. Ada seorang ibu tu bagitahu, pernah dia datang ke sekolah time rehat dan menemankan anaknya makan, tak semena2 datang seorang budak dan cakap, makcik, nak pinjam duit. Terkejut si ibu ni. Bayangkan dengan orang tak dikenali pun dia berani minta. Risau pulak saya lama2 Husna jadi supplier duit kat kengkawan dia. Lepas tu tak fikir nak bayar semula. Hanya bayar bila diminta dan itupun mengambil masa yang lama. Kalau pinjam dan bayar cepat tu boleh diterima juga. Dan risau pulak saya, budak2 yang suka meminjam ni lama2 suka main ugut pula bila tak dapat. Nampaknya, ibu bapa memang kena beri belanja sekolah pada anak2 biarpun ada pakej makanan diberikan, tapi... dah namanya budak, memanglah ada keinginan macam2 nak beli itu ini, naknya lagi bila nampak kengkawan mereka beli makanan tambahan. Saya harap anak2 saya tidak akan berbuat begitu dengan kawan mereka. Cumanya saya terfikir, adakah saya ibu yang terlalu concern dan over protective ke atas anak2 dan patutnya biarkan bab2 duit ni macam itu aje ?

29 comments:

Titicaca said...

waa..ganas-ganas jugak bebudak sekolah sekarang nih..siap pandai pinjam duit lagi...

maklang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
maklang said...

Biasalah anak2 tu macam tu...

Kaklong Syikin said...

titicaca: tq. tinggalkan jejak :) itulah, rasanya masa zaman saya takdelah kes2 camni.

maklang: ya ke?

zino said...

ada harapan jadi pegawai bank satu hari nanti tu. hehe

fizah pun selalu saling meminjam dari geng dia bila perlu. tapi di settle kan selepas tu..

Izhal said...

aiyo, kaki pinjam masih ujud sampai la ni... saya ada kawan dari skolah rendah sampai la ni kuat gila minjam duit orang lepas tu lupa ke buat2 lupa entahlah...

tapi sampai ke mak budak pun budak lain nak pinjam dah menunjukkan keadaan ekonomi malaysia la ni dipenuhi dengan tokoh2 korporat kuat buat loan di masa depan... Nauzubillah...

Shami said...

Begitulah anak2 syikin, kalau dia bercakap dengan kita..lega rasa, sebab kita boleh tunjuk ajar kat dia, macam mana nak settle masalah dia...he..he..he
Anak2 saya, along ngan angah, depa selalu meminjam sesama depa...jer, kekadang tu angah angin jer ngan along, sebab along ni kuat makan, dia tau angah tak belanja dia pinjam ngan angah ...balik rumah..angah bongkar citer along kat saya dan husb...so yang tukang ganti duit angah..sayelah...budak2lah katakan...tapi dah siap explain dan warning kat along...dia boleh terima...he..he..he..

Ajzie said...

Emmm mcm mcm yea.. Kecik2 dah pandai pinjam2 duit. Risau jugak nih.


Salam kunjung balas
Ajzie

Kaklong Syikin said...

zino: kalau pinjam n bayar lps tu takpe. sendiri mau ingatkan.tp masalahnya kalau tak mo bayar. kiranya kawan husna tu banyak kali diingatkan supaya bayar. secara tak langsung kita didik dia juga supaya dah pinjam cepat bayar

izhal: nak wat camner, itulah dia budaya pinjam meminjam ni.

wah..jauh berfikir tu bab2 tokoh korporat kuat buat loan...hehe.tp la ni je dah banyak sangat pun.

shami: hehe..takat adik beradik tu ok lagi. tp parentlah tukang bayarnya kan..malangnya, ada gak kes adik beradik saling meminjam ni blh bermusuh pulak time nak mintak hutang :(

Kaklong Syikin said...

Ajzie, tq balas kunjungan blog saya ni:). itulah, tak pe, nanti anak dah masuk sek. blhlah belajar pantau perkara macam ni :)

FaEzHussain said...

syikin

ini mengingatkan saya semasa saya darjah satu dulu, ada kawan ni suka pinjam duit dengan saya banyak juga, tapi sebab saya ni tak reti minta balik, sampai la ni dia tak bayar.

aNIe said...

Anak kak lady, Farhan, pun pernah beritau ttg kawan2nya yang suka meminjam duit...tapi setakat yang kak lady tau...bebudak tu bayar balik...tapi kita kene ajar jugak bebudak ni yang kalau meminjam...kita mesti bayar balik...

Zareda Norman said...

Kengkadang serba salah kita ni sebagai mak ayah kan. Macam syikin katalah, adakah kita ni over protective? Zulaika kat sekolah pun, kalau dia balik mesti cerita macam macam kengkadang tu zar rasa macam susah nak percaya jer..

Sya said...

kak sya bagi arif n amiza RM 2.00, anak2 yg lain dah besar. Aiman dpt abt 100.00 utk 2 minggu while anis getting 30.00 seminggu. Setakat ni lom dgr lagik kengkawan Arif pinjam duit.. yg lain tu memang ada kasi kawan pinjam.. dia org pinjam tak tau le.

Abt Husna.. kak sya rasa jgn masuk campur sgt cuma monitor ajer, biar dia belajar sendiri how to survive.

Kaklong Syikin said...

FH: hehe..nak wat camner? dah lost contact...entah dia ingat lagi entah tidak

kak lady: pinjam bayar tak pe..ni pinjam wat tak reti tu yg masalah. sian kat anak sendiri tak leh nak berbelanja.

zareda: itulah pasalnya. kekadang tu rasa sekolah pun dah bkn tmpt yg selamt lagi.ada sorang budak tu lagi kesian, siap kena buli lagi. bygkan pipi kita kiri kanan kena glue n lepas tu ditampalkan ngan plaster, then they tarik balik plaster tu kuat2..sakit tak? itulah yg sorang budak ni alami. sian kat dia.

kak sya: kak, tak pe kawan tu pinjam n bayar,masalahnya wat dek jer tu yg payah tu. psl Husna tu, tq for the advice. :)

Anonymous said...

agaknya kenan mak bapak depa suka hutang kad kredit kot? entah la...

oldtown~Smell the Roses said...

mak bapak diorg taktau ke?isau plak dah ade anak ni...mcm2..

Hot Mama said...

wow budak-budak pun dah reti pinjam duit.. tapi bagus jugak.. train dia nanti buat pinjaman rumah/kete ker kena bayar tepat pada tarikhnya kalau tak ada interest.. hehehe

NBK466 said...

Tah ler...zaman kita kanak2 dulu belum wujud budaya2 cam nie rasanya... Tapi kesiannya kat Husna ...

KAMATO said...

zaman sekarang ni, risau dibuatnya...mungkin cikgu2 boleh membenteras gejala pinjam ni, dan kita sebagai ibubapa perlu memastikan anak kita takkan terlibat.

ibuVouge said...

advance nya bebudak skang nih..!!!sikit sebyak blaja juga dr syikin cemana nak face bila anak sekolah.

zino said...

pengaruh kenkawan di sekolah memang kuat.. teringat kisah angah dulu.. macam hal di buat nya atas pengaruh kawan2..

WRA said...

itu lah...tak leh biarkan benda ni...mula2 duit, sek sok tah apa2 lagi...ni boleh jadi punca buli membuli ek? gangsterism bila dah besar? ish....takut nak pikirkan...

anak akak selalu hilang duit, bukan kawan pinjam....dengan beg2 duit dia sekali hilang...so, akak kata tak yah beli beg duit la...letak dlm beg sekolah, susah sikit org nak cilok...macam2 bebudak sekarang....

Kaklong Syikin said...

atok: hehe.. jauh betul atok fikir..

oldtown~smell the roses: entahlah...yg pnting kita kena didik anak2 jgn wat benda2 negatif ni kan

BD: kena tau p'kembangan anak, rajin bertanya aktiviti n masalah dia at sekolah.

Kaklong Syikin said...

HM: advancenya idea awak...hahaha

nbk: itulah cabaran budak2 sekolah sekarang..dulu mungkin ada, tp tak dihighlightkan kot..itulah, kesian kat dia, bagi org pinjam duit, dia sendiri tak dpt nak belanja.

Kaklong Syikin said...

kamato: betul tu..kita mmg kena sentiasa tau perkembangan ank2 n hub. ngan cikgu sekolah kena baik juga

iv: mmmg kena prepare drp skrg. saya duk risau camner pulak masa
aiman nanti, lg lah dia boy, lg mcm2 halnya

OO:kes Husna ni mmg saya dah bgtau cikgunya n cikgu ni amik tindakan umum ngan announe dlm kelas husna tu supaya jgn amalkan pnjam duit.ni husna told me

Kaklong Syikin said...

zino: mesti waktu tu susah hati dibuatnya kan?

kak wan, itulah, benda kecik2 camni nak kena dibanteras sbb takut jadi benda besr.
husna minta gak dompet, tp saya tak bagi, takut jadi kes camnilah..suruh dia simpan duit dlm poket jer.

simah said...

salam perkenalan..

takutnya saya dengar bila u cerita bab kes pinjam meminjam... what r u planning to do on this case..esp for the long run?

Kaklong Syikin said...

simah: tq dtg sini. saya dah inform cikgunya, just bagitau.N cikgunya pun dah announce dlm kelas jgn amalkan sikap meminjam.dan sesiapa yg pinjam kena bayar semula.

utk Husna, saya pesan jgn ikutkan sgt permintaan kawan. dan saya akan terus monitor perkara ni:)