Pagi tadi bangun dengan rasa kesejukan. Malam semalam hujan lebat. Sejak kebelakangan ni, area rumah saya ni hampir setiap hari hujan samaada malam atau pagi atau tengahari atau petang. Saya memang suka hujan. Masalahnya, kesihatan saya sefamili agak terganggu ngan cuaca tak menentu, terutama Alia dan Huda. Kalau dah selsema dan batuk tu, campur pulak ngan hujan memanjang, alamat lambat sembuh, terutama Alia, sampai boleh kena lelah. Kalau tak hujan pulak, matahari membahang hingga ke dalam rumah.
Tak de cerita menarik, cumanya memantau perkembangan Alia sekarang. Dia dah 1 thn 5 bln lebih. Dah banyak benda dan perkara yang dia tahu dan pandai buat. Terkini, zaman dia menyepahkan barang dapur bawak ke ruang tamu. Tahun lepas zaman Huda. tahun ni zaman dia. Suka bawa tupperware ke ruang tamu, kalau rajin dua tiga barang sekali hangkut. nasib baik sikit jer dia bawak ke depan. Dah namanya toddler, lepas main dia tinggalkan gitu aje. Umminya urut dada sajalah. Hangin satu badan pun ya. Selama ni dia perhati jer saya buka n tutup pintu almari tpt simpan plastik beras. Start minggu ni, dia bukak pintu almari tu, gaul2 tangan dlm plastik beras tu. Semalam, dia dapat idea baru. Dia ambil pot beras tu, isi dengan beras dan terkedek2 bawak ke ruang tamu, buat main. Lepas tu habis disepahkan beras tu atas tikar. Kalau ada ayam, habis dah dipatuk2nya tikar tu. Pantang nampak saya ke dapur, dia pun mengikut dan buka pintu almari beras tu. Tadi pun sama juga. Bila saya guna kuasa veto melarang, waaaaaaaaaaaa...satu rumah dia jerit. Distract dia ngan benda lain. Nasib baik dia terlupa beras tu. lagi satu, dia dah pandai pukul kakak dia, Huda (2 thn lbh). Kalau marah dengan Huda..sesuka hati aje dia ketuk kepala kawan tu or tonyoh2 mata kawan tu. Tapi, time berkawan baik tu, gelak ketawa mcm dia yang punya rmh tu. Time mood Huda baik, dia suapkan Alia makan. Time Alia ada mood, mulut saya dia sumbatkan segala jenis makanan yg dia pegang. pandai pulak memaksa kita nganga..aduh. La ni, semua benda dia nak buat sendiri, itu yang payah. Yang best tu, sejak 2 minggu lepas dia dah pandai panggil mak atau ummi. Ayah, dia belum pandai panggil. Kalau kita panggil, dia akan jawab "apa?". Perkataan pertama dia "Nak".
Ni kisah Aiman pulak. semalam, masa di tadika, dia letakkan bekas cermin matanya atas meja. Tapi kawannya ambil, lepas tu diletakkannya atas lantai. Tak pasal2 ada yang terpijak bingkai cermin matanya tu. Dah senget kawan tu. Terpaksalah suami saya tolong betulkan...frust jugak kami.yelah, dah larilah sikit kedudukan bingkai tu, blh buatkan kepala pening sbb dah tak betul. Saya telefon guru besarnya minta guru kelas Aiman tolong simpankan cermin matanya. Rupa2nya kat tadika tu mmg ada beg sekolah masing2 (Aiman tak perlu bawak balik rmh buku2 sekolah n segala peralatannya, tinggal di sekolah saja. kiranya dia melengganglah ke sekolah. Tahun lepas belum ada lagi disediakan beg sekolah ni, sebab Husna tak dapat pun) dan cikgunya dah pesan Aiman masukkan dalam beg sebab dia bawa jer bekas cermin mata tu ke hulu dan ke hilir, tapi Aiman tak mau, dia takut saya marah. Adus..saya pulak dpt nama. Yang saya pesan, jgn bagi kawan2 buat main sebab ia bkn barang permainan. Tp cikgu tu janji akan tolong tengok2kan hal Aiman ni.
Semalam, Husna mengadu dengan saya, ada kawan sekelasnya yang duduk di meja hadapan suka meletakkan bukunya atas meja Husna, tapi dia melarang Husna meletakkan bukunya di atas meja dia pula. Kadang2 , budak tu sengaja menolak kasar buku atas meja tu hingga terkena kuat pada dada Husna. Saya yang dengar pun angin jadinya. Kita hantar anak ke sekolah dengan harapan anak tu dapat belajar dengan baik dan mempunyai kawan2 yang bagus, tapi bila dengar cerita2 begini, hati jadi tak seronok. Saya pesan dengan Husna, tak usah rapat2 sangat dengan dia. Dan suruh Husna bagitau dengan budak tu, jgn lagi letak buku atas meja dia sesuka hati kalau dia tak suka orang letakkan barang atas mejanya. Sebenarnya, patutkah saya suruh Husna jangan rapat sangat dengan budak tu sebab ada kecenderungan budak tu suka menguasai orang lain hinggakan dia boleh berlaku kasar dengan sesuka hati? (Apa pendapat anda?, terutama yang dah ada anak2 yang bersekolah menengah tu)
Selain hal anak2, ada masalah baru pula timbul. Ini terjadi semalam juga. Kerengga dah mula masuk ke dalam rumah saya!!! Terkejut saya bila tengok banyak kerengga atas meja makan. Hampir dua tahun saya menyewa rumah ni, inilah kali pertama kerengga masuk ke dalam rumah saya. Aduh...kaget saya dibuatnya. Maklumlah, anak ramai dan gigitan kerengga ni bisa pulak. Risaukan kulit anak2 tu digigitnya. Dan lepas maghrib ni, Aiman berlari2 naik ke bilik bagitahu saya ada semut besar masuk rumah. Saya segera turun. Mak aiii..sesuka hatinya mak dan bapak kerengga lalu lalang atas simen rumah saya, macam itu sarang dia. Atas meja lagi...aduh...angin saya jadinya. Cepat-cepat saya sembur dengan racun serangga dan mop lantai. Boleh sesiapa share dengan saya apa faktor penyebab kerengga2 ni masuk ke rumah saya? adakah kerana kekerapan hujan menyebabkan ia mula naik sebab sarang2nya dah mula lembap dan sejuk sentiasa macam dipasang aircond? Apa yang perlu saya lakukan agar kumpulan kerengga ini berkecil hati dan merajuk dengan saya sehingga mereka tidak mahu lagi menjejakkan kaki atau menghantar sanak saudara mereka masuk ke rumah saya? Cukuplah semut2 api yang rajin masuk rumah saya sejak kebelakangan ni. Pernah satu malam, kami nak masuk pagar rumah. Anak2 saya semua berdiri di pagar tu, tanpa sedar semut api di situ. Tiba2 sorang sorang anak saya menjerit kesakitan dan menangis2. Melompat2 mereka jadinya. Aduh..rupanya terlalu banyak dan saya terpandang di atas jalan tu sebungkus makanan terbuang tak jauh daripada pagar saya. Hati saya mula marah. Sapa punya sampahlah ni. Lepas 20 minit lebih kurang, kesan gigitan membengkak dan Huda paling teruk sampai bengkak2 mukanya. Kenalah ke klinik mengambil ubat. Dan bila kerengga ni masuk pula, lagilah saya bimbang.
Dan petang ni, hujan lebat lagi. Sejuk lagi malam ni.
**************************************************************
Update:
Jam 12.53 tengah malam. Saya baru saja masuk ke rumah dalam 10 minit yang lalu. Bawa Alia ke klinik panel 24 jam. Buat nebulizer. Baru saja saya sebut dalam entri ni ttg bimbang lelah dia datang semula dek cuaca tak menentu ni. Lepas saja saya sent entri ni, saya dapati cara pernafasan Alia agak 'berat' dan mula keluarkan bunyi. Bila doktor checked, mmg tepat agakan saya, dah mula ada bunyi. Jadi kami setuju terus buat nebulizer. Alhamdulillah, dia tak melalak macam selalu. Cool aje. Siap ayahnya amik gambar lagi nak distract dia drp menangis. Terkejut gak bila doktor bagitau dia ada demam sikit. Tak nampak gaya demam pun. Lasak adalah. Balik tu adalah 5 jenis ubat Alia sahaja yang doktor bekalkan; ubat batuk, ubat alahan, ubat cegah lelah(dlmnya campur sekali dengan ubat selsema), ubat lelah & antibiotik. Sian, kecik2 dah macam2 jenis ubat kena telan. Oklah. Nak masuk beradu pulak. Hai mimpi apa pula saya malam ni???
28 comments:
*angkat tangan*
samalah kita. bila cuaca tak menentu ni, jadi panik pulak. anak2 mudah sangat jadi tak sihat. tambah pulak abahnya ada history bronchitis, so sama2lah panikkan utk dia jugak.
*angkat tangan*
sama juga. musim hujan semut banyak masuk rumah. nasib baik bukan tahap kerengga lagi. anak2 pulak suka sepahkan makanana, lagilah kaum kerabat semut suka datang.
Syikin, pasal hal2 anak2 kat sekolah shami pun camtu jugak, kalu anak2 nagadu 1 atau 2 kali ok lagi , masuk kali ke 3 shami call balik tanya cikgu, kita kena buat camtu, supaya emosi anak2 kita, terkawal...takut melarat pulak nanti, jadi masalah lain, pulak...he..he..he
Kerengga kalau gigit memang ler sakit, pas tu dia punya air kencing dia pun busuk gak...shami kalau kat kg letak jer tulang ayam ker ikan ker kat satu tempat biar kerengge tu singgah dan buat port kat situ, pas tu bakar...kalau tidak jenuh nak nyembur ubat....kejap hilang kejap lagi datang lagi....
moga alia cepat sembuh...
yahoo..dah khatam Iv baca blog syikin yg tertinggal..ari ni dtg opis buka e-mail,xde yg urgent
so buka la blog
tapi IV tinggal komen kat sini la
baca entry ni..rasa mcm berat sgt tugas ibukan..tapi tanpa sedar kita boleh lalui dgn baik dan teratur..kuasa allah+naluri ibu=superb mom
shami/syikin
betul tindakan tu..huby IV pun kata mcm tu..dia suka ibu bapa yg attach dgn sekolah..tapi jgn la membebankan guru..atleast dia tau perkembangan anak anak dia
kalau dikg IV buat cam shami..mmg musim hujan diakan bermaharajalela..tapi kalau kerengga masuk umah..insyaALLAH yg menjalar x masuk..(kata org tuala)
Kesian alia tu...kecik2 dah makan mcm2 ubat...
Sedara mara sebelah hubby akak semua ade lelah..alhamdulillah anak2 akak takde yang kene lelah...cuma dulu yang perempuan tu selalulah...kalau batuk selalunya malam & muntah..tiap kali batuk mesti muntah..sampai akak kene bawak baldi bila tidur...tapi satu hari akak bagi dia makan madu lebah hutan..sesudu teh...dia muntah dari pagi sampai petang...sampai lembek...
Pastu dah tak batuk & muntah2 lagi...alhamdulillah...
ummi:
betui ummi.panik tu tak leh lepas.plus risau. tu sbb alia kena neb. lewat malam tadi.
saya la ni duk kena ingatkan anak memanjang supaya jgn sepahkan makanan.peliklah, kerengga tu hanya dtg waktu petang ke atas.dah 2 hari camtu.
shami: hmm..mmg risau ngan hal anak2 kat sekolah, terutama anak2 saya jenis ngan org tak berapa nak lasak2 sangat, jd senang nak kena buli ke apa.syukurlah tu.tp kalau kat rmh, depalah juara!!
tq atas petua tu
kamato:tq doakan dia.
iv:
tersengih saya nampak nama iv..yelah, orang sibuk sempat tinggal komen. x caya rasanya.tq khatam entri saya yg iv terlepas tu. terharu lak..sob sob..(ngada2 lak)
betul iv, kalau ikut fizikal kita, tak sama cam lelaki, tp bab rmhtangga ni mmg Allah bagi kita kekuatan menguruskannya terutama hal anak2.
hehe..betui tu iv, taklah sampai nak membebankan cikgu, just bagitau mana yg penting jer. saya beruntung sbb guru besar sekolah aiman ni jenis terbuka n senang ajak berbincang. kalau cengil semacam, takut gak nak contact.
pasal binatang menjalar tak masuk tu, baru saya tau..:)
OO: saya ni tak reti lagi nak singkatkan citer.kalau blh semua nak masuk.ikutkan hati tu nak belajar gak wat singkat2 :)
kak lady: itulah, saya yg maknya naik kesian nak masukka ubat dlm mulut dia. syukur dia dah belajar makan ubat tanpa perlu dipaksa. kalau dulu, kena berkepit baru blh suapkan ubat.agaknya dia dah letih kena kepit tu yg surrender.
huda n alia cukup suka madu ni.bahkan satu sudu besar semata pun depa blh minum.tp tak taulah si Alia tu, mcm immun jer ngan madu..bagi makan pun mcm tak lut jer..heheh.cuma huda tu jer insyaAllah dah berhenti lelah dia bila saya rajin bagi makan madu ni.
pepatah yg ada..
ada gula ada semut.. kalau ada kerengga sebab apa ya? hehe
respectlaa Syikin, since i'm the youngest HM tak tahu sgt kerenah menjaga anak-anak yg ramai, tapi hari tuu berpeluang jaga 2 pun dah pening kepala..
Memang now i have high respect for mothers who can cope jaga naak more than 4.
kesian ummi :) pukul berapa la tido mlm tu? Tak pe banyak pahala tu.
zino: itule..saya terfikir2 apa yg wat kerengga ni naik ke meja dan masuk rmh saya dlm dua hari ni, sblm ni tak penah jumpa walau sekor pun hinggakan saya ingatkan takdelah kerengga kat area rmh saya ni.
HT: like u said, practice makes perfect.heheh.apa2 pun, bila anak ramai ni, support hubby pnting sangat. kiranya dia kena tau semua yg kita tau even salinkan diaper.hehe..my husb.lagi particular bab pakaikan diaper anak, bab basuh berak anak pun sama.dia lagi cerewet..hahah.
dn bila anak2 mula membesar, slowly kita ajar depa independent, jd senang sikit keje kita.
sorang usth. saya dulu dia mmg pendiam sangat, tp dia mengaku, sejak ada anak ramai (7 or 8 org) mulut dia mmg tak leh diam dah..ada jer nak menegur itu ini, nak didik itu ini, nak deal itu ini ngna anak2..
alin: saya tidur jam 2 pg lbh. lepas tu on off terjaga sbb Alia meragam. dia tak selesa sbb kahak selepas neb. tu tak keluar lagi. Dialah satu2nya anak yg kuat meragam kalau tak sihat. at last, saya tidur kat ruang tamu, sbb takut lewat sangat nak kejutkan anak2 nak ke sekolah.
suruh husna pikir betul2, mesti dia tau mcm mana nak tackle kawan dia tu.....
Rasanya cam sam jerk modus operandi kanak2 perempuan nie... menyepahkan barang2 dapur kat ruang tamu/luar. Sampai bawang putih pun buleh jumpa depan TV.. nak halau vampire agaknya... Manalah den tak MENYINGO...
tip utk hilang batuk..shikin cuba try bagi makan madu + air suam...
budak2 sekarang ni asik nak membuli jerkan?
ontahsapo: nanti saya sarankan pada husna :).tq for the idea
nbk: bab suka bawak bawang kecik or bawang putih ni si Aiman dulu.entah apasal dia suka sangat amik bwg putih terutamanya dan bawak kat ruang tamu, sambil kopek2 kulitnya..den pun samolah menyingo :)
MR: alhamdulillah, mmg itu yg diberi..tp tak taulah, mcm tak lut jer ngan si Alia tuh..
itulah yg merisaukan. Husna n Aiman pulak ngan kengkawan jenis mengalah. ari tu, Aiman balik bibir bengkak sbb kawan dia bergurau sampai tertendang or tertampar mulut dia..dah muncung ke depn sikit bibir dia. darah tu adalah beberapa titik kat baju sekolah
org kata kalau panas badan..minum susu bubuh ngan kunyit sket..
Kdg2 saya takut dgn cuaca kat sini. Mcm tak menentu semacam jer... Adakah kaffarah utk hamba yg melupaiNya (akak, betulkan eja tu, ke tetuka dgn kifarah? erk..lupa plok)
Saya pun asyik seram sejuk je rasa. yg kesian kat ank2 lah kan...
a.l.a.n.g:hehe..sementara lum kawin ni pulun tidur cukup2..sok sok dah kawin payah nak tidur cukup terutama kalau ada anak..sentiasa terjaga kalau anak tak sihat atau buat hal
Ais_putih: tq petua tu :)
nznm: hehe akak pun lupa ejaan tu. rasanya kaffarah tu ejaan arab n kifarah ejaan melayu kot..itulah, akak pun terfikir benda yg sama.lagi menakutkan lately ni ada je laporan akhbar org cedera sbb petir n org meninggal dek panahan petir gak. betui tu, anak2 senang tak sihat
sabar ummi menghadapi kerenah anak2. itu 4, saya yang 2 ni pun rasa nak tutup kilang dah heheh.
kalau di sana hujan memanjang, di sini pun kebelakangan ni panas terang benderang. saya pun terpaksa memakai spek hitam bila mengangkat kain di ampaian. :D
sebijik nebuliser berapa RM yer? pandai alia makan ubat( nanti besar jadi doktor ye), kakak nabilah ni, kalau makan ubat, ayah mummy dan abang kena pegang...:D
ha ah.... sekarang ni selalu hujan bila petang... kalau di KL menambahkan kesesakan jalan.... takut banjir kilat pun ya...!
tapi saya lebih suka kalau kerengga yang masuk rumah dari cicak dan tikus !!!
fz: huhu..ada time sabor n ada time tak sabor. lbh bnyk tak sabor sbnrnya.rasa mcm jauh jer lambaian gelaRAn ibu mithali drp saya.
:(
Oh..kat sana dah start panas ya. en.kamato (ada nama dia dlm list blogger kat sini)kat Jerman pun citer dah start musim panas
rege neb.? tak salah saya belasan inggit. Sbnrnya ia ikut jenis ubat yg diberikan.ikut pada keseriusan lelah tu camner. makin kuat lelah tu ubat tu jenis mahal diberi sbb dos tinggikan.
amin.tq doakan anak saya jd doktor :)
BP:cuaca sungguh tak menentu sekarang ni. tp antara kelebihannya, empangan2 air kat lembah klang ni penuhlah.
aduh..cicak kat rmh saya ni berganda lagi banyaknya. pd saya tak per lagi. ni kerengga kan bisa, risau kat anak2 jer.
tikus?, mmg langkah berjaga yang amat, sbbnya mmg menyusahkan
payah nk settlekan masalah kerengga tu kan....even dh sembur dgn ridsect lepas tu sure ada lg group dia yg dtg...risau klu gigit anak2 boleh demam dibuatnya..baik akak cr sarang dia dan musnahkan sarang dia demi keselamatan anak akak...br ada kesempatan baca blog akak...
Syikin betui cakap kak lady tu, bagi anak minum madu, caranya kalau untuk budak, ambik satu sudu teh madu lebah yg pior...gitu, campur dalam secawan air suam, bagi depa minum..tiap2 malam..sebelum tidur memang berkesan..saya dah amalkan kat along,...saya bukan apa, risau kalau baca cerita anak2 kena asma sampai, kena pi klinik, pakai gas,...
Lepas tu pagi2 kalu buleh mandi air suam selalu...aiskrim, air batu, air dalam peti sejuk jauhkan...sekarang along dah tak camtu lagi,.....dr kata cuba cegah jgn sampai jadi betul2 asma teruk.....nanti susah, kira asma along masih di peringkat awal lagi.
bie: tq atas saranan tu. akak mmg tgh cari sarang dia.
shami: alhamdulillah saya mmg amalkan makan madu tu utk huda n alia, cuma tidak hari2lah. x pe, nanti saya jdkan ia minuman harian.
anak2 mmg saya mandikan ngan air suam pakai water heater tukan.mmg kami pasangkan khas terutama utk anak mandi pagi utk ke sek. bab aiskrim n air sejuk dlm peti ais tu jarang amalkan.
kak, cuaca yg tak menentu ni buatkan kita pun rasa nak demam. Anak2 lagi la sbb antibodi tak kuat sgt. Asyik on off ajer.
kak syikin...sori lambat bagitau psl blogskin tu..kaori dah lupa kaori amik mane blogskin tu..cuba kak syikin try search kat yahoo blogskin...maybe ade kot...sori ek.
kv: itulah..la ni tak kira malam or siang mesti ada hujan.lebat sungguh pula tu. hmm..perancangan Allah sapa tau kan?
ka0ri: tak pe :) saja2 tanya..:)
Post a Comment