Malam semalam, semasa Huda naik tangga entah macamana dia blh terjatuh dan terhentak dagunya atas anak tangga yang berparkir tu. Betul-betul berlaku depan mata saya yang masa tu berada dekat pintu bilik anak. Apalagi, satu rumah bergegar ngan tangisan dia. Cepat-cepat saya angkat dia. Syukur dagu tak apa, bibir tak berdarah dan gusi tak luka. Tapi sakitnya yang amat. Saya kira, saya pun akan menangis sebab hentakan kuat tu. Sambil menyentuh dagu yang sakit tu saya membaca Bismillah 5 beberapa kali. dan menghembusnya. Alhamdulillah, lepas tu Huda berhenti menangis. Saya kira, sakitnya masih ada, tapi dia dah boleh tahan. Memang ini amalan saya suami isteri kalau anak terhantuk, terjatuh, jatuh terlentang, kepala berlaga dan bahkan kalau luka sedikit tu kami cepat2 baca Bismillah 5. Paling ketara, anak cepat berhenti menangis, insyaAllah. Kalau ada benjol sana sini atau luka, kami sapukan ubat sekali. Kalau perlu, bawa kliniklah untuk rawatan lanjut. Yang pasti hentikan anak menangis dulu.
Bacaan BISMILLAH 5
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim
Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
Cara menggunakan Bismillah 5 ni:
letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kalau buat ikut cara kita boleh, dengan letak tangan jer atas tpt sakit tu dan baca terus bismillah 5 ni, mcm anak jatuh n takut tak sempat nak ikut cara di atas mcm nak amik air bagai...yang penting KEYAKINAN semasa membacanya dan khusyuk. InsyaAllah. Dan kalau kepala anak benjol sebab jatuh, sambil tuam air suam or ais batu kat tpt benjol tu, blh baca bismillah 5 ni sekali. Oh ya, kalau rasa nafas tu pendek tak boleh nak baca bismillah 5 ni ngan satu nafas sampai 7x or ikut berapa kita suka, tak mengapalah, blhlah satu bismillah tu satu nafas.
p.s. Rujukan mengenai Bismillah 5, fungsi dan cara menggunakannya adalah RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN & AS-SUNNAH oleh Dr. Amran Kasimin & Prof. Dr. Haron Din
29 comments:
thanks sbb share petua kat sini. Kv pun nak amal lah sbb hang nadim asyik jatuh jek.
anak sya yg no 2 tu jenis clumsy (ikut saya la tu).. saya selalunya selawat jer, tapi, insyaallah pas ni bole tambah ngan Bismillah... tq 4 de petua..
sian budak tu...? takder apa2 ker tu..?
Ala kalau HM sure dah gabra tgk baby/budak nangis.. Tapi Syikin takpe dah anak 4 sure dah biasakan...
kv: eloklah amalkan, sbb kalau jatuh terutama bab kepala terhentak tu mmg merisaukan
tee: ok..amalkan
Babydiana: mmg sian kat dia, agaknya dia rasa bengkak tp takde pun sbb pagi ni dia bagitau saya dah tak de apa2 sambil tunjukkan dagu dia tu.mungkin dia perasan ada bengkak sikit
OS: Alhamdulillah, so far oklah.
HM: ha..mmg first time mom gabra tak menentu, saya pun mcm tu jugak dulu. tp lama2 kita akan biasa dengannya, insyaAllah. Dun worry be happy ok mama :)
bismillah 5? adakah ianya kena baca 5 kali?
and thanks..betui kata gitartong...syikin nih byk petua laa...
penawar yang bagus nih kak..*ambek kertas n pen*..hehe
thanks yer syikin...
puan syikin
terima kasih atas tips ini.
selalunya saya baca sekali aje dan tiup kat mana2 bahagian badan anak2 saya yg sakit.
insyaallah nak try amalkan yg ini pula.
ummi syikin, tq for the petua, mana tau anak sapa2 jatuh depan mata ka bleh tolong2 :)
syikin..
terima kasih banyak banyak share this one info...memang this is a better way to stop the kids crying bila jatuh ka terantuk ka... selama ni saya tak tau nak buat apa..saya cuma kiss the painful part n hug my kids..
thanks again... nak letak info ni kat fridge area..
Ha'ah..thanks for the info Syikin. Insyallah cuba diamalkan...
syikin IV selalu amalkan ..nih ilmu baru ni
ais_putih,oren,FH,alinlai, simah,nbk, iv, aku : SAMA-SAMA:), sebar2kanlah ya..sama2 kita beramal jariah :)
bagus ni Puan...
dulu masa saya kecil depa jampi...
"fuang tuku takai, hilang sakit, tingaai nakai"...
heheh...
izhal: hehe..ini pun baru untuk saya jampi serapah ni
Baguih diamalkan, ...semoga dimasa2 depan syikin dapat nyumbangkan lagi...petua2 yang lain pulak buleh kita sesama kawan2 berkongsi ilmu....
bagus Huda tu. Tak manja sangat. Boleh tahan sakit. Nanti bila besar boleh jadi seorang yang tabah.
Oh, ada orang berkata dagu yang berlekuk itu bagai penyeri wajah.
Kak Syikin,
Terima kasih atas petua ini. Kalau ada petua2 atau amalan2 yg lain, bolehlah dikongsi bersama. Anak2 Yus pun selalu juga ter"acident" macam ni,...perkara yang tak dapat nak dielakkan.
Dari seorang ibu yang masih perlu banyak belajar.
Anak saya kalau jatuh & benjol, saya sapukan minyak akar kayu pak ali.. tapi bismilah5 ini amat bagus untuk diamalkan.. tima kasih kerana sudi berkongsi info..
bagus petua ni...insyallah boleh dimenefaat bersama
Bismillah 5 ni memang bagus diamalkan. Sebenarnya dalam Al-quran tu ada macam macam penawar kan, Itu janji Allah SWT, setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali tua dan mati.
Thanks syikin for the info..
shami, kunci hilang, yus, raiedzall, kamato, zareda:
sama-sama :)
kunci hilang: tq atas doa tu.amin :)
zareda: betul tu
yus: akak pun masih belajar lagi :)
shami: awak pun kalau ada petua, kongsilah ngn kami semua
syikin...lama tak masuk sini...sibuk...ni esok mertua nak dtg lagi...so kene cuti blogging lagik...
Terima kasih kerana berkongsi tentang fadhilat Bismillah 5 ni...
Thanks yea syikin, boleh Ajzie cuba petua nih.
Salam
Kak Lady & Ajzie: sama-sama :)
tima kasih petua...
ada jugak bismillah 7 kan? tapi yg ni baca sebelum tido, tanak kasi kena sihir...
Terima kasih atas nasihat tu. Insya'allah boleh praktikkan. Anak2 tengah kecik ni memang selalu lasak. Terjatuh tu memang selalulah.
Lama tak blog hopping, tak terlarat nak catch up semua posts lagi.
kak wan: frankly speaking, saya tak hapai bismillah 7 tu, panjang2.dah tua ni rasa cam payah nao nak lekat..banyak dosa..adus.
Along: cubalah.insyaAllah berkesan, terutama anak blh cepat berhenti nangis.
Post a Comment