Wednesday, April 19, 2006

2920 hari


Abang,
Hari ni genap 2920 hari kita hidup bersama
Maknanya dah 8 tahun usia perkahwinan kita
Lama ke bang kita hidup bersama ni? Lama ke?
Pada Nor tak lama, tak sedar pun panjang ni dah usia perkahwinan kita
Kalau tengok angka tu pun..alah, baru 2920 hari aja

2920 hari…
Hari-hari ini kita tempuhi bersama
Susah senang
Suka duka
Semua ada


2920 hari…
Dalam hari-hari ini,
ada masa rajuk di antara kita
ada masa marah di antara kita
ada masa tensyen di antara kita
ada kecil hati di antara kita
ada tangis di antara kita
Oh...bukan mudah melayari alam rumahtangga rupanya
Nor kena menerima abang seadanya
Abang kena menerima Nor seadanya
Kelemahan masing-masing kena perbaiki bersama tanpa putus asa
Jika tidak kita akan berantakan sentiasa
Inilah asam garam berumahtangga …
Bukan sehari dua kita kena berusaha tapi selagi hayat masih ada untuk mencapai keluarga bahagia

2920 hari…
Dalam hari-hari ini juga
baru Nor tahu cinta semata mudah layu rupanya
Kena banyak usaha
Keimanan kunci utama
Doa2 memohon kebahagiaan panjang berjela
Doa2 menolak bala tidak dilupa
Kesabaran tunjang bersama
Tolong menolong tak luput di antara kita
Nasihat menasihati sesama kita
Kegembiraan milik bersama
Kesedihan dikongsi jua
Kelukaan dilupa bersama


2920 hari…
Dalam hari-hari ini
Empat orang dah anak-anak kita
Siapa sangka? Nor langsung tak sangka
Kata abang, ada orang susah nak cahayamata
Kita yang senang dapat anak ni kena gembira
Hmm…betul tu bang, kena gembira
Husna Fathiyyah, Aiman Fathi,
Huda Nasriyyah, Alia Khairiyyah
Penawar hati kita
Penglipurlara buat kita
Akan ada lagikah anak2 baru buat kita ?
Allah beri lagi, kita terima ya… Ahaks.



2920 hari…
Di hari ini
Terima kasih buat abang daripada sanubari hati ini
kerana
Abang tabah menjaga saya
Abang sabar dengan saya
Abang gembirakan hidup saya
Abang suapkan makanan ke mulut saya
Abang penat bekerja untuk bahagiakan saya dan keluarga
Abang tempat saya mengadu duka nestapa oleh
mereka yang melukakan hati saya
Abang belikan baju untuk saya
Abang belikan ubat untuk sakit pening saya
Abang izinkan saya belajar semula
Abang izinkan saya bertemu keluarga dan sanak saudara saya
Dan sesungguhnya abang adalah PELENGKAP HIDUP saya
Tanpa abang, sunyi rasanya
Abang adalah WORLD bagi saya

2920 hari...
Di hari ini juga
Ada satu PERMINTAAN BESAR dari hati saya
Bukanlah porche merah warnanya
Bukanlah banglo berjuta harganya
Bukanlah intan permata jutaan nilainya
(Andai abang sediakan semua di atas,maka ia adalah rezeki buat saya)
Cuma satu sahaja
Janganlah abang bosan dengan saya
Moga kasih sayang abang akan mekar sentiasa terhadap saya

Tanpa perlu saya berkongsi cinta dan sayang abang dengan sesiapa
Tolonglah jangan terlintas untuk meMADUkan saya
Saya sedar saya tidak sempurna
senyuman saya tidak menawan
wajah saya tidak rupawan
kelembutan peribadi jauh sekali
kehebatan memasak bilalah akan jadi realiti
kepakaran menjahit hanyalah suatu mimpi
saya tidak sehebat Siti Khadijah, 'Aishah, Siti Fatimah yang merupakan
wanita-wanita hebat di dalam kehidupan Rasulullah
saya tidak setabah Maryam (bonda Nabi Isa) dan Siti Hajar (bonda Nabi Ismail)
Saya tahu tahap iman di dada saya
Takut nanti saya buat gila
Takut saya jadi isteri derhaka biarpun mungkin abang adil saksama
Balasannya nanti, saya tak cium bau Syurga
yang sejauh 500 tahun perjalanannya
Jauh sekali menghuni di dalamnya
Tak tertanggung saya azab Neraka
Kasihanilah saya bang ya…

2920 hari...
Di hari ini juga
Doa saya, moga kita bahagia bersama sepanjang hayat kita
Bersama anak-anak tercinta
Di mana sahaja kita berada
Biarpun tidak mewah hidup kita
Susah senang kita harungi bersama
Ada keberkatan di dalam rumahtangga kita
Rezeki kita murah sentiasa
Kesihatan kita sekeluarga baik-baik belaka
Semoga doa ini makbul sentiasa


2920 hari…
Di hari ini juga
saya ingin lafazkan “aku mahu mencintaimu sentiasa ” dengan izin ALLAH yang MAHA
ESA.


Luahan hati seorang isteri:Syikin (Selasa:18/4/06)



25 comments:

Alinlai said...

Tahniah....insyaAllah sejahtera dunia & akhirat :)
8 years + 4 sweethearts = Alhamdulillah syukur ...

Anonymous said...

akak....sajak akak buat Bie sedih....syahdu dan sayu...hik hik hik...susahnya hidup berumahtangga....beratnya pengorbanan suami dan isteri...tp masing2 kena lengkap melengkapi...utk menyusuri jalan Ilahi...penuh liku berduri...hanya Iman dan Taqwa penawar hati...

Anyway...tahniah...moga hidup akak sekeluarga penuh barakah, mawaddah dan rahmah...

Along said...

Tahniah, alhamdulillah dah 8 tahun yek. Anak pun dah 4. Insya'allah kebahagiaan tu berkekalan ke akhir hayat.

Hot Mama said...

Fuyooo!!!! 2920 days = 8 years.. Cayalaa Syikin! Lama tuu.. Bukan senang nowadays nak jaga rumahtangga supaya harmoni. Tak macam dulu-dulu.. nowadays banyak dugaan..
Anyway Congrats... Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah dan bersyukur kerana dah sampai ke 2920 hari….. Semoga Allah swt terus memberkati hidup anda sekeluarga.... amin

NBK466 said...

Wah....jiwangnyer.... Semoga beribu2 hari mendatang mengeratkan hubungan, kasih sayang serta kebahagian kalian...

NONIE AZIZ said...

wahhh...shikin MR terpegun!!banyak lagi perubahan patut dibuat utk kebahagian keluarga MR...

Sofira said...

syikin, ep 8th wedding anniversary to you and dh.

May Allah SWT blessings always be with you and the family as well, amiiinn. :)

Nik Ha said...

Happy Anniversary kak Syikin. Menarik sungguh nukilan rasa akak tu. Semoga bertambah bahagia dunia&akhirat & bertambah cahaya mata..he..he..baguhla akak&abe akak ni. Takpe meramaikan umat Nabi Muhammad kan. Byk tips2 umahtangga tu bolehla share ;)

kasutVINCCI said...

kak, selamat ulangtahun. Moga terus bahagia.Happy sokmo.:)

Ayu Mohamad said...

Happy annivesary kak..
semoga akak dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu...aminnnnnnnnn...

syahdu sy baca sajak akak..

Sya said...

Happy Anniversary .. semoga kekal hingga membina mahligai di langit ke 7

WRA said...

Syikin, since kita ni ada sedikit sebanyak persamaan kan, bila dah mencecah 10 tahun nanti tambah la lagi 2 org anak kekekeke...boleh geng hhahah...

anyway, Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yg ke 8 dan semoga ianya tetap berkekalan hingga ke akhir hayat....:D

Pandang Dengar Diam said...

cuaca akan mula menghitung bermula 06-05-2006....semoga kebahagian akan menjadi milik cuaca....

Selamat ulang tahun yg ke 8

zino said...

tahniah hari ulang tahun perkahwinan yg ke..8 .. semuga bahagia selalu..

FaEzHussain said...

syahdu terasa membaca bingkisan syikin.
tahniah, dan selamat ulangtahun. semuga kalian dirahmatiNya, dan berbahagia selalu

Kaklong Syikin said...

assalamualaikum...
kepada semua bloggers yg wish saya berbahagia dunia akhirat, doakan saya tambah anak2 lagi,dan rmhtangga saya diberkati,saya ucapkan ribuan terima kasih.amin. saya terharu di atas doa kalian.dan saya juga doakan kalian juga bahagia dunia akhirat bersama keluarga tercinta. maaflah saya berapa sihat hari ni,demam + sakit tekak yg amat. itulah sbb utama saya tak leh nak jwb satu persatu setiap ucapan bloggers di sini :)

-kepada yang terasa syahdu ngan bingkisan sajak saya, tq. :D dah lama sbnrnya saya tak menulis sajak.agak bertahun lamanya. jiwang tu idaklah juga, cumanya saya sendiri terasa sebak masa menaip sajak ni bahkan menitiskan air mata.entah kenapa. mungkin sbb saya fikir saya antara pasangan yg bernasib baik sbb keharmonian rmhtangga masih terjga berbanding dengan mrk yg kurang bernasib baik hingga bercerai berai.na'uzubillah.

- kepada Cuaca yg bakal mendirikan rmhtangga. insyaAllah anda akan miliki keluarga bahagia jika anda berusaha ke arahnya:)

- mmg zmn sekarang mcm2 cabaran yg harus ditempuhi utk memiliki keluarga bahagia berbanding dahulu, apa yg pasti, kita berusaha dan bertawakal kpd Allah. Sesungguhnya Allah amat suka hamba yang suka mengadu kepadaNya :)

-kepada bloggers yg lebih lama usia rmhtangganya drp saya spt Zino n kak wan (ye kan kak?), bolehlah kongsi tips kebahagiaan rmhtangga bersama2 kami.:)

aNIe said...

Syikin....maybe akak terlewat mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN...

Luruh rasa jantung akak baca madah yang syikin tulis untuk hubby tu....syahdu sekali bunyiknya...

Moga syikin akan terus bahagia...dilimpahkan ALLAH dengan seribu keberkatan dan rezeki untuk syikin dan keluarga...moga rumah tangga syikin akan kekal...dan moga hanya cangkul dan tanah yang memisahkan kalian....akhir sekali moga sentiasa sabar & jangan berputus asa mencari sinar bahagia yang abadi....

Shami said...

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 8,
semoga bahgia..anak beranak panjang nya sajak syikin, ni nak kena belajar nih, saya ni dalam hati ada, tapi nak keluar camtu tak tau nak susun bahasa, dan blog yang awak perkenalkan pada saya ini banyak mengajar bagaimana harus saya lakarkan bait2 bahasa, berkasih sayang, dan menyatakan terus dari hati hingga mengucapkannya...terus.insyallah..

Samalah permintaan kita, saya minta husb saya jangan tinggalkan saya..mulai malam pertama saya lagik..ahaks....permintaan tu keluar dulu, yang lain tak ingat...he..he..he

KAMATO said...

Selamat Ulang Tahun, semoga diberkati dan dimurahkan rezeki

Mamamanja said...

assalamualaikum kak syikin
ermm.. nak kata kunjungan balas x jugak sebab saya dah banyak kali jenguk blog akak melalui blog iv cuma xde tinggalkan komen jerk!
apapun tima kasih sudi singgah kat blog saya. :)

mama_fynn said...

syikin,

Hepi 8th anniversarry. Lama tu...semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh...

Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.

Suka sangat sajak tu...

Anonymous said...

tahniah! para isteri digalakkan untuk menulis sajak2 sebegini selalu. hahahaha!

ps: saya tunggu sajak dari isteri saya pula.

Kaklong Syikin said...

hmm..dah sihat sikit ni.alhamdulillah.tu blhlah jawab satu persatu.

Kak lady: tq so much atas ucapan n doa tu. akak pun sama juga saya doakan. eh..usia perkahwinan akak lagi panjangkan, anak dah masuk tertiary education lagi.mehla bagi tips kat kami org muda ni.

bab sajak tu, entah, tiba2 idea mencurah2 jer..:D.alhamdulillah.

shami: usia perkahwinan awak lagi panjang drp saya. bak lah tips.tq so much doakan saya :)

dah karat dah saya ni dlm bersajak. itu idea tgh mencurah2. ada gak edit n cut. entah, itu layak dipanggil sajak atau tidak..tp yg pasti saya suka setiap akhir rangkap tu sama irama bunyinya..

rockerz: tq dtg :)

Kamato: tq so much. Bolehlah kongsi tips perkahwinan ngan kami jugak. Anak2 Kamato pun dah besar2 kan?

MM:tq tinggalkan jejak kali ni n selalu singgah blog saya wlwpun sebelum ni tanpa komen :)


Mama_fynn: tq so much. nampak lama, tapi saya tak sedar ia berlalu :).tq suka sajak tu :)

Kaklong Syikin said...

GT: alamak, tertinggal nama cikgu. tak perasan sbb tak scroll abih.
Tq so much.

eh..cikgulah mulakan dulu sajak tu. satu cadangan saya utk cikgu, cikgu wat sajak ucapan terima kasih pada isteri yg sudi mengahwini cikgu :) apa macam?

hihih..hint hintlah kat isteri cikgu supaya tulis sajak utk cikgu.