Pada awal bulan Julai 2000, kami telah berpindah semula ke Selangor kerana suami dpt bertukar kerja ke sini semula. Masa tu saya dah trimester akhir mengandungkan anak kedua, Aiman. Oleh kerana tmpt kerja suami cover kos perubatan di klinik swasta, makanya saya mengambil keputusan untuk bersalin di klinik swasta apatah lagi pengalaman melahirkan Husna di hospital kerajaan menyerikkan saya sebenarnya. Saya mendaftar di Klinik Kohilal, Taman Melawati. Ikut prosedur sebenar, kalau nak bersalin kat klinik swasta pilihan, at least 3 bln terakhir bersalin buat antenatal check up kat klinik tu, tp disebabkan saya baru berpindah, makanya baru sekali saya buat check up kat situ. Aiman dijangka bersalin pada 21 Julai 2000 tapi dia lahir seminggu awal. Kat bawah ni kisahnya;
13 Julai - Sebelah siang, saya mula terasa sengal2 semacam. Petang tu kalau tak salahnya, saya pun pergi ke klinik tersebut, baru bukak 3 cm aje. Doktor suruh saya balik dulu. Saya pun suka ajelah, sebab masa Husna saya dah alami 6 jam duduk dlm labour room, saya tak mau ulangi peristiwa yang sama. Saya tanyalah doktor jangkaan saya boleh bersalin. Doktor kata kalau cepat, tengah malam tu boleh bersalin dah. Wah, saya punyalah hepi ngan cakap doktor tu.
Saya balik tu, apalagi punyalah pulun buat kerja rmh, kononnya nak bagi cepat pintu rahim terbuka. Saya mengerjakan dapur rumah tu, siap mengemop bagai. Contraction pulak terhenti tanpa disedari. Habis kerja semua dalam jam 2 pagi. Tetapi, masa nak tidur tu, perut tu start balik rasa sengal2 semacam. Tapi tak sakit pun.
14 Julai – Sebelah pagi, saya ajak suami pergi ke klinik Kohilal semula sebab sengal2 tu berpanjangan. Husna saya tinggalkan dengan mak. Bila doctor check masih 3 cm. Alahai, punyalah pulun buat kerja, tak bergerak wlw 1 cm pun!!! Tapi, dek kerana dah ada turun darah sikit, makanya saya ditahan wad. Syukur saya tak alami contraction teruk mcm masa Husna dulu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya tu.
Hampir tengahari saya dimasukkan drip air untuk mempercepatkan contraction. Masa nak cucuk jarum kat kulit saya ni..nurse yang in charged tu tak dpt cari urat darah saya. Punyalah mencuba kat dua2 belah tangan, tak berjaya kat sebelah, pindah kat tangan sebelah. Akhirnya berjaya gak. Yg dah tersalah cucuk tu, kulit tu jadi bengkak n lebam.
Dek kerana saya pakai drip air, makanya saya terpaksa ke hulu ke hilir menyeret tiang drip tu, hatta ke bilik air sekalipun. Masa nak solat zuhur pulak, kalau saya solat kat lantai, camner nak rukuk n sujud, tak pasal2 nanti tercabut drip tu. Sudahnya, saya solat sambil berdiri atas katil. Masa saya solat ni (saya tarik langsir keliling katil utk menghalang pandangan orang), sorang nurse masuk. Terkejut dia tgk saya solat berdiri, atas katil pulak tu. Abih solat, dia jumpa saya minta saya jgn solat berdiri atas katil lagi, buatnya terjatuh… naya jer. Waktu solat asar, saya solat duduk atas katil.Hmm..selesalah sikit. Tapi yang renyah tu, tiap kali waktu solat fardhu ni nak kena tukar tuala wanitalah sebab darah dah turun dulu. Saya kembar darah gak kali ni.
6 ptg lbh kurang – pintu rahim saya diperiksa, dah bukak besar juga (tak ingatlah berapa cm). Tapi syukur tak de strong contraction..masih mild lagi. Tapi masa ni dah start sakit pinggang sikit. Nurse nak tahan saya masuk labour room. Ikutkan hati tak mau, tapi sebab depa dah nak check condition jantung baby gak, terpaksalah. Yang saya suka labour room klinik ni, lampunya jenis lampu kalimantang. Jadi terang benderang. Cumanya saya masih tak suka tengok segala peralatan bersalin tu. Menakutkan. Dan syukur kali ni suami saya dpt menemani sama dalam labour room.
Azan maghrib – contraction makin kuat, tapi tak de tanda2 baby akan keluar lagi. Masa ni suami dan beberapa orang nurse keluar solat. Tinggal saya dan sorang nurse aje. Sempat suami pesan saya solat maghrib sebagai menghormati waktu solat. Dengan contraction + penutupan aurat tak sempurna, saya berjaya gak solat atas katil labour tu sambil baring. Tak pe, lepas pantang ni boleh qadha’ semula. Tapi, takdir saya meninggal time labour ni, terangkatlah kewajipan saya nak qadha’ semula.
Lepas solat maghrib, suami, nurse dan sorang bidan masuk semula. Masa ni sakit sangat2 dah. Air ketuban saya dipecahkan oleh nurse. Cepat pula kali ni air ketuban saya keluar. Kalau Husna dulu lepas dua jam dipecahkan baru mau keluar. Abih aje air ketuban keluar, terus sakit yang amat sangat. Saya tak mo baring, nak duduk pulak. Melayan contraction yg gila2 sakit ni. Sakit pinggang pun ya, tapi kurang berbanding Husna dulu. Bidan n nurse ikut ajelah kehendak saya. Tapi saya baring balik. Pas tu bangun balik. Aduh..rasa nak berlari aje masa sakit ni biarlah baby keluar masa saya tengah berlari tu takpe. Ada sekali tu, tengah sakit sambil duduk tu, saya memegang besi penghadang tepi katil, tiba2 ia tercabut dan jatuh ke lantai disebabkan kuat sangat saya pegang masa menahan sakit contraction tu. Sian pulak kat suami nak tolong betulkan balik. Tapi nurse suruh biarkan aje kat lantai.
Bidan check pintu rahim saya, dia terkejut sebab dah bukak 9 cm tapi tak de tanda2 baby akan turun lagi. Kalau ikutkan, masa ni baby dah boleh keluar dah sebab dah pernah bersalin dulukan. Kesian dia tengok saya yang sakit sangat, dia pun nak tolong. Dia bagitau saya dia akan masukkan dua jarinya ke dalam hingga pintu rahim saya dan dalam masa yang sama dia minta saya meneran. Adalah hampir setengah minit, tapi ya Allah sakitnya masa buat tu, hampir tertendang saya muka bidan tu yang kat hujung kaki saya. Tahan ajelah. Lepas tu baru dia kata ok dah, tak de lagi lendir2 menghalang apa entah istilahnya. Bidan or nurse kemudiannya keluar panggil doktor.
Kemudian doktor pun tiba. Lembut aje doktor ni dan soft spoken, suka saya. Asalnya suami saya berdiri sebelah doktor, tapi sebab nurse n bidan pun dah masuk semula labour room tu, suami beralih ke bahagian kepala saya. Doktor minta saya teran. Saya teran sekali tak mo turun gak. Kali kedua tak mo gak. Bila saya cuba teran lagi, alhamdulillah baby selamat keluar, tapi saya terdengar doktor mcm berkata2 sesuatu dan dia nampak terkejut. Rupanya tali pusat baby dah melilit leher dia!!! Mereka pun tak dpt kesan awal2 lagi keadaan tu. Syukurlah baru satu lilitan besar, kalau dah banyak belitannya, tak mustahil saya kena operate. Padanlah masa dah buka 9cm tu baby tak mo turun2 lagi. Agaknya bila dia nak turun, lilitan tali pusat menghalang pula.
Waktu kelahiran Aiman ni pada jam 8.43 malam. Berat dia 3.3 kg. Dan sebaik aje Aiman keluar, saya sempat melihat muka suami saya, rupanya air mata dia bergenang tengok saya bersalin. Sempat dia bisikkan ucapan terima kasih pada saya. Bila dah keluar klinik,saya pernah tanya dia nape tak berdiri sebelah doktor masa tu, dia kata tak sampai hati nak tengok berdepan. Syukurlah suami saya tahan ngan keadaan saya bersalin tu, kalau tak, mau dia pitam sama. Kebetulan mak, Husna dan andak (adik ke4) tunggu kat luar labour room masa bersalin tu, jadi lepas keluar baby tu, mak saya dpt masuk kejap dalam labour room tu, gembira dia saya selamat melahirkan. Dapat ciuman mak lagi yeye.
Dan macam Husna, masa meneran keluar tu mulut saya bising, tapi taklah keluar doa iftitah macam masa Husna tu, hanya zikrullah aje hehe. Tapi, zikrullah tu pun keluar jugaklah suara saya melepasi labour room tu sebab Andak yang menunggu kat luar labour room tu terdengar suara saya mengerang. Dia pun cakap kat mak lebih kurang ayatnya, apalah kaklong tu mulut bising masa beranak. hahaha. Mak pun cakap kat saya, saya pun cakap kat Andak kemudiannya, nanti ko bersalin ko taulah sakitnya camner. Entahlah, bila saya keluarkan suara tu rasanya keluar sekali tensyen2 sakit tu. Tapi saya memang tabik ada orang tak keluar langsung erangan sakitnya tu.
Syukur kelahiran kali ni lebih mudah tapi masih ada sakit pinggang sikit time bersalin. Patutnya saya doa minta jangan sakit pinggang langsung, ini saya minta kurangkan sakit pinggang tu, so Allah bagilah apa yang saya mintakan. Apapun memang kena banyak berdoa ngan Allah time hamil supaya mudah segala urusan kehamilan dan kelahiran.

17 comments:
sure seronok masa tu sebab dah dpt sepasang kan? cam saya ni pun dah ada sepasang, rasa nak tutup kedai jek....:D
thesis dah siap baiki ker? saya baru je dpt email dari facilitator, baru la ada semangat sikit nak buat kerja.
hujung minggu ni berjalan jauh.
have a good weekend
syikin....
eh nama Aiman...:) sama je ek.
bila baca entry pasal nak bersalin ni...masih terasa respect dan sayang saya kepada kaum2 ibu....
memang la patut syurga itu di bawah telapak kaki ibu....
*syabas kepada seorang ibu muda yang masih tekun belajar*
Idham
teringat2 pulak masa bersalin dulu.. alhamdulillah dipermudahkan Allah segala urusan.
muka suami masa tuh memang lain la, kalau diingat2 masa tu lah nampak dia appreciate kita.
masa houseman dulu, pernah conduct delivery. tangan saya dipegang dek mak tu, sort of nak bagi dia semangat. memang rasa nak patah tulang tangan saya kena pegang.
Dr. Faez: hehe...mmg lega dah dpt sepasang masa tu. kiranya tak perlu 'pulun' lagilah.
cantent dah siap baiki, dah hantar proof read. kiranya lps ni nak baiki grammar ajelah, tunggu lecturer tu bagi balik aje ni. dah 2 minggu dah ni. tensen gak menunggu.
oh..moga selamat dlm perjalanan jauh tu. saya tak kemana2 pun :D
Bro Id: hehe...itulah sama. terima kasih kerana menghargai pengorbanan para ibu. untung kak lil dpt bro Id :D
terima kasih. doakan saya dpt belajar lebih tinggi lagi.
Angah: saya kira, suami yg dah melihat isterinya bersalin lebih appreciate isterinya n lebih bertolak ansur.
NBB: heheh..lain kali jgn bagi pegang dah. pakcik saya pun cakp camtu gak masa isterinya nak bersalin.
iskk..ngerilah dgr pasal syikin bersalin ni. mcm seksa betul lah sakitnya tu. takuttttttt...heheeheheh
Aku: cukuplah sekali ni cicir hp tu, haru biru satu hari saya jadinya.
insyaAllah, moga ada sinar bahagia dlm kehidupan rmhtangga aku nanti.itu doa saya :D
apple pie: hehe..sakit bersalin tu mmg seksa. tp, pahalanya besor, hilang dosa2 masa bersalinkan anak ni :D
Sakit bersalin tu, besar pahalanya hilang segala dosa si ibu....si ayah pulak bila dah tengok siisteri macam tu moga insaf ler hendaknya. Jangan diabaikan isteri. Berbagai pengalaman kita dengar pasal bersalin, syikin serik ker nak beranak lagi...he..he..he
Saya dah habis kuota, husb tak sanggup tengok saya dioperate buat kali ke 5...
Syukur Aiman ok walau pun terlilit tali pusat.
Syikin, kita tak pahamlaa rasa sengal2 tuu rasa camne? Kita nak tahu gak ape tanda2 branak nie
shami : time bersalin tu mmg tobat rasanya tak mo bersalin dah. tp lama2 tu terasa nak tambah anak lagi plak..hahaha.
ohh..cukuplah shami, tak yahlah operate lagi, sbb komplikasinya lagi teruk tau.
HM: camner nak jelaskan ya? paling penting HM akan rasa mcm perut tu mengeras dan terasa sakit sikit. kalau mild contraction tu tak terasa sakit sangat, tp strong contraction tu HM akan rasa perut tu mengeras dan sakit yg amat.
tang sakit tu tobat.. yg lain tu tak pulak hehe
isk isk... bila baca ni, rasa takut lak...
zino: hehe..mmg tobat sangat dah masa tu, keluar baby terus ilang sakit..tobat pun tah kemana :)
sastri: itulah sebabnya pahala bersalin ni besar bahkan ibu yg mati bersalin ni dpt syahid dunia, insyaAllah. tp jgn takut, time bersalin jer sakit, abih tu nanti hilanglah sakit tu..cuma ia meninggalkan kesan pada kita rasa sakit tu
Yang part tali pusat terbelit kat leher tu pernah dengar kes serupa...kata orang2 tua bila besar nanti jadi orang terkenal..tak tau la betul ke tak...
seronok topic ni! pandai syikin tuliskan agar tak luput dek ingatan.
saya saje je nak eksyen; pengalaman saya lebih kurang syikin je. tapi setiap kali bersalin, memang saya ingatkan diri jangan bagi berbunyi langsung suara ni. tapi memang baca doa nabi yunus non stop dalam hati.
mamasarah: yelah, pengalaman melahirkan setiap anak berbeza2, tu sbb menulis dlm blog ni supaya blh ingat balik..takut lupa terus je.
baguslah awak tak keluar suara, saya cuba juga, tp takleh lah :D
BP: oh ya ke jadi org terkenal? hmm..jgn jd terkenal sbb jahat udahlah.na'uzubillah.
Post a Comment