Saya fikir tak mahu menghantar sebarang entri hari Ahad ni. Tapi, terpanggil untuk menulis setelah ruangan komen saya di entri sblm ni menerima kunjungan seseorang. Tapi, saya delete komennya sebab blogger ini free sex person saya kira. Hatta gambar profile beliau pun terang-terangan gambar "milik" lelaki. saya tak tahu itu dia "punya" atau tidak, tapi MURAHNYAlah untuk tayangan awam.Terkejut besar saya. Rasa terhina dan marah yang amat sangat. Saya ada anak yang membaca blog saya ni, dan kawan2 lain yang saya rasa saya wajib jaga pandangan mata mereka. Terus mata saya rasa sakit, tekak rasa loya dan sesak dada. Saya tak tahu blogger tu lelaki Muslim atau tidak. Tapi perbuatannya meletakkan gambar2 porno di blognya amat keterlaluan. Terang-terangan muka dan tubuh wanita2 tersebut ditunjuk tanpa tapis langsung!!! Yang sedih tu kebanyakannya muka macam muka wanita MELAYU kita. Astaghfirullahal 'adzim. Na'udzubillah. Maybe dia berfikir, "ini zaman moden beb..free sex is a common." tapi ingatlah, SEMODEN MANA PUN ABAD KITA SEKARANG, SECANGGIH MANA PUN DUNIA KITA SEKARANG DENGAN ZAMAN TEKNOLOGI MAKLUMATNYA...KITA MENUJU ALAM AKHIRAT...TP YANG PASTI KITA AKAN BERTEMU ALAM BARZAKH DULU.(Hmm..jangan pulak kata, kubur masing-masing sendiri punya hal lah..mmglah kubur masing2, masalahnya tahan ke azab kubur yang maha dahsyat tu? jari terkepit kat pintu pun dah menjerit, anggota badan terkena percikan air panas atau minyak panas pun menggelupur menjerit, jatuh dalam longkang pun dah mengaduh sakit.Terhantuk kepala kat dinding pun dah pening bukan kepalang sampai rasa nak sepak-sepak dinding tu. Inikan pula azab dahsyat ALLAH AZZA WAJALLA)
Kepada blogger tersebut, andai anda seorang lelaki MELAYU beragama ISLAM, bertaubatlah dengan sebenar-benarnya. Saya doakan agar anda menerima taufik dan hidayah ALLAH. Tanggungjawab anda juga untuk menjaga maruah wanita-wanita ini, bukan merosakkan diri dan maruah mereka. Dan seandainya anda lelaki bukan beragama ISLAM. Saya doakan anda menerima NUR ISLAM hidayah Allah. Amin.
SARANAN SAYA PADA KERAJAAN, BLOG-BLOG LUCAH SEPERTI INILAH PATUT DIHARAMKAN TERUS DARIPADA BERLELUASA DI INTERNET KERANA IA ADALAH PEROSAK AKHLAK MASYARAKAT. PANTAU JANGAN TAK PANTAU!!!
p.s. Dan kepada anda yang telah membaca terlebih dahulu komen blogger tersebut sebelum sempat saya mendeletenya, saya pohon JUTAAN KEMAAFAN kerana lambat memeriksa ruangan komen saya ini.
42 comments:
Akhlak dah makin merosot...Kadangkala orang begitu dah tidak mempunyai pegangan dan malu pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling...
moden tak beradab.
anak siapa la tu.
dah diberi pensel.
tikam perut ibu sendiri.
edoras: kenapa ya blh sampai jadi macam tu?
neezie: terima kasih dtg sini. saya kasihan pada kedua ibubapanya.
syikin..
dalam dunia tanpa sempadan ni macam macam benda2 pelik boleh berlaku..
tak senonohnyer. Kurang asam betul lar. Kesian akak.
bro.zino, betul tu, tp entahlah sedih sangat rasanya.kasihan pun ya sbb kalau dia tahu malu, tentu dia tak aibkan diri sampai camtu sekali.
zakiah: la ni dia duk singgah drp satu blog ke satu blog. kebetulan akak termasuk satu blog ni n dia pun ada tinggal komen. tak mustahil dia akan masuk blog zakiah juga
:) .. apa nama blog dia tu syikin...
habaq mai...biaq bro gi isnpect tenguk...ehehehe...
kalau nak kata kubuq masing2 pun biaq pi la tapi buat la jahat tu soghang2..ni dok libatkan oghang lain apa ke jadah nya....alahai...terkuar pulak kata2 dari suku sakat aku di melaka ..sabaq na syikin..:)
bro idham <==dah lama insaf :)
bro. Id: sorilah, WALLAHI, saya betul2 tak ingat nama blog dia.
saya rasa, kalua bro. tgk pun mesti malu..saya ni dah tahap nak muntah sbnrnya. Sampai ke malam mata saya masih terasa sakit lagi..aduhh..
cuma skrg ni yg pasti dia duk p singgah drp stu blog ke satu blog yg lain..mana tau one day dia akan drop by kat blog bro. bro. tgk gambar profile dia mmg tau dah. tp tak taulah kot2 dia tergerak tukar gambar profile dia..
thanks a lot bro. & Moga keinsafan tu milik bro. Id selamanya. I'm proud of you. :D
eh..bila plak bro. Id jd org utagha?hehe.
Org tu dah tak betul otak nye tu kak syikin...nak kena 'brainwash' tu!....oh ye..kalau nak link kan blog saya, dipersilakan...cuma saya jarang update la kak..
isk isk isk tadak keja sungguh orang tu...relax Syikin tarik nafas...hembus, tarik nafas...hembus :)
tumpang geram laa kat org tu kak...mcm tak ingat nk mati...tak takut azab api neraka...mintak2 dia bukan islam...
manusia di zaman sekarang ni dah tak ingat adab kesopanan lagi.
Syikin...kak lady pun terima komen dari blogger tersebut...gambar profilenya pun dah memualkan...
Kak lady dah delete...malas nak layan orang2 mcm tu...moga dia segera diberikan petunjuk....
nenas: akak harap dia akan insaf. kesian kat dia sbb jual maruah diri. tak de apa yg tinggal dah.
tq. InsyaAllah akak akan linkkan.ini pun take time gak hehe.
Alinlai: itulah. kesian ngan pompuan2 dlm blog tu..tp air muka depa mcm suka jer buat camtu
Bie: kita doakan dia insaf n bertaubat.
MB: mmg kesian ngan org yg macam ni.
Kak Lady: Ya kak,saya tau dia dah dtg blog akak sblm akak sempat deletekan tu. tak tau dia dtg blog saya dulu or blog akak & itu yg saya rasa dia tgh singgah drp satu blog ke satu blog. tepat 100% gambar profile dia memualkan. Ya kak, moga dia insaf.
tu jenis org gila seks kot, hishh, manusia x der sifat malu, camtu lerr....x suka tul laaa...
asieh tak dan plak nak baca... tapi eloklah di delete sebab ya la, Puan pun ada anak neee...
saya la ni dah mula nak buat database spammer2 ni... statcounter pun dah link dengan google boleh tengok exact location siapa yang lawat blog... satu hari spammers ni kalau saya jumpa, mau saya blogkan je muka depa :)
kak syikin,sy dah add dah..take ur time to add my link inside ur blog..thanks akak..:)
RM: kita mmg tak suka, tp ada org suka tu yg masalah tu.
Izhal: gambar profile dia begitu memualkan, even nickname dia pun double meaning..ok, teruskan ngan projek anda tu.
mfz: sama2 :D. sori ya, akak guna singkatan nama awak. Pjg nak eja. harap tak marah
sabar syikin sabar..*hugs* bagus la awak tulis entry ni.. biar orang tu baca...saya setuju dengan semua yg awak tulis..
kak lady pun kena jugak nampaknya tu...mudah2an tak de lagi yang buat macam tu.
simah: thanks. yelah, hidup kita ni kena saling tegur menegur utk kebaikan bersamakan apatah lagi kalau ia bertentangan dngn agama kita.Kalau dia baca alhamdulillah.
Onde: harap2nya tidaklah berlaku lagi.
report kepada blogger.com la. offensive blog. depa akan delete terus dari server.
dah lumrah dunia, ada yang baik ada yang kurang baik. tuhan dah anugerahkan akal fikiran. cuma manusia je tak pandai nak guna.
Dia sakit ko, syikin?...
Kak Syikin... takutnyaaa.. saya pon kene hati2 ni.. kene check sokmo la jwbnya.. tapi tu laaa kalo ade connection le baru sempatnya ponn :(
hmm..dah agak dah mesti akak naik angin. Tak senonoh,kan?
Apa agaknya tujuan dia melawat blog-blog ni semua? Agaknay agar kita semua akan melawat blog dia kot? Tak da kerja lain la dia ni.
Takut pulak dengar kak syikin n kak lady dpt komen dari blogger mcm ni. Tak de kerja lain ker??? Moga dia insaf.
lerrrr... ada jugak...! bengong sungguh..!
ala ala flasher virtual lah ni kan. memang parah kalau dapat tetamu sebegitu.
masa first IV menulis blog, IV pun dapat comment mcm syikin
mmg rasa apa yg syikin rasa
Maruah di jaja rasanya
moga dia mendapat petunjuk dan hidayah
atok: masalahnya saya tak ingat langsung nama blog tu sbb terlalu marah.
jamri: agaknya kot..simpati kat org camtu, tak mo guna blog utk jalan kebaikan.
ayu: dia mmg duk singgah2 blog sekarang ni, kak lady, akak n iv pun dah kena.
kv: betul sangat2 tu.
sherin: saya fikir dia baru lagi dlm blogland ni, mmg tujuannya nak org lawat blog dialah..saya harap sangat org boikot blog dia. teruklah sherin blog dia. MALU sungguh. boleh gelap hati
melihatnya. na'udzubillah.
yus: btl, moga dia insaf. la ni dia duk rajin singgah menyinggah blog org tau..
OS: pada kita nampak mengong, tp pada dia satu kebanggaan. Saya terfikir apa lagi yg tinggal kat dia kalau semua dah tayang kat org?
kak ninuk: bukan kak, mmg dia dtg tinggal komen kat blog saya. bila tgk gambar profile dia saya tak sedap hati dah, jd saya klik kat nickname dia..itu yang tau blog dia tu blog lucah.
iv: la ..ya ke? sama2lah kita doakan dia berubah.
Begitulah. Kalau hati sudah hitam dan gelap.... hidayah semakin jauh dan jauh....
Semoga 'mamat' tu diberi petunjuk....
betul cakap kak syikin, patut gomen pantau blog2 camtu..takde cara lain ker dia nak tarik orang pegi blog dia..
kesian syikin kerana terpaksa tengok blog dia yg tak senonoh sungguh. :) Takpa, syikin dah beritahu kami semua so kami akan berjaga-jaga. Terima kasih syikin!
Well done you Syikin!
Saya rasa bertuah kerana mempunyai circle of blog friends like you.
salam..
blog hopped from mama sarah's blog to yours.. baguslah syikin bangkitkan issue ni.. saya pun always terkilan dgn sikap masyarakat melayu kita yg kian hanyut ni. teguran sebegini mmg perlu untuk kita ingat memperingati sesama kita, kan! :)
mamat tu saiko kot... saja tayang barang kat blog puan-puan. ni jenis macam yg suka tayang barang dalam bas le ni... otak tak betul!
BP: betullah, kalau banyak sangat buat dosa besor blh mati hati..na'udzubillah. moga dia dpt petunjuk n hidayah. apapun mmg sian kat dia sbb terjebak lembah maksiat yg tak berkesudahan ni.
mamasinga: bak kata atok, kalau lapor kat blogger.com, maybe tindakan blh diambil.masalahnya akak tak ingat blog tu.
Sherin: you berjaga2lah. sbb dah 3 org kena ni.
MS:inilah sedikit yg saya blh sumbangkan utk amar ma'ruf n nahi mungkar
Ilsa: tq datang ke sini :D. ya..hidup kita mmg patut ada saling tegur menegur mana yg tak betul tukan..
Lan Rambai: saya pun tak taulah, dlm banyak2 gambar, nape mesti pilih gambar camtu sbg identiti dia?
syikin,
saya tgh culture shock ni melihat rakyat malaysia yg berduyun2 ....tak paham saya, naper bertudung kalu pakai baju lengan pendek atau baju singkat? pelik pelik.
gi giant mcm pasar mlm, lagu2 kuat memekak tak kira waktu, stok brg bertimbun2,dgn promoternya... pening pening.
tapi inilah realiti yg saya perlu hadapi....
masih lagi cuba mengubat hati yg duka....:(
salam,
Dr. Faez, akhirnya dpt singgah semula ke blog saya..tq so much.
yap, inilah realiti yg perlu DR. hadapi..first time saya dgr rakyat mlsia culture shock dgn negaranya sendiri.
bab bertudung tp lengan pendek or singkat tu..saya kira mrk faham menutup aurat tu menutup rambut aje..yg lain tak pe. mmg banyak kerja kita sbnrnya..
saya harap slowly dr. blh ubat hati yg luka tu..barangkali dgn kepulangan suami Dr. yg tersayang blh memulihkannya..
Ia lah...kata kak long Shikin tu saya setuju sangat-sangat. Bagus kak long, kalau jumpa lagi yg macam tu jangan peduli hentam habis-habisan, jangan bagi can kat dia. Haprak punya kaki, nak kata tiada akal dah ada..gunalah dengan sempurna.
Post a Comment