Wednesday, July 12, 2006

Sambungan - Part 2

6 pagi lebih kurangsampai hospital. Rupanya wad bersalin hospital tu dah ditukar ke bangunan hospital baru. Ya Allah..punyalah jauh bagi pompuan sakit nak bersalin berjalan ke dewan besar labour tu. syukur ada pak guard, cepat dia bantu kami tunjuk arah ke dewan besar tu. Dia pun laju semacam berjalan sebab tengok macam saya nak terber@n@k dah. Sian kat suami, lenguh agaknya dia sebab mmg saya berpaut sungguh ngan badan dia masa berjalan tu, tak larat nak berjalan dah, teruk sangat sakit contraction tu. Kiranya dia pun jalan menyenget sebelahlah nak menampung berat saya.

Bagusnya dalam dewan besar labour ni, ada ruang menunggu utk pasangan. Yang ruang menunggu kat luar pun ada jugak utk orang ramai. Saya di bawak masuk ke bilik rawatan biasa dulu dalam dewan tu. Terkejut saya bila nurse bagitau pintu rahim saya baru 2 cm..laaaa, ingatkan dah nak bersalin sangat (pintu rahim 10 cm baru baby blh keluar). Saya bagitau nurse tu, saya nak solat dulu. Tapi dia tak bagi, katanya dah keluar darah sikit. OOO..ok. Tapi, sempat gaklah teliga saya menadah leteran dia. Antaranya dia tanya saya minum air selusuh atau tidak. Saya bagitaulah tidak. Kenal air tu pun tidak & saya duduk ngan suami aje, tak de famili bersama, manalah saya nak tau rupa air selusuh tu camner. Dia tak percaya, sebab sakit saya teruk sangat tapi pintu rahim masih kecil. Dia cakap kalau minum air selusuh pun, tapi pintu rahim masih belum bukak, tak boleh gak, nanti budak kat dalam tu yg kuat geraknya. Emak yang teruk sakit. Malas saya layan panjang lebar khutbah dia, dengar ajelah ngan muka kerang tersengih tu. Masa tu, berhenti pulak rasa strong contraction tu.

Antara 6.30 - 7 pg tak salahnya-
saya keluar jumpa suami kat ruang menunggu dalam, dia suruh saya solat subuh dulu, tapi saya bagitau dia darah dah keluar. Suami ragu2, sebab itu bkn darah wiladah pun. Entah, saya pun ragu2 gak jadinya. Tapi still tak berani solat, kot2 betul itu darah wiladah.

Kemudian, saya dipanggil nurse utk masukkan ubat buang air besar. Apalagi, tak sampai 5 minit, memerutlah…Masa tu contraction sesekali terasa kembali. Suami pula menunggu di ruang menunggu dlm dewan. Oleh kerana pintu rahim masih kecil lagi, saya kena masuk wad (dewan maternity) dulu, tapi punyalah ramai makyung..katil penuh kat semua wad, I tell u. Inilah yang diberitahu oleh nurse pada saya. Menunggulah saya kat ruang menunggu dewan besar bersalin tu bersama2 ngan makyung lain yang belum dapat katil, sesekali layan contraction yg dah tak kuat mana, tapi adalah selang 15-20 minit. Dapat kenalan baru. Masing2 tunggu giliran nak bersalin. Best pulak tengok rakan2 seangkatan nak masuk labour room. Tengahari, baru saya diberi katil tapi kat kelas 3 dulu. Saya layak masuk 1st class ward, tapi penuh, kena tunggu patient discharge dulu. Masa ni hilang kejap rasa mild contraction tu. Rupanya kat bangunan baru ni, dewan materniti ni ada dua aje. Tapi besar. Dalam setiap dewan tu ada 3 bilik; 1st class ward, 2nd class, n 3rd class.

Lepas Jumaat- saya dapat katil kat 1st class bilik. 1 bilik 2 orang. Kebetulan tak lama lepas tu suami pun datang semula selepas solat jumaat. Sebelah petang, saya diperiksa lagi, masih 2 cm. La hai…lambatnya pintu ni bukak. Then ujian jantung baby dibuat. Menyampah tul, boring kena baring lama. Syukur jantung baby ok. Nurse no. 2 ni pun tanya gak samaada saya minum selusuh or idak. Saya jawablah tidak. Manalah nak kenal. Alasan nurse tu sama gak cam nurse no.1 tadi tu, pintu rahim bukak tak besar tapi teruk contraction.

6 ptg ke atas –
strong contraction dah bermula, tapi 15-20 minit setiap satu kalau tak salahnya. Paling teruk, kena sakit pinggang pulak, tu yang tak tahan tu. Sapa yang pernah kena tu taulah. Rasa nak patah pinggang dibuatnya. Berganda2 sakitnya. Masa ni suami dibenarkan teman saya lagi kat wad. Saya bawak jalan2 ke hulu ke hilir depan kaunter nurse di pintu masuk dewan materniti tu. Kononnya nak bagi pintu rahim cepat bukaklah. Nasib baik nurse tak marah saya mundar mandir depan depa hehe. Sebab ruang bilik saya tu tak sesuai, kecik nak mundar mandir.

Azan maghrib – suami diarah keluar, waktu dah tamat sebenarnya. Suami bagitau dia nak solat kat masjid al Azim (betulkan Kak Lady nama masjid negeri tu?) yg terletak bersebelahan hospital ni. Dia bagitau akan datang lagi lepas isyak insyaAllah. Saya pun masuk bilik, contraction masih ada lagi.

Azan isyakentah camner, hati tu tiba2 kuat nak solat Isya', wlwpun duk ragu2 betui ke salah saya solat ni. Sebab darah dah keluar sikit. ( Kata org, kembar darah ni lagi bisa dan lagi sakit drp kembar air). Ah, gasaklah. Saya solat juga, tapi cara duduk atas katil. Bayangkanlah, kita contraction + sakit pinggang + pergerakan solat. Kejap2 terganggu pergerakan sebab contraction datang. Sakit. waaaaaaaaaa..menyerang betul sakit tu.

Lepas solat, segera saya berjalan ke kaunter, bagitau saya dah rasa sakit sangat, dah selang 10-15 minit contraction. Masa tu, ketua jabatan dewan bersalin tu turun. Lelaki tau. Dia ni garang orangnya sebab sejak tghari saya dah terdengar nurse2 duk sok sek sok sek pasal kegarangan dia ni. Ketua ni pulak, bila tau saya sakit ni, suruh saya masuk bilik rawatan kat dalam dewan materniti tu, dia nak check pintu rahim saya, kami ditemani sorang nurse. Dah bukak 4cm rupanya, terus dengan nada garang dia arahkan nurse bawak saya ke dewan bersalin besar tu. Kecut saya dengar nada dia tu. Kita yang sakit lagi sakit dibuatnya. Dahlah katil troli tu abih,sebab ramai sangat bersalin malam tu. Saya ditolak ngan wheel chair. Aduh..menggigil lutut saya menahan sakit. Dahlah jauh dewan maternity ngan dewan labour tu, siap turun naik lif lagi. Masa lalu kat ruang menunggu di sebelah luar dewan bersalin tu, saya sempat mengerling kiri kanan kot2 suami ada kat situ. Takde. Hampa gak.

Masuk dewan labour tu, saya ditolak masuk ke labour room kecil. Ada berbelas buah bilik labour yg kecil2 dalam dewan labour ni kalau tak salah n setiap bilik labour kecil ni ada bilik air sendiri. Itu pun saya terpaksa tunggu kejap kat luar salah satu bilik labour tu, sebab nurse nak bwak keluar patient sedia ada. Then, baru saya dapat masuk. Saya diminta salin pakaian tak salahnya. Kemudian, saya diarahkan berbaring. Sakit tu toksah cakaplah. Saya dahlah jenis tak tahan sakit dan mudah panik. Sorang doktor pelatih datang dan sarung ketuban saya ditebuk,tapi masa tu airnya tak keluar lagi. Sempat saya bertanya doktor tu bila boleh bersalin, dia jawab tak tau.

Kemudian, kena buat ctg lagi. Sabor jeklah. Tapi masa ctg ni mmg tak selesa betul, sebab contraction tengah kuat plus sakit pinggang ..eiii..rasa nak tanggal2 aje alat ctg kat perut ni. Masa ni, nurse k 3 pulak sempat tanya saya, samada saya minum selusuh or idak. Saya tergelak, saya bagitau dia, dia adalah nurse k 3 tanya soalan yg sama. Saya kena explain lagi. Sabor jelah. Dahlah kita tengah sakit ni.

Lepas tu saya ditinggalkan sorang2. Tak sukanya. Dahlah bilik tu kecil, lampu mentol kuning yg agaknya 40 watt aje, ngan kiri kanan dalam bilik tu macam2 peralatan bersalin. Tak mesra pesakit betul. Tensyen saya. Oh ya nurse k 4 yg kena jaga saya pula, mukanya straight aje. Senyum pun idak. waaaa..tensen tensen. Dia tu mmg tak teman saya langsung, keluar masuk bilik aje kelam kabut n laju semacam, sebab sibuk sangat. Penuh aje labour room sebelah kiri dan kanan labour room saya, silih brganti pesakit. Sakit saya bertambah. Contraction makin kuat ya Allah. Abih segala ayat yang saya ingat, saya baca. Siap tarik2 rambut lagi duk tahan sakit ni. Sakit pinggang berganda tu buatkan saya rasa macam nak tanggalkan kejap n letakkan kat tepi katil, dah bersalin barulah nak pasang balik. Kan bagus suami saya ada masa tu. Boleh dia bagi moral support. Saya pun heran napa dia tak de kat luar tu tadi. (Rupanya, wlwpun masa tu hospt. Melaka dah mulakan polisi membenarkan suami menemankan isteri di labour room, tp secara praktiknya depa tak benarkan, sebab takut ada bapa yg ambil kesempatan rambang mata. Sekarang ni tak tau dah boleh atau tidak bapa masuk bersama. )

Yang sedih tu, saya tak diajar langsung camner nak kawal sakit contraction tu. Yelah camner kawal pernafasankan. Mmg zero knowledge betul masa tu.Time contraction paling kuat, kejap2 saya panggil nurse. Nurse k 4 lah yang masuk. Bila checked pintu rahim, masih 4 cm lagi. Naik marah dia sebab saya kerap panggil. Yelah, kita manalah taukan. first experience pulak tu. At last, dia bagi suntikan pada saya, supaya saya boleh rilex kejap. Saya jadi mamai dan terlelap.

Ok. Bersambung lagi.

14 comments:

Alinlai said...

isk isk isk ada berapa bab cite ni ummi? kesiannya lama sungguh nak keluar kan...

Mama Sarah said...

tunggu cerita habis baru nak comment. aci tak?

maklang said...

Ingat pasal nak beranak, tak takut sangat. Maklang takut sekali masa the first trimester...seksa...

Titicaca said...

excited + takot dengar citer..tapi tak sabar nak dengar seterusnya.

Kaklong Syikin said...

Alinlai: itulah dia, sebab pintu rahim lambat bukak.

mamasarah: aci aje :)

maklang: oh..jenis alah kuat ya? siannya..mmg siksakan?

titicaca: hehe..nantikan sambungannya

Unknown said...

saya pun melahirkan Aqil anak sulung saya tu di hospital Melaka. Memang tension gak dgn sikap nurse kat sana tu. Pun lebih kurang cam akak..lambat noo bukak pintu rahim tu. Bila bersalin anak ke dua Alia di sini, terasa sungguh perbezaan layanan yg diberi. Hmmm bagus jugalah agaknya anak ketiga ni pun di sini...kalau tak kena hadapi bebelan yg sama...huhu.

FaEzHussain said...

puan syikin,
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
saya pernah buat elective kat labour room hospital klang, balik aja ke rumah hari pertama saya kat situ, saya sound mak saya, no way saya nak beranak kat hospital kjaan, sebab misi garang giler. (ms ckp tu, tak sedor yg spital kjaan la paling murah hehehe)
so far, saya takde la experience bersalin di malaysia, anak2 semua oversea made, ceh wah....hahah.

saya berharap misi2 dan doktor2 kita dah berubah sikap mereka la ni. pesakit pun manusia jugak....tak baik tengking2....

sabar menunggu entry seterusnya.

Kaklong Syikin said...

yus: nape ek depa sikap camtu..ke sebab depa terlebih penat ?? takkan depa tak paham kesakitan yg kita tanggung, sebab depa pun pernah laluinya kan? doa2lah yus dpt bersalin kat sana.

Dr. Faez: agaknya sebab murahlah tu depa layan patients pun gitu2 kot.hanya husna aje lahir kat hosp. kerajaan, lagi 3 ni lahir kat klinik swasta.

Sherin de Souza said...

Wah, kenapa ditinggalkan sesorang dalam bilik tu? Kesian Syikin. Masa tu kan kita fikir macam-macam..Hai... :(
Sherin ingat masa sebelum masuk bilik bedah mereka letak sherin kat dalam main hall dewan bedah kat damansara specialist hospital tu but hubby hanya boleh masuk dalam bilik bedah lepas sherin dibiuskan dan mereka dah start potong. So, sherin dok sorang kat situ dgn nurse sorang ni. Lepas dengar announcement," Code blue, code blue in O.T 2!" Masa tu lagilah sherin dok fikir macm-macam and tgkkan nurse dan dr lari lintang pukang masuk O.T 2 tu..hai.... macam-macam le...

Tak sabar nak dgr kesudahan cerita syikin ni..:)

tee said...

anak saya yg no.2 & 3 kembar darah. yg sulung operation.

:)

Kaklong Syikin said...

sherin: mmg debarkan...apa makna O.T tu?

tee: anak saya semua kembar darah tee..

Sherin de Souza said...

O.T tu Operating theatre. Code blue tu maksudnya ada orang dah flat line so doktor & nurse tgh cuba revive kan dia.. hish...seram

aNIe said...

Syikin...kak lady masa melahirkan anak sulung tu sakit hampir 12 jam...sakit pun tanggung sensorang tengah2 malam..tak beritau hubby....yang kedua 24 jam...tapi sakit datang & pergi...kak lady check masa setiap contraction intervals...bila dah dekat sgt baru pegi hospital...sebabtu lah Uda tu nasib baik tak bersalin dlm kereta sbb masa kat kereta dah tak boleh duduk betul...sebab kepala budak dah kat pintu...hehehhe...macam2 pengalaman kan....

Anak2 kak lady semua kembar darah...memang bisa...tapi kak lady jenis tahan sakit...sikit pun tak mengaduh...senyap2 aje...muka aje merah2 tahan sakit...sampai orang dlm rumah pun tak tau akak tengah sakit...

Kaklong Syikin said...

sherin: wah..meremang bulu roma saya..apatah lagi org yg merasanya sendirikan.

kaklady: baguslah akak jenis tahan sakit, saya ni mmg tak tahan. kalau demam tu, panas terlebih pun saya boleh nangis..entah apa2 kan?
hmm mmg pengalaman setiap anak ebrbeza2