MARAHNYA SAYA...
NYAWA MANUSIA TIADA HARGA...
SESUKA HATI DEPA NAK BUNUH ORANG TAK BERDAYA
RASA NAK CEKIK CEKIK SI BUSH DAN EHUD TU SEBAB
DEPA MENGHALALKAN PEPERANGAN INI
RASA NAK SEMBELIH2 DUA EKOR NI SEBAB DEPA BUAT DAJAL
EEIII....GERAM GERAM GERAM
APA PERANAN KITA ORANG MUSLIM AWAM NI?
APA PERANAN PEMIMPIN2 ISLAM DUNIA NI?
Bersyukur kita masih boleh tidur nyenyak siang dan malam
bersyukur kita masih boleh bawa anak berjalan-jalan di hujung minggu
bersyukur kita masih boleh makan dengan kenyang
bersyukur kita masih boleh menonton tv dengan senang hati
Bersyukur kita masih boleh shopping sesuka hati
Malang anak2 mangsa perang
mereka susah bermain sesuka hati macam anak2 kita
mereka susah nak bershopping macam anak2 kita
mereka susah nak makan dengan kenyang seperti anak2 kita
mereka susah nak tidur dengan nyenyak kerana bedilan bom dan bunyi mesingan
mereka menanti masa bila pula giliran mereka tiba
mereka kemudian berlari ketakutan kerana serangan
mereka kemudian terpaksa menjadi pelarian
tapi jika nasib mereka malang akhirnya mereka terbunuh
atau ibubapa mereka terbunuh dan mereka menjadi yatim piatu
mana mereka akan cari ganti ibubapa yang dah pergi???
mana mereka akan cari kehidupan aman sebelum ini???
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AKAN PERTOLONGAN ALLAH UNTUK MANGSA PERANG INI
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR ALLAH TURUNKAN BALA KE ATAS MEREKA YANG ZALIM DAN GANAS ITU
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR PEJUANG2 ISLAM ITU TIDAK LARI DARIPADA MEDAN PERANG
"Ya ALLAH..Kau tolonglah kami hamba-hambaMU yang lemah ini. Kami tahu doa kami ini tak layak diterima kerana terhijab dek dosa2 kami sendiri. Tapi ya ALLAH, Kau tolonglah anak2 kami di sana, wanita2 kami di sana, warga2 tua kami di sana kerana mereka golongan yang lemah ya ALLAh. Turunkanlah BANTUANMU YA ALLAH..TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH...TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH sepertimana KAU pernah menurunkan para MALAIKAT membantu RASULULLAH dalam peperangan, sepertimana KAU pernah menurunkan angin ribut pasir membantu RASULULLAH dalam peperangan, agar MUSUH-MUSUH ISLAM itu KALAH ya ALLAH. Dan berikanlah kekuatan jiwa yang kuat dan mantap pada pejuang2 perang ISLAM itu ya ALLAH agar mereka dapat berjuang habis-habisan hingga KEMENANGAN berpihak pada mereka ya ALLAH. Makbulkanlah doa hambaMU yang hina ini ya ALLAH. Amin ya Rabbal 'Alamin."
p.s. sila masuk blog Faisal Tehrani jika ingin melihat bayi yang mati dlm kandungan kerana ibunya ditembak. Si ibu syahid. Dan malang sekali bayi itu tidak dapat diselamatkan kerana peluru tersebut menembusi belakang badannya. Sedangkan bayi itu menanti hari untuk melihat dunia Allah ini. Dan blog P-nut juga untuk melihat kanak2 cedera parah hingga ternampak tulang2 jari tangan hinggakan melihatnya hati saya terdetik biarlah budak tu mati saja kerana parahnya cederanya itu, tak sanggup melihat dia menahan azab kesakitan nanti. Lihatlah mangsa kekejaman peperangan ini...
30 comments:
Semua orang yang normal akan tersentuh mengenai perkara ini, sama2 kita berdoa semoga ALLAH melindungi orang2 yang benar
AMIN ya rabbal-AL-AMIN...
tau tak saya juga takut benda ni terjadi kat malaysia... disebabkan rasuah, korupsi dan maksiat berleluasa sebuah negara kecil di rantau kita bolehmengganas macam ini juga... Nauzubillah...
Kamato: Amin
Izhal: ya betul, saya pun takut juga. sama2lah kita berdoa agar negara kita tidak terkena bencana yg sama.
amin doa syikin.
dalam saya bersuka ria di sini, sebenarnya terpahat rasa dukacita tentang peperangan di middle east. saya hanya mampu menderma kepada pihak tertentu, dan join perarakan anti war.
saya pun terfikir yang sama dgn izhal. msia belum lagi rasa dugaan yang besar. indonesia dah kena mcm2. bersediakah kita orang malaysia bila ditimpa bencana?
eiii saya kat sini sedih betul tengok perang kat lebanon tu kak syikin...dah la dekat sajer nih. Terasa betul. Mudah mudahan negara kita tak ditimpa bencana cam gitu kan.
fedup gak ngan bush nii.. Grrr!!
Salam.
Ayuh usah kita buang masa lagi. Mulakan dengan diri sendiri, bersihkan rohani, teguhkan iman.
Doa saya untuk mereka di jalan yang benar.
Aaamin....semoga doa kita semua diperkenankan Allah.
BOIKOT ISRAEL!!!
bersyukur lah negara kita aman damai, kan kak syikin. Selagi umat islam tak bersatu, selagi tu depa boleh buat suka hati.
amin...
terasa bertuah dilahir di bumi ini
sedihkan.... hmmm
ni pertanda akhir zaman syikin, kita ramai tapi lemah, cuba tengok sekarang pemimpin islam yg lain hanya menjaga diri sendiri aja
kita sebuk bergaduh sesama kita dimalaysia ni...
....dan kita umat Islam masih lagi tertanya-tanya apakah tindakan yang akan diambil oleh OIC dalam perkara.
.... dan juga kita tahu bahawa isu utama adalah MINYAK..
.... dan sampai bilakah kita keno dok buat usul kat PBB kalau ia menyebabkan Islam dan Zionis?
.... :(
Kita cuma mampu melihat, bersimpati dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana....
Kita cuma ada suara tapi kaki dan tangan terikat...
Bangsat betul AS, Israel dan kuncu2 nya tu....
Sedihkan...bila fikir hal ni!!
Petanda akhir zaman. AS dan Israel memang laknat...Sedihnya rasa tgk gambar bayi tu....apalah nak jadi dgn dunia skrg ni kan kak.
kesian mereka yg lemah - org tua, kanak2 dan wanita.... mmg jahat tul dorang nih... grrrrr...
Negara Arab mempunyai kuasa untuk memberikan "pressure" ke atas US & UN. But for unknown reason atau kepentingan peribadi these ppl chose to wait and see...
Apalaa dia org nie!
Sedihnya....bayangkan kita ditempat mereka...tak daya melawan & takde sesapa nak bantu... even yg mengaku NEGARA ISLAM...
patutkah kita bersyukur hanya kerana kita masih tido dengan lena?
apakah tanggungjawab kita sebagai org Islam bila berdepan dlm hal bergini?
itulah...apakah yg dpt kita lakukan ek selain doa? Tak de ke badan2 or agensi2 yg buleh menyarankan sebarang tindakan yg kita boleh tolong lakukan bersama?
Memang nyawa org Islam sekarang ni sangatla murahnya....dan org2 kita ni dok sibuk berhibur la pulak kat Malaysia nih...bila nak sedar tah masing2...
kesian sangatttt
Setiap kejadian, baik peperangan maupun bencana yang Allah turunkan kepada hambanya adalah kerana, kelalaian, kelemahan, perpecahan dan berpalingnya mereka terhadap ajaran, dan hukum Allah, dan semuanya adalah untuk tatapan kita umat manusia, andaikata kita mendalami kitab Allah iaitu AlQuran ...kita nampak akan hikmah kejadian,maupun hukum Allah kepada yang engkar semuanya adalah supaya menjadi pengajaran kepada kita agar kembali kepada ajaranNya bukan separuh2, tetapi menyeluruh...
....Inilah umat manusia akhir zaman...pelbagai ancaman dan cabaran mereka hadapi, kerana lemahnya mereka dalam pelbagai segi, ..semoga Allah sentiasa melindungi umat islam seluruhnya ..dan semoga negara kita dan rakyatnya bebas dari ancaman musuh2 islam, dan bala bencana khususnya..amin
P/s: Kudrat kita mungkin tidak berupaya melawan, tapi hanya doa mampu kita panjatkan sekian waktu supaya kita semua umat islam sentiasa dilindungi Allah, dunia dan akhirat.
hati saya bagai dirobek2..dihiris.. tapi saya hanya mampu berdoa..moga Allah selamatkan org2 islam semua dans emoga roh mereka yang terkorban diletakkan bersama org2 yg beriman..aminnn
sesungguhnya kita sudah di akhir zaman...
Syikin...kak lady tak sanggup lagi melihat kekejapan rejim zionis ni...
Kenapalah kita ni negara sesama Islam tak mau bersatu padu menentang mereka...kerana kalau diikutkan...umat islam di dunia ni lebih ramai dari mereka...
syikin kemana ye..lama tak nampak di blogland..rindu la pula
utk pengetahuan rakan2 blogger... syikin demam, sejak ari senin baru ni... sama-sama kita doakan syikin cepat sembuh... aminnn
sahabat
Betul kata Kamato..Sama2 lah kita berdoa.
P/s
Banyak Ajzie tertinggal N3 awak. Insyallah saya cuba baca jika ada masa.
Salam
juga terkedu dengan keadaan dunia n umat islam sekarang...
Semoga cepat sembuh dari demam.
Post a Comment