Sunday, May 14, 2006

Hari ibu ke atau hari nenek?

Hehe..hari ni baru rasmi Hari Ibu kat Malaysiakan. Tadi Husna bertanya kat saya, Ummi kalau kakak nak ucap selamat hari ibu kat wan, kena ucap selamat hari neneklah ya? Hahaha…yelah agaknya. Apa pendapat anda? Ke perlu ada sambutan hari Nenek pula???
Si Aiman pula sibuk bertanya apa makna hari Ibu. Yelah, budak 5 thn lebih mana nak faham lagi. Saya bagitau hari untuk meraikan Ibu. Itupun dia tak faham lagi. Akhirnya dia tak bertanya lagi.

Ok…saya nak cerita pasal mak saya. Dia dah berusia 53 tahun. Tapi, muka dia pada saya tak macam 53 tahun. Kalau saya berjalan dengan mak, orang ingatkan saya ni adik mak. Sejak sekolah rendah orang ingat saya adik mak. Sabor jelah. Mak ni penyayang orangnya. Penyabar. Dia mudah ketawa. Hatinya mudah tercuit dengan cerita kelakar. Kalau dia ketawa, senang berjangkit kat orang lain pulak tu, walhal orang yang gelak sama tu tak tau hujung pangkal apa yang mak gelakkan. Biasanya kamilah anak2 mak yang terjangkit gelak tu. Nak tunggu dia abih gelak satu hal pulak. Sampai kami selalu suruh mak stop dulu gelak tu, sebab asal dia nak bercerita jer, gelak dia tak abih lagi, bersambung-sambung. Lagi satu, dia bukan jenis senang angkat tangan ngan anak2. Pantang dia kalau nampak saya nak naik tangan pukul anak2. Wajib dia tegur. Dia kata, kalau nak tegur anak tu tegur je, tapi jangan tangan naik. Sian kat anak.

Mak suka menjahit, membaca, dan menonton. Kalau ada rancangan tv yang menarik hati dia, dia akan segera menelefon saya bertanya kalau2 saya menonton sekian sekian rancangan..hahaha. Kalau saya tak menonton, siap dia bagi synopsis masa tu juga or sambil dia menonton tu dia blh elaborate citer yang sedang ditayangkan tu. Hehehe. Saya pun dah terikut macam dia juga, akan call dia kalau saya tengah menonton rancangan menarik dan menyuruh dia membuka saluran tersebut. Pernah satu hari, tiba2 mak saya called,

Kaklong, kamu tengok tak tv3 sekarang ni?
Kenapa?
Ni ha…WHI tunjuk rakaman wardina dah selamat bersalin.
Ohh…tak tengok. Sbb budak2 ni tengah tgk kartun.

Lepas letak telefon, suami bertanya, mak nak apa? Mak bagitau wardina dah selamat bersalin. Suami tersengih. Bila saya citer kat mak…punyalah dia gelak sebab menantunya tersengih bila tau sebab dia called saya. Macam biasalah, lambat nak berhenti gelak .heheh.

Mak saya surirumah tangga sepenuh masa. Tak sempat nak bekerja, dah kena berkahwin.
Teringat mak pernah cerita dengan kami, masa tu dia tengah basuh kain baju rasanya, tiba-tiba arwah wan bagitau mak yang dia dah ditunangkan. Kata mak, gelap kejap pandangan dia sebab masa tu tengah berkobar2 nak bekerja dan tak mahu bertunang atau berkahwin dulu. Lagipun arwah atuk dan wan orang susah. Jadi hati dia kuat sangat nk membantu mereka. Tapi nak buat camne. Terima ajelah. Oh ya, mak saya ni memang tak reti nak berboyfren boyfren. Lurus kata orang. Kalau pegi dan balik sekolah tu, laju jer mengayuh basikal hinggakan mak pernah terdengar orang mengusik di, hush…lajunya macam kapal terbang.ihiks.

Bila ayah meninggal akibat kemalangan trajik, mak mula belajar berdikari membesarkan kami 6 beradik. Masa tu saya tengah menunggu keputusan tawaran masuk univ. dan bersekolah di ting. 6 bwh sementara, dan adik yg bongsu 5 thn. Asalnya mak tak bekerja langsung, entah macamana selepas kematian ayah jiran tetangga yg mempunyai anak2 bersekolah sama dengan adik2 saya meminta mak menolong menghantar dan mengambil anak2 mereka sekali. Mereka membayar upah. Kiranya dah jadi satu pekerjaan pada mak. Bertahun juga mak buat kerja ni sehinggalah arwah wan (masa tu masih hidup) jatuh sakit dan perlukan perhatian lebih. Mak saya mengambil keputusan utk berhenti melakukan kerja tu. Lagipun, mak dapat bantuan SOCSO setiap bulan dan alhamdulillah kami tidak mempunyai masalah kewangan. Sebab ia termasuk sekali dengan perbelanjaan setiap anak2 yang masih belajar.

Mak juga seorang yang tabah. Mak ketepikan perasaan murung demi meneruskan kehidupan baru kami bila ayah tiada. Dengan bantuan sokongan moral daripada ahli keluarga yang lain, mak mengurus kami adik beradik dengan baik dan saya tahu mak banyak bermunajat dengan Allah mohon diberi kekuatan fizikal dan mental dan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak2nya.

Mak saya ni penggalak semangat anak-anak. Dia tak pernah jemu suruh anak-anaknya rajin2 belajar hingga peringkat tinggi, walaupun dulu dia belajar hingga tamat MCE sahaja. Apatah lagi 5 anak mak adalah perempuan. Mak juga berfikiran terbuka. Dia tak kisah kalau anak2 perempuannya yang belajar hingga menara gading tapi tidak bekerja setelah berumahtangga. Pada dia, tak bekerja tak mengapa, tapi ilmu yang ada tu boleh didik anak2 dan jika apa2 yang terjadi di kemudian hari, dengan ilmu yang ada tu boleh dipakai untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ni, 4 orang anak mak dah habis belajar (no. 1- 4). Saya dan yang no. 2 jadi surirumah tangga. Yang saya suka tu, mak saya jenis tak suka campurtangan hal rmhtangga anak-anak. 2 orang belum berkahwin dan telah bekerja. Tinggal 2 orang lagi masih belajar. Saya kira, bila adik yang bongsu tamat SPM nya lebih kurang 2 tahun yang lalu, maklah paling lega, kerana tugasnya menyekolahkan semua anak2 di peringkat asas dah terlaksana apatah lagi dia seorang balu. Dan kemasukan adik yang bongsu ni ke IPTA lebih menggembirakan hatinya sebab semua anak2nya telah berjaya ke menara gading.

Oleh kerana mak saya seorang balu, dia amat menjaga dirinya. Alhamdulillah, pembawaan dirinya itu membuatkan mak dihormati. Oleh kerana mak tidak bekerja, dia hanya keluar rumah bila perlu. Kalau nak kemana- mana, dia akan ditemani oleh anak2. Susah nak tengok dia keluar sendirian kecuali kalau terpaksa, terutama jika tiada anak2 yang dapat menemankan masa tu ataupun jika ke kedai berdekatan. Jiran2 tetangga perempuan tak takut nak berkawan dengan mak. Jiran tetangga lelaki menghormati mak. Kiranya mak saya bernasib baik di dalam perkara sebegini. Berbanding dengan seorang adik ipar mak yang kematian suami (adik lelaki mak) akibat barah hati, tak sampai beberapa bulan arwah pakcik saya ni dalam kubur, kawan2 mak sedara saya ni ada yang mula memboikot dia siap dengan sms lagi bagitau takut2 dia nak rampas suami mereka pula. Bayangkan, sedihnya dianggap begitu. Walhal dulu mereka berkawan rapat. Kalaulah mereka juga kematian suami, barulah mereka tahu rasanya dianggap begitu pula.Sudahnya, makcik saya ni ambil keputusan berpindah jauh daripada kawasan kejiranannya dan mulakan kehidupan baru di tempat lain.

Saya yakin mak saya gembira dengan kehidupannya kini. Hidup serba sederhana bersama-sama anak cucu. Pernah saya bertanya, tak mahu berkahwin lagi ke? Pantas dia menjawab tidak. Seronok sendirian begini. Nak pergi mana tak perlu nak minta izin sesiapa :). Selagi hayat dikandung badan, saya harap saya dan adik2 sentiasa menjadi anak2 yang menggembirakan hatinya. Mak, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik kak long dan adik-adik dengan baiknya walaupun ayah tidak bersama kita lagi. Halalkan setiap titis air susu badan mak sebagai makanan dan minuman kami semasa bayi dan kecil dulu. Kami doakan mak diberkati dan dilindungi Allah sentiasa. Moga mak sentiasa bahagia dan sihat selalu. Amin. SELAMAT HARI IBU, mak.
Dan kepada ibu mertua saya yang menyayangi dan melayan saya seperti anaknya sendiri. Terima kasih mak kerana menerima kak long dengan baik sebagai menantu dan terima kasih juga kerana mendidik anak lelaki mak menjadi suami yang baik kepada kak long dan anak-anak :)

30 comments:

Anonymous said...

Samer lah kak, kitorang ni kalu berjalan ngan mak org ingat kitorang ni adik2 mak.

Kaklong Syikin said...

alang: sabor jelah kan..dpt mak muka awet muda...

cipthowiryawanchannel said...

Pada dia, tak bekerja tak mengapa, tapi ilmu yang ada tu boleh didik anak2 dan jika apa2 yang terjadi di kemudian hari, dengan ilmu yang ada tu boleh dipakai untuk meneruskan kehidupan.

** special sungguhh..akan ku ingat skill pemikiran gini..hehe..ibu yang istimewaa..

simah said...

tabik kat mak syikin..sebab tu kot wanita dijadikan seorang ibu dan bukan seorang bapa..wanita selalunya tabah...

setiap mak memang istimewa kan?

bole tak i link kan u kat my blog?

:0)

Kaklong Syikin said...

ais_putih: alhamdulillah. akak bangga jadi anaknya. mmg quote ni mak akak masih menyebutnya sampai sekarang depan akak.

simah: tq. alhamdulillah.mmg ibu istimewa. dan kita pun as a mom also ada keistimewaannya :).

silakan...silakan...amat berbesar hati nama saya dlm blog simah :). saya harap saya dibenarkan juga melink kan nama awak di blog saya :)

Izhal said...

memang syok la your mak... bab ketawa lama-lama sampai orang lain berjangkit sebijik macam mak chak saya... mak chak ni saya anggap macam mak juga pasal dari kecik sampai saya dah kawin, dia jaga... mak betul jaga juga...

HARI NENEK... hmmmm, bagus tu... boleh buat public holiday :)

simah said...

mestila saya benarkan syikin...saya pon akan tersangat berbesar hati ..:0)

Kaklong Syikin said...

izhal: saya ingatkan mak saya sorang jer camtu. rupanya ada geng jugak :)

simah: tq.

Anonymous said...

kelaka anak akak....tanda2 genious tue...selamat Hari Ibu boleh jugak utk nenek...sbb nenek pernah menjadi ibu...dan tetap ibu...hehehe...cuma naik pangkat jd Nenek...
Bagusnya Mak akak...moga2 dia tetap unggul bukan shj di mata akak sekeluarga tp di mata semua org...

Anonymous said...

kelaka anak akak....tanda2 genious tue...selamat Hari Ibu boleh jugak utk nenek...sbb nenek pernah menjadi ibu...dan tetap ibu...hehehe...cuma naik pangkat jd Nenek...
Bagusnya Mak akak...moga2 dia tetap unggul bukan shj di mata akak sekeluarga tp di mata semua org...

kasutVINCCI said...

agaknya apa petua mak kak syikin pakai sbb nampak awet muda tu?;)

Kaklong Syikin said...

bie: husna ni jenis suka berfikir. tak pe, nanti dia akan paham bila baca komen bie ni.dia ni pembaca setia blog akak tau.:)
amin.tq atas doa utk mak akak tu.

kv: akak dah penah tanya mak akak..dia kata tak de apa pun petua tu. tpkan kv, adik beradik pompuan mak akak mmg jenis muka mcm tu.adik mak yg bongsu, akak panggil maksu.kalau ngan akak, org ingat akak ni kakak tau n maksu tu adik..sejak dulu mcm tu.tensen tul..;)

WRA said...

selalu gelak tu bukan ke petua awek muda tu? heehheheh...
sama la mak kita Syikin, tak suka campur tangan dlm hal2 rumahtangga anak2 dia...Ayah saya pun macam tu...kalau kita mintak nasihat pun, dia mesti kasi nasihat macamana nak jadi isteri yg baik....hmmmm....memang ibu sangat istimewa...

Anonymous said...

Selamat hari buat buat shikin juga, seronok baca cerita tentang mak shikin

Anonymous said...

semalam suh anak belikan kek, sebab hari nih hari ibu..tapi member blurr..hahaha..

tapi memang bangga seba dah jadi ibu nih..cuma skarang nih nak jadi ibu yang trbaik utk anak2, nak tengok anak2 berjaya dunia akhirat...

selamat hari ibu, syikin...

Kaklong Syikin said...

kak wan: hehe..ye tak ye jugak kan gelak tu petua awet muda

wah..kita ni banyak persamaanlah kak..:)

am: tq. terima kasih sudi tinggalkan jejak. hehe..itulah mak saya.

oren: haha..bertuah awak oren, mmglah anak tu blur..beli tak? celebrate tak? mesti mira yg excited lebih.

betul oren..mmg nak sangat anak yg kita lahirkan tu berjaya dunia akhirat.

Alinlai said...

selamat hari ibu 'ummi' syikin :)
moral of ur story, kalau kita pandai menjaga diri (macam ur mom) insyaAllah kita akan dihormati kawan dan lawan ... kan kan kan?

NBK466 said...

Selamat Hari Ibu buat ibu kepada Husna & ibu kepada ibu Husna...miah..ha..ha..

Hot Mama said...

Selamat Hari Ibu kepada ibu syikin dan juga syikin.. Besar sungguh pergorbanan ibu syikin. Bertuah mempunyai ibu yang baik dan gigih berusaha untuk anak-anaknya..

Baru baru nie digemparkan pembuangan bayi kat kelantan kalau tak silap, ibu macam tuu tak yah dicelebratekan..

Kaklong Syikin said...

alinlai: tq. hehe..yes, kita sentiasa kena pandai jaga diri.

nbk: terima kasih...heheh

hotmama: tima kasih. betul HM, rasa syukur sangat dpt mak yg baik.

na'uzubillah, jgnlah kita ni buang anak tak tentu arah..

Ajzie said...

Selamat hari Ibu pada mak Syikin. Moga kita2 pun akan jadi ibu yg sabar dan tabah mcm mak Syikin.

P/s
Apa petua awet muda eik? Ketawa berjangkit2 kot..hihi


Salam Ajzie..

Zareda Norman said...

Selamat Hari IBu, itulah ibu ek, sanggup merempuh segala susah senang demi untuk anak anak.

ontahsapo said...

selamat...lepas ni hari bapa jgn lupa...

Kaklong Syikin said...

ajzie (wilhelm): insyaAllah, kita pun blh mencontohi beliau, esp. saya ni krg penyabar sikit. so,nak kena praktis lebihlah tang sifat sabor tu :)

zareda, ibu mana tak sayangkan anakkan.tp ada gak yg sanggup buang anak terutama anak luar nikah :(. sian kat anak tu.

ontahsapo: insyaAllah.

zino said...

selamat hari ibu untuk syikin dan mak syikin..

Sofira said...

ep mother's day, syikin :)

KAMATO said...

Selamat Hari Ibu, semoga pengorbanan semua ibu akan di berikan ganjaran yang setimpal oleh Nya

Kaklong Syikin said...

zino: selamt hari ibu juga utk isteri zino :)

aidura : tq :)

kamato: amin..tq:)

Shami said...

Sejuk hati dengar citer,..syikin...pasal mak dan mil syikin...

Kaklong Syikin said...

shami: harap2 hub. baik antara kami semua n citer2 manis ini berkekalan hingga akhir hayat :)