Weekend lepas ni tak de aktiviti menarik pun. Bahkan, saya tak pergi pun jemputan kahwin dua pupu di area Seremban sebabnya nak bagi Alia sembuh betul, biarpun dia dah sihat. Takut diasak ke sana ke mari, dia demam balik. Pagi tu, saya try buat mee bandung segera keluaran Adabi tu. Tapi camner entah, terbanyak air, pesnya tu tak cukup pulak. Rasanya kurenglah. Ayoyo..spoil betul, masa tu lah teringat napelah tak ikut resepi Hot Mama dulu. Kita yg tak expert masak ni, pandai2lah beger membeger. Akhirnya, sebelum tutup api, kita pun rasalah kuahnya. Oklah..asalkan ada rasa ala ala mee bandung. Masa hidangkan kat suami, dia nampak pelik gaya kuah tu, dia tanya;
mee apa ni?
mee bandung tak jadi (hehe, yelahkan, nak bagi nama apa lagi? sbb mmg tak jadi sangat)
Risau gak rejected. Tapi syukurlah dia kata ok jer rasanya, maka abihlah dia makan. Cuma dia kata ayam tu mcm kurang sempurna masaknya, saya kata lama dah tu bertenggek atas api dapur.
Sbenarnya sepanjang hari semalam kena penyakit MMMMM (malas). Rasa malas betul nak wat keje2 rumah. Dek kerana sarapan pagi dah berat (mee bandung tak jadi tu), siap ngan goreng chicken ball, roti bersalut mentega, n nugget untuk anak2. Saya masak lepas zohor. Kalau masak awal pun tarak sapa mau makan. Anak2 lagi bukanlah pemakan sangat. Kena paksa n kekadang tu kena sound baru nak makan. Saya masak kari ikan merah. Suami tak mo makan lagi, kenyang. Anak2 lagilah.
Petang tu, ummi rajin tul melayan tv. kali ni ummi yang conquer tv*tumbuh tanduk*, kalau tak tu, drp pagi sampai malam kartun aje, rasa kita pun dah jadi katun. Sambil2 tu lipat kain baju (keje rmh paling tak suka sekali. Oh ya..ada sapa nak cari part time kerja? blhlah tolong lipat kain baju kami, nanti bagi upah ;). Tiba2 tergerak pulak nak buat bubur pulut hitam. Laju pulak anak2 makan. cepat jer abihnya.
Si Aiman pulak, volunteered nak sediakan roti salut mentega sendiri. Mula2 dulu tak bagi sbb dia kecik lagi, tapi dia buat gak..at last ajarlah dia cara nak sapu mentega n tabur gula sekali atas roti. Sebab tak kosa nak bergaduh ngan dia yg ended up dia muncung mulut. Kiranya dia dah expertlah skrg ni, tapi bab tabur gula tu kena pantau gak, kalau dak kang toba (tebal) gula tu bukan main..siap tolong buat untuk adik2 lagi. Rajin plak melayan adik2nya tu. Entah apa yg best sangat aksi menyapu mentega atas roti tu pada dia, tak taulah.
Malam tu, sambil tgk berita tv3 tu, keluar pulak berita pasal sorang menteri beragama ISLAM bhgn pelancongan ni cadangkan supaya pusat hiburan n restoran beroperasi sampai 5 pagi!!! Adui...yg tutup jam 2 pagi (kalau tak salahnya) ni pun dah macam2 kes jenayah dan masalah sosial yangberlaku, inikan pulak nak sampai 5 pagi...janganlah duk kemaruk nak tarik pelancong sampai pusat hiburan tu nak dipanjangkan waktunya..malulah, dahlah PM melaungkan slogan Islam Hadhari. Takut benda2 ni semua fitnah pada kerajaan kita, kata pemerintahan ISlam hadhari. Kalau takat restoran sampai 5 pagi tu ok lagilah. Setau saya, dlm pusat hiburan ni sgala jenis maksiat ada..pengedaran pil2 haram (sapa yg hancur? anak2 muslim gak), gro berlambak2 (antaranya ibu2 tunggal muslim), arak tu tok sah cakaplah, tarian yg entah apa2 tu , itu belum lagi tarian separuh bogel or naked terus. Suami yg zalim tak ingat balik rumah, isteri2 yg diabai suami cari pengganti kat sini, anak2 yg terlalu dimanjakan or terlalu diabaikan pun masuk sini. Ini semua blh menghancurkan anak bangsa kita. nanti kang, kita jugaklah yg bising anak bangsa kita tak kuat jiwalah, tak kuat itu inilah, sebabnya kita yg sogokkan semua ini pada mereka. Boleh nak ebrhibur, tapi biarlah yg diredhai Allah.
Lagi satu, saya baca dlm blog siapa, tak ingat, nak dicadangkan jugak kos minuman arak dikurangkan demi tarikan pelancong. Kalau betullah cadangan ini dibentangkan, Ya Allah..ni lagi satu nak cari bala. yang sedia ada ni pun dah macam2 masalah terjadi. Kerana arak, org jadi mabuk. drp mabuk org boleh tinggal solat, org boleh bergaduh, org boleh berzina, suami boleh bantai sepak terajang isteri, org boleh berbunuhan, org boleh merogol hatta darah daging sendiri dll. Itu sebabnya arak ni termasuk jenayah hudud yg blh dikenakan hukuman hudud. sbb bnayk sangat malapetaka boleh berlaku. Kalau pun ada yg kata, alah, minum sikit aje. yelah, dah namanya air setan, sikit2 lama2 jadi bergelas2, naknya kita ni org Islam, lagilah banyak syaitan menghasut buat dosa2 besar ni, sbb depa nak cari geng duduk sama dlm neraka.Itu janji mereka ngan ALlah.
Janganlah duk sibuk cari keuntungan pelancongan tu, sampai REDHA ALLAH KITA TOLAK KE TEPI. Takut2 nanti, blh datang bala. Mungkin ada yang fikir, alah, benda kecik aje, itupun nak kepoh. Tapi, dlm Islam, benda2 kecik nilah boleh jadi masalah besar. Maaflah, kalau saya emosi sikit. dan maaflah kalau ada yang tak setuju ngan pendapat saya. Tapi yelah, ini pandangan peribadi saya nak share ngan semua. Saya ni pun bukan baik sangat, cuma ia rasa bimbang saya saja akan masalah2 sosial yang berlaku teruk sangat kat malaysia ni. Memang tak teruk jika dibandingkan dengan negara2 luar sana, tapi takkan nak jadi sampai mcm tukan?? Saya harap kabinet tak meluluskan cadangan2 ini.
Nabi pun dah cakap, jd pemimpin ni, satu kaki kat syurga n satu kaki kat neraka. jdi, kita pilihlah kita nak dua2 kaki kita masuk mana. Bukan senang jadi pemimpin hatta jadi pemimpin dlm rmhtangga sebab setiap org akan bertanggungjawab di akhirat kelak. bayangkan, kalau kita pemimpin yg galakkan org buat maksiat, di akhirat nanti, setiap org yg buat maksiat itu berpunca drp kita...kita bertanggungjawab sama. huish...mana nak lari masa tu. tak de dah nak putar2 masa utk balik ke dunia, nak beramal jariah. dah tak de dah dunia ni. nak hire peguambela pun tak de dah, depa pun kena adili sama. Apa yang jadi saksi kita? amal jariah, amalan fardhu ain, dan seluruh anggota badan kita. bahkan anggota badan kita juga akan jadi saksi pendakwa selain drp buku2 amalan kejahatan kita tu (huhuh..ingat balik dosa sendiri ni, tak tau mana nak mnyorok dah :( .masa kat akhirat tu, masa nak timbang segala amalan kita.
pemimpin ni bukan takat pemimpin negara, hatta saya ni surirumh pun adalah pemimpin gak. Bayangkan kalua saya tak didik anak ebtul2, hingga depa tak solat, puasa sebab saya tak ajar n akhirnya depa hidup atas nama islam, tapi tak de amalan sbg sorang Islam langsung..makanya saya adalah pemimpin yg gagal dan saya ebrtanggungjawab kat akhirat, kecualilah kita dah diidk merka yg terbaik, tp mereka sendiri pilih jln salah, n kita tak berhenti menasihat mereka, itu lain cerita.
Hmm..saya terfikir gak, betapa maju pun kita capai..kita masuk zmn millennium, masuk abad ke 22 dan seterusnya, sebenarnya kita menuju ke AKHIRAT. suka atau tidak, kita terpaksa hadapinya. Sama2lah kita didik diri kita jadi pemimpin yg diredhai Allah, kerana kita yg untung di akhirat nanti. Saya ingatkan perkara ni untuk diri saya sendiri. Saya pun banyak tak betulnya, tapi Kata Rasullullah, sesungguhnya agama itu adalah nasihat.Maka, selagi kita bergelar Muslim, selagi itulah kita belajar nasihat menasihati. Kita nasihat org, kita nasihat diri kita jugak maknanya tu. dan Rasulullah cakap lagi, sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Maka, kita boleh paham kat sini yg kita ni wlwpun agama tak tinggi mana, tapi, kalau tau sikit pun..sebarkanlah. Ada pahalanya tu. jom kawan2..kita tambah pahala amal jariah :).
Ok. stop syikin yg mak nenek ni. Hehe..nak taulah, sapa sebenarnya menang piala dunia ni? saya tolong kejutkan suami jam 2 pg tadi sebab dia kata nak tengok, then saya masuk tidur. Pagi tadi tanya dia sapa menang, dia kata tak tau..laaaa rupanya dia pun tertidur gak akhirnya. hehe..sesungguhnya kami berdua bukan penonton WC yg tegar. sekian terima kasih.
28 comments:
arak...laaa malaysia jangan la sampai jadi mcm kat sini..sedih la...
world cup itali menang :0) si zidane dapat red card hentuk kepala kat pemain lain..saya pun tak tengok... tapi lepas match si halil paksa saya tengok depa punya short preview of the match...tengok ja..
mcm mcmnya syikin masak dlm satu hari ..tu syikin kata dlm mood malas...kalau dlm mood rajin tu tak dapat pulak saya bayangkan!! heheh
kiranya abis gak la mee bandung yang x jadik tu kan kak?
byk idea akak hr nie...betul tu betul....semua yg akak kata betul..sokong 100%...
Pemimpin skrg byk fikirkan untung di dunia shj...untung akhirat entah ke mana...
Beramallah spt kita akan mati pd esok hari...
simah: oh tq for the info :)sian kena paksa dek asben tersayang ;)
simah, malas tu bukan takat masak aje, tp kerja2 rmh yg lain..huhuhu. hehe, kalau rajin pun masak banyak tu jer.
MM: tak habis, ada baki sikit. tapi dah tak mo makan dah. baki mee kuning tu akak buat mee goreng mamak style akak plak :)
sedap tu bubur pulut hitam, nak buat malas...nak makan rajin ke ke ke...nak beli malas sebab tak sedap uwaaa....
~alinlai~
bie: ni ujian utk kita semua ni
alinlai: alahai..buat ajelah sikit :), kalau tak abih, simpan dlm peti ais..kalau rasa nak makan, blh panaskan lagi or mkn macam tu aje..kalau saya pos kat awak, takut dah basi pulak bila sampai tu :)
HM memang tak setuju which his proposal to open till morning tuu. Esp kelab malam. Nanti bahaya, lagi byk org mabuk then sure byk berlaku car accident. Hmm in away pro dia lawyer boleh cari makan.. (just kidding)hehehe
Kalau kedai makan takpelaa coz memang org msian nie memang jenis suka makan supper.
pasal mee tu; biasalah kalau tak pernah buat, tapi kalau hubby makan habis tu sebenarnyer nak jaga hati..hahahhaha
pasal menteri tu; aku pun heran, org macam ni cemana boleh jadi menteri ni, ni lah bila bukan ahli jadi pemimpin, buat kerja ikut sedap hati, sama mcm yg jasin' tu, asik menunjuk kebodohan sendiri dlm parlimen, malu malu....
tulah antara sebab saya rasa takut dan tak mau balik malaysia! sebab negara islam, tapi dasar bnyk yang tak islam.
duduk UK pun memanglah bahaya juga. tapi at least saya boleh pesan kat anak2, mereka minum arak, tak tutup aurat sebab mereka tu kafir. kalau kat msia tu, saya nak cakap apa? orang yang mengaku islam sendiri pun minum.
saya rasa 'terbakar' juga baca entry ni syikin. isykh. kena minta mee bandung tu sikit bagi sejuk. :)
nak komen pasal menteri ni jugak.. memang dia ni tak layak jadi menteri.. dulu dia kat tempat zino ni..
huruhara di buatnya.. banyak tol lesen2 hiburan ni dia "pakso" luluskan.. idea kol 5.00 pagi tu sah kojo dia tu.. tak senonoh langsung..
HM: itulah, kesan mabuk pun blh aksiden.
hehe..mmg best kalua kedai makan bukak sampai pagi, tak lah kedai mamak aje 24 jam..ye tak.
OS: hehe..suami den tukan, kalau dia tak gomar, mmg sungguh dia tak makan..tak do pasal nak amik ati tu doo..kiro eyy hari tu mmg bulehlah masuk tokak dia tu. den la kono pulun belajar laiyy ni:)
ha, menteri yg jasin tu pun mmg den nak tergolak di buek eyy..
Mamasarah: saya pun anak2 suka tanya soalan camtu tau..tp saya cakap aje, mereka tu buat salah, langgar perintah Allah.
alamak, kalau rasa 'terbakar' tu kena minum eno lah :), mee bandung saya tak sedap huhuhu..
zino: kalau gitu gayanya dia, buat org akan fikir kepala otak dia asyik ingat hiburan aje kejenya, lagi galakkan org tak balik rumah adalah.
Kalau malas nak buat sendiri belilah perencah mee bandung adami tu...rasanya hanpir sebijik macam mee bandung betul...
Orang kata , mee bandung muor kalau dibuat di luar muar, susah nak jadi...hehehe
p/s Ini add yg syikin nak...www.sastris-ramblings.blogspot.com
Kak... sas dah penah wat mee bandung ni, guna perencah jenama adami... blackie kata ok rasanya... cubalah perencah tu kak... sas pun sekali tu je buat...
bab menteri yg cadangkan kol 5 pagi tutup pusat hiburan tu, mmg arr.. ntah hapa2 kan?
BP & Sastri: sehati sejiwa betul masuk blog saya ni, on time jer kalian berdua ni :).
oh..jenama adami? first time dengar ni.tak pe, nanti nak cari.
tq bp share alamat sastri tu.
itulah sastri, entah apa yg difikirkan pak menteri tu, bukannya foreigner jer yg masuk, msian lagilah terutama yg suka huha huha tu..langsung tak ingat nak balik rmh terutama yg ada tanggungjawab tu.
Pernah cuba mee bandung adabi tu, tapi rasa tak samalah mcm mee bandung muor. Tapi, kalau dah tak de belasah jer kan.
p/s:Selain mee bandung muor kat kedai tu, suka yang mak dan abg ipar yus buat. Sedap....mcm mee bandung muor. Yus pun dah cuba resepi mereka, menjadilah jugak..tapi tak sesedap yg diorang buat...hehe.
Panjang betul cerita kak syikin kali ni, tapi betullah tu apa yang kak syikin cakap. Memang banyak tanggunjawab sbg pemimpin ni.
i love mee bandung, mee rebus, mee jawa, mee hailam & mee goreng basah :P'
waaa belajaq falsafah baru la... ugama tu nasihat... arigato ne...
lawak la suami Puan... hehehehe... sini geng korea saya pun sama... last2 world cup tengok dia...
Mee bandung tu ada perencah dia Syikin. Mee bandung Muar. Memang sedap. tinggal bubuh bahan basah je...
yus: blh ke share resepi tu ngan akak? blh email kat akak ya.
hmm..pokok pangkal bkn senang nak jd pemimpin diredhai Allah.
Raiedzall: ada resepi tak yg boleh dishare?
izhal: sama sama. lama tak nampak en.izhal, sibuk ya ngan viva? hehe..mcm saya kata, kami ni bukan peminat tegar..tak taulah 4 thn akan dtg nanti :)
maklang tau tak apa jenama perencah mee bandung tu?
Mee bandung???Mee bandung muar keluaran Adami yang mcm sas ckp sedap..Tapi kalau dapat cap Maharani lagi sedap!!
Menteri tu menteri bangang!!!
MR: wah..baru tau macam2 jenama ada. tq MR. nanti nak carilah.
nak wat camner MR, dah itu mentaliti dia, moga kita tak terikut mcm dia.
mamadiana : hehe..ha ahlah, suami abih makan tu rasa lega gak.tp tanam azam nak buat terbaik lagi.
Banyak isu hangat kali ini Syikin. Bagus tu. Hai.. itulah kenapa M'sia ni.. Nak jadi apa la.. Susah nak besarkan anak kita semua sekarang dalam keadaan macam ni. Takut mereka tempted atau kena cabar atau peer pressure dan nak terikut-ikut buat benda tak elok.
saya setuju kata akak, takkan nak tarik pelancong sampai mengabaikan redha Allah.. hmm takut jugak ek.. nanti Allah turunkan bala.. harap2 cdgn menteri tuh ditolak mentah2
sherin: inilah cabaran umat Islam hari ni sbnrnya.kekadang tu, org Islam sendiri yang meruntuhkan kekuatan Islam samaada kita sedar atau tidak, kita sengaja atau tidak. sama2lah sherin, kita sbg ibu memberikan pendidikan yg terbaik pd anak2 kita, moga mereka jadi Muslim yg berjaya dunia n akhirat. insyaAllah.
Ayu: itulah yg menakutkan sebenarnya, sebab once Allah dah marah n turunkan bala, org2 Muslim pun kena sama. moga2 cadangan menteri tu ditolak.
syikin, we can try our best to didik anak kita ni but kat dunia luar tu dgn kekawan mereka,takut la anak-anak terikut. I selalu risau pasal semua ni because sekarang anak-anak I kecil lagi but bila dah masuk sekolah.. risau kena buli la..aduhhhhh...
sherin: betul tu..saya pun risau. mcm husna dah sekolah, saya bimbang dia terikut attitude yg tak baik. aiman pula, tahun depan dia akan masuk darjah satu, lagilah saya risau. camnerlah dia nanti, mcm yg kita tau, budak lelaki lagi mudah terjebak ngna benda2 tak baik. apa yg saya lakukan sekarang, hari2 berdoa anak2 saya baik dlm semua keadaan di sekolahnya, terutama bab berkawan.lgi satu, saya suka tanya dia camner keadaan dia di skolah.nanti depa akan berceritalah, so mna yg buruk tu saya nasihatkan depa hati2.
Syikin...dulu kak lady kalay balik ke Melaka akak beli perencah mee bandung segera kat pasar...dah siap...kita tambah2 perencah & telur aje...memang best...selalu jugak buat dulu...tapi sekarang tak beli camaner nak buat.
Pasal arah & pusat hiburan tu akak ade dengar kat berita...ntah haper2 lah diorang ni...dan selalunya nanti yang terjebak ialah anak2 bangsa kita yang memang suka bebenor bab hiburan ni.Agaknya sebab iblis ni memang suka menggoda anak2 muda sebab diorang cepat terpengaruh dan dengan iman setipis kulit bawang...dengan mudah mereka terjebak....nanti bangsa kita jugak yang busuk nama....
kaklady: oh..gitu kisahnya.
hmm..sekali pandang, nampak mcm tak de masalah, bahkan mrk yg kaki enjoy ni lagilah gembira.tp, untuk jangka masa pendek n panjang mmg memudaratkan keadaan terutama masalah sosial.bangsa kita mudah busuk nama sbb bangsa kita sendiri yg merosakkan nama bangsa terutama mrk yg ada kuasa.
Post a Comment