Hmm..nak citer apa ya. Tak de mood pulak nak berblog :). Haa..syukur Huda dah baik demam sejak malam tadi, kecuali selsema masih ada. Tapi yang mendebarkan si Alia pulak. Lepas maghrib semalam (Khamis malam), Alia yang on off demam tu, saya tengok badan dia dah berbintik2 merah. Bukan kat situ aje, satu badan!!! Berdebar tiba2 takutkan denggi pulak. Tapi bila saya menghitung tempoh dia demam tu, baru tiga hari aje demamnya dah keluar tompok2 merah tu. Mustahil pula denggi. Baru terfikir, dia kena campak agaknya. Dan hari ni, demam Alia mmg dah kebah, dan bintik2 tu masih ada lagi. Hmm...nak kena cari air kelapa muda ni, kata orang tua2 biar bintik2 merah tu keluar habis.
Oh ya, petang semalam (Khamis), saya menerima tetamu yang belum dikenali, dia nak beli phyto fiber. Kali ni saya benarkan tetamu tu masuk, sebab dia membawa isterinya bersama. Itupun hari Rabu dia dah called bertanyakan blh atau tidak datang untuk membeli, saya pesan call dulu takut2 saya keluar pula. Tak sangka pula petang semalam isterinya telefon pula kata nak datang. Suami pulak tak balik lagi, tapi saya called dia siap2 bagitau dua tetamu ni nak dtg. Seronok kalua berbual ngan orang ramah ni, sebab kita tak kekok. Kalau orangnya pendiam, sukar gak nak berbual rancak.
Hari ni (Jumaat), saya rasa malasssssssssss...entah kenapa, mood nak blogging pun entah mana hilangnya. Tapi nasib baik ada mood nak edit benda2 teknikal tesis saya mcm baiki bibliography & footnotes. Nampak aje mudah, tapi boleh rasa nak muntah, sebab nak kena teliti satu persatu, apatah lagi kalau melibatkan bahan rujukan selain bahasa Inggeris, terutama bahasa arab. Ejaannya nak kena betul dan kena tukarkan ejaan drp b.arab tu kepada roman. Memang ada manual disediakan, tapi poning den dibuek eyyy.
Minggu ni anda ke mana? saya tak tau lagi. Sebenarnya ada jemputan kawin di area Seremban, dua pupu saya berkahwin, tapi tak pasti nak pergi atau tidak sebab fikirkan demam campak Alia tu tak hilang lagi bintik2nya. Kalau bawak nanti, takut pula berjangkit kat budak2 di sana. Hmm..tengok dululah.
Ok, sebelum berundur, lupa saya nak story, 18 Jun - 24 Jun lalu mak, kak lang & andak (2 adik saya) bercuti di Tenom, Sabah Mereka ziarah kak ngah (adik saya) yang menetap di sana. Adalah seminggu depa duduk kat sana. Masa balik tu, depa bawakan ole-ole untuk saya anak beranak. Terima kasih mak. Dan seperti biasa, saya kongsi gambor2 nya dalam slide lah, mana lagi :).
29 comments:
confirm campak ke? kesian alia.
anak2 saya belum kena lagi. Saya sendiri pun belum pernah kena seumur hidup. takut juga.
seronoknya dapat prezen dari Sabah. rindunya kat ikan masin!!!
mama sarah: eh, kebetulan ya..saya baru aje balik drp blog awak :).nampaknya begitulah Alia kena campak. syukur dia tak meragam. lasak lagi adalah.
oh..mama pun belum pernah kena lagi ya? tak per, jgn takut.
alahai, kesian pulak dengarnya. nanti balik msia, makanlah ikan masin puas2 :)
Kalau baby kena campak, letakkan daun neem - daun bambu as alas dia tidur. Hujung2 daun dia yang tajam2 tu kalau kena kat badan boleh legakan sikit gatal2 kat badan dia, InsyaAllah
Chic pox..? dah cari pokok neem..?
wahhh bestnya dpt ole2 dari sabah.
oo dah pandai buat slides yer.
tahniah.
lama dah tak jengok blogs kekawan. letih sesgt minggu ni...
selamat bergaye dgn purse baru.
dan samalah sesama membaiki thesis/ essay
maklang & BP: oh..baru tau petua ni. terima kasih ya.
Dr. Faez: tq datang sini lagi :).lama dah tak nampak dr. kat sini, tertanya2 jugak. hehe..dah bergaya dah ngan dompet tu. ha..samalah kita baiki tesis kita. harap2 dr. pun dah baiki juga :)
memang aku suka pi sabah, ramai kawan sana...
Mira dulu dah kena demam campak..memang kesian..kak syikin kena carik daun semambu (byk kat area kuil india..)..rendam daun2 tu dan mandikan..tak pun, kalau susah nak carik daun tu, carik sabun daun semambu (kat kedai runcit india ada juai rasanya)..pakaikan kat Alia waktu dia nak mandi..kata orang, cepat leganya..
Aik takde mood pun.. panjang jugak syikin blog! hhaha!! Jangan mare.. Saje usik Syikin
Bestnyer gi Sabah. Seafood kat sana memang murah!
cian si Alia tu kalau betul dmm campak. anak tee tak de yang pernah kena lagi. cuma 'bertih' jer - adik kpd campak. tak pe biaq kena la ni drpd bila da besar.
OS: oh..gitu kisahnya :)
oren: thanks petua tu ya :)
HM: haha..saya dah agak akan ada yg mengusik camtu.tak marah aihh..gurau hari Sabtu :). cuma barang2 dapur mahai kan?
tee: camner rupa bertih tu?
alia mcm mana sekarang syikin? betul ker kena campak?
waaaaa banyak jugak hadiah dari sabah yg adik adik syikin bawak balik..lepas ni mesti buat lauk ikan masin dari sabah kan? :0)
simah: betul. tp alhamdulillah, beransur hilang campak tu.
ha, itulah, tak sangka jugak depa beli banyak camtu. heehe, lum goreng lagilah simah.
kv ngan hang nadim pun asyik on off jek demam. Kv siap gi injek bagai. Baru rasa segar sikit tubuh. Tp sambung berpanas tepi pantai rasa nak demam balik dah.
Lama tak jenguk awak, dah siap ker sumer kerja tesis tu,...betuk ker anak demam campak...banyak hadiah,..syoknya..he.he..he
dok asik buat tesis kot, tu yg jadik malas nak tulis lagik..
kv: harap2 kv n hang nadim cepat sembuh ya..
disham:content dah siap, benda2 teknikal jer dlm pembetulan.ha ah, alia kena campak. syukur demam dah kebah tapi bintik2 campak tu masih tinggal sikit.
titicaca: agaknyalah kot :)
Rayyan baru kena chick pox last 2 months. jangkit dengan ayahnyer. Kesian sangat. So camner anak kak syikin? Kengkadang bintik merah tu sebabkan panas.
zakiah: alhamdulillah...alia dah sihat dah. bintik2 merah tu beransur hilang. tp bila zakiah kata bintik merah tu sbb panas, buat akak terfikir gak...
bie: hehe..itulah, akak pun terkejut.
waaa.. bestnya. banyak dpt present yer.
tompang lalu..hiks! kesian budak2 tu demam. moga cepat sembuh. lain kali kirimlah barangan pearl ataupun bracelet kristal dari sabah. kat sana murah-murah. :D
Moon: hehe..betul tu, tapi teringin gak nak p sana. kata org nak tgk tempat n budaya org :)
MB: hehe..mmg best
apple pie: tq kunjung balas :). alhamdulillah depa dah sembuh. yg bracelet n locket pearl dah dapat dah :)
muahhaha...inilah yang dikatakan ciri2 blogger tegar...malas2 pun panjang berjela dia taip!!!Macamana Alia?
tak dpt tgk ole-ole tu...tapi komen orang dlm ni banyak...apa la yang mak syikin beli tu?...
Assalamualaikum,
Lama tak dgr citer. Nani takde kat Mesia kat 10 arigak lah.Skadar jenguk skejap blog2 member. Skang dah balik. Back to normal. Suka tgk Blog ni, kemas jek.And suka gak tgk tempat gantung bentuk gong tu..antik! Kesian diorg kena campak. Sofiya dulu, lgla..baru brape bulan dah kena campak. Berjangkit kat nursery. punyer la geram, sbb dahtau ade budak kena campak,jgnla amik. Dahle baby lg. pastuh maybe Sofiya naik sikit je, mcm tak abis, masa raya haji last year naik skali lg.Smoga diorg sume cepat sembuh..
anak2 akak tak pernah kena lagi campak atau chicken pox tu...akak sendiri pun tak ingat dah kena ke belum campak tu...chicken pox ingat la sebab masa tu akak form 1, kena kuarantin masa dok kat MARA....
MR: hehe..sabor jeklah, tak leh nak lawan MR lagi tuh :). ALhamdulillah, Alia ok dah.
Alinlai: la ya ke? mak bagi baju t utk suami n anak2, saya dpt dompet syiling, ikan masin Sabah, sejenis kuih, kopi uncang Tenom, penyangkut kunci yg ada gong tu n satu gambar lupa nak masuk, ada gelang n rantai manik utk anak2 dara saya
Nani: wa'alaikum salam..la, padanlah akak p blog awak tak update2. itulah yg akak risau, jangkit berjangkit..syukur tak berjangkit. sian pulak dngr citer sofiya tu.
kak wan: kalau nak kena, betterlah dah besar, sian kat depa kalau kena kecik2 dulu. saya dulu kena masa darjah 3 tak salahnya.
President MASK mana buleh 'takde mood' nak update blog...kelak MEMAKAN DIRI...ha..ha..ha...
nbk: hehe..bilahlah saya dianugerahkan sbg presiden MASK ni? nak kena ada mesyuarat agung tau!!! :).
Post a Comment