Saturday, September 09, 2006

Rangkuman berita

Assalamualaikum..

Malas wehhh nak update blog. Hari Rabu lepas tak de di rumah seharian, balik pun dah hampir lewat malam. Khamis pagi pulak, dah siap entri baru, tinggal nak post aje tup tup ada connection error, lepas tu tak sengaja terpadam semua . Terus hilang mood nak buat entri semula.

Menjawab komen2 entri sebelum ni;

- Moga kita semua terutama para penjual barang dpt mencontohi sikap jujur A yang bukan beragama Islam tu.
- Yap…kami dah beli laptop baru :D
- Kami pun tak tahu kenapa care centre tu tak mahu mendedahkan identity pemilik asal laptop tu.
- Kalau laptop murah tu kena tengok jenama agaknya, mungkin ia bukan jenama terkemuka .
- ZZ, akak lum nak bukak ruang borak lagi, takut tak dapat handle :D.

Oklah, nak bagi rangkuman berita yang berlaku tanpa sempat dicoretkan di sebelum ini.

Calling-calling – Dalam 2 minggu lepas, saya berpeluang mengenali suara Ayu dan IV menerusi perbualan telefon. Masing-masing happening orangnya. Terkejut saya dengan kelembutan suara IV… macam suara budak. Awet muda. Hehehe. Dengan Zareda pula, kami hanya sempat bersms aje sebab dia sibuk sangat masa tu.

Trip – Kasihan Husna sebab tak dapat ikuti lawatan sambil belajar pelajar2 Tahun 1 sekolahnya pada Selasa lalu kerana benguknya telah berpindah ke pipi sebelah lagi. Tapi,syukurlah dia dah ok sekarang.

Buku – Saya antara 10 bloggers bertuah mendapat buku percuma dari Prof. Madya MKI. Ia sampai petang Selasa lalu. Buku ini mengenai pengurusan UiTM. Terima kasih banyak-banyak Prof. Madya :D.

Siput sedut – Hari Rabu lepas, saya sekeluarga menikmati siput sedut masak lemak cili api masakan mak saya. Tapi, mak saya tak makan, dia memang tak lalu, cuma masak aje bolehlah. Husna dan Aiman pula meratah sampai 2 mangkuk siput sedut tu. Part sedut siput ni tu yang thrill tu, ada masanya senang keluar isinya, ada masanya sampai sakit perut nak menyedutnya keluar..hehe.

Kritikal – Petang Rabu, saya dapat call drp sahabat, X menceritakan jirannya, Kak A bersalin normal di pusat perubatan swasta. Tetapi bleeding selepas tu. Kemudian Dr. terpaksa bedah membuang rahimnya. Malangnya, masih bleeding lagi. Terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan. Kat sana Kak A terpaksa dibedah lagi. Keadaannya masa tu kritikal. Diberitakan hingga 6 doktor merawatnya masa tu. Malangnya, pendarahan tak berhenti. Terpaksa dibedah lagi. X dapat tahu, ketika pembedahan utk kali k 3 ini dilakukan, keadaan Kak A tu mmg teruk hinggakan mukanya bengkak2, semua yang melawatnya terkejut sebab dah bukan rupa dia. Suami Kak A dah macam putus asa sebab teruk sangat keadaan Kak A. Terkini, saya dapat tahu yang darah Kak A cair dan kemudian doctor dpt tahu ia berpunca drp ovari. Makanya ovari tersebut terpaksa dibuang. X sempat melawat Kak A di ICU, lemah lututnya melihat keadaan Kak A dengan wayar berselirat sana sini. Saya pula tak boleh bayangkan wanita lepas bersalin terpaksa harungi 3 kali PEMBEDAHAN dalam tempoh 24 JAM!!! Ngilu dan ngeri memikirkan badan yang lemah itu terpaksa ditoreh perutnya di tempat yang sama hingga 3 kali. Moga Allah panjangkan umur Kak A. Dahlah baby kali ni first time dia dapat boy, sebelum ni dah ada 2 anak perempuan.

Weekend ni nampaknya kami tak kemana-mana. Duduk rumah aje. Selamat berhujung minggu semua.

29 comments:

Sastri said...

selamat berhujung minggu kak... :-)

blackpurple @ jowopinter said...

Siput sedut....hmmm... bestnyer... Selalu juga makan siput sedut time lunch kat Melawati...

Kesian dan simpati kat Kakak A tu...



eh... sas pun blogging juga rupanya...

simah said...

semoga kak A akan berjaya mengharungi kesakitan ni.. jangan lupa yea syikin update pasal kak A... ? insyaAllah she will be alrite..

siput sedut?? amboi mak aiiii...mak saya kalau buat pun piawww....iyea la dah orang negeri.. tapi saya dapat bayangkan kalau halil tengok kita orang malaysia makan siput sedut...dia mesti geli..iyea la kan depa makhruh..bila depa tengok mesti depa bayangkan yg kita sedut böcek (serangga) hehehehheheheheheheheh

Unknown said...

dah lama tak makan siput sedut..best nyer!!

Anonymous said...

syikin, saya pernah 'mengidam' siput sedut masa mengandungkan amar. manalah saya nak cari siput yg boleh dimakan di UK ni?

sekarang ni, tak pregnant, tak de pulak teringat nak makan siput sedut.

sedih dgr pasal A. Saya turut berdoa agar Allah permudahkan urusan doktor yang bertugas dan keluarga yang menjaganya. Lebih2 lagi, semoga kak A terus tabah.

Unknown said...

siput sedut?? Dari dulu tak pandai makan, sbb tak pandai nak sedut...hehe

Kesiannya Kak A. Buat yus seram nak lahirkan baby ke tiga ni, yelah, setiap baby lain kan pengalaman melahirkannya. Semoga Kak A cepat sembuh dan dia tabah hadapi dugaan ini. Harap2 kelahiran anak ketiga yus nanti di permudahkan.

Kunci said...

siput sedut mmg sedap sangat. saya takut nak masak sendiri...tgk mende tu merayap-rayap geli je. tapi dah masak..sedap!!

Idham said...

my feverit....siput sedut...kalau beli siput di pasar...saya la org nya yg tukang potong ekor siput tu...hehehe....Lil akan masak lemak2 gitu...

bila la nak calling2 kita pulak ek?

:)

--idham

Anonymous said...

dulu kat kampung kerap gak kutip siput sedut kat pokok bakau tepi laut...

kalau susah nak keluar isi siput sedut tu, cuba la sedut bontot dia dulu hahahha...

lepas tu mesti keluar punya....

maklang said...

Bila pulak kita nak mendengar suara ye...

Shami said...

Doa kak A selamat, dan suami serta keluarga sentiasa sabar dengan ujian Allah ni..

Syikin lama tak jengah awak...he..he sibuk, mentelaah, he..he

Anonymous said...

ya Allah! ngerinya baca pasal kak A, semoga dia cepat sembuh...siput sedut saya pun suka!

kasutVINCCI said...

hubby kv dah lama nak beli lap top, tp asyik tangguh2 sajork. Mmg dia selalu gitu. Hik hik hik
Best tak lap top Baru?;)

Izhal said...

Ya-Allah ya Tuhanku, selamatkanlah hambamu yang bertarung nyawa melahirkan hambamu ke dunia ini, AMIN...

Ayu Mohamad said...

semoga kak A tu selamat yer kak.. nanti kak hsmai updet kan cerita nya yer.. dapat ke akak ckp dgn kak PB? :)

Mummy Rizq said...

my best fren, died because of complication waktu gave birth. first baby dia meninggal sebab complication. then waktu dia nak gave birth for the second baby, dia pulak yang meninggalkan we all. sedih sangat...tapi insyaallah dia akan ditempatkan di kalangan mereka yang mati syahid.. amin...

RaFFLeSiA MeRaH said...

siput sedut memang favourite RM ler, kalau mkn tu cam malu2 jer nak sedut, pasal kena kuar muzik time nak sedut tu...hehehehe, kat umah x seganlah nak mkn, kalau kat depan org ramai, memang x mkn nyer laaa...malu gueee....hehehehe

Seriau lak dengar citer kak A, apepun RM doakan semuanye berjln lancar dan moga2 kak A cepat sembuh dan dpt tgk baby boy tu...itulah pengorbanan seorg ibu kan?? terharu pulak bila ingatkan mak kat kg....sedeyyyy...

Kaklong Syikin said...

sastri: moga weekend sastri berjalan lancar juga :D


BP: kata X, dr. bagi chance kat dia 20% aje survive


simah: hehe..nampaknya halil takkan merasalah siput sedut ya..

insyaAllah, saya akan update pasal dia.

MFZ: kenalah makan tu..dah lama sangat gayanya..

MS: kat pasar sana tak de ke? ke org sana tak makan siput?

eh, kenapa ya asyik fail aje saya nak komen kat blog awak?

Yus: ruginya tak pernah makan...tak pe, kena belajar lagi tu.

InsyaAllah, mudah urusan Yus bersalin nanti.

Kunci: saya pun tak pernah cuba masak. samaada makan kat kedai or bila mak masak aje :D

Kaklong Syikin said...

Bro.Id: eii..geli plak bab nak potong memotong tu, sbb ia merayap2kan? mesti kaw kak lil masak tu..

calling calling? hehe..saya seganlah ngan blogger lelaki :D

jamri: pernah gak sedut camtu..tp still fail nak keluar..camno tu?

maklang: insyaAllah..:D

Shami: itulah, saya nak merajuk dah ngan awak ni tau..;D

Kaklong Syikin said...

Onde: mmg meremang bulu roma mendengar kisah kak A tu..

kv: best gak..tp still rindu kat yg lama..huaa...

Izhal: amin..tq

Ayu: insyaAllah, akak updatekan..

dpt ayu..thanks..

MB: Mmg dia tergolong dlm syahid tu..alhamdulillah. cuma yg sedihnya kat org yg ditinggalkanlah..babynya tu dah berapa tahun sekarang?

RM: hehe..kalau kat kedai tu, duduklah jauh sikit drp org lain..so, bantailah sedut kuat2 hehe..

itulah sbbnya syurga di bawah tapak kaki ibukan..susah nak keluarkan seorang manusia..dpt pulak perangai anak tak kenang budi, lagi sedih kan..na'udzubillah.

Zareda Norman said...

syikin, bilaler gamaknya dapat dengar sore syikin, nanti lapang lapang sikit, zar calling calling ek.. heheh. Siput sedut memang feberet zar tapi hubby tak makan. Pernah sekali dia tengok zar dgn anak dara tu menyedut.. heh dengan muka toyenyer dia cakap makan siput ba*i ler lagi kenyang besar sikit, sekali sedut dah kenyang.. cisss poting selera betui tapi sekarang zar pantang makan siput sedut ni, sebab siput ni sejuk tak sesuai orng baru lepas operate cam zar makan siput yang sejuk sejuk ni.

NBK466 said...

President MASK mana buleh guna istilah 'malas nak updat blog' he..he..he..

Didoakan juga Kak A pulih dgn segera...

Mummy Rizq said...

tak silap baby tu dah nak masuk 4 tahun.. tinggal dengan nenek & atok kat kg (parents arwah my fren)

aNIe said...

Anak kak lady semua suka siput sedut...yang kecik pun suka...tapi ibu dialah yang jadi mangsa menyedut untuk dia...

Syikin...doa kak lady untuk Kak A...supaya dia sembuh..dan sihat semula

abiumar said...

Assalamuaalikum...

Ada rangkuman berita. Macam tgk NTV je hehehe

Kaklong Syikin said...

zareda: siput sedut??hehe..sabor jeklah..tak tau pulak siput ni jenis makanan sejuk.

nanti calling2 lah ya..

nbk: hehe..sey pun oghang biaso yoo..maleh tu totap ado.. tq doakan kak A.

MB: alahai..sebak saya mengenangkan anak tu tak dpt kasih sayang arwah ibunya...

KakLady: alamak, jd tukang sedut tu yg tak sanggup tu.. takut lama2 mulut kebas terus muncung aje bibir tu,tak turun2 dah.. hehe.

tq doakan Kak A

UstazMUda: Wa'alaikumsalam..ha ah, ni namanya rangkuman berita ntvblog...:)

Anonymous said...

ngerinya baca pasal kak A tu..semoga dia semakin sembuh walaupun doktor ckp 20%..

suka sgt makan siput sedut...tp nak masak tu yg x pandai..

ibuVouge said...

salam syikin
IV tak malas.. na aje update, tapi ruang masa la pula hiks..
naik saham IV ni..heheheh
saya tatau suara saya macm mana,sbb x leh nak dengar suara sendiri..
IV masa pregnant LC teringin sgt nak makan.. abis dua mangkuk IV makan..hubby kata puas hati masak sbb tukang masak bersungguh makan..heheh
sian Kak A, tentu dia seorg yg amat sabar
MOga ALLAH permudahkan urusan dia

nenas said...

Saya ni antara org yg tak pandai mkn siput sedut..first time saya mkn siput sedut is tahun ni la..dah umur 31 thn br merasa..hehe..tu pun perit sungguh nak sedut...takpe la..at least dah tau rasanye camne..sedap!!sblm ni setiap kali nak try mesti cancel coz asyik teringat kat siput yg lagi satu tu..adehhh....

Simpati pada kak A..and also kesian pada family..moga tabah menghadapi ujian Allah ini..kirim salam pada family nye ye kak..(walau pun saya tak kenal)..