Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, October 14, 2006

2 TAJUK

Assalamualaikum...

Nak citer ringan sikit...

Gabra jap

Awal pagi Jumaat saya terkejut drp tidur bila terdengar suara Alia menangis dan bunyi 3 buah jam loceng kuat berbunyi di atas meja solek. Dalam kesamaran cahaya lampu balkoni, saya tengok jarum jam...alamak!!! Dah hampir 5.40 pagi???? Kelam kabut saya turun ke bawah sambil dukung Alia (kalau tak satu rumah suara dia menjerit pepagi tu) dan kejutkan suami yang tertidur kat ruang tamu. Sambil kejut suami bagitau dah terlambat nak sahur n suruh dia minum air kosong, saya pun minumlah seteguk dua buat syarat. Sedih plak, pecah rekod kali ni termiss sahur jawabnya. Confirm Husna dan Aiman tak puasa, kalau tak sian kat depa p sekolah tanpa bersahur, kecil dan belum baligh lagi tak pelah tak puasa. Tp saya tak mau tidur semula, nak terus berjaga buat apa yang patut, saya pujuk Alia suruh dia tengok kartun Astro. Itu antara cara mudah utk diamkan dia drp menangis kalau kena letak kat atas tikar nanti. Masa ni ruang tamu hanya diterangi dek cahaya lampu dapur yang bertentangan saja. Saya pun on plag tv dan recorder Astro tu..tiba2 mata saya terpaku pada JAM recorder Astro tu..4.40 PAGI.. saya blur kejap..pukul 4.40 pagi??? Mata yang mamai tadi CERAH tiba2. Terus saya bukak lampu ruang tamu dan pandang jam dinding..Laaaaaaaaaaaaaa...salah tengok jam rupanya saya masa kat bilik tu. Tapi mmg peliklah juga masa tu nape jam loceng terus berbunyi bila dah masuk jam 5 pagi lebih. Patutnya dah berhenti masa tu. Kero botul mato den ni..yehaaaa...apalagi saya cepat2 announce kat suami waktu sahur ada lagi dan terus menyiapkan hidangan sahur. Syukur tak pecah rekod lagi..

Kesian Aiman

Alahai..sian kat Aiman. Hari Khamis petang dia balik sekolah dalam keadaan demam. Memang panas badan dia. Masa tu dah jam 4 petang lebih rasanya. Saya offer dia buka puasa, tapi dia menolak. Puas saya suruh, dia menolak juga. Ya Allah, kuatnya semangat budak kurus n kecil ni (dia memang kurus orangnya, maknya yang gumuks huhuhu). Terharu jap rasanya. Saya tuamkan dia ngan tuala basah sebab pelekat cool fever dah habih. Dia pun tidur sampailah hampir waktu berbuka.

Pagi Jumaat tu saya tak benarkan dia ke sekolah dan tak benarkan dia berpuasa. Saja saya tak kejutkan dia sahur. Nak suruh dia minum banyak air supaya hangat demam tu cepat habis. Tapikan tengahari Jumaat tu, dia datang kat saya dan bagitau kat tepi pehanya ada bintik2. Saya tergerak nak tengok bintik2 tu..laaaa..dia kena demam cecair (chicken pox) rupanya..dan beberapa bintik lagi kat area badan yang lain. Siannya, dah nak dekat raya ni kena chicken pox pulak. Itu belum lagi bab berjangkit ngan adik beradik yang lain. Minggu depan ni dia ada final exam kat tadika dia pulak.

Dah namanya budak, memang selalu pesanlah kat dia supaya jangan usik2 bintik tu, jangan picit2, nanti jadi parut, kulit tak cantik. Saya buatlah perbandingan ngan diri saya yang tak de kesan parut chicken pox. Aiman pulak, asal rasa bintik kat tempat baru dia akan mengadu. Pada dia mcm dah banyak sangat dah. Walhal itu baru sikit aje, tak lebih 10 bintik pun. Saya cakap, nanti lagi banyak, satu badan. Pagi Sabtu ni, bintik2nya bertambah, kat area mulut bertambah ketara. Dia bagitau dah terpicit 2 bintik sebab gatal sangat. Hai..nak marah gak, tp fikirkan gatalnya tu, paham jugaklah. At last saya cakap kat dia, suka hati Aimanlah. Ayahnya dah bawa dia ke klinik, doktor dah siap pesan, lepas dua minggu ni kena bersiaplah kot2 adik ebradiknya yang lain berjangkit pula. Saya doa sangat2 janganlah ada yang kena esp. si kecil Alia tu..sian fikirkan gatal2 badan nanti. Terfikirkan raya nanti, Aiman ngan chicken poxnya satu badan..alahai, siannya Aiman. La ni dia duk galak mengira bintik2 chicken pox yang keluar..hai, sabor jeklah. hehe.

Teringat saya sendiri kena chicken pox masa form 4 dulu, 2 minggu cuti sekolah dan balik rumah (masa tu dah duduk hostel). Banyaknya bintik2 tu tok sah cakap, kat muka tu lagilah. Tapi syukur, saya jaga betul jari jemari ni jangan duk layan gatal chicken pox tu. Mmg jaga sungguh, pakai ubat sapu tu tebal2 tak tinggal. Saya banyakkan tidur dan rehat, jadi taklah fikir nak menggaru. Lepas dua minggu, saya pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. Balik ke hostel dan kembali ke sekolah. Nak tergelak saya bila sorang ex classmate tanya, ayatnya lebih kurang "eh..ko kata ko kena chicken pox, tak de pun kat muka.." hehe. Yang tanya tu classamte lelaki pulak tu. Memang susah nak percaya sebab bintik2 chicken pox tu hilang daripada muka saya, kecuali satu aje, itupun kecik sangat, sekali pandang memang tak nampak. Kat bahagian lain pun semua hilang. Kiranya saya beruntunglah. Inilah berkatnya jaga betul bintik2 chicken pox tu masa demam.

Saturday, October 07, 2006

KENA TINDIH (2)

Assalamualaikum ,

Pertama2nya, TAKZIAH kepada AJZIE, mama blogger kita yang IBUnya tersayang dan RATU HATInya telah kembali ke Rahmatullah, hampir 3 minggu dah rasanya. Walaupun sedih, saya yakin AJZIE sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah IBUnya.

*************************************

Ok..saya tergerak nak respon semua komen entri KENA TINDIH yang saya simpulkan ada yang;

1. yakin ia 100% disebabkan sleep paralysis
2. dua sebab pun ada; sleep paralysis n gangguan syaitan
3. tak pernah experience & tak mau kena (betul tu, once kena ganggu, selalu kena mcm saya),
4. bab tindih menindih sesame manusia tu, hehe..TST. tak pe, lawak bulan RAMADHAN…

PENDAPAT SAYA SENDIRI? Saya menerima yang no. 2 tu..terutama bab gangguan syaitan. Kenapa ya? Sebabnya saya dah biasa kena. Dah kawin ni sesekali kena gak, Cuma tak sekerap masa belajar dulu. Antara yang saya masih ingat;

1. Pertama kali kena, tidur rmh makcik, temankan dia sebab pakcik tak de kat rmh. Saya, makcik n sorang lagi makcik tidur kat ruang tamu. Tempat pembaringan saya paling hampir dengan pintu nak ke dapur & tandas. Saya tak tidur lagi masa tu, yg lain dah masuk alam mimpi agaknya. Tak berapa bleh nak tidur, akhirnya masa saya rasa nak terlelap, saya terdengar bunyi orang berjalan di dapur, walhal 2 makcik saya ada bersama. Dan bila saya cuba mengiring ke sebelah pula, tiba2 badan saya terasa kena himpit..kelam kabutlah jugak, sbb first time kena.

2. Saya di lower six sementara, tinggal kat asrama. Masa tu tak boleh lelap langsung, entah kenapa, puaslah saya cuba lena, tak boleh. Tapi by the time nak rasa tidur betul tu, tiba2 badan saya kena himpit..puas juga cuba lepaskan diri. Akhirnya berjaya ngan bacaan ayat2 tertentu. Masalahnya, saya dpt rasa mcm nak kena tindih lagi, akhirnya saya bangun dan pergi ke katil kawan, tumpang kat katil dia, saya dah baring tu pun rasa nak kena tindih lagi..sabor jeklah. Tp tak berjaya ‘benda’ tu.

3. Masa di matrikulasi, ini paling dahsyat pada saya bab kena tindih,. Sila klik kat sini:
http://widaad98.blogspot.com/2006/03/citer-hantu-ii.html - citer di tahun 1: blok A, no. 3 (sebab saya boleh nampak dan lepas bergelut tu saya rasa saya terpijak badan benda tu) dan tahun 2 (saya berlawan cakap n kena tindih).

4. saya di tahun 1 di main campus, sama mcm kes no. 2. saya kena tindih, saya berjaya lepaskan diri, dan berpindah ke bilik kawan, masalahnya kat katil kawan tu pun saya macam nak kena tindih lagi.

5. dan dah kawin ni, bila saya rasa tak blh nak tidur, lepas tu cuba lelapkan mata, tak lama tu boleh terasa mcm benda tu dating n nak menghempap kita, yg best tu terasa dia melantun semula sebab tak boleh nak hempap..masa ni mmg strugglelah tak bagi dia dpt hempap betul2. Saya, kalau dah tutup lampu, tp gelapnya lain mcm, ha..siaplah..kalau org dah biasa kena ganggu dek setan, dia boleh tau gelap lain macam tu maksudnya mcmana. Saya pun tak tau, nape kena benda2 mcm ni, sbb sejak kecil dah kena. Ramai cakap, sbb saya ni lemah semangat. Tak taulah..

hehe..itu saya tak citer lagi,saya dah dua kali terkena dlm tidur saya rasa saya ketawa mengilai2..tapi bila terjaga, rupanya saya bermimpi. Sebabnya suami tak menegur pun saya ketawa dlm tidur. Yg peliknya, dua2 ni masa saya tgh hamil. Cuma masa mengilai tu, saya tau itu bukan saya, Cuma saya tak boleh kawal diri. Oh ya.. suami saya pun tak tau citer ni hehe.

**********************

Menu apa berbuka petang ni? kami ada jemputan, insyaAllah, akan pergi.

Tak shopping ke ari ni? Kami tak pergi.

Kalau tak bershopping, rehat2 kat rumah tu elok gak..tp, untuk suami isteri tu takleh dekat2 sangat, sebab "karan"nya double bulan posa ni...



Monday, October 02, 2006

Bila anak-anak berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 9 hari kita berpuasa. Masa berlalu tanpa disedari, kecuali orang yg menghitung hari bilalah Ramadhan nak abih ni..hehe. Masuk blog mama bloggers yang dah ada anak2 ni, seronok baca entri depa pasal anak2 berpuasa. Anak-anak saya, Husna (7) dan Aiman (6), tahun ni adalah tahun kedua masing2 berpuasa. Setakat ni, Aiman dahului carta, 7 hari puasa, 1 hari half day. Kasihan kat Husna, demam on off, hanya dpt 3 hari full dan 5 hari half day. Tak pelah, yang penting depa ada semangat nak berpuasa. Hari pertama, masing2 melepek. Tu yang half day tu, kecuali Husna start demam. Masuk puasa ke tiga, ok dah memasing. Taklah lembik, siap boleh bertekak n bergaduh lagi kat rumah tu. Yang umminya pun, duklah selalu sound jangan gaduh2, jangan bagi ummi marah sebab ummi puasa...tapi kekadang bertanduk gak jadinya..tp masa tu dah lepas bukak puasa, hehe.

Setakat ni, alhamdulillah, depa berdua tak susah mana nak kejutkan sahur. Makan pun tak cerewet mana...minta nasi ngan telur campur kicap aje. tapi, kalau ada lauk feveret memasing...itulah yang dihadapnya. Cuma, si Aiman wajib ada air milo. Untuk berbuka pun sama, depa tak cerewet, tetapi mintak gaklah nak makan itu ini. Hari pertama puasa ari tu, Aiman mintak kek coklat..sib baik bahan ada, buat gaklah. Syukur jadi..sbb umminya bukan pakar pastri n kek, hehe..

Saya dan suami tak janji apa2 langsung kalau depa berjaya puasa penuh sebulan tahun ni. saja malas nak ajar. Tahun lepas ada gak ayahnya janji, tapi puasa tak penuh sebulan, makanya tak dptlah.

Dah siap beli pakaian raya anak2? Kami belum ready pun..biasanya last week puasalah baru keluar shopping. Itupun biasanya saya dan suami aje yang pergi ke Jln TAR tu, yang lain2 duduk kat rumah mak..tak sanggup nak bawa anak2 mengharungi umat yang ramai kat jalan TAR tu...takut terlepas pandangan, satu hal pulak nak mencari.

Hari ni apa menu berbuka anda? saya belum tau lagi, tapi macam nak masak kari bawal atau terung masak lemak cili api + ikan kembung goreng. Kuih...tak terfikir nak buat apa lagi.

Oppss..sebelum lupa, sesiapa yang mengikuti perkembangan kak A, alhamdulillah, dia dah sedar sekarang setelah minggu lepas doktor kurangkan dos pelali pada beliau, cumanya sekarang ni nak kena pulihkan ingatan dia, sebab dia ingat2 lupa jadinya, hatta dia ingatkan dia bersalin anak kedua. La ni, doktor galakkan baby kak A dibawa utk ziarah ibunya. Oh ya, Kak A masih ditempatkan di wad bersalin untuk doktor mudah memantau keadaannya. Sesamalah kita berdoa agar dia dapat beraya bersama keluarganya di rumah.

ok. Iklan..iklan..iklan..

1. sesapa yang berminat nak tempah gubahan bunga khas untuk raya ni. Sila contact Ayu. Macam-macam jenis ada. Harga berpatutan insyaAllah.

2. Mamarisya pun ada buat bisnes sampingan khas untuk raya macam maruku, gula-gula, dll. So bolehlah contact dia ya.

Tuesday, September 26, 2006

Tak boleh ka..., Sahur & Iklan

Assalamualaikum...

Pagi semalam, saya beli sayur dan ikan kat penjual cina suami isteri tu. Nyonya tu turun aje daripada lori dia, saya saja usik,

awak puasa ke?

taklah...eh, saya baru tau, rupanya boleh masak pagi tapi tak makan. sebab jiran saya dia masak pagi untuk budak dia makan.

Yelah, memang bolehlah.

Hari ini baru saya tau. Eh, kalau saya saja2 tak mau puasa, tak boleh ka? (dia mengandaikan kalau dia Muslim)

Tak boleh, itu sudah kira berdosa...

Eh..saya tarak boleh puasa ooo, sakit perut nanti. Saya ada gastrik. Saya tak boleh tak makan satu hari.

Saya pun ada gastrik, tapi saya boleh puasa. Kecuali kalau awak sakit sangat, boleh buka. Atau kalau awak baru belajar puasa dan tak larat puasa satu hari, boleh buka. Nanti sudah kuat, lain kali awak kena gantilah. Orang pompuan, kalau period, tak boleh puasa, sebab kotor, tapi kalau sudah bersih, lain hari kena ganti. Atau kalau awak pergi jalan jauh, awak boleh tak puasa, tapi lain hari awak kena ganti.

kalau saya saja tak mau puasa tak boleh ka? (dia ulang lagi soalan ni)

Tak boleh. Ini suruhan Tuhan. Kalau awak banyak sayang sama Dia, awak akan ikutkan...
(Dia termenung mcm memikirkan sesuatu, kemudian dia menggangguk). Saya sambung lagi,

Alah..tak pelah, satu tahun satu kali saja puasa (saya maksudkan yang fardhu), satu bulan saja..cuci2 perut, bagi perut rehat.

Ha..yalahkan..bagus-bagus cuci perut..rehat2... (tergelak2 dia menggayakan cara cuci perutnya tu. Selesai membeli, kami beredar)

Moga-moga dia nampak kenapa kita kena berpuasa:

1. tanda sayang kita pada ALLAH, kerana kalau kita sayang ALLAH, kita akan ikut segala arahanNYA. Yelah, macam kita sayangkan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk buktikan cinta dan sayang kita tukan, hatta ada yang sanggup lakukan dosa2 besar semata2 takut orang yg disayang tu lari daripadanya. Cuma yang uniknya, kita ni sayang pada yang TAK NAMPAK dan janjiNya, kalau nak tengok DIA, masa kat syurga nanti. Masalahnya, bab tunjuk cinta pada yang TAK NAMPAK dek mata kita ni yang mencabar ni. Semuanya memerlukan kekuatan IMAN untuk buktikan cinta kita...

2. Puasa itu ada kelonggaran pada orang sakit, musafir dan wanita yg period (secara ringkasnyalah)

3. Puasa tu nak bersihkan peyut...(Si Huda ( 3thn) sebut perut tu peyut ) . Pendek kata untuk kesihatan.

Ok..citer bab lain. Camner ngan sahur anda? ada yang dah terkantoi ke? Saya ni, hampir2 nak terkantoi sahur masa hari pertama nak puasa tu. Terpaksa melayan kerenah Alia yang entah mana dia import sepasang mata dia tu, segar bugar tak mo tidur bila dia tersedar jam 2 pagi lebih tu. Dahlah saya baru aje dapat masuk tidur jam 1 pgi tu. Bila kena paksa, 3 pagi lbh baru dia nak tidur. Kunci jam 4.30 pagi, mmg takut sangat2 terlepas sahur bila tidur semula ni. Syukur mak saya called lbh krg 4.15 pagi. Kalau tak tu, rasanya sahur pagi tu bye bye ajelah dek ngantuk sangat.

OK..IKLAN..IKLAN... IKLAN..

1. Sesiapa yang ingin menempah kad raya ekslusif siap ngan cetakan gambar anda sefamili, kata2 ucapan khas anda sendiri dan tema yang disukai, sila hubungi UDA (sila klik sini). Dia pakai kertas glossy lagi, ada contohnya kat blog dia. Gambar dia sefamililah. sapa lagi...hehe. tapi mmg cantik pada mata saya. Kliklah sana, tengok2 dulu, kalau berkenan, bolehlah tempah, bila lagikan...

2. Sesiapa yang nak menempah biskut raya, homemade punya..sila hubungi Zareda (sila klik sini). Kat blog dia ni pun ada siap gambar-gambar contoh biskut2 yang dijual.

Jangan salah sangka ya, ni saja2 nak tolong promote utk depa. Tolong bisnes kawan kata orang..

Friday, September 22, 2006

Selamat Datang wahai RAMADHAN...

Assalamualaikum,


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa -
al-Baqarah:183

Selamat datang wahai Ramadhan..kedatangan mu dinanti oleh mereka yang beriman, tetapi kamu dibenci oleh mereka yang engkar dengan suruhan Allah. Hmm...dua tiga hari ni mula terasa aura Ramadhan. Tak tahulah kot saya yang terasa, tapi bila menjelang Ramadhan ni, suasana tu terasa semacam, macam ada kesyahduan dan kerinduan pada yang dinanti. Angin bertiup pun terasa berlainan sekali. Damai gitu. Dahlah dua tiga hari ni asyik hujan aje kat area rumah saya. Tapi yang pasti, waktu solat pun dah makin cepat sekarang. Kiranya nanti, waktu berbuka pun cepatlah ya. Alamak, puasa pun belum, dah citer pasal berbuka, apa raaa...


Kepada preggy mom, selamat berpuasa juga. jangan takut2 nak puasa bimbangkan janin kat dalam. InsyaAllah, ia ok. Kecuali kalau doktor menasihatkan jangan berpuasa sebab masalah kesihatan janin, barulah tak perlu berpuasa. Atau sebab ibu sendiri tidak sihat , maka ikutlah nasihat doktor. Nanti, bila dah sihat dan/atau bila baby dah lahir, barulah qadha' puasa tu dan fidyah juga, tetapi dalam situasi tertentu, tak perlu bayar fidyah. cuma qadha' puasa saja. Tapi, nanti saya ceritakan kemudian bab ni.

Kepada para suami n isteri, kuatkan iman masing2, jangan sampai terlajak. Yang kesiannya kat suami, kena ganti puasa dua bulan berturut2. kalau termiss satu hari or terbatal, kena ulang daripada awal balik. Kan menganiaya diri namanya tu. Waktu malam ada.

Kepada yang bermusafir dan sakit, boleh berbuka, tapi kena qadha' pada hari lain dan jangan lupa fidyah ya.

AZAM dalam bulan RAMADHAN ni apa ya??? Untuk saya;

1. Jangan saja-saja tinggalkan SOLAT TARAWIH - tp. pompuan baligh ada excuse..ehemm.


2. Jangan malas-malas mengaji ; kena kuat semangat, tengok tv berejam, blogging berejam..takkan Quran tu 1 jam tak bolehkan??? 5 minit duduk baca Quran dah resah gelisah macam orang nak masuk toilet kena beratur. Hmm..ni nak kena kuat lawan nafsu, setan dah kena rantai..ni jihad rajin ni..go go chaiyyo Syikin..

3. Sabar mau banyak ; anak2 den tongah naik perangai memasing..huhuhu. Selalu kopalo den tumbuh tanduk...kulit bertukor ijau (incredible hulk). Jihad sabarlah ni.

4. Kurangkan tengok tv, kurangkan dengar radio; ayok..boleh ka ni? tak pe, tgk rancangan berilmu dan tukarlah lagu nasyid. Ni nak kena jihad mata dan telinga pulak ni..go go chaiyyo Syikin.

5. Zero mengumpat; kena bawak stepler sentiasa, agak2 nak mengumpat tu, stepler mulut siap-siap. Ni jihad tutup mulut.

6. Jangan dating dan mantik-mantik; opps..den dating ngan suami bulehlah. Tapi jari jemari jangan merayap-rayap. Nak kono??? Ni jihad nafsu.

7. Makan ala kadar; tapi kopalo den dah berpinar susun resepi ni..huhuhu. Ni jihad makan ni.

8. Biskut rayo; tergorak pulak nak cipta sejarah tahun ni buek biskut rayo. Sojak kawin ni, mmg tunjuk2 yoo. Maso zaman daro dulu mmg an rajin buek biskut rayo, dah kawin ni maleh bonar-bonar. Ni jihad...nak letak kategori mana ya?

9. Baju rayo; raso eyy cam nak cipto sejarah gak, tapi nantilah dulu.

Ok. MALAM NI DAH START TARAWIH...selamat BERTARAWIH, BERPUASA, dan BERJIHAD.











Tuesday, November 01, 2005

Malam-malam akhir Ramadhan

Assalamualaikum..

kejap rasanya puasa tahun ni...pejam celik pejam celik, tinggal dua hari jer lagi nak puasa, insyaAllah..mana tak rasa kejap..cuaca lebih banyak mendung drp terik dan lebih banyak hujan drp cahaya matahari memancar kuat..

la ni..org lain duk sibuk wat persiapan raya..koman2 tgh terap biskut raya or isi duit raya dlm sampul surat..eh silap, sampul duit la....aku? sibuk 'terap' keyboard laptop..waaa...refinement tesis tak siap lagi..dah dua minggu duk 'kerja'kan bab satu balik..tak siap2 gak...tak sangka banyak tul nak ditambah daripada ditolak..

petang semalam mak offer nak jaga budak2 ni bila mak dah balik drp kampung nanti..lega rasanya bila dia volunteer..tup tup malam lak si kakak, husna offer nak duduk ngan mbahnya (mertua) kat kg...hmm baguih gak idea tuh...cakap kat abg, dia cam berat hati nak tinggalkan budak2 tu kat kg. sbb kami takkan jumpa husna, aiman n huda dlm berminggu2..paling kejap seminggu..tapi, keje aku ni blh ke siap seminggu?bukan sikit..tapi 6 bab!!!!!!!!fening..fening... tapi tak taulah bila tiba harinya nanti..

dum dam dum dam..dengar dentuman bunga api kat area perumahan nih..terasa kejap nak beraya..tapi kat tv susah tul nak dengar lagu raya (pada aku la), mungkin kat radio banyak kot putaran lagu raya..aku tak de radio nak dengar..tapi no hal..

dlm duk sibuk tgk org nak beraya nih (deepavali n raya puasa), sedih lak dengar masalah org macam2..ngan letupan bom kat new delhi (sedih bila dengar org hilang sedara mara)..gempa bumi kat luar negara dll..rasanya ramadhan kali ni banyak tul ujiannya utk orang islam..bagi kita yg tak kena apa2 musibah ni..bersyukurlah..dan bagi yang kena tuh, bersabarlah dan tabahlah..insyaAllah banyak pahalanya tu..tapi nak didik rasa redha tu bknnya senang..kena banyak muhasabah diri..

apa pun raya kali ni mmg aku terasa sedih, sebab dalam beberapa bulan lepas, kami kehilangan pak anjang (barah hati) and maklong midah (tak de sakit kronik, cuma demam panas sehari dua sebelum meninggal-kata org nak jadi sebab meninggal jer)..selang sebulan jer jarak kematian depa..mmg sedih bila ingatkan keluarga arwah yg tinggal..arwah anjang tinggalkan 4 anak yg masih kecil dan isteri lak surirmh sepenuh masa..mmg kuat ujiannya utk keluarga arwah..tapi, yg pasti mak anjang mmg kuat dan tabah orgnya..insyaAllah. Mak long mmg tak de keluarga sndiri, taklah menjadi masalah.

teringat kengkawan lak..kak ain tgh tunggu masa nak bersalin..mudah2an dia selamat bersalin..harapnya dia dapat boy lak..dptlah sepasang...si ani lak, baru jer usia kandungannya..seronok baca email dia..excited nao bunyinya..daeng (dayang) lak duk mabuk2 dan fening2 lalat..teruk katanya alahan mengandung kali nih..moga hang cepat recover lah daeng..tapi ada hikmahnya tu, Allah nak bagi hang rehat lebih..kalau tak tu, mcm lipas kudung jer..ada jer macam2 idea nak wat itu..wat ini..

eh, baru teringat, mak dan adik2 dah sampai kampung ni..ptg tadi depa bertolak balik nogori..jeles lak tengok adik2 beramai2 balik kg teman mak..aku? temankan cik abe dan anak2 la..

dah panjang ni..stop dulu la..pening dan mengantuk pun ada..yelah duk mengadap tesis tu drp pagi tadi..berenti pun sbb jawab panggilan jamban, solat? oh..bulan mengambang, layan kerenah anak2, masak utk cik abe berbuka..ingatkan nak jaga lagi..tapi tak larat dah..ini pun tunggu mesin basuh abih basuh baju..dah la komputer box dia wat hal seminggu dua ni..senang jamm..bila dia jamm tu, mmg sehari dua la tak leh wat keje..alahai..


Friday, October 28, 2005

Minggu terakhir ramadhan

Assalamualaikum...

lama sungguh tak jenguk blog ni, dlm 2 minggu lebih ada la..sibuk tul ngan tesis..tu yang macam tak de mood nak masuk blog ni..ikutkan minggu ni kena submit dah soft binding tesis, tapi tk leh nak catch up gak, nasib baik supervisor sporting (dia pun mak juga)..maklumlah surirmh ngan anak berderet..lum campur cik abe lagi..tu priority utama. tak leh nak letak tepi..kalau ada maid lain hal..blh concentrate lebih sikit nak menaip..nak antar kat mak? sian lak nak suruh dia jaga hari2 kanak2 ribena tu...

tapi, dlam kalut siapkan tesis nih sempat gak shopping raya..tapi utk anak2 jer lebihnya..biskut raya? haram dpt buat..beli? oh..belum lagi..baru tempah kek lapis sarawak jer 1 kg..langsir raya? tak yah beli, mak mertua dah kasi, ada tak de pun nak ganti langsir sliding door..si bujang kecik tu p wat experiment guna gunting..ha ko, dia pegi guntingnya langsir sliding door tu kat dua tempat..kalau kecil tak per..ni drp jauh dah nampak..adus saliha..

raya kat ner? rutin tahunan rmh mertua dulu...no hal..tak de gaduh tak de masam muka..raya pertama pun dapat jumpa mak sendiri lagi...biasanya mak mmg dtg rmh mertua raya pertama masa on the way nak balik kampung..tapi, kali ni mak bagitau nak raya kampung dulu, raya kedua balik KL baru singgah rmh mertua..tak kisah..yang penting sumer happy n ceria..

naper rutin tahunan rmh mertua..ada one n only jer adik ipar, beras..eh biras pun tak de lagi..pas tu, mmg masih amal tradisi lama berkunjung beramai grup lelaki drp rmh ke rmh (rumah sedara mara gak dan jiran kg) lepas solat raya..tu yg sibuk tul..pas grup lelaki, grup pompuan lak yg bertandang..kiranya satu hari tu mmg penat giler la..

(menguap)..ngantuknya...tak cukup tidur..ni ada kat kampus. terpaksa dtg sbb nak tukar baju raya..terbeli saiz kecil..sabo jerla..syukur penjual tu nak terima balik baju tu dan tukar saiz lain..kalau dak...alamat kena makan sendayu tinggi la spya blh pakai baju tu..kat kampus ni mmg banyak stalls yg jual pakaian dan tudung..murah lagi drp harga luar..

oklah..nak ca alip but dulu..nanti citer lagi..

Friday, October 07, 2005

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam ramadhan utk sumer yg berpuasa...

hmm..dah lama rasanya tak wat coretan utk blog ni..sibuk ngan tesis..bila dah siap sikit tu dan wat discussion ngan supervisor utk satu draf, legalah, tapi kepala tak lega gak sbb duk sentiasa fikirkan idea seterusnya utk isi tesis tu..lotih mak..

Bercakap pasal ramadhan ni, tak sah kalau tak citer pasal menu berbuka..buka apa ye ari nih? syikin masak sambal sotong dan sotong masak kicap (utk anak)...pas tu abg beli kuih muih dan air mata kucing & air kelapa madu..

semalam abg masak maqlubah..sejenis nasi arab (jordan mari)...berselera dia makan sampai berulang-ulang, dah lama tak buat..kita ni pun tumpang semangkuk mengulang makan..tapi dia still juara...camnerlah nak kurus ek..punyalah bantai phyto fiber..hehehe

husna dan aiman belajar puasa tahun ni. seronok tengok depa berpuasa..punyalah semangat...hari pertama, pukul 6 petang depa berbuka.oklah tu for the first time..hari ke 2, aiman buka kat 5.30 ptg..tapi husna, berjaya abihkan puasa dia..ari ni? hehehe..tak sempat kejutkan dia sahur..jadi tak suruh dia puasa, takut lembik lak kat sekolah.

oh ya..yang mengandung tu pose ke? kengkawan ada gak yg mengandung, tapi punyalah semangat dia berpuasa..contoh yg baik tu utk org yang mengelak posa terutama yg beri alasan gastrik tu...

oh ya..satu petua berpuasa utk org gastrik, time sahur elakkan minuman bersusu...insyaALlah gastrik tak datang..ni amalan saya. cubalah...

ada yg dah shopping raya dan wat biskut raya? syikin satu apa pun lum wat lagi...sibuk ngan tesis, abg pun sibuk..tunggulah dulu..baru minggu pertama posakan...

oklah..nak ca alip but dulu..ngantuk sangat rasanya..tapi tak leh tidur lagi...tesis menunggu tu..alahai...