Tuesday, April 25, 2006

Mengapa dia MELAC*R ?

Saya berpengalaman menyoalsiasat 2 orang pelacur semasa mereka ditangkap oleh pihak penguatkuasa JAWI (UPK JAWI) semasa operasi di Lorong Haji Taib. Ketika ini saya menjalani attachment di UPK JAWI selama sebulan sekitar tahun 1997 ( masa ni tahun 3 di kampus).

Pelacur 1

Janda. Mempunyai anak (tak ingat berapa orang). Lingkungan 30 an. Antara dialog saya dan dia yang masih diingati (cumanya tak ingat mana yang dulu dan mana yang kemudian);

Satu malam berapa orang pelanggan?

7 atau 8 orang (terkejut saya)

eh…banyaknya kak

taklah, itu antara yang sikit tu.biasa boleh berbelas
orang. (bertambah terkejut saya)

Berapa lama sorang? (huh..ngancam soalan saya…sbb fikirkan satu malam dia layan ramai lelaki)

Tak lama…bukak baju, baring, lepas tu dahlah…

Eh, tak de perasaan ke masa tu ?(maksud saya dia melayan spt melayan suami dengan penuh kasih sayang)

Tak delah, dah keje. Buat sajalah. Mana ada rasa sayang, terpaksa.

Pelanggan paling tua?

Ada..umur 70 tahun (hah? Bulat saya)

berapa ringgit satu pelanggan?

150 -180 inggit (saya berkerut…murahnyalah)

Murahnya. Kalau saya, saya minta lebih..yelah dah jual badan sendirikan. Koman2 seribu ke.(dia tersenyum)

Kenapa melacur?

Nak sara anak

Anak sekolah kat mana?

MRSM Machang (sedihnya saya, dpt anak bijak tapi sara anak ngan duit hasil pelacuran)

Anak tahu tak akak keje macam ni? (dia menggeleng)

Akak tahukan kalau anak akak disara dengan duit ni dan jadi darah daging dia tak mustahil dia boleh ikut jejak akak?

Akak tahu, tapi nak buat macamana?

Tak de keje lain ke kak? (Walhal punyalah melambak keje kat KL ni. Menggeleng-geleng dia)

Tak de..inilah paling senang.duit pun banyak. Tapi akak taulah keje camni duit tak berkat, cepat habis (eh..tau pun dia)

Akak tau sembahyang, puasa..? (dia mengangguk)

Tau..

Akak tau mandi hadas ?

Tau. Setiap kali balik rumah, akak mandi hadaslah (aduh…pengetahuan ASAS agama cukup tapi desakan hidup jadi camni)

Dan kami terus berbual, antara lain dia tak marah dipanggil pelacur sebab dia tau itu salah dia. Terus terang, saya simpati dengan dia yang terpaksa melacur sebab nak sara anak. Kenapalah dia tak mau bersusah buat keje lain yang halal???


Pelacur 2


Muda. Awal 20 an. Belum berkahwin. Berbaju kurung semasa ditangkap. Saya tak berbual lama dengan dia sebab kenyataannya telah diambil oleh orang lain. Tapi saya sempat bertanyakan beberapa soalan pada dia;

Kenapa kamu melacur?

Saya suka (Astaghfirullahal’adzim. Yg sorang tu sbb nak sara anak, yg dia ni suka2) Saya dulu dah berenti dah dua tahun, tapi saya mula balik ni. Saya pun ada makcik gak yang buat keje macam saya
(dia menerangkan tu sambil tersengih-sengih…Ya Allah, rasa nak sepuk sepuk jer muka perempuan ni)

Berapa inggit sorang kamu kenakan?

Ikut jenis layanan, ada yang puluhan ringgit, kalau layan bla..bla..bla (tak sanggup saya nak detailkan jenis layanan tu. Masa mula2 dengar tu loya tekak sungguh.) Dan ada yang seratus lebih (yang saya sakit hati tu dia boleh tersenyum lebar detailkan layanan dia pada pelanggan)

Ada beberapa soalan lagi yang saya tanyakan, tapi tak ingat dah. Hmm..barulah saya tau antara sebab-sebab kenapa seseorang itu melacur. Inilah antara realiti kehidupan.


35 comments:

zino said...

pertama sampai..

selagi ada pelanggan selagi tu ada business..

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau ikut kajian, profesion pelacur adalah profesion tertua di dunia yang memberi pulangan lumayan. Itu pendapat mereka.

Boleh melacur kalau darurat. Pendapat seorang bernama dia. (no comment)

Dalam gubra, pelacur digambarkan dari perspektif yang berlainan sekali. Anjakan paradigma dipelopori Yasmin Ahmad. (No comment)

ps: akhirnya nama hj taib yang menjadi mangsa...

Kaklong Syikin said...

zino: tahniah2...itulah, selagi ada permintaan selagi itu ada service

BP:betul, ia profession tertua. oh ya,saya tau itu pendapat siapa. tapi org yg bernama dia tu claim yg jwpn dia tu bkn jwpn sbnrnya,blh baca dlm al-Islam tahun lepas. saya pun termiss baca kenyataan sbnr dia. nak kena cari Al-Islam semula ni.

ini semua bermula dlm akhbar tabloid, saya sendiri baca soal jawab agama yg dijawab oleh si dia. mulanya terkejut dan marah juga bila dia kata mcm tu.tpi, suami kata entah betul entah tidak dia keluarkan kenyataan tu. itu yg tak lama lepas tu dia keluarkan kenyataan sbnr dlm al-Islam. itulah masalah akhbar ni, main masukkan isi sesuka hati tanpa fikir akibatnya, apatah lagi ia berkaitan agama.


mmg sian haji Taib tu.

Alinlai said...

hmmm kesian anak2 dia kan? Harap2 budak2 tu tak tau dan kalau diorang tau jangan pulak 'menghina' mak dia yang bersusah payah tu...isk ntah la macam2 kejadian :)

Kaklong Syikin said...

alinlai; mmg kesian tau..entah apa nasib kakak tu sekarang...

WRA said...

akak terfikir, kalau janda tu kerja jadi maid pun apa salahnya kan? tapi, pikir balik, nanti kalau suami2 terpesong plak, tak pasal janda tu plak kena serang...hmmmm ye la, kadang2 tanggapan org terhadap janda ni macam2...ada yg anggap baik, ada yg ada pikiran serong terhadap janda...kesian dorang ek?

tapi yg kes no. 2 tu memang patut kena debuk sedas dua...

Kaklong Syikin said...

kak wan: hmm, mmg kesian depa ni.masalahnya depa tak tau tempat sesuai utk mengadu nasib dan jln cepat n senang adalah keje camni.saya doa sangat2 moga dia berhenti dah...buat keje lain.

yg no. 2 tu tak leh nak kata apa dah, na'uzubillah.

Shami said...

Minta simpang keturunan kita dijauhakan dari membuat kerja yang dilaknat Allah itu....

FaEzHussain said...

terrer awak yer dapat pengalaman interview 'sex workers' (as they call it over here).
selalunya yg terjebak dalam 'career', kalau di sini, adalah mereka2 yg terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
kalau balik dari on call malam2, ada la 'sex workers' ni dok melepak tepi2 jalan. time2 sejuk gedik winter pun dorang sanggup berdiri dan berpakaian tutup mana patut dalam kesejukan tu.

mereka yg syikin interview tu contoh dari kalangan yg 'low class'kan (maaf kalau tersilap), saya pasti di kalangan high class (yg dpt 1k-2k sekali hadap) pun ramai.cuma mereka yg ini lebih licik.

apa nak jadik yer tanahair kita sekarang, dari kejauhan ini saya nampak, sejak sejak konsep islam 'had-hari' ni, macam2 perkara tak elok berlaku. inilah balasan Allah, agama dibuat main2.

sekian terima kasih.
tengah tunggu jam 5 nak abis keje.

Izhal said...

baguslah syikin, dari dialog yang you tulis, you layan mereka dengan penuh hormat dan sopan santun... a job well done :) keep it up!!!

Angah said...

Na'uzubillah.. jauhkanlah perkara2 camtu daripada keluarga kita..

Angah rasa pelik kalau kata takde kerja lain. Banyak kerja lain yang halal walaupun pulangannya tak 'selumayan'kerja yang itu..

Ntahlah..at least mereka minta bayaran, bagaimana anak2 gadis yang buat for free? lagi teruk...

Anonymous said...

bagi tok, tiada istilah terpaksa melacur kerana nak sara hidup tp masih lagi ingat pada Allah. kalau betul dia ingat pada Allah dah yakin, mesti dia tak melacur dan cari kerja halal walaupun dpt sedikit, kerana berkat Allah itu lbh penting. :)

Anonymous said...

org skrg nie dah tak tahu nk bezakan nilai dan harga diri...hanya kerana duit maruah tergadai...mungkin iman dia sebesar kuman sbb masih lg tahu sembahyang dan puasa...tp taktahu takut azab dan balasan Allah kelak...Nauzubillah!!!

Kaklong Syikin said...

shami: amin

FH: mmg depa ni pelacur kelas 3 dan tpt operasi mrk ni d rmh2 tumpangan. client dtg k situ n depa buat jahat kat situ.

kalau highclass tu kat hotel2 besar, client jumpa mrk kat sana.

kat KL ni, kalau nampak rmh papan 2 tkt n ada signboard rmh tumpangan, samaada ia betul hotel budget ekonomi atau ia rmh pelacuran

Kaklong Syikin said...

izhal: depa tu slow talk ngan saya, so saya balas yg sama.tpi kalau depa kurang ajar ari tu, maybe nada saya lebih tegas :). dan kalau tgk depa ni mmg tak sangka depa ni pelacur.pakaian sopan, tak seksi2 langsung.

rockerz: tq dtg blog saya. saya dah kunjungi blog anda. it's world of music...

Kaklong Syikin said...

Angah:

na'uzubillah. amin
tak taulah angah.dlm kotak fikiran depa nak duit banyak jer.

budak2 yg nak for free tu sbb depa ketagih s*ks. benda haram..agaknya sedap lebih kot. tak taulah.yelah, syaitan berbondong2 hasut.saya pernah baca dlm satu artikel, cukuplah depa dibelanja ngna burger aje...

atok: betul apa atok cakap tu.tp depa tak fikir camtu..hanya nak duit banyak..duit banyak..caranya tak kisahlah camner biarpun tak berkat, asalkan dpt duit bnyk.na'uzubillah.

Bie: rasa bersalah tu mungkin ada. tapi takutkan Allah tu, wallahu 'alam. Sbb depa tak nampak azab api neraka.

Ayu Mohamad said...

mintak dijauhkan drp segala kejahatan tuh ek kak..mintak2 semua keturunan kita takde yang kerja mcm tuh...

ibuVouge said...

tak terkata apa..baca cite syikin..
Ya ALLAH jauh la keturunan kami dari sedemikian,tetapkanlah hati kami ini dgn jalan dan NUr mu..

Zareda Norman said...

syikin
kat thailand pelacu* sana siap minta gomen iktiraf pekerjaan mereka macam pekerja prpfesional lain cikgu, doktor, kerani etc.. lagi dasat kan.. tapi rasanya kerajaan tak luluskan

memang pekerjaan ni paling tua dalam sejarah dunia, even dalam zaman nabi pun ada kisah kisah pasal dorang ni. Apapun siapalah kita sebagai hamba yang lemah nak menghina sesama manusia kan. Doakan aje agar mereka yang terlibat diberi ruang dan dibukakan pintu hati kembali ke jalan yang benar.

Kaklong Syikin said...

Ayu & IV: amin....na'uzubillah

Zareda: kat thai tu, pelacuran ni dah jd sbhgian drp industri pelancongan mereka.

mmg simpati n marah ngan depa pilih jln hina ni.tpi itu pilihan depa, doa ajelah depa terbukak pintu hati nak bertaubat.

Anonymous said...

aku rasa, semuanya berpunca dari hati..kalau hati tu dipandu ngan iman, lumayan macam manapun, depa takkan buat keja2 camni (samada terpaksa atau suka2)..

memang byk keja lain yg halal, spt tea lady atau sapu sampah..tapi biasalah..nak dapat duit berkat kan, kena usaha lebih..macam depa nih, bukak kain baju saja, 100 dah tentu dlm tgn..mudah sangat...

NBK466 said...

Mmg pahit....tapi itulah hakikat kehidupan....nau'zubillah...

Kaklong Syikin said...

BD:antara duit n keberkatan bagi org2 bgini. duitlah..kalau tak, masakan depa pilih jalan ni, wlwpun keja2 mulia lain lagi berlambak mcm BD cakap tu. depa nak duit banyak n segera. keje pun senang, tunggu org dtg jer. tak de org, duduk melangut.na'uzubillah.

oREN: Betul tu oren..semua letak pada hati.kalua hati tu takutkan Allah, tak berani depa wat keje camni.

nbk: inilah cara hidup yang mereka pilih. na'uzubillah.

Hot Mama said...

Bukak-bukak ada cite pasal pros.. Hmm nie topic yg best nie..
Tak de ke Syikin interview yang dipaksa oleh Bf/suami/keluarga/ tau yg kena jual.. Org macam tuu laa yg kesian kerana dipaksa. Yg Syikin interview tuu saya rasa dia org memilih jalan yg mudah dan senang..
Btw RM150 jer.. Ishk!Iskh.. Murah giler.. Tapi kalau pros yg high class ,semuanya beribu..
apa nak jadi.. Kalau tiada permintaan, tiadalah perkhidmatan yg ditawarkan..

Kaklong Syikin said...

hotmama: mlm operasi tu, dpt yang depa ni jer. so,tak de chancela nak dptkan depa yg jenis kena paksa tu.

mmg murah. sbb depa 3rd class pros. kecuali yg high class tu tok sah cakaplah.

KAMATO said...

kesian kan, kalau pekerja asing masuk beribu2 sehari kat negara kita cari nafkah, ini orang kita pulak kata takda kerja..

tee said...

kesian sungguh kat anak2nya itu... itu lah realiti kat malaysia ni.. kalau tak silap ari tu cerekarama kat tv3 ade siarkan kisah cam ni gak..

kasutVINCCI said...

hanya iman yg kukuh boleh mempertahankan perkara mungkar.

Pandang Dengar Diam said...

tak pasal-pasal Hj Taib yg meletop.....

NONIE AZIZ said...

Manusia akhir zaman...benda berat dianggap ringan..

Anonymous said...

antara pekerjaan tertua sejak zaman jahiliah lagi.

kalau yang tua-tua melacur tu tak leh nak buat apa-apa. kena jaga lah yang muda-mudi sekarang supaya jgn terjebak ke lembah itu.

Kaklong Syikin said...

kamato: nak cepat dpt duit byk n keje senang. kita nasihat pun depa tak mo terima.

tee:itulah, anak2 jd mangsa rezeki haram tu

kv: betul tu.

cuaca: kena cdgkan pada datuk bandar tukar nama jalan tu

MR: mmg perzinaan ketara ni salah satu drp tanda2 kecil kiamat hampir tiba.

Jamri: tak kira tua n muda, kena elakkan. dan muda2 mudi sekarang ni lagilah daring..even ada yg takat belanja makan jer sbg upah layan jantan sbb dah ketagih, bkn sebab dipaksa or terpaksa. na'uzubillah.

Unknown said...

ermm...dunia da nak terbalik kak syikin...doala moga2 kite tak terjebak lam kes camtu...

Kaklong Syikin said...

ka0ri..bkn takat nak terbalik je yang..nak kiamat sekali nih, hancur punah dunia ni..:(
amin, moga kita dan keturunan kita tak kena.na'uzubillah.

Alpha said...

Kengkadang saya rasa hairan...kenapa ada 'ayam' ni melacur kerana 'takde kerja lain' sedangkan banyak kerja boleh dilakukan di KL. Mmg tak dapat banyak tapi kalau untuk part-time sya rasa cukup untuk menampung pendapatan dari pekerjaan sedia ada.