Thursday, May 18, 2006

Zakat barang permainan, istinja' & dughiyan

Malam kelmarin (Rabu malam), saya temankan Husna mengulangkaji subjek Feqah, sebab hari Khamis dia ada paper ni. Oh ya, Husna sekolah integrasi, jadi subjek agamanya memakai silibus subjek2 agama JAIS. Bila baca buku dia tu, terasa refresh memori balik. Antara topiknya rukun Islam. Sampai kat tajuk zakat, kat situ menerangkan ada dua jenis zakat; 1. harta & 2. fitrah. Tiba-tiba Husna cakap, kalau mcm tu barang permainan kanak-kanak kalau dah tak mahu diguna, blhlah dikeluarkan zakat. saya tergelak sebab first time seumur hidup dengar perkataan zakat barang permainan. saya bagitau dia tak de zakat barang permainan. Dia macam tak setuju sebab permainan tu pun kira harta juga. Saya jelaskan pada dia jenis2 zakat harta ni dah ditetapkan oleh fuqaha.

Lepas tu pulak, masuk tajuk istinja'. Erti istinja' ialah membersihkan qubul atau dubur selepas membuang air kecil atau air besar (ini yang dinyatakan dalam buku feqah tu). Antara alat2 istinja' tu air mutlak, tisu, daun2 kering, batu berbucu dll yang kesat. Jadi, saya bagitau Husna yang air teh tak blh dibuat istinja'. saya bagitau siap2 takut nanti keluar soalan exam samada air selain drp air mutlak blh dibuat istinja' atau tidak. Dia terkejut.

kenapa? (tak sempat saya menjawab dia menyambung)
oh..sebab takut bersemut? Yelah, kalau basuh ngan air teh karang semut datang pulak gigit(kahkahkah..saya bantai gelak. Yelah, drp segi logik betullahkan)
Mana adalah. Sebab air teh tu bukan air mutlak, kan air tu dah bercampur (maksudnya bercampur dengan teh dan gula)
Sabor jelah dengan anak bertuah ni

Ok. citer pasai dughiyan (durian) pulak. Kome makan dughiyan? Teman makan. Bukan teman aje makan. Suami dan semua anak teman ni makan, termasuk si Alia, kalau tak seulas tu memang tak cukup bagi dia. Tapi paling berhantu, si Aiman. Dia boleh melantak banyak sangat ulas dughiyan. Pelik pulak dia tak komplen panas lepas tu. Alkisahnya, petang semalam suami teman beli durian. Sebiji dan beberapa peket dughiyan (siap berbungkus tu). Tapikan, dlm banyak2 peket tu, teman terkena, masa makan seulas tu, teman tercium bau han*ing..terkejut teman. Bila teman cuba telan, sungguh rasa ken*ing..ya Allah, apa ni, takkan depa bubuh baja air ken*ing? teman bagitau suami, tapi dia kata takut dah masam dughiyan tu..teman terfikir gak,tp moskillah sbb bau n rasa ken*ing..yelah, kalau seluar anak tertembus ngan air ken*ing, dan kalau lambat dibasuh tu kan haring bau dia..mcm tulah sebijik. Teman cuba lagi seulas drp peket yang sama. pun sama jugak. suami teman tak rasa pun yang tu. kebetulan ia dua ulas besar aje. dua dua ulas tulah teman rasa. dia suruh buang jer kalau tak tahan. Syukur pulak yg lain tak de rasa dan bau camtu. tapi spoil jugaklah mood makan dughiyan tu kejap.

Teringat pulak teman, biasanya kalau isi dughiyan yg dah kurang sikit sedapnya, teman buat bubur kacang campur ngan dughiyan ni. Satu hari, teman buatlah bubur kacang dughiyan. Berkobar nak bagi jiran Melayu sebelah rumah. Disebabkan bau dughiyan ni kuat walaupun dah dicampur dalam bubur, jadi, kakak ni tanya bubur apa... teman jawab bubur kacang dughiyan. Terus dia minta maaf tak boleh terima sebab dia sefamili tak makan dughiyan, even bau pun kakak ni tak boleh sebab dulu dia memang makan, tapi sebab overdos agaknya, satu hari dia makan tu, darah dia terasa naik n dia pengsan. Admitted ward. Sejak tu, dia mmg tak makan langsung dughiyan termasuk suami n anak2 dia. Punyalah dia minta maaf sebab takut teman kecik hati. Dia memang tak mahu terima sebab kalau terima pun nanti dia buang juga. kan sayang tu. teman kata tak pelah, tak rasa kecil hati langsung. Takkan nak paksa. Tak pasal2 sebab kita kawan tu masuk hospital...tak mo...tak mo. Jadinya, teman sekeluargalah yang menghabiskan semua bubur kacang dughiyan tu.

42 comments:

Izhal said...

ingatkan dughiyan tu salah satu term ugama, rupanya buah...

apsal hancing dua ulas tu??? misteri ni...

KAMATO said...

oooi sedapnya bubur kacang dughiyan tu, ada jugak rupanya yang tak makan durian....

Anonymous said...

Puan Syikin,

Husna berceloteh Puan bercahaya,
Sekolah integrasi tempat berkelana,
Kalau boleh hamba bertanya,
Dughiyan ini bahasa mana?

Beli durian dalam raga,
Air jarang tekak dibasah,
Makan durian seluruh keluarga,
Adakah sekarang musim buah?

Memberi sedekah yang menadah,
Menyahut seruan memohon berkat,
Mengajar Feqah bukanlah mudah,
Sudahkah Puan membayar zakat?

simah said...

terliurnya...air liur dah meleleh dah ni syikin....sekarang musim buah ka kat sana?

cipthowiryawanchannel said...

hehe..senyum sendiri bila baca pasal zakat tuh..kebetulan saya pun buat thesis pasal "zakat pertanian mazhab syafie dan pelaksanaan nya di malaysia"..hujung bulan depan nak kene submit..hehe..

Anonymous said...

dah lama tak merasa durian..skrg nie nmpk dah byk org jual durian...akak kami kat kelantan selain buat bubur durian...buat pulut durian(mkn dgn santan mentah dan pulut, garam dan gula secukup rasa) ataupun pengat durian...sedappp...
teringat mkn durian gergasi kat hulu Langat umah seorg kwn...besar sungguh durian dia sampai kena mkn ceduk dgn sudu...susah nk pegang dgn tgn...satu pokok hanya 10 biji aje buahnya dan dijadikan durian contoh oleh p.pertanian sbb kebesarannya.

Pandang Dengar Diam said...

lama tak makan durian kat RAUB kat sana yang paling mantap

Zareda Norman said...

Sekarang ni musim durian ker. Pernah sekali makan durian kunyit.. besnyer. Zar suka durian kawin instead of durian kg atau durian siam. Nasi durian pun beh jugak...

tee said...

kalau ada kesempatan gi kelate, singgah la rumah parents kita, bole jamu dorian (abah buat kebun durian lepas pencen), tapi kena la gi dalam bulan 8 sebab masa tu je durian ni gugur.. baru kawwww makan fresh durian kat dalam hutan..

Anonymous said...

bau hancing??? eiiiii....tak gamak la nak makan...

errkk..mainan pun kena kuar zakat? silap2 haribulan dia suruh awak kuarkan zakat pinggan mangkuk yg tak terpakai tu..hihihi...

Kaklong Syikin said...

izhal:

itu loghat perak :) kecik2 dulu duduk sana.

mmg misteri :(

Kamato:

nak wat camner, keadaan kesihatan dia tak mengizinkan. tp ada gak org mmg betul2 tak lalu nak makan sbb baunya dikatakan busuk

Encik Yazit:

Semasa kecil tinggal di utara
Terpengaruh dengan loghat tempatan
Tidak salah tuan bertanya
Dughiyan ini loghat Perak asalnya

Zakat fitrah di bulan Ramadhan
Zakat harta jika berkemampuan
Saya surirumah tiada pekerjaan
Maka zakat harta tidak saya keluarkan

:), sorilah, pantun kedua tu tak terkeluar idea..puaih perah dah..tp yg pasti ni bkn musim buah, import mari

Kaklong Syikin said...

simah:

tak de jual durian import kat sana? sorilah buat awak kecur air liur:). ni bkn musim buah, rasanya drp neg. luar

ais_putih:

husna tu mmg curious all the time. tak terjawab kadang2 tu. ok..good luck. akak pulak tgh tunggu approval comb binding disertasi ni..sama2lah byk berdoa yg terbaik utk hasilnya


bie: makan tempoyak tak?

Kaklong Syikin said...

cuaca & Zareda:

kat area gombak ni mmg ntah mana2 asalnya durian dijual, kadang2 yg dtg ngan lori tu.kat giant batu caves pun dah start jual durian peket.

oh ya Zar, nasi durian pun ada? first time dengor ni.

Oren:

ha..nanti check dulu rasanya sebelum menelan, amik iktibar drp saya ni...

Husna tu macam2 aje ideanya. hehe..

Tee: insyaAllah, ada rezeki saya dtg sana lagi. rindu jugak nak ke sana semula sbb pernah duduk nilam puri kat sana 2 thn,matrikulasi kat sana.

oh ya, bapa mertua pun ada gak tanam durian, tak taulah menjadi or idak tahun ni :)

ibuVouge said...

syikin
iv makan durian masa peknen ja(sbb tingin)pastu tak mkn dah
x tahan bau..heheh

Alinlai said...

ndap tu bubur kacang + durian... lama tak makan, kat sini dah tak nampak org jual durian hari tu banyak gak. Saya pun ada pengalaman 'zakat toys' dengan anak sedara sakit perut gelak dengan mak dia, budak2 ni kadang2 jauh sangat dia fikir kalah kita.

Kaklong Syikin said...

iv: alahai, sayangya iv...kalau saya mmg hadap tu. feberet. sampai mak saya gelar saya raja buah..dlm keta kalau tgh tidur tu lalu kat depan org jual durian blh terjaga..hehe.itu kata mak sayalah.

alinlai: kat sana durian mahal tak?
mmglah, budak2 sekarang ni pemikiran depa cepat matang...mungkin sebab invironment hari..

Ajzie said...

Syikin...sekrang dah musim durian ker kat sana? Best nye. Tak sabau saya nak balik Msia...


P/s
Durian mcm tak tak bermusim aje eik kat Msia @/?

Salam
Ajzie

simah said...

saya ada satu soalan..
sejak dari kecik lagi my dad la..kalau makan durian..lepas tu mesti my dad kat bhg dlm kulit durian tu dia akan isi air n suruh kitaorang minum air tu..tu utk kurangkan panas badan ker? tak pernah lak saya tanya ayah..la ni pon malas nak tanya dia hehehe so saya straight tanya syikin jer.

mat salleh depa tak suka makan durian. depa tak tahan bau dia..

ontahsapo said...

aku tak suka durian...diharap anak aku pun sama.....

Mummy Rizq said...

erm.. dah lama tak mkn durian. sebabnyaa?? hubby tak kasi bawak masuk durian dlm khete. dia tak suka bau. MB paling suka makan nasi durian.. nasi + durian + gula + santan = gaul gaul.. suap!!

Kaklong Syikin said...

ajzie (wilhelm):
rasanya bukan musim pun, sbb tak banyak gerai jual..satu dua jer..tak tau mai mana..kot2 dr Siam. betullah, la ni anytime blh makan durian, kalau bkn tempatan, import mari punya.hehe..mehlah balik msia kejap cari durian.

simah:

ya , itu salah satu petua org tua2. sbb durian ni mmg panas, kalau badan jenis tak tahan mmg terasa hangat dlm badan lps makan tu. tp sekarang banyak durian yg kurang pior, tu makan bnyk tak berapa rasa panas badan..sbb saya pernah makan 2 ulas durian yg kulitnya pior hijau, bukan jenis kekuningan tu, ha..berasap rasa badan lepas tu...

ontahsapo: kenapa? alamak, ruginya..kiranya tak makan tempoyaklah ya..

MB: betui..betui..cukuplah letak sebiji or dua tiga peket durian dlm keta, mmg tak tahan bau..silap haribulan kena bukak tingkap memanjang.tp dek kami ni hantu durian, mmg tahan jerlah hidung n kepala tu.

oh..gitu rupanya nasi durian. ni org belah mana makan ya? sbb first time dengar ni, itupun lepas zareda tinggalkan komen tadi.

WRA said...

hari ni anak akak pun peksa Feqah jugak kat sekolah integrasi dia tu...hehehehe....

Durian? Asal pregnant je mesti ada org jual durian....makan jangan tak makan...itu hari siap makan sampai 3 bungkus (yg siap wrap tu) hahahah..lepas tu panasssss....hahahahha

Hot Mama said...

Alamak cakap pasal durian, teringin laa pulak.. tapi ramai org tak bagi makan coz masa pregnant katanyer tak boleh .. Betul ker?

Kaklong Syikin said...

kak wan: haha..makan jgn tak makan durian time ni..nanti kang confinement takleh dah..ke bantai aje?

HM: mungkin sbb durian tukan jenis panas, takut badan tu kang berasap..kalau nak buat rasa, tak pelah seulas dua atau cicip sikit dulu :). masa saya pregnant, saya makan aje.alhamdulillah tak de masalah apa2.

OO: mmg mahalkan durian kat KL ni..yg suami beli sebiji tu jer dah 10 inggit.

wah..nak cuba nanti ni bubur jagung+durian..tq tq bagitau :)

Ajzie said...

Syikin, bulan 8 nanti kami balik Msia..coti2 sommer gitu..huhuhu. Tak lama 6 minggu aje coz my dear husband busy ngan kerja2 disini.

Salam
Ajzie

FaEzHussain said...

puan syikin

bagusnya anakanda puan. saya pun bercadang2 nak hantar ke sekolah integrasi anak2 saya bila balik nanti.

cerita pasal doyan, anak2 saya masih eksyen tak nak makan.al maklum la membesar tanpa bau doyan. nanti la dorang, saya mandikan dgn air doyan supaya terbuka selera nak makan doyan (ini petua org2 tua la).

oh saya kalau teroverdose doyan, sat aje berlari ke toilet la. memulas2.

dan satu lagi, tahukah anda doyan adalah stimulant untuk libido... :D

Alinlai said...

durian kat sini depa timbang...memang tak logik, mahal la berat kulit, tapi kalau dah nak makan beli la juga, pernah tengok durian merah? mai la sabah...tapi jgn tanya rasa ke ke ke gue pun tak makan...tak bleh masuk sebab pelik durian warna merah ...

Kaklong Syikin said...

ajzie (wilhelm): selamat pulang..selamat pulang..berapa lama tmpoh suami belajar kat Jerman? eh, dia amik master or phd?

Dr. FH: mmg bagus sek.integrasi ni sbb sekolah satu hari kat situ jer, tak fikir2 nak antor anak 2 sekolah: sek. keb. & sek. ren.agama.lagi satu, baju satu pasang sehari, kalau dua sekolah, kena dua pasang..cumanya kena sedia duit lebih sikit jerlah..tp kalau betul2 sek. integrasi bawah JAIS mmg murah.

baru saya tau petua mandikan anak ni :)

eh..libido tu apa?

alinlai: kat gombak ni ada stail longgok n ada stail timbang. ha ah, peliklah durian kulit merah

NBK466 said...

Bagus Husna...kecik2 dah concert pasal ZAKAT..he..he..he.. Kalau tak nak semut gunalah Teh Cina.. (gurau jerk). Ckp pasal durian teringit gak nak beli sebijik ptg nanti...cuma tak tahan baunya dlm kete....

Alinlai said...

isi dia je merah...kulit sat nak ingat tak hijau sangat tapi duri kecik2...kita panggil durian hutan.

Kaklong Syikin said...

nbk: hehe..teh cina. tak manis pun.

beli jgn tak beli durian, tp pastikan tingkap keta dibukak, baru krg bau..kalau tak, berkuap bau.

alang: samalah kan kalau ada pokok rambutan, nak bagi kat jiran, masing2 ada pokok sendiri

alinlai: tq for the info

NONIE AZIZ said...

muahahha...cakap pasai durian Mr dari dulu tak suka durian..bau dia pun dah pening!!

Pandang Dengar Diam said...

dulu cuaca kawan ngan budak RAUB anak tungal bapak dia ada dusun durin time cuti dan musim tercongok lah muka cuaca kat sana....now dapat isteri orang sabah....*mrasalah durian sabah pulak.....

Kaklong Syikin said...

MR: baba n syasya makan tak?

cuaca: oh..isteri org sabah. nanti musim durian kat sana, baliklah merasa. then blh buat comparison ngan kat sini.

maklang said...

mesti lebih sedap kalau makan durian free....

Shami said...

Durian...ya shami pun suka, makan dengan pulut + santan + durian..atau bubur kacang durian...aiskrim durian...he..he..he boleh...dek kerana kami sekeluarga suka durian ayah shami tanam pokok durian kat belakang dapur kat rumah mak di kg...kalau musim, lebat buah ada ler 3 ,4 pokok jer...hari tu balik kg dah ada putik durian nampak macam lebat jer...husb mula baru kawin tak berapa minat, sebab baba dan mama dia ada darah tinggi..tapi..bila makan durian kat rumah shami, sampai hari ni dia terus suka...dia pulak yang pulun...ha..ha..ha...

Anonymous said...

dulu masa i kecik, makan dughiyan ni satu kebanggaan..maklum la raja buah...hanya yg mampu jer dapat beli dan makan...la ni, bila dah kaya [berduit]...maleh nak layan dgn baunya yg semerbak...

Kaklong Syikin said...

maklang: itu sudah mesti haha...

shami: pandai shami guna bateri kuasa tinggi untuk memujuk suami makan durian hahahaha

dr.jason: oh, macam tu pulak....terbalik dah. tak pelah, sesekali terasa, belilah seulas dua yg siap dibungkus tu :)

FaEzHussain said...

syikin

libido itu adalah sesuatu yang mengarah kepada kejadian malam jumaat....hehehe... ;). sini takde kanak2 bawah umur kan..kalu tak sure saya kena ban dari blog puan..

Unknown said...

Yus dulu pun hantu durian, tapi sekarang dah tak boleh makan. Mesti nak terkeluar balik, samalah macam kes jiran kak syikin tu. Tapi, kalau dah buat lempuk atau campur dengan dodol, Yus boleh masuk lagi, cuma durian yg baru di buka sebiji2 tu tak boleh. Bau jer mula ler rasa mual. Mungkin sebab atuk yus ada dusun durian, kecik2 dulu kalau balik kampung time musim dia, memang penuh satu dapur dengan durian. Sampai tak terhabis2 makan anak beranak.Sekarang dah kurang sikit, sejak arwah atuk dah meninggal, pokok2 durian tu pun macam tak banyak buah walaupun ada pak cik saya jaga.

Anonymous said...

FH: oh...saya faham dah .tak pe, tak kena ban.:)

yus: gitu kisahnya. eh, tempoyak makan tak?

Kaklong Syikin said...

eh..nape keluar anonymous ni plak..sayalah tuan punya blog yg jawab komen FH & yus ..moskil moskil