Saya nak share perihal kelahiran pertama anak saya, Husna. Dah lama nak buat entri ni, tp tertangguh dan dalam masa yang sama terfikir, apa kata orang nanti, bab bers@lin pun nak cerita dengan orang. Tapi, dah namanya blog or yang saya faham diari internet, makanya saya nak tulis juga. Nak tulis tangan, sungguh…buruk sangat tulisan tangan saya. Sokmo suami suruh perbaiki tulisan tangan den ni ha. Tu sebab saya fikir blog adalah tempat sesuai untuk saya bercerita. Lagi satu, saya takmo memori melahirkan Husna akan luput begitu sahaja. Maklum ajelah, usia makin naik, sifat mudah lupa tu makin dekat. Paling penting, Husna tau camner dia dilahirkan. Moga dia lebih menghargai kehadirannya di dunia ini :). Sebab bukan senang nak keluarkan manusia kat dunia nikan? Husna ni kiranya anak Melakalah, sebab dia dilahirkan di Hospital Melaka tu. Tapi, kena buat 2 atau 3 parts pasal entri ni. Sebab panjang sangat. Oklah. Ini kronologi ceritanya;
2 minggu sebelum kelahiran –
2 minggu sebelum kelahiran –
Saya masuk wad sebab gara2 terlebih makan tapai pulut. Adalah suku bekas tupperware kecil saya melantak. sedap tul. Sebelum tu memang tahan2 sangat nak makan. Tapi dah nak dekat bersalin ni, terburai jugak iman tu. Tak sangka sakit kepala menjadi2, dicampur pula sakit perut memulas2 yang saya fikirkan contraction nak bersalin. Masa ni masih di bangunan lama Hospital Melaka tu. Malangnya, sebelum masuk wad tu, secara tak sengaja saya terlihat keadaan wanita lepas bersalin dengan darah yang masih menjejeh2 atas katil. Ketika tu saya menunggu di luar bilik rawatan biasa di dalam dewan bersalin, menanti giliran dipanggil. Pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit dan ada sorang ibu yg hendak dicheck servix nya. Bersamanya ada dua doctor pelatih, lelaki & perempuan serta beberapa orang nurse senior yang keluar masuk bilik tu. Tiba2 saya dengar ibu tu mengaduh nak bersalin, rupanya tak sempat ditolak ke labour room dia terbersalin di situ. Yang saya tau tu bila doktor pelatih pompuan tu tergesa2 mmbawa bayi tu masuk k labour room sebelah utk dibersihkan. Sambil tu dengar gaklah nurse2 senior bising doktor pelatih tu tak pakai glove, takut jangkitan kuman kot pada baby. Dr. tu pun mana sangka kakak tu nak bersalin, sebab ia bukan labour room pun. Labour room kat sebelah.
Disebabkan pintu bilik rawatan tu terbuka sedikit, saya tergerak nak meninjau. Ya Allah..terkejut saya tengok punyalah banyak darah kat atas katil tu. Atas lantai pun ada. Rupanya camtu keadaan bersalin. Terus takut tak tau nak cakap. Rasa tak mo bersalin pulak, biarlah baby kat dalam aje. Masa tu suami masih di luar. Setelah giliran saya diperiksa selesai, saya kena tahan wad sebab tekanan darah tinggi. Kalau tak turun gak dlm beberapa hari, boleh kena operation u. Then, saya dapat katil, suami kena pulang sebab dah malam. Sempat saya citer kat suami apa yang saya dah lihat. Masa hantar suami kat lif, menangis saya tngk cik abe melangkah masuk lif, kalau blh tak mo dia balik, biar dia tidur kat situ gak, temankan saya yg masih ketakutan tu. hehe..sib baik tarak orng.kalau tak buat malu aje. Terpaksa dia keluar semula dan pujuk saya masuk ke wad. Saya bagitau dia yang saya takut sangat sebab terbayang2 keadaan pompuan tu tadi. Punyalah dia pujuk jgn takut. Akhirnya termakan gak pujukan dia. Lepas dua hari, saya discharge wad. Tekanan darah saya dah normal. Saya bagitau suami, org keluar wad bawak baby, kita keluar bawak beg baby aje. Hehhehe. Husna masih belum keluar lagi!!!
Sejak daripada itu, saya menghitung hari bersalin. Sebenarnya saya dijangka bersalin pada 23 Jun 1999, tapi Husna masih tak keluar. Dan segalanya bermula pada 24 Jun (Khamis) dan berakhir pada 26 Jun (Sabtu);
24 Jun (Khamis) –
Sejak daripada itu, saya menghitung hari bersalin. Sebenarnya saya dijangka bersalin pada 23 Jun 1999, tapi Husna masih tak keluar. Dan segalanya bermula pada 24 Jun (Khamis) dan berakhir pada 26 Jun (Sabtu);
24 Jun (Khamis) –
6 ptg - mild contraction bermula. Selang sejam sampai tengah malam. Masa ni masih larat buat kerja2 rumah lagi. Get ready packing apa yang patut.
25 Jun (Jumaat) –
Start 12.45 a.m lbh kurang - Saya terkejut drp tidur bila rasa contraction. masa ni, contraction turun kepada setiap 45 minit sekali.
Hampir 3 pagi lbh kurang - contraction mula berselang setengah jam. Saya kejutkan suami, dia pun bersiap. Sementara menanti ajakan saya nak p k hospital, dia selesaikan tugasan kerjanya terlebih dahulu. Saya masih boleh bertahan dan nak pg ke hospital lepas solat subuh cadangnya.
Masuk waktu subuh - masa saya dah siap ambil wuduk tu, aduh..sakitnya makin menjadi. Contraction makin kuat. Segera saya ajak suami ke hospital melaka yg jaraknya 30 minit kalau berkereta ke sana. Cadangnya solat subuh kat hospital aje kalau tak de apa2 lepas tu. Sebelum ni, ramai dah pesan kat saya, kalau hospital agak jauh, sebaiknya ½ jam selang contraction tu bolehlah p hospital dah atau lebih awal drp itu pun tak pe.
Dalam kereta, disebabkan jalan Merlimau – Hospital tu ada yang agak berselekoh dan suami pulak memandu agak laju seawal lebih kurang 5.30 pagi tu, saya terasa kepala baby dah nak keluar dah. Macam terasa-rasa kepala dia menolak2 pintu rahim tu.Tangan kanan saya bergayut pemegang pintu kat tingkap kereta tu. Sempat saya berangan sampai hospital nanti terus bersalin.
Start 12.45 a.m lbh kurang - Saya terkejut drp tidur bila rasa contraction. masa ni, contraction turun kepada setiap 45 minit sekali.
Hampir 3 pagi lbh kurang - contraction mula berselang setengah jam. Saya kejutkan suami, dia pun bersiap. Sementara menanti ajakan saya nak p k hospital, dia selesaikan tugasan kerjanya terlebih dahulu. Saya masih boleh bertahan dan nak pg ke hospital lepas solat subuh cadangnya.
Masuk waktu subuh - masa saya dah siap ambil wuduk tu, aduh..sakitnya makin menjadi. Contraction makin kuat. Segera saya ajak suami ke hospital melaka yg jaraknya 30 minit kalau berkereta ke sana. Cadangnya solat subuh kat hospital aje kalau tak de apa2 lepas tu. Sebelum ni, ramai dah pesan kat saya, kalau hospital agak jauh, sebaiknya ½ jam selang contraction tu bolehlah p hospital dah atau lebih awal drp itu pun tak pe.
Dalam kereta, disebabkan jalan Merlimau – Hospital tu ada yang agak berselekoh dan suami pulak memandu agak laju seawal lebih kurang 5.30 pagi tu, saya terasa kepala baby dah nak keluar dah. Macam terasa-rasa kepala dia menolak2 pintu rahim tu.Tangan kanan saya bergayut pemegang pintu kat tingkap kereta tu. Sempat saya berangan sampai hospital nanti terus bersalin.
Ok. Bersambung lagi...
18 comments:
lama tak masuk, makin cantik blog
Hospital Melaka cantik, bersih dan indah. Anak lelaki saya lahir di situ walaupun telah dirancang beberapa bulan sebelumnya untuk dilahirkan di Hospital K.Terengganu... :)
waauuuu.. shikin leh ingat every little detail yea. tahniah.. tahniah.. nanti MB pun nak buat entry pasal rizq lah. for shikin.. cecepat sambung erk!
ok ... ok ... lepas tu?... tumpukan perhatian pada cerita :)
~alinlai~
akak nie....tak best laa..tgh sedap bc dah hbs...cite mcm ni takleh buat bersiri2 tau...
alaaaaa... bersambung lak.. tak pe, tee tunggu... :)
huh lama nya, nasib baik org rumah saya cuma dua jam lebih jer dlm ot...
hi syikin... baca ur story teringat kenangan sendiri :D...
sambung jgn tak sambung hehehehe
setuju dgn syikin
kita makin menginjak usia
tapi kite nak each detik yg kite rasa tersangat berhargai diingati seperti kejadiannya
tapi kite tak mampukan
'so blog la tempat kita ..bila kita dah tak mampu ingat , kita tau ada blog untuk rujukan..
Syok dgr cerita syikin dok teringin sgt nak makan tapai masa mengandung. Hehehehe...:)
Teringat kisah kita semua masing-masing. Saya dua-dua kali kena C-section. Anak-anak tak nak keluar la walaupun contraction habis-habis..:)Alhamdulillah semua selamat.
Mmg takut kan nak bersalin? Ingat dulu pun takut je, macam-macam le bermain kat fikiran kita.
aiseh Syikin....akak ni tinggal sebulan lebih aje lagi nih nak melalui perkara yg sama nih....sekali pk rasa cam nak operate je, sbb penat oooo tahan sakit nih, kan? tapi of course la, bila ingat pahala yg Allah janjikan tu, lega balik rasanya...
tp akak memang tak berapa suka proses sebelum melahirkan tu macam pecahkan air ketuban, cucuk ubat suruh pi tandas, then tunggu utk meneran...bab nak menunggu utk meneran tu yg rasa cam tak sanggup dah nak melalui....hmmmmm....hehehehehe...kalau boleh tu, bila pi klinik, terus teran, boleh ke? hahahaha..tah apa2 je kan?
Pengalaman bagi sesetengah orang dan ilmu yang boleh dimanafaatkan bagi sesetengah orang yang lain.......
birth story macam macam kan. Saya baru sekali...lepas tu rasa macam serik ajer tapi lama lama tu teringin balik.
aisehmen..tgh saspen tetiba bersambung pulak. mcm drama swasta pulak kekekkeek
alamak..mcm tergantung jer kak..cptlah smbg. Tulah..mcm drama pulak..hehe
saspen saspen...
kamato: terima kasih. dan selamat kembali :)
Raiedzall: hehe..bab n tpt tarikh bersalin ni mmg tak leh dijangkakan?
MB: huish..idaklah, ini pun ada gak yg dah lupa2 jugak. tp saya mmg sedaya upaya nak ingatkan semua important things yg berlaku :)
alinlai:hehe..tunggu...
bie: terpaksa..nanti kang kena complain panjang sangat :D
tee: tima kasih :)
OS: nak buat camner..bukan dipinta.
Ella: hehehe..setiap kelahiran ada kenangankan?
iv: betul tu..sokong 100% :)
Sherin: alahai..siannya kena C. tp syukur both selamatkan..
mmg takut sgt fikirkan saat nak bersalin.
kak Wan; mmglah..saya pun tak suka rutin sblm bersalin tu.. doa banyak2 kak supaya mudah segala urusan ya..
BP: hehe..tak pe, tau pengalaman org, ambil iktibar n pengetahuan
zakiah: mmg serik..tp kuasa Allah,nak mengandung gak lagi lepas tu :)
apple pie: hehe..panjang sangat tu kena bersiri.
yus: tunggu...:)
sastri: hehe..nantikan sambungannya
Post a Comment