Thursday, July 13, 2006

Sambungan- Part 3

26 jun (Sabtu) –

jam 2 pagi lebih kurang - saya terjaga drp lelap tu. Rasa nak terbuang air sangat. Masa ni terasa contraction semula. Saya panggil nurse bagitau nak buang air, dia benarkan, tapi dia pesan jangan kunci pintu drp dalam. Syukurlah tak perlu menapak sampai 10 langkah. Terpaksalah heret sekali tiang drip air ke toilet. Dlm bilik air tu, jgn gelakkan saya tau..saya menangis puas2 siap imagine suami saya ada kat depan saya n saya cakap sorang2 kalau tak salahnya saya cakap, tak mo bersalin dah..tak mo bersalin dah.

Kemudian, saya baring semula atas katil. Tiba2 saya rasa nak terbuang air lagi, kebetulan ada nurse lain masuk sbb nak amik barang, saya bagitau saya nak buang air, dia benarkan, tapi tak sempat turun dah keluar jer…saya bagitau dah terkeluar. Nasib dia tak marah. Dia pun keluar drp bilik tu. Laa..rupanya2 itu air ketuban, sebabnya tak henti2 ia mengalir. Habih jer air tu keluar, tiba2 saya rasa sakit sangat2..segera saya panggil nurse. Masuklah sorang bidan ni, saya kata saya sakit sangat n rasa nak meneran, dia check, baru 8cm katanya, anak sulung kena tunggu 10cm. Dia masih nak keluar lagi tu. ya Allah, geramnya saya. Dia baru jerk sampai kat pintu bilik tu, saya rasa macam nak terbuang air besar sangat, saya pun jeritlah marah, nurse..saya rasa dah nak terber@k dah ni…!!! dia patah balik. Periksa balik pintu rahim saya. Ok, dah nak keluar dah. saya terkejut, Ha..??. Tapi sempat lah bidan tu panggil dua tiga nurse lagi..masa tu masuklah sorang sorang nurse. Leganya saya rasa nampak ramai nurse masuk..adalah kat 4 org nurse selain bidan tu rasanya. Rupanya, masa tu ramai nurse dah boleh relax sikit sbb banyak kes dah selesai, tinggal saya aje rasanya masa tu.

Sorang nurse tu datang kat kepala saya, cepat2 saya pegang tangan dia menangis mintak jangan tinggalkan saya. Dia pujuk saya kata takkan tinggalkan saya. Disebabkan saya tak tahan sakit, makanya masa nak meneran tu mulut saya sibuklah cakap sakit..sakit..berselang zikir. Marahlah bidan tu, dia kata semua orang sakit nak bersalin. Saya pun stop cakap sakit ..terus zikir Allah..Allah n apa yang ingatlah.


Bila teran nurse yg 3 4 org tu punyalah sibuk suruh push..push....tpi sebab nafas saya pendek sampai muka tu rasa macam kemek2 dah menahan nafas. Bidan suruh stop dulu n amik nafas panjang2...bila saya lepaskan tahan nafas tu, nurse2 tu pulak cakap alaaa dah masuk dah. Sbnrnya, dalam bidan tu duk marah2 saya meneran smbil bising sakit, sempat gak puji saya pandai teran. Cuma tak keluar jer lagi. Saya teran kali kedua pendek nafas gak, stop lagi. nurse2 tu pun cakap benda yg sama lagi. Saya sempat lagi tanya kenapa, bidan tu kata rambut baby dah keluar, tapi bila saya lepaskan nafas tu, rambut tu termasuk ke dalam balik. Ohh..gitu rupanya.

Kali k 3, bidan tu suruh saya gigit kain dan pegang kedua2 kaki saya betul2 dan teran kuat2..saya pun teranlah, sakitnya ya Allah hinggakan terlepas gigitan kain tu dan tak sengaja mulut saya terjerit Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira (alah doa iftitah dalam solat tu …sib baik tak sampai abih saya baca, hehe). Then, terdengar bidan tu kata dah keluar, saya terstop meneran. Rupanya baru kepala husna yang keluar. Lepas tu dia suruh teran lagi..saya pun teran buat kali terakhir, terasa badan Husna menggelongsor keluar tu macam agar2 terlepas daripada genggaman tangan kita. Licin aje.


Kuasa Allah, terus hilang sakit bersalin dan contraction tu. Dan masa ni saya dah terasa letih sangat, sebab menahan sakit contraction sejak pagi jumaat, lepas tu tak cukup lelap, baring dlm keadaan tak selesa. Masa ni kepala saya dah mamai. Ngantuk sangat. Dan masa bidan tunjukkan husna sebaik dia keluar tu, dia tanya baby boy or girl, saya ternampak jantinanya macam boy, saya cakap boy, dia tegur, eh..perempuanlah, saya besarkan mata betul2 , ha ah girl. Rupanya benda yg saya nampak tu darah ketul kecil melekat lagi. Terus bidan tu tanya sapa nama saya, saya jawab nama penuh saya, sebabnya malam tu 3 org syikin bersalin sama. Masa nak masuk dlm labour room kecil tu, saya tak sengaja ternampak syikin dua oang tu di kiri kanan bilik saya. dan Saya kenl mereka berdua sbb kami dalm wad yang sama. Risau saya tertukar anak aje.

Selesai semua; uri dikeluarkan, proses episiotomi yang menyakitkan oleh doktor pelatih , dan paling best, saat dpt menyusukan Husna semasa dalam labour room tu. Itupun selepas dia pun dibersihkan. Macam tak percaya jer dah ada anak sendiri. Dan Tak tau nak kata, terharu sangat. Syukur tak de apa2 masalah penyusuan. Oleh kerana saya masih mengantuk, nurse ambil semula anak saya takut Husna terjatuh pulak drp katil labour tu masa saya terlelap, dan biarkan saya berehat hingga hampir jam 7 pagi. Masa tu memang suasana tak kalut dah.

Ingat nurse k 4 yg muka serius tu? saya yang muka tebal ni banyak kali ucap terima kasih kat dia masa dia duk mengemas dan membersihkan bilik tu, sebab dia pun ada sama masa proses kelahiran tu biarpun dia beberapa kali marah kat saya. Saya minta maaf sebab kerap panggil dia time sakit tu. Entah agaknya dia terharu dengan ucapan terima kasih dan mohon maaf saya tu,nak pulak dia berbual elok aje ngan saya. heheh. Dia citerlah mmg teruk sangat shift malam tu sbb ramai sangat bersalin, hinggakan dia tak boleh nak duduk rehat sampai rasa kaki kejang. Dia kata, sbb utama tak leh nak entertain saya sebab ada kes emergency, nak selamatkan baby bangsa lain, yg akhirnya meninggal dunia semasa dilahirkan. Besor baby tu, 5 kg. Tu yg depa kalut semacam. Ok..saya pun dengar ajelah.

Hampir jam 7 pagi, saya ditolak keluar ke ruang dewan labour tu. betul sangkaan saya, husna diletak sederet ngan 2 babies lain yg both mothers tu sama ngan nama saya. Bayangkan kalau tertukar, dahlah muka depa ni lebih krg sama aje nampaknya. Kemudian, Husna diletakkan dicelah dua kaki saya. Masa ni, bidan yang menyambut saya tu berdiri kat tepi troli saya. Saya ucapkan terima kasih kat dia n dua tiga nurse lain masa kelahiran Husna. Sempat bidan tu bertanya,tadi awak baca doa apa? macam doa dalam sembahyang saja. saya tersengeh. yg bidan tu n nurse2 lain pun dah tersenyum sama.

Masa ni, 2 org syikin tu jugak menunggu masa nak keluar. Tak lama kemudian terdengar announcement nama kami disebut tanpa disebut nama bapa masing2, sebabnya suami dah menunggu di luar. Sorang syikin ni ditolak keluar, tapi tak lama dia ditolak masuk balik. Rupanya suami saya yang menunggu di luar. Saya terfikir mesti suami saya terkejut, agaknya dia terpikir awat muka isteri aku dah lain..haha. Dan nurse2 yg kat kaunter luar tu pun agaknya tak perasan kot 3 org syikin bersalin dlm masa yang sama. Bila saya ditolak keluar, berseri2 tgk muka suami. Banyak kali dia minta maaf sebab tak ada malam tu. Suami nak qamatkan Husna kat situ juga (di luar dewan labour), tapi nurse tak bagi, dia suruh buat kat bilik saya nanti.

Masa kat bilik, suami qamatkan Husna. Bila tengok suami dukung Husna, nampak hepi sangat dia. agaknya tak sangka dah jadi ayah. Syukur saya tak mengalami pitam or pening masa first time masuk toilet. Mungkin sebab lepas bersalin tu saya berehat lama dlm labour room lbh krg 4 jam. Lega pulak saya boleh buang air kecil mcm biasa. Waktu tengahari, mak, adik, arwah atuk n mak sedara sampai dari K.L. Punyalah mak saya heppi. Yeye..saya kena cium dek emak. Lama dah rasanya mak tak cium saya. Dah jadi wan dah mak. Bukan takat cucu sulung, bahkan Husna pun cicit sulung gak. Then sorang kawan kuliah lama yang menetap kat melaka pun dtg melawat. Jangan tak tau, tengahari tu saya dah berjalan2 dah sekitar dlm wad, melawat kawan2 yg bersalin sama tu. jalan style oshin lah apalagi. Kawan lama saya tu terkejut tengok saya dah berjalan2..wei..bentan ko nanti, itulah lebih kurang dia cakap. Sengih ajelah.Oleh kerana saya bersalin awal pagi, maka saya dibenarkan keluar sebelah petang. Itu pun setelah doktor puas hati saya sihat dan Husna dah buang air besar. Saya tak sempat pun tidur kat bilik tu, yelah sebab bertarung kesakitan di labour room. Malam tu saya tidur di rmh mak sedara pupu di Bukit Katil sebelum balik ke Selayang pagi Ahad tu.

Yang suami saya tak de malam saya masuk labour room tu, rupanya dia tak jadi relax kat Masjid tu, sebaliknya dia balik ke rumah kami untuk berehat kejap. Letih sangat sebab sejak awal pagi Jumaat hingga ke maghrib tu dia tak betul2 berehat. Ngantuk sangat. Kononnya nak lepak depan tv jap, at last tv tengok dia. Dia tersedar sebelum azan subuh tak salahnya, terus dia teringatkan saya. Apalagi, lepas subuh dia pun ke hospital, pergi ke wad saya utk tau latest info. Then dia dapat tau saya dah selamat bersalin dan masih belum keluar labour room lagi. Tu yang dia terus tunggu saya kat luar dewan menunggu labour room tu.


Apapun, syukur sangat segalanya selamat. Yang pasti, saya ni jenis pintu rahim lambat bukak, hingga waktu kelahirkan Alia pun sama keadaannya. Dan satu lagi, rupanya saya ni lepas bersalin tak boleh tgk perempuan sarat hamil terutama kalau nampak depa menunggu kat labour room, terasa ngilu semacam sebab teringat2 experience kat bilik bersalin, hinggalah sekarang ni dah ada anak 4 pun.

Kiranya, 2.45 pagi Sabtu, ikut catatan bidan tu, Husna selamat dilahirkan. hari Maulud Nabi pulak tu. Kecik aje, dia 2.78 kg. Ingatkan besar, sebab masa ngandungkan dia perut saya besar sangat hinggakan orang ingat saya mengandungkan kembar. Tapi, ada citer lepas 2 minggu Husna lahir, dia kena tahan wad icu kanak2 beberapa hari. Nantilah..saya citer lain kali pula. Sekarang ni, Husna Fathiyyah yang kami beri nama pada hari k 7, telah bersekolah darjah 1.

Pada bakal2 mama n bakal preggie mom jangan takut nak bersalin or hamil, sebab lain orang lain experience dia. Cerita saya takkan sama ngan pengalaman anda, insyaAllah. Banyak yang saya pelajari drp kehamilan pertama ni. Tapi yang pasti, nantikan perihal kelahiran Aiman pula ya :).

28 comments:

Pandang Dengar Diam said...

Bila agaknya masa cuaca....

NBK466 said...

Saya tak pernah merasa CONTRACTION nie..he..he..he..

Alinlai said...

he he he...siap baca doa iftitah tu...mujur tak bertahiyat awal :) Alhamdulillah selamat...dan I am sure yang 3 menyusul tu dah senang kan?

Kaklong Syikin said...

oo: HEHE..bab kemas dapur bagai nak rak pun ada masa Aimanlah tu..tup2 masih 3 cm..sabor jeklah.

mmg bestkan tatap muka anak.

cuaca: insyaAllah, ada rezeki akan dpt juga

nbk: sampai akhir nyawa pun takkan dpt merasa heheh..

alinlai: itulah pasal..haha. aiman n huda pun ada story gak tu..cuma alia paling senang..tak pe tunggu jerlah ya.

FaEzHussain said...

Puan Syikin,
Memang kesian saya tgk 1st timer yg bersalin sorang-sorang. Dah tu kena tahan kat labour ward berjam2 plak tu, takde bg mkn or minum (as terjadi pada adik saya no2).
Alhamdulillah 2kali saya bersalin, 2 kali tu la hubby berada di sisi, dan diazankan anak2 elok saje tali pusat di potong.
Saya plak kalu nak story pengalaman bersalin ni, tak masuk 3 chapters kut..sebab dua2nya cepat bebenor...Alhamdulillah...

oldtown~Smell the Roses said...

sronokkan dah jadik ibu. itulah pengalaman yg paling berharga. Nani dulupun, tgh sakit2 siap ckp lagi kan husband, taknak branak dah.Nurse2 siap gelak lg.Sabar je lah.

p/s:Baguslah akak ni,ingat lagi saat2 tu walaupun dah 7 tahun berlalu.

Unknown said...

kak Syikin,
Pengalaman akak yg pertama ni, hampir serupalah ngan saya. Saya pun lepas bersalin tu, nurse tu baik baik gak...sbbnya saya bersalin masa raya haji. Ramai nurse n staff cuti. Pulak tu, ramai sgt bersalin anak pertama. Jadi, diorang mcm tak berehat. Doktor yg jahit luka saya tu, dgrnya dari pagi, dia sorang jer...doktor cina. Masa mula2 dia nampak saya, dlm labour room tu siap ckp dgn nurse sebelah dia.....anak sulung lagi kaa.....dia mcm tension n penat sgt kot. Tu yg buat kerja asyik nak marah jer. Tapi, saya tak mcm akak, asyik panggil, saya takut bila kena marah mula2 tu, sampai air ketuban dah pecah n baby dah nak kuar, nurse yg masuk dlm labour room tu terkejut sbb saya tak panggil. Abih panggil kena marah....sama mcm akak gak, dah terkeluar kepala, masuk balik....hehe. Nak menahan diri dari tak menjerit, saya gigit selimut saya tu sampai basah kuyup, takut sgt, bila jerit kena sound kan....haha.

Kaklong Syikin said...

Dr. Faez: alhamdulillah.kiranya pintu rahim dr. jenis cepat bukalah tu.depa tak bagi makan tu agaknya tak mo time bersalin nanti terbuang air besar sekali kot. tp apasalahnyakan..blh bagi ubat masuk punggung tu.

nani: sebab sakit sangat, tu yg terpahat tu agaknya :)

ontahsapo said...

aku duduk 2 jam lebih dlm labour room tu pun dah terasa betapa teruknya isteri aku beranak, kesian giler time tu.. tapi bila dapat dukung anak kali pertama tu, menitis gak air mata ensem aku ni.. hahaha syahdu syahdu...

lempoyak said...

betul tu lain org lain ragam nya.. ade tu sakit berjam2 tp jln tak bukak2.. ade tu sekejab je baby dh kuar.. tp kebyk kan yg aku dgr, anak sulung ni sakitnya lama gak kan..? mintak2 aku esok baby senang nak kuar.. takut lah sakit lama2.

btl ke hospital gomen boleh bg hubby temankan kat labour room tu.. Dgr kata mesti kena pi dgr cerama n dptkan surat kebenaran dulu kan baru boleh tmn kan ?

AppleB said...

aduh la syikin. sampai berair mata saya gelak pasal boleh terkeluar doa iftitah tu. kalau syikin siap baca sampai abis tatau lah camana terburai gelak saya ni ehhehehehe.

member kat opis siap heran apasal saya gelak sorang2 depan pc.

Hot Mama said...

Syikin, thank you for sharing ur birth experience. Memang complete details dia.. Err HM dah laa risau takut pun ade, tapi bertawakal jerlaa kan.

Betul kata Syikin lain org lain pengalaman bersalin. Ade yg mudah jer ade yg mengalami kesulitan..

NONIE AZIZ said...

HACHOOOO....teringin masa bersalin dulu!!terkekek2 saya gelak shikin bila baca bab doa tu!!!mesti termalu sendirikan!!

Literature Sushi said...

Masa anak sulung saya lahir saya ikut masuk sekali dalam labour room tu. Apa yang saya ingat adalah isteri dalam kesakitan yang amat, tangan isteri saya yg menggenggam erat tangan saya, darah dan cecair mengalir sampai membasahi baju dan seluar saya, bunyi baby menangis, gelap (tapi pastu berjaya azan..)

Saya sangat kagum akan ketabahan seorang wanita yang melalui proses bersalin...

Kaklong Syikin said...

OS: tu yang kena sayang isteri lebih tu :), tp nak anak lagi tak lepas ni?


apple pie: hehe..itulah kalau dah sakit sangat, apa2 ayat pun terkeluar

HM:sama2. betul, tawakal..paling penting banyak berdoa.itu yang saya pelajari.

MR: heeh..bila fikir balikkan, mmg sengih sendiri, entah camner blh terpacul doa iftitah tu..

Raiedzall: la..awak pengsan ke? kesiannya..tp syukurlah boleh azan lepas tu

Kaklong Syikin said...

lempoyak: satu yang saya betul2 belajar drp pengalaman bersalin ni, banyakkan berdoa. InsyaAllah, segalanya akan mudah.

saya ni hanya sekali aje bersalin kat hosp.kerajaan, masa Husnalah, lepas tu lagi 3 kelahiran kat swasta. so, saya tak taulah syarat2 yg dikenakan tu, better tanya pihak hospt. tempat yg lempoyak nak bersalin tu. HKL pun dh benarkan suami teman isteri bersalin, sbb cousin saya temankan isterinya dlm labour room HKL tu.

Kaklong Syikin said...

aku: sama-sama. mmg rezeki awaklah tu. :), seronok kalau saya dpt proses mudah camtu.

FaEzHussain said...

Puan Syikin,
ha'a la, saya lupa plak, masa 1st time dulu, saya merapu kat consultant tu, kata nak mintak ceasearean la, dah tak larat la macam2....pastu bila dia jenguk saya lepas dah bersalin, saya tanya balik ada ke saya sebut mende2 tu...dia kata ada...wahhh malunya....
tapi yg tahu nya, masa tgh pushing tu, mulut cakap omputeh jek....diselang seli dgn ayat2 quran mana yg ingat. :D

KAMATO said...

pengorbanan isteri melahirkan anak tiada tolok bandingnya

Kaklong Syikin said...

Dr.Faez: itulahkan, time sakit sangat tu mmg rasa nak lepaskan apa aja kat mulut tu.salah satu nak luahkan rasa sakit tu kot.:)

bro. kamato: terima kasih kerana menghargai para isteri yg melahirkan :)

Sherin de Souza said...

hehehehe. Doa iftitah keluar ye Syikin.hehehehe..kelakar la ni. Apa-apa je la kan asalkan ayat-ayat Allah..:) Mmg bersalin ni suatu pengalaman yg luar biasa untuk semua wanita. That is why all women are special!!!

Ayu Mohamad said...

Hmm saya akan nantikan pengalaman sy nanti.. akak doakan sy eks.. :)

Kaklong Syikin said...

sherin: hehe..itulah pengalaman saya paling lucu masa husna..betul, apa2 ajelah asalkan ayat Allah.

ayu: insyaAllah, moga semuanya mudah:)

Anonymous said...

salam.

best blog puan ni. terutama babak2 kelahiran tu.

;-)

Anonymous said...

salam,

Pengalaman pertama saya pun suami takder di sisi. Yang kedua hingga keempat semuanya ada suami di sisi. Yang lawaknya, suami saya tak tahupun anak dia perempuan. Ingatkan lelaki.... Sebab kami memang expcet dapat anak lelaki. Tapi sampai sekarang.... tak keluar-keluar lagi anak lelaki kami tuu...huhuhu.... Tahniah syikin, satu catatan pengalaman yang baik. pesanan.... blog saya tu dah tak boleh active. Dah tak boleh update.... harap Syikin deletekan. Nanti saya bukak yang baruu....huhuuh...tq syikin. Wasssalam.

Kaklong Syikin said...

zaidakhtar: salam kenal.tq dtg k blog saya :) & tinggalkan jejak.

ummuhajar: alahai, simpati pula sbb belum dpt anak lelaki.insyaAllah, akan ada tu.banyakkan doa ya.
padanlah saya tgk blog tu tak updated dah...insyaAllah, saya akan buangkan sementara. dah ada bagitau ya..

maklang said...

Maklang dah tutup kedai..., InsyaAllah. Dr kata high risk dah ni lepas Hakim lahir at 8 months, placenta abruptio.

Kaklong Syikin said...

maklang: hmm..tumpang sedih gak.tp alhamdulillah, maklang ada anak lelaki n anak perempuankan. lengkap dah tu.Ada hikmah tu. Tunggu cucu pulaklah ya :D