Salam semua. Apa nak citer ya. Saya tengah kalut sbnrnya ni menyiapkan pembetulan tesis keseluruhannya sblm dihantar utk english editing. Lepaskan penat menaip, masuk blog pula ;). Oklah, hujung minggu baru2 ni tak de aktiviti menarik. Duduk rumah aje. Sabtu malam Ahad, kami menerima kedatangan tetamu mengejut. Dah nak sampai rumah baru kawan tu telefon yang dia nak datang. Alamak, nak sediakan apa ya. Dahlah malam tu kami malas nak keluar p pasar malam macam biasa. Duk fikir2 nak hidangkan apa, baru teringat saya ada rebus kacang hijau. Hati tu kuat sangat nak merebus, walhal bukannya nak makan segera pun. Kebetulan saya buat bubur pulut hitam juga. Dah tetamu ni datang, rezeki depalah. Saya masak bubur kacang. Ralat pulak tak dpt sediakan makanan lebih berat. Tak pelah, lain kali kami suruh mereka beritau awal kalau nak datang. Sepanjang hari tu pun saya mengadap tesis, baiki pembetulan.
Ahad pula tak kemana. Hajat hati nak ke rumah MR, tapi tak dapat juga sebab Aiman yang sejak Khamis on off demam panas masih lagi demam. Saya cuma called MR aje bagitau tak dapat datang. Sian gak kat dia sebab demam juga. Alahai...sedaplah suara MR kat tepon (bukan nak bodek tau MR). Segannya saya, ramai tul mama n puan blogger kita ni yang soft spoken gitu..saya gak yg kasor semacam. Kata orang jenis suara besor. Bak kata Nik Ha, sesuai jadi cikgu hehee. Malam tu pulak, Huda demam panas. Berjangkit pulak.
Isnin, Aiman dah p ke sekolah, tengok dia ok. Tapi saya bekalkan ubat demam, angin & sakit perut. Siap telefon cikgu dia lagi minta tolong pantau keadaan dia. Petang Isnin, suami hantar anak2 pulang, bawak pula Huda p klinik. Setengah jam lepas tu, Husna pulak mula demam. Saya bagi ubat demam yang sedia ada dalam stok. Malam tu, Husna menangis sebab dia rasa sejuk sangat. Kaki dia punyalah sejuk, tapi kepala panas ya Rabbi. Taulah saya suhu dia terlalu panas. Kesiankan dia kesejukan, saya benarkan dia berselimut dan memakai stokin. Lepas 2 jam baru hilang sejuk kat kaki dia tu. Sebenarnya dalam tempoh lepas maghrib - tengah malam, saya tak boleh nak concentrate langsung menyambung baiki tesis. Kejap duduk, si Husna merengek kesejukan. Suapkan dia makan. Duduk balik, si Huda pulak, sibuk sakit perutlah, mengadu penatlah sebab demam dia pun tak berapa kebah. Si Alia pulak, pantang saya menaip, sibuk dia menyelit diriba. Geram dibuatnya. Tapi kena riba gak, kalau tidak tak jadi kerja saya. Si Aiman pulak, sibuk mintak itu ini, terutama susunya. Rasa macam ujian sungguh masa tu. Sampai satu ketika tu saya buat announcement kat depa mintak jangan kacau saya dah kalau tak penting. Apalah ummi nikan. Tengah malam, ALia pula demam.
Hari ni, Husna tak ke sekolah. Ayahnya bawak p klinik. Suhunya 40 celcius. Panas tu..Dia dapat cuti 2 hari. Huda n ALia masih demam lagi on off. Tesis saya? Ni saya nak sambung menaip lagi ni. Ha, kalau nak tau, sambil saya menaip ni, sambil meriba si Alia. Jeles betul dia tengok saya mengadap pc. Oklah. Oh ya, slide kat bawah tu adalah antara aktiviti anak2 saya masa di Corus Paradise Resort.
25 comments:
hahaha..seronok tengok budak2 comel nih..reminiscence zaman2 kecil dahulu.. saya pun adik beradik 4, yang bongsu namanya aiman..panggil mak pun ummi.. what a coincidence!
asyik masuk blog je bila nak siap tesis tu hehe..
Semoga anak2 akak cepat sembuh dan ummi dia dapat siapkan tesis dgn cepat.
p/s: mlm smlm perasan slide tu jer ada n cerita ni takde, tapi nampak sidebar akak ke bawah. Hari ni dah ok dah...heheh congrats.
Alia yus pun kalau ibu dia mengadap komp sibuk kat riba, n sibuk tekan2. Nasib ibu dia tak sibuk tesis, sibuk blog ajer...hahaha.
tadi nak masuk blog ni asyik error aje...tatau kenapa...cepat2 la habiskan tesis tu ek? (yer yer je suruh org, akak sendiri terbengkalai) hehehehe
Syikin, harap-harap anak-anak Syikin sembuh dgn segera. Also, semoga ur tesis dapat selesai tanpa sebarang hiccups.:)
Sedap bubur pulut hitam. Nak sikit?
Kak, dugaan semua tu... Sabar la k... Insya Allah semuanya akan ok...
Tak pe masuk blog...lega sikit lepas sakit kepala menaip thesis...betul tak Syikin!
Musim demam dah mai,...Syikin, selamat berjaya baiki tesis tu, jangan awak pulak terjangkit demam, pastikan sumer siap dulu,...he..he..he..
congratulation syikin..berjaya syikin buat slide tu.. *hugs* sabar je la yea.. memang syikin ni superwoman betul.. insyaAllah anak syikin akan baik dari sakit tak lama lagi..
Moga semua anak2 syikin cepat sihat. Amin. Dan selamat utk syikin jugak.
Syikin ajzie dah tukar email add tau.
ajzie69@yahoo.com
Syikin...moga anak2 tu segera sembuh...kesiannya budak tu...
Kak lady pun tak berkesempatan ke rumah MR...sebab balik kampung dan terlewat balik....
Errmm...kalau syikin dengar akak cakap lagi le kasar....eh...kasar ke kuat ye...kuat kot...hehehhe
hi kak syikin,
cakap pasal bubur...kita pun buat bubur pulut hitam. Hihihih. Nak rebus kacang hijau juga. Nak buat kuih kacang hijau goreng tuh.
meleleh dgr pasal bubur...dah tiga malam dinner makan megie ne hehehe
idham
alahai ciannya...demam lagi budak-budak tu. Alia jeles tu ummi dia dok ngadap komputer tak ngadap dia :) ok selamat membaiki apa yang patut...
muahhahahah...soft spoken yang tahan tu...rasa macam nak terjatuh dari kerusi ni!!!Itu baru intro permulaan nanti dah lama bercakap baru kekasaran tu...silap hari bulan mau semua terkejut!!Amacam ngan anak2 shikin dah ok? Harap semua kembali sihat!!
qisti: kat dunia ni banyak yg kebetulankan..:)tq dtg k blog saya.
zino & mamadiana: heeh..dah siap baiki content.dah antor dah.
yus: huda masih demam.yg lain ok dah. yeye..content dah siap dah.yus thanks sbb ajar ya.
kak wan: mehlah sama2 siapkan cepat tesis tu.
sherin: huda jer masih demam. lain ok dah. content tesis dah siap baiki. alamak, bubur pulut hitam abih dah..mehlah dtg rmh.
sastri :thanks :)
maklang: haha..betui sangat2 tu, blog ni tpt lepaskan tensen..
shami: syukur tak demam lagi ni :).content tesis siap dah :)
simah: tq ajar saya ya. amin, tq doakan saya jd superwoman. belum capai tahap tu lagi..huhu. huda jer masih demam panas.
ajzie; thanks for the doa :). ok, tq for the email address tu.
kak lady: huda aje masih demam lagi. haha..nanti nak dengar suara akak sendiri baru blh komen kuat ke, besor k, romantik ke..
zakiah: tq dtg ke sini :). eh, akak pun suka makan kuih kacang hijau tu..senang dibuatkan..
idham: alahai, kesiannya. bila kak lil nak balik ni? mesti dia sedih dgr bro. id makan maggie 3 malam berturut2.
senang jer buat bubur tu..rebus kacang hijau or pulut hitam tu sampai empuk. then masukkan santan pekat, gula secukup manis tekak, n sedikit garam utk tambah lemak n sehelai daun pandan kalau ada. biarkan sampai menggelegak.then tutup api :).
alinlai: mmg kesian kat depa, bab panas badan yg tak tahan tu. hai..mmg alia jeles umminya belek pc..sabor jelah.
MR: hehe..betuilah, sedap tau suara MR, takde gaya brutal langsung..oh ya..huda jer masih demam panas.
wowowowow... Puan type pakai MSword ke Latex tsis tu??? dah viva ke ni siap nak hantaq pi english editor...cayalah Puan ;)
Sorry la Syikin lama dah tak visit blog.. HM slalu cuti resting on the bed.
Ala keisannya demam... Biasanya kalau sorang kena, sure jangkit satu rumah. Hopefully anak-anak syikin dah fully recover
btw lawanya swimming pool kat hotel corus!
tahniah.....sebab berjaya buat slide show.....hehehhehe
semoga thesis akak cepat siap dan cepat dpt konvo..aminnnnnnn dan semoga anak2 sembuh cepat..aminnnn
sibuknya akak kat rumah...buatlah satu2...sian akak anak2 pakat demam...skrg nie may be musim demam kot...kena sediakan bekalan ubat secukupnya...
eh tertinggal satu point...akak pun soft spoken jugak org nya...keibuan gituu.
Semoga Husna cepat sembuh...
p/s : Den pun softspoken gak tau...auuwwww...hi.hi..hi..
izhal: taklah..tesis saya tak de viva sbb ia partial fulfilment aje.kalau full tesis mmg kena viva.
HM: tak pe dah trimester akhir ni mmg lekas penat..huda jer masih demam panas. eh, nanti p lah bercuti ke corus paradise.makanan dia pun sedap tau (saya sempat makan hari terakhir masa tu)
OS: time kasih..selepas try n error tu :)
ayu: tima kasih atas semua doa tu :)
moon: huda jer masih demam panas. mmg musim ni rasanya. content tesis tu baru antar pagi tadi utk proof read.
bie: memang nak buat satu2 tapi tak leh gak sbb tesis ni urgent kan..
hehe..awak silap matalah bie..
nbk: hehe..yolah tu lombut. husna dah ok dah.
Post a Comment