Saja nak kongsi citer hal dalam famili saya yg mungkin buat bloggers tersenyum sedikit.
Pulut Beriani
Beberapa minggu lalu, saya masuk blogUda dia citer pasal kejayaan dia masak nasi tomato. Shami pulak share resepi nasi daging dia. Maklang pulak citer pasal nasi briani dia. jeles weh, kita ni tak reti nak masak nasi2 specel camtu (Ada sesapa yang berbesar hati nak share resepi nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani..dan segala jenis nasi spesel ni? Amat dialu2kan, terutama yg terbukti enak hingga menjilat jari or sampai cik abg bukak tutup periuk tiga 4 kali).
Teringat lak saya masa try wat nasi beriani ni. Satu hari tu, kami p shopping barang kering kat Giant, p bahagian rak jualan segala jenis paste masakan ni, termasuklah paste segera nasi beriani ni. Belilah sebungkus. Berkobar nak masak ni sbb baki beras basmathi tu ada sikit lagi.
Bila tiba harinya yg sesuai, kita pun nak masaklah nasi ni. Bukak laci tu, ada sepeket kecil beras tak de cop jenama, sbb ni yg jenis timbang kati kat kedai tu. Kita pun rendam dlm setengah jam, pas tu tos. Siaplah ngan segala bahan mak nenek utk menumis. Punyalah harum bau...confident jer masak. Lepas tu masukkanlah beras ni. Wah, dengan senang hatinya, kita pun masukkan ingredient tambahan terakhir. lepas tu tutup periuk.Bagi masak betul. Tak lama lepas tu, bila bukak tutup periuk. Eh, peliknya..awatlah nasi ni tak berderai ? melekat2 pulak. Kita biar kejap lagi. Tapi, tak berderai gak. Ah sudah, terlebih air ke ni? Tapi, sbb rasanya dah terlalu lama kecikkan api tu. At last, kita pun tutuplah api. Lauk tu kita wat lauk ayam masak merah lagi.
Time makan tu, suami tanya,

Nor, melekat2 ni..mcm pulut. Cuba tengok
(Yang kita ni mmg dah tengok tadi, maleh nak tengok. Alamak..ni mmg tak capai standard piawaian cik abelah ni)
Terlebih air kot. bla..bla..bla..
(jawab saya. cik abe makan sikit jer. padan muka tu!!!)
Memang sudahnya, nasi tu tak berapa laku. Huhu..sodeh den.Beberapa hari or beberapa minggu lepas tu, saya tergerak nak bersihkan ruang almari yg diletakkan kampit beras. Duk keluarkan kampit beras tu, tiba2 terkeluar satu pek kecil...ya ALlah, ni pek beras basmathi yg tinggal baki tu..siap bercop dan berjenama lagi. Jadi..yang saya masak ari tu???? Allah, baru teringat, mmg betul itu beras pulut...hehehe. Barulah teringat balik, peket kecik beras pulut tu saya letakkan dlm laci dan peket beras basmathi tu saya letakkan sama ngan dlm ruang kampit beras tu..Adeiii..sabor jelah. Kiranya ari tu mmg saya tanak PULUT BERIANI lah.
Bila cik abe balik rmh, saya pun bagitaulah dia,

bang..mmg hari tu pulutlah..
(tersengih2 saya bercakap. dia menjeling saya..aww)
ha tulah, beli lagi tak bagitau abang
(hehe..konon2nya nak tunjuk daulat suamilah tu..teringak lak entri Alex Lacey pasal daulat suami isteri ni)
bukan tak bagitau, beras beriani tu dah lama beli. beli ngan abg dulu, tapi tersalah letak..bla bla bla
(masih nak defend diri lagi tuh...heheh, mmg bkn sengaja pun.keterlupaan jer.)
So, moral of the story para mommy bloggers...kena kenal pasti jenis beras tu beras apa sblm masak..kalau tak kantoi mcm saya :D
**************************************
Tanda halal dalam syurga
Tahun lepas, Husna dan Aiman, saya masukkan ke tadika pre integrated islamic school di Taman Batu, Greenwood. Mmg banyaklah faedah yg mereka dpt terutama pasal basic islamic practice ni. Dek kerana sama tadika, depa ni suka bawak citer2 n ilmu yg dpt tu balik ke rmh, kekadang tu jadi topik perbualan depa berdua. Dan kami juga ajar anak2, kalau nak beli makanan or minuman, pastikan ada tanda halal JAKIM pada packaging tu.
Satu hari, saya tgh menggosok pakaian di bilik dan pintu bilik saya terbuka. Di bilik sebelah tu, Husna n Aiman tengah bermain sama dan pintu bilik mereka terbuka juga.Tiba2 telinga saya tertangkap perbualan mereka. Pasal hukum meminum arak. Antara isi perbualan mereka, minum arak di dunia tak blh. haram. tapi arak kat akhirat boleh. Allah bagi...bla..bla..ada atau tidak tanda halal bla, bla, bla..Tiba2 Aiman datang kat saya,
Ummi..arak kat syurga boleh minumkan sebab ada tanda halalkan?
tak semena2 tanda halal JAKIM tergantung2 dalam syurga tu terpampang kat mata saya.Tersengih saya tiba2. Mesti dia ingatkan tanda halal JAKIM tu ada dlm syurga gak.
Mana ada Aiman, tak de tanda halal tu..sebab mmg Allah jadikan arak di syurga tu halal diminum
Ohh, kakak...
Cepat2 dia berlari bagitau kakak dia yg arak di syurga tu tak de tanda halal tapi boleh diminum. Hai anak..anak...keletah dan pertanyaan mereka kekadang buat kita terkedu kejap.

=================================================================
Jus loya
Jus loya
(Amaran keras...anda dinasihatkan dalam keadaan tidak makan dan minum semasa membaca teks di bawah ini. Sekiranya anda sedang minum, habiskan segera, dan jika anda sedang mengunyah, telan segera!!! )
Satu tengahari. Di ruang makan duduk bersila sepasang suami isteri menikmati hidangan tengahari. Satu jag berwarna hijau kehitaman dan berpenutup separuh berisi air kosong sebagai minuman. Sambil enak menikmati makanan, si isteri bersulamkan air. Secawan pertama, habis diminumnya. Masuk cawan kedua, habis juga diminumnya. Elok aje menuangkan air ke dalam cawan untuk kali ketiga, tiba2 turun bersama air tu seekor cicak mati yang dah putih pucat warnanya dan kembang badannya. Apalagi, si isteri terus berlari ke sinki dan termuntah2 sambil teringat-ingat yang dia dah terminum dua cawan berisi jus cicak mati. Uwek...uwek..uwek..Si suami terkejut dan terpaku sekejap tetapi merasa bersyukur sebab dia memang langsung tidak minum walau setitis pun air itu.
Mau tau sapa isteri tersebut????? SAYALAH !!!!!!!!! Huhuhu..tobat nasuha saya, takkan sekali2 minum drp bekas yg berwarna gelap tanpa memeriksa kandungan dalamnya terlebih dahulu. Ya Allah, bila teringat balik, automatik geli geleman tekak ni dan terasa kembang jer.
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Aktuari vs Akuari
Adik bongsu saya, A sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Sains Aktuari (Mathematik). Sesapa yang aliran sains tu insyaAllah taulah bidang ni. Semua subjek adalah berkaitan dengan matematik, komputer, termasuk juga berkaitan insurans dan beberapa lagi yg saya tidak ingat. Jadi, bidang kerja dia nanti adalah berkait rapat dengan subjek2 yang dipelajarinya itu.
Satu hari, mak saya pergi ke kedai dan terserempak dengan jiran lama kami. Memang dah lama sungguh mak tak berjumpa dengan makcik ni. Sibuklah makcik ni bertanyakan perihal anak2 mak termasuk si A. Dan mak bagi taulah yang si A sedang belajar dlm bidang sains aktuari ni. Dan makcik ni dengan penuh konfidennya menjawab,
ha..nanti senanglah bila keje nanti dia boleh jaga AQUARIUM kat KLCC tu.
Mak saya terkedu tiba2. Apahal ke situ pulak kejenya? Yang saya pulak bila mak citer pasal ni naik keras perut tergelak. Ya Allah, mujur saya tak bersama mak masa tu, mesti saya sakit perut menahan gelak. Mungkin makcik tu ingat aktuari tu maknanya akuarium. Tak boleh nak salahkan dia juga. Mungkin juga sebutan mak saya tak jelas. Wallahu 'alam :)
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Busuk hati
Perkara ni berlaku masa tahun lepas. Satu petang, saya lepak di bilik tidur bersama Huda, Alia dan suami pula dalam bilik air untuk berwudhu'. Husna dan Aiman di bilik mereka, sedang bermain bersama. Tak lama lepas tu terdengar mereka bertengkar-tengkar (sejak masuk tadika, pandai tul nak bertekak-tekak..ada jer idea depa nak wat isu), lepas tu Aiman berlari masuk ke bilik saya. Masa tu suami baru nak hampar sejadah dengan membelakangkan kami. Husna pulak masuk kemudian dan Aiman pula tiba-tiba mengeluarkan ayat yg saya dah lupa isinya tetapi lebih kepada perasaan iri hati dan marah sangat pada Husna. Mendengarkan ayatnya tu, tiba-tiba saya sampuk
Tengok tu Aiman, busuknya hati dia cakap kat kakak camtu.
(saya tercakap kuat)
Eh..mana ada, Aiman dah mandilah...mana Aiman busuk
( dia balas dengan selamba sambil berguling2 atas katil saya)
Saya dah nak tergelak dengar jawapan Aiman tu, tapi tahan-tahan sebab takut suami yang masa tu nak angkat takbir terganggu, dah tersenyum senyum saya ni sambil mencuri2 pandang ke arah suami, rupanya dia pun dah start nak tergelak, tak jadi dia angkat takbir.Apa lagi, saya bantai gelak kuat-kuat sebab gelihati sangat, sambil tu mengelak2 drp suami yg konon-kononnya nak memukul saya sebab ganggu konsentrasi dia nak mula solat.
Apalah Nor ni, ada ke cakap busuk hati kat anak
(sambil tersengih2 suami tegur saya)
Yelah..dia cakap camtu
Lain kali gunalah ayat baik-baik sikit
(hehe..itulah cikgu bahasa. kalau bercakap mesti nak berlapik.)
32 comments:
waa..waaa.. syikin. banyak citer awak ari ni yer. tapi yg paling best citer tanda halal JAKIM kat syurga tu.. macam itu punya orang pun ada kaa?? haa..haa...
kekeke...akak pun selalu pesan kat anak2 pasal tanda halal tu..dorang tanya kalau tak de kenapa? akak cakap la, tak leh makan sebab takut ada bab*...hehehe...baru la dorang prihatin sikit lepas tu...kalau tidak dorang tak paham kenapa tak boleh....
tang minum air cicak tu...halamak...patutla kita dilarang minum air yg terdedah (jag tu terdedah lama ke?)
Wadus....4 in 1 N3 nie...tak tau nak komen mana satu...fining den..
MB;
itulah soalan anak saya Aiman yg baru 5 thn lbh masa tu. sbb kami selalu ajar dia tgk tanda halal JAKIM kalau beli apa2 makanan or minuman yg berbungkus tu. dah dia tau arak tu haram kat dunia tu sbb dia nak confirmkan arak kat syurga tu blh minum sbb ada tanda halal ke:D
Kak Wan: mmg itulah kami ajar. kengkadang kesian gak kat anak, tpi nak wat camner, kena ajar depa hati2 bab makanan ni, kalu tak jaga bab makanan ni, antara faktor2 hati blh mati, susah nak terima kebenaran, nasihat dll. kan.
bab air tu, alah kak..mmg bertutup, yg terdedah tu hanya muncung jag tu jer, tpt keluar air tukan..agaknya dia masuk ikut situlah. alamak..terbayang lagi kat mata saya dia jatuh elok dlm cawan saya.
nbk: alamak sorilah menyusahkan..:)
Agaknya apa laa rasa nasi pulut beriani tuu? Syikin, baik patent cepat-cepat... Hahahah!!
hot mama: hehe rasa pulutlah..melekat2.adus.
*menepuk dahi*
Byk nyer cite akak tp sume best, kelaka.
Bab cicak tu experience saya cicak masuk dlm baju.eeei!! goli den! masa tu tgh solat kat masjid (masa sekolah mngh lg).tetiba rasa mcm benda gerak2 kat blkg. rasa cam getah.tunggusampai abis solat, bila bgn terus cicak tu lompat kua. Maaak! gelinyer!
syikin xabis baca lagi, bc pulut beriani je
xpe resepi baru ;-D
NZNM:Ha..boleh kamu khusyuk n tawaduk masa solat tu..kalau akak dah berdangdut dah sbb geli...eeee
iv: hehe, tak pelah, ada kesempatan baca yg baki
tak tahan bace jus loya tu.. alahai.. hhhehee.. zar ni memang penggeli. mase citer lagi lagi senario tu, dekat sebulan dua jugak tak makan roti canai.. loye punyer pasal
alahai... igtkan jus soya, lupanya jus loya. ingatkan pulut berinai rupanya pulut beriani. adeh adeh...
zareda: saya yg terminum ni lagi lah..eeeiii
alamak atok, saya salah eja ka?
banyak nya entri.. yg mana satu nak komen ni.. poning kepalo den hehe
alang: ala..tumis rempah beriani pas tu campur beras pulut...kakaka
zino: tak yah poning poning..baco yoo..lopeh tu sonyum sorang sorang
kihkihkih...gelak MR sorang kat sini...tak pepasal jer senang dapat keje kat kat Aquaria...tak sesuai tau makcik tu...Agak2 sedap tak rasa beriani pulut tu...mesti sedapkan pasal rasa rempah2 gitew..muahahah
MR: :D itulah, makcik tu konfiden tul dia jawab. tak pelah. kalua dia tau mesti dia malu sbb salah cakap.
huhuhu...rasa pulutlah..waaaa
Syikin saya nak balik kg hujung bulan ni lupak nak tanya nak ke rempah nasik daging, kalu nak bagi alamat saya poskan. Kak Lady saya dah tanya, dia nak tapi dia blum bagi alamat lagi.
Syikin, saya dari keluarga pesawah, beras pulut memang kenai, buah padi dia pun lain sikit,lebar2 dan selalu yang belum masak depa buat emping yang kala ijau tu, yang kala nak kuning, padi hak dah masak...makan ngan nyok sedap wooo, buat sendiri lagih dulu2..sekarang dah tak der dah...semua komersialkan tanam padi utk dapat beras nasik ja...lepas tu jual terus ...
kalu beli beras pulut kat KL ni kena hati2 depa selalu mengelat sebab campur dengan beras nasi, tu kekadang orang tak perasan, masak pulut, lembik, sebab beras bercampur. Beras pulut kalau baik, beras dia semua putih melepak bukan jernih macam beras nasik...
dah lama saya tak dapat bacab kisah anak2 syikin, hari dah dapat..rindu jugak..
tentang air bercicak tu...hmmm.. pernah juga mengalami insiden yang sama. cicak tu masuk dalam cerek. terperasan bila rasa air tu payau dan masin semacam...
pengalaman saya membeli beras ketika tinggal di rumah sewa sebagai pelajar dulu. Saya nak beli beras nasi tapi terbeli beras pulut.
Memang ketika itu saya tidak tahu yang nasi dan pulut itu dihasilkan dari jenis beras yang berbeza. :)
shami:
tq atas tawaran tu. nanti saya emailkan alamat saya
NBB: saya tak ingat camne rasa air bercicak tu :)
KH: itulah, saya pun tak berapa pandai nak bezakan warna beras pulut n beras nasi tu
bernas betul perbincangan anak Puan... kalau galakkan depa pikir benda2 macam ni, satu hari boleh masuk dalam kumpulan fikir ahli sufi...
IZHAL: saya rasa itulah kesannya kalau kita hantar anak2 masuk pre-integrated islamic school. ya..mungkin boleh. bab kerjaya mereka, terpulang selagi tak melanggar hukum syara'n mereka tak abai kewajipan 5 rukun islam :)
Kak Syikin : pagi2 buat sy tergelak (maklum le ktinggalan ketapi hehe pagi ni baru baca)
pulut beriani eks hehehehe
bestnyaaaa nasi beriani...
ke ke ke....lawak2...meriah sungguh ur famili. Tapi air 'cicak' tu isk isk isk "psst...apa rasanya?"
BD: hehe..bkn stok seminggu. kejap lagi masukkan entri baru :). hehe..mmg ngeri, percayalah :)
Ayu: tergelak n senyum tu blh jd awet muda. senyum itu juga satu sedekah :D
ha, tghari nanti belilah nasi beriani k. :)
anak kite pun semenjak belajar tanda logo HALAL, setiap paket makanan yg dia nak makan mesti tengok logo tu dulu, kalau tak memang tak makan..
kak,
tetiba tingat air cicak jugak.. masa kat mrsm dulu.kwn sy beli air milo heheh milo beng kekekeke pastu gantung kat katil double decker dia.pastu mcm dah mlm sket ingat nak minum lg. dok sedut punya sedut pastu tetiba awat la mcm tersekat jer nih... tgk2...uwek uwek.. ada cicak uwaaaaaaaaa dah abis airnya disedut pastu straw tersekat kat ciciak..uwekkkkk
kami semua menyaksikannya.. dan kami semua berlari anak drp bilik F13 ituh keluar untuk muntah...uweeeeeeeeeeeeeeek heheheh
Tee: bagusnya camtu. mmg kena ajar anak2 jaga bab pemakanan ni, kerana makanan itu mempengaruhi hati kita.
Ayu:tiba2 akak loya..lari...
Alinlai: alamak...awak tertinggallah, saya tak perasan nama awak. maaf ya...
hehe..memang meriah terutama ngan keletah anak2 saya yg ada jer idea depa.
air cicak tu? tak ingatlah..tapi yg pasti 2 cawanlah abih saya minum..eeee...lari....*masuk toilet sat*
ha'a seronokkan bila anak2 dah pandai bercakap. macam anak2 saya, kdg2 sapa yg kena panggil baby pun dorang nak gaduh.
oo suka mencuba resepi yer, cuba la try test resepi mee kari tomyam yg ade kat blog saya.
sekian terima kasih.
faezhussain: mmg seronok ngan telatah anak2 yg tak meragam..tapi time depa meragam..ngan umminya hangin satu badan.ahaks.
ha, bab panggil baby ni..si Huda tulah, no 3 tu..ada masa dia marah kita panggil dia adik, dia suruh panggil dia kakak huda, ada masa dia marah kita panggil dia kakak, dia suruh kita panggil dia adik..fening umi fening..
oh..mee kari tomyam..tak penah makan.ok, nanti nak cuba. ha, saya suka cuba resepi sbb saya suka makan tapi tak pandai memasak. ahaks.
Post a Comment