Monday, May 08, 2006

Hari Sukan

Pagi Ahad, kami sekeluarga pergi ke stadium UIA Gombak menghadiri program Hari Sukan Husna. Pihak sekolah menganjurkan di sana. Husna masuk 2 acara, isi air dalam botol berkumpulan dan bawa air dalam belon berkumpulan. Dia ahli rumah hijau. Umminya dulu rumah biru. Umminya yang excited lebih tengok anak bersukan. Pedulikan orang lain dah. Siap melambai2 tangan suruh dia cepat2 isi air dalam botol dan berjalan laju mengepit belon dan membawa beban kecil di kepala. Yeha...grup dia menang dalam acara isi air dalam botol. Frust tul masa dia isi air tu, tak sempat nak rakam gambar dia. Ayahnya p toilet plak. Yang ummi pulak, harap reti pegang jer, tak reti nak on. Tulah sapa suruh tak belajor. Malangnya, grup dia kalah dalam acara kedua tu. Frust betul Husna. Cikgu dia salah beri instruction kat org terakhir. Patutnya blh menang dah. Tapi, kemenangan tu dibatalkan. Tak pelah, tahun depan ada lagi, kami pujuk Husna. At least, dapat satu medal.


Bukan takat saya hepi jer dapat melihat kemenangan Husna, tapi juga terserempak dengan seorang kawan lama masa di kampus dulu. Kak X, dia senior saya dan kami berlainan fakulti. tapi kami berjumpa semasa join projek2 student dalam kampus. Rupa2nya anak2 dia semua bersekolah sama dengan Husna. Dia yang menegur saya dahulu, itupun takut tersalah orang. Yelah hampir 6 atau 7 tahun kami tak bertemu.Last jumpa dulu masa melawat dia di wad bersalin HKL, bersalin anak kedua. Heheh..dah jumpa dia, saya terlupakan Husna sekejap. Biar ayahnya yang pantau lebih..apalah teruknya ummi ni.ahaks. Dalam berbual tu, rupanya dia dah bergelar Datin X. Alhamdulillah, rezeki anak2 kata dia. tapi tak rupa gaya datin...hahaa..sempoi, masih ramah macam dulu2 dan humble yang pastinya. Saya usik, tak pe ke panggil Kak X lagi instead of datin. Dia kata tak pelah..apa salahnya. Sebenarnya, masa kami mula2 berpelukan tu, saya nak menangis pun ada, rindu sangat. sebab dah lama saya cari dia, dan rupanya dia pun mencari saya. kami lost contact. Ha, speechless lah masa tu. Akhirnya kami berpisah lagi. Saya perlu balik awal selepas Husna dapat medal dia. Kemungkinan besar mak saya nak datang rumah sebab area rmh mak tak de air. Yang pasti, kami saling bertukar nombor telefon. Oh ya...hari ni dia dah terbang ke UK, honeymoon katanya. Rezekilah tu. Seronok tengok orang kaya dan ada gelaran ni still be a humble person.

Sabtu malam Ahad, kami ke rumah paklong di Cheras, ada majlis tahlil + makan2 sekali. Hampir saja suami tak dpt pergi sama sebab kereta wat hal pulak. Ada masalah alternator ke menda ntah (tak pakai keta..bute injinlah teman.ihiks). Kalau suami tak dpt pergi, saya dan anak2 akan tumpang kereta adik, AR, yang masih ada kekosongan. Alhamdulillah, sebelum maghrib suami dapat balik daripada bengkel. Saya suka p kenduri kendara sebab inilah peluang nak berkumpul semula. Sebab keluarga kami bukan jenis bertandang antara satu sama lain setiap minggu. So, time camnilah nak berjumpa mereka. Selain tu, time raya puasa, atau kematian atau melawat sedara sakit. Yang Husna dan Aiman tak mo ikutlah asalnya, nak tengok rancangan kartun astro. Budak dua orang tu,nama je kecik lagi, tapi pandai bercakap..tu yang perbualan kami ni sebenarnya stail perbualan orang dewasa. Antara yang saya masih ingat masa duk pujuk memujuk depa supaya pergi;

Ummi...nak tinggal rumahlah. Nak tengok kartun ni. #%$&^@*
Kena ikut, nanti masa kamu mati, bukan kartun2 ni yang datang melawat. Sedara mara tau...
@$%#&**&^$
eh, nantikan kalau ummi dan ayah yang mati dulu. Kamu tinggal dengan sedara mara tau...

Akhirnya mereka mengalah. Hehehe..ikutkan isi perbualan tu masih panjang lagi. tapi 2 ayat saya ni je yang saya masih ingat. saya nak didik mereka yang sedara mara tu penting. Apa2 kesusahan, merekalah yang akan membantu kita. Orang luar, takat mana sangat nak bantu.Mmg tak dinafikan ada sedara mara buat hal dan orang luar lebih appreciate kita. Tapi, selagi kita tak termsuk dalam kes macamni, selagi itu hub. kekeluargaan n sedara mara kena dijaga.


Petang Sabtu, kami panggil tukang baiki tandas datang. Dah berbulan tandas tingkat bawah tu tersumbat gara-gara salah seorang anak saya mandi dan berdiri di atas tandas cangkung tu. Masa tu dia tangan dia tengah licin sebab bersabun dan dia sedang memegang botol syampu badan. Entah macamana terlepas dan terus jatuh ke dalam lubang tandas tu. Style lubang tu pula bukan jenis melengkok, ni terus jauh ke dalam. Nak tarik dengan batang penyapu pun tak sampai. Mula-mula tu kami ingat oklah. Tapi lama2 ia start tersumbat. Kami guna asid utk mencairkan botol tu. Tapi dah lebih 5 botol besar rasanya selama berbulan tu cuba. Boleh bertahan sekejap jer ia tak tersumbat. Lama2 ia tersumbat semula. Kali ni, air langsung tak mo turun dah wlwpun n*j*s tu blh turun dengan mengambil masa sehari dua. Tu yang kami panggil tukang baiki tandas ni. Malangnya dia pun tak boleh nak baiki, katanya lubang kat dalam tu kecil sangat, jd dia tak boleh nak buat apa dah. Dia cadangkan buat semula dan melibatkan pecah memecah tandas tu dan cost around 2k tak salahnya. Suami tak mo terima dulu cadangan tu, nak panggil tukang lain pula. Mana tau orang tu boleh selesaikan masalah ni. Syukur rumah ni ada dua tandas, kalau tak, cari rumah sewa lain dah.

24 comments:

zino said...

peserta pertama..

ni kena buat kenduri ni husna dapat hadiah hehe

ibuVouge said...

ish zino ni..iv baru nak ckp peserta pertama..;-P
hehe

baguslah ayat syikin,iv nak amik la..bila ada halyg berbangkit iv akan gunakan ayat tu
apply untuk semua benda heheheh

sukakan tengok anak anak sukan..ingat zaman muda hiks hiks

ibuVouge said...

err..syikin..mdah wujud amalan pinjam di kat sekolah ye..

Kaklong Syikin said...

zino: dah beberapa kalikan yg pertama? heheh..alah, menang kecik jer tu.tak delah kenduri kendara.ahaks. kita excited sbbnya dia happy sangat. parent mana yang tak happy kalau anaknya happykan..

IV: iv..lain kali, masuk opis, on computer, terus masuk blog saya..hahaha


ayat apa? yg mana satu? ...tak per, silakan..silakan.. :)

mesti iv nni dulu kaki sukankan...saya ni penyokong aje..main2 sukan tak reti.entah nape..:(

ha..itulah, wujud dah amalan pinjam kat sekolah.time anak iv nanti,kena monitor benda ni semua.

Izhal said...

ada van milo datang tak kat hari sukan tu??? power anak Puan nooo...

Hot Mama said...

Wow best laa dapat medal. At least dapat satru pun dah ok. Mesti Syikin menjerit-jerit beri sokongan nie! Hhehee

FaEzHussain said...

nasib baik toilet kat rumah 2, buat nyer cam rumah di UK ni, yg kebykkannyer toilet sebijik/house, jenuh la nak gi tumpang melabor rumah jiran kekekek....

majulah sukan untuk negara...
BolehLand Boleh.... :D

FaEzHussain said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kaklong Syikin said...

izhal:x de pulak. masa kita kecik2 dulu van milo rajin dtg sekolah.

power? hehe itu kerja berpasukan, bkn individu, so setiap org menyumbang ke power an masing2 :)

HM: Hush..tak jerit2..control ayu...hahhaa..tapi mmg gaya kita excited gilerlah..

itulah duk pujuk husna, dpt satu medal takpelah. tahun depa cuba lagi.

FH: kalau rmh saya ada 1 toilet ni, nampaknya ke masjid berdekatanlah :)

kasutVINCCI said...

seronok kan bila jumpa kawan lama! Mcm2 cerita nak bagitau. Hai, kv takut akak yg masuk padang ganti si husna tu. Maklumlah excited sgt. Kekekekekek. Gurau jer kak.
Hmmm...bab tandas tersumbat tu mmg tension sgt kan.

NBK466 said...

Emmm...sapa ler design lubang jamban cam tuh...kalau ler hp ker wallet terjatuh....sah gone ler..unless guna pancing laut dalam utk mengkailnya...itu pun kalau mmg kaki pancing yg expert...he..he..he...

Mummy Rizq said...

mengingatkan sink dapur kat umah tu dah tersumbat beberapa lama. dah jenuh tuang asid lah.. clog remover lah.. tak berhasil! ni nak kena panggil plumber buka balik semua pipe...

Alinlai said...

wah wah anak yang bersukan ummi yang bersemangat lebih :) ok le tu sokongan moral penting.

Kaklong Syikin said...

kv: betui sangat2 tu kv.mcm2 citer nak story,yelah dah ebrtahun tak jumpa.

hehe..sbnrnyakan ada tau acara utk parent, tp sbb nak cepat balik takut mak akak jd datang, tu yg tak tunggu sampai abih.

hehe.tau awak gurau jer.dun worry..

nbk: tak taulah sapa design..betui tu apa yang awak cakap. kena ada alatpancing kat rmh camni. idea baru :)

MB: ayoo...sinki tersumbat lagi tensen..nak basuh pinggan mangkuk kat bilik ayor ..satu keje dah.

alinlai: haha..tu yg bersemangat tahun depan nak pegi lagi

MOKCIK AZWA said...

Assalamualaikum..bagai ada telepati pulak syikin ngan azwa pagi ini...masa melawat blog zino, terlintas pulak nak melawat blog syikin...tup2 syikin dah pi rumah azwa hehehehe...

berat masalah tandas tersumbat tu...dah ler rumah sewa, kita kena kuarkan duit untuk membaikinya...tentu tensen. W/b/p...kena banyak2 bersabar dengan karenah anak2 nie.

Kaklong Syikin said...

azwa: hehe..baguslah telepati tu. naknya pulak sama template kita. saling kunjung mengunjunglah kita.

tulah kena keluar duit sendiri nak baiki tandas tu.

saya ni tgh belajar berlapang dada ngan kerenah anak2..kalau tak tu, aduh..pening kepala jadinya kalau masing2 wat perangai.

BD: hahah..betuilah, kita yg over excited

Zareda Norman said...

Zulaika pun baru habis sukan. Mase sport day tu zar ler sibuk shoot video, shoot kamera nak amik gambar dia.. heheh sampai lenguh lenguh tangan.. punyalah eksited..

Kalau toilet banyak pun penat jugak nak mencucinya..

Anonymous said...

Acara sukan untuk kaum ibu tak de ker? kalau syikin masuk, abis semua acara kena sapu

Kaklong Syikin said...

zareda:saya mmg suka betul ngan aura program sukan terutama yg membabitkan anak2..mmg rasa tak sedar diri..hahaha..anak2 kita cool aje..

jamri:hari tu saya kena balik awal,mmg ada acara utk parent, tp tak tau apa dia. kalau ada,berminat gak nak masuk..mana yg sesueilah..hehe.

hehe..saya ni tak mahir sukan, tp masa kat kampus matrik dulu mmg rajin join tarik tali, ia dibuat secara tertutupkan, kita apalagi..tunjuk taringlah..hehehe

Anonymous said...

akak ada kat UIA ke ahad tue...bie pun ada tgh duty kat hostel...klu tau gi cr akak jap...sbb bie tgk gak sukan tu dr jauh (dr hostel yg atas bukit tue)...

nasib umah akak ada 2 toilet...umah sewa (masa bujang) kitaorg dulu ada satu jea...so bila tersumbat terpaksa menumpang toilet umah org lain utk membuang...wat malu jea!!!

bab bersukan bie mmg suka jd penonton jea...bila sendiri kena main..mak oii..rasa kekok nk melompat2 dpn org...klu tertutup takpe...

Kaklong Syikin said...

ha ah...akak ada. bie fellow ya kat sana? kolej mana? oh..bukit yg bertentangan ngan CELPAD tu ke?

alamak, siannya kena tumpang toilet org.nak wat camner kan.

itulah, kalau ada tpt sukan tertutup khas utk wanita, mmg akak pulun main sukan ni..mcm masa kat matrik kampus, kat sanakan ada tpt tertutup, ha..siap akak main tarik tali, badminton n acara sukaneka lain lagi..

Shami said...

banyaknyer citer....saya ada gak pgalaman tandas, barang jatuh dalam tandas, syampoo anak jatuh sib baik tak sumbat sebab masih ada ruang, sisa buangan nak lepas, tapi sisa sangkut kat botol syampoo berbau gak..rumah pas tu..husb suruh along menggunakan kepakaran dia buat pancing mainan utk ambik botol syampoo..berjaya..gitu,..suka along...

Shami said...

Syikin nanti tolong email address kat saya semula, sebab lepas PC saya hantar utk update...semua email yg saya dapat..hilang habih..sorry ler...nilah pasal rempah lambat ngantor....he..he

Kaklong Syikin said...

shami: hehe..itulah kami tak t'pikir pun idea nak 'mengail' masa tu :)

oh..nanti saya email semula :).tp takleh sekarang, sbb nak tidur dah..alia sibuk jer menyelit ni..tak sonang den ;). heheh, tak per..tak per..dun wari lah..hehe