Monday, April 24, 2006

Sabtu & Ahad

Sabtu


a. Cancelled ke Kluang


Sepatutnya saya mengikut mak dan 2 adik saya ke Kluang menghantar rombongan pengantin adik sepupu ke majlis resepsi pihak lelaki ke Kluang, Johor. Masalahnya ruang kosong kereta hanya ada dua sahaja (tempat duduk belakang), sedangkan saya lima beranak (suami tak pergi sbb prepare utk exam hari ni (Isnin). Husna dan saya pastinya mengisi dua kekosongan itu. Tapi Aiman (5 thn lebih) dan Huda (2 thn lbh) sudah semestinya kena dipangku. Alia, saya yang pangku tak mengapa lagi. Tapi dua orang lagi tu? walaupun umur kecil tapi cukup melenguhkan sesiapa juga yg memangku mereka. Akhirnya saya menolak baik pelawaan emak dengan alasan di atas. Saya tau, Huda mesti memilih utk diriba oleh emak. Kesian mak nak memangku Huda untuk perjalanan yg jauh itu ( 4 or 5 jam?). Kalau seorang lagi adik saya pergi, mmg saya akan ikut sebab keretanya kosong mosong..tapi dia keje, tak dptlah nak pegi.

b. Pasar malam

Kami pergi pasar malam. Kali ni saya pastikan kami bawa troli lipat yg comel tu. Sementara lum beli barang tu, saya masukkan Alia di dalamnya. Dan seperti biasa, Huda berebut nak masuk gak dalam troli tu. Tapi tak dilayan, sebaliknya ayahnya berjaya pujuk dia berjalan kaki walaupun kerap merengek nak masuk sekali dalam troli tu. Sesi membeli belah bermula. Saya beli ayam n paru. Alia kenalah keluar drp troli utk diletakkan bungkusan lauk mentah tu. Ayah mendukung Alia. Huda sibuk nak berjalan dengan saya. Husna n Aiman saya suruh jalan pegang tangan takut terlepas. Oleh kerana masih jam 8 malam lebih, mmg crowded pasar malam tu, berasak2 bahkan mmg kami kena tawaf 3 kali rasanya sebelum tu utk cari parking kereta. Tiba di gerai sayur2an, saya suruh Huda lepaskan tangan dan benarkan saya mencelah ke tepi gerai utk amik kentang n dua tiga jenis sayur lain. Selepas membayar, kami terus bergerak perlahan ke depan. Dalam sepuluh langkah rasanya, saya tergerak nak tengok anak2. Maklumlah bawak kanak-kanak ribena, mata kena cekap, takut ada yang tertinggal. Masa check tu, Husna ada. Aiman ada di hadapan saya. Alia berdukung dengan ayahnya. Huda? Mana Huda? Mana Huda? Depan belakang saya check..TAK DE!!!!!!!! Ah sudah...dia tertinggal. Cepat-cepat saya pusingkan badan, terus mata tertangkap Huda yang tengah menangis berjalan menghentak-hentakkan kakinya. Marahlah dia tertinggal di belakang. Aduh..first time dia tertinggal. Syukur sangat masa tu orang tak ramai..kalau tak mesti terhalang pandangan mata saya, dahlah dia kecil saja. Terus saya berjalan laju ke arahnya dan menarik tangan dia. Dia kejap memegang tangan saya. Kemudian kami singgah di gerai buah2an. Sampai depan gerai laksa, baru jer nak memesan Husna berbisik perlahan,

Ummi...kakak sakit perut.

Kakak nak b***k ke?

Dia mengangguk, sambil tu mencangkung memegang perutnya. Saya bagitau suami. Suami terus ajak balik. Tiba2 geram pulak saya, napelah nak terb***k masa2 nih. Hati tu tengah membuak2 nak makan laksa ni. Memang tak leh nak suruh dia sabar sebab lambat, penjual tu pun tengah layan customer lain. Sudahnya kami terus balik tanpa membeli juadah apa2, hanya lauk2 mentah bersama2 hati saya yg membengkak ni. Entah nape, moody tiba2. Hehe..ni kes tak dpt makan laksalah ni. Aduh, bukan salah Husna pun, nak wat camner dah perut meragam tiba2. Sampai rmh, terus saya memasak sup ayam. Ingatkan nak off masak malam ni dah cancel. Suami tau saya moody tiba2, dia volunteered basuh pinggan. Ihiks. Separuh jalan, saya suruh dia stop, suruh dia continue study sebab nak exam.


Ahad

Tak ke mana2 pun. Duduk rumah aje sebab suami nak exam. Syukurlah saya ni pun dah belajar peringkat master n tau selok belok belajar peringkat master ni camner, jd taklah nak bising kalau2 weekend kami tak keluar berjalan. Kalau tak tu, mau meletup gak rasanya sebab terperuk jer dalam rumah, terutama surirmh yang bergantung penuh pada suami utk ke mana-mana. Sarapan pagi suami beli, nasi lemak, sejenis kuih dan roti canai. Tidak ketinggalan Berita Minggu. Aduh..ada kes baru lagi berkaitan PLKN ni..peserta PLKN terbunuh sebab pukulan. Innalillahi wa innailaihi raji'un. Sian kat parents dia..dahlah lama tak jumpa. Jumpa pun dah jd arwah budak tu. Terfikir saya, hebat sangat ke memukul orang ni, cabar mencabar untuk bergaduh ni? Bila dah jadi kes polis, baru nak menyesal apatah lagi awak tu muda lagi..dah jadi calon warga penjara, nasib tak baik, nyawa di tali gantung. Memalukan mak bapak jer.Na'uzubillah.

Tengahari, terima call drp mak bertanyakan sebab musabab bacaan ayat2 suci al Quran di TV1, ada yang meninggal ke?. Saya yg tak tahu menahu ni terkejut sebab daripada pagi bukak Astro cartoon channel. Mak agak Tun Abdul Ghaffar Baba, sebab dapat tau dia nazak di hospital. Cepat2 saya suruh Aiman tukar siaran TV 1, mmg alunan ayat2 suci alQuran oleh qari dan keluar sarikata memaklumkan pengebumian arwah ni. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Lebih kurang 3 ptg...kami anak beranak menonton THE INCREDIBLES di siaran 61 Astro. Tak penah tengok kartun ni sebelumnya. Itupun dah nak abih (masa isteri kartun tu buat operasi nak selamatkan suaminya dengan menaiki kapal terbang tu) baru Aiman secara tak sengaja membuka siaran ni. Memang lawak n gelak dibuatnya. terutama masa acara kejar mengejar musuh ngan anak lelaki kartun ni. laju giler budak tu lari, sampai kita terasa sekali berlari sama dalam filem tu. Yang spoilnya, ada gak adegan c**m dalam filem kartun ni...tak yah pun tak pe. Hish, kalaulah saya blh tazkirah si pengarah tu. Ahaks.

Jam 4 petang lebih, adik saya datang ke rmh bawakan surat2 utk kami (surat menyurat rasmi guna alamat rmh mak, sbb ia permanent add. yg kami ni masih duk menyewa, malas nak tukar2 alamat), biskut balak (nama rasmi biskut magerin spt yang tercatat pada pembungkusnya) yg mak belikan khas utk cucu2nya. Biskut ni imported drp kampung N9. Ari tu, lepas kenduri di Kluang, mak balik singgah di kampung jap. Saya pun buat minuman petang bersama french fries, keropok, buah pear dan biskut balak. Kami semua mengadap tv menonton majlis pengkebumian arwah ni. Abih tu, adik balik sebab kat luar dah nak hujan.

Malamnya tak kemana2 pun. Tengok tv sambil tu surf internet utk dptkan template blog yang cantik mantik. Ada satu website tu, lupalak..cantik2nya template blog dia, tapi kena beli. tak molah...nak cari yg free aje. Ni nak surf lagi ni. :)

27 comments:

FaEzHussain said...

yeahhh orang pertama...

oo busy gak yer weekend. saya pun tak sempat nak update blog. tgk la balik dari keje nanti ke kalu sempat.

best nyer ke pasar malam. dah lama tak pergi.

oo pasal anakanda syikin kena pakai spek tu, don't worry la. maybe genetic kut. tapi time2 saya belajar dulu, katanya kalu tgk TV dekat or membaca byk, bukan sebab mata nak rosak. rasanya factor pemakanan dan gene berperanan jugak ni.

kalu ikut kira, suami saya dan 8 org adik2 dia semua berspek; saya dan 4 org adik2 saya semua berspek.
yg saya pasti, tokey kedai spek cukup happy bila kami sekeluarga ke sana, tapi disebabkan clients regular, byk discount dapat.

semuga minggu ni kita semua lebih ceria. aminnnn

NBK466 said...

Den jarang MISS tgk kartun keluaran Walt DIsney. Disamping menghiburkan, mmg diselitkan moral2 values dlm kartun2 mereka.. cam kasih sayang adik beradik (Brother Bear), anak & bapak (Finding Nemo), dsb. Bagus utk kanak2 & jugak BAPANKNYE..he..he..he..

tee said...

cite The Incredibles ni , si abang siap bole hafal skrip lagi.. manataknya bila CD tu keluar dulu, bole dikatakan seminggu tu adala 3,4 kali dok ngadap cite tu aje...sekarang ni tengah kemaruk cite madagascar... yeah..i like to move it...move it....

blackpurple @ jowopinter said...

ni betul2 jurnal....
kena buat
Isnin
Selasa
rabu
Khamis
Jumaat
pulak...
hehehe

Kaklong Syikin said...

FH: hmm..tak taulah kot Aiman tu kena sbb keturunan plak. Ayah n mak saya tak pakai specs. tapi kami adik beradik 6 org ni, sorang jer tak pakai lagi.belah suami, mil jer yg pakai specs, itupun dah berumur ni baru pakai.

NBK: saya suka kartun walt disney ni sbb menghiburkan n tak jemu ditonton berulang..terutama yg berkait ngan family relationship :)

Tee: hahaha..boleh bayangkan camner gayanya membunyikan i like to move it...move it..hahaha

BP: kalau tgk entri saya awal2 dulu mmg hari2 wat..tapi tak larat dah.ihiks. BP pun watlah daily jurnal tu :)

WRA said...

memang selalu jadik cam tu ek kat pasar malam...sib baik pasar malam Bangi ni dekat ngan toilet awam...so biasanya hubby la jadi mangsa bawak anak2 pegi toilet kalau dorang terdesak sangat tu ehhehehehe....

Akak tengok jugak the Incredibles tu...sebelum ni dah tengok kat CD, biasala, anak2 suka sangat...hari tu cerita Monsters Inc tu pun dok tengok manjang...selagi astro ulang, selagi tu dorang tengok....hmmmm

Alinlai said...

bestnya pi pasar malam...kat sini tadak la pasar malam. Rindu murtabak dan yong tau foo la pulak :)

Kaklong Syikin said...

Kak wan: itulah, kat situ saya tak tau ada tandas awam atau tidak.kalau tau mmg bawak dah dia p k situ dan saya pun dptlah beli laksa saya..huhuhu.


Alin: eh...sana mmg tak fofular ya ngan pasar malam? pasar minggu n pasar tani ada tak?

kalau gitulah, awak kena belajar wat murtabak n kuah yong tau foo la..

Alinlai said...

ke ke ke... ada pasar mlm kat KK, tapi tak pernah pi pun, nak beli kuih2 pun tak berapa berani...kadang2 bukan org sini yang jual. tak pe balik BM makan puas2 murtabak tu...buat sendiri tak kick ler

Kaklong Syikin said...

eh...saya ketinggalan ketapi kot, BM tu stands for what?

Anonymous said...

Hi, i'm a mother of 3. I've been thru " ibu, nak pegi tandas" dilemma over and over again, without fail. So, sabo je la. You are not alone !!!!
Bout The Incredibles, my kids dah boleh hafal what will happen next to the extend hafal some of the lines. Watching movies together with the kids - weekly event of our family. Its fun.

Anonymous said...

askum k.shikin....nmpknya dah byk entry k.shikin yg Bie termiss...klu nk mkn laksa...jemputlah dtg umah boleh bie masakkan...hehehe...tak kisahlah tak sedap janji akak boleh mkn laksa...hubby akak tgh buat master bidang ape skrg nie? samalah dgn Bie...hujung minggu tak ke mana sbb hubby sibuk nk baca buku...tp duk rumah pun mcm tak cukup kakitangan nk buat keje...maklumlah semua nk buat masa weekend.

Alinlai said...

syikin,
'clue'.... satu bandar kat Seb. Perai ke ke ke

Kaklong Syikin said...

junita: hehe..ingatkan saya sorang jer alami camni.sbnrnyakan, pengalaman anak nak ke toilet masa di pasar malam tu adalah first time ever. kalau kat tpt lain tu biasalah. :

tq.sbb dtg blog saya

Bie: hehe..insyaAllah akak update blog hari2..petang nanti kot akak mauskkan entri 'panas' sikit.
hehe..akak mmg hantu laksalah.hari2 blh makan laksa. tq atas jemputan. suami akak amik bidang apa ya?alamak, lupa..ha, berkaitan ngan komputer gak.apa nama penuhnya.ihiks.lupelah.

Alin: alamak..saya bab teka2 ni mmg tak reti, naknya kalau nama tempat yg saya tak familiar..huhuhu.lainlah kalau saya pernah duduk area s.perai tuh..ahaks.

Alinlai said...

Syikin,

Bkt Mertajam...

ibuVouge said...

kira pakai cermin mata ni mcm warisan jugak kan
cuba pegi web uda, uda ada ajar cemana nak wat template yg cantik..Iv buat tapi x jadi(sebenarnya xde kesabaran...hehehhe)

Kaklong Syikin said...

iv: first time dengar pakai spek macam warisan, ahaks.biasa org kata keturunan. perkataan baru nih.:)

ha, dah tgk dah web uda tu..n dah surf pun..tapi cam iv katalah tak de kesabaran..ihiks

Anonymous said...

complete aktiviti sabtu+ahad :)

kasutVINCCI said...

Nasib baik tak hilang si huda. Kalau tak sure akak dah panik. Kv pernah hilang hang nadim sekali. Kat shopping complex. Kv berpecah ngan hubby. Hang nadim gatal, sekali nak ikut mama, sekali nak ikut abah. Tu yg missing in action tu. Nasib baik jumpa semula. Dia cool aje. Geram betul.Kita bagai dah tak berdegup jantung!

Kaklong Syikin said...

Op:heheh..itulah parts of weekend.

kv: akak pun gubra gak memula tu. ini first time dia tertinggal. kalau kat shoppping complex plak, yg biasa tertinggal Aiman. sbb dia kalau berjalan tu suka perhatikan org..leka jer. kita ni terus berjalan ke depan, sedar2 dia missing in action. dah 2 or 3 kali camtu. tp nampaknya sekarang dia dah dpt pengajarannya.
kalau kat s.c. ni, akak suka yg ada kemudahan besar mcm di giant,carrefour, masukkan jer huda n alia...tak risau depa terlepas.

Kaklong Syikin said...

eh..kv, silap akak..patutnya ada kemudahan troli bkn kemudahan besar

Unknown said...

hehe...comey jerk huda ilang..seb baik dier tak nangeh kuat2..satu pasar malam tu denga..ihiks~

NONIE AZIZ said...

sib baik Huda tak ilang...kalau tak haruuuu...

Pandang Dengar Diam said...

wow naik tersenguk cuaca baca.....

Izhal said...

suami belajar ke la ni nak exam?
nasib baik jumpa Huda balik kat pasar malam. haritu anak saya hilang sat kat tempat main game dalam mall, gabrar gila...
memang geram kalau budak2 buat t@hi time kita syok jalan2... kampung n9 kat mana ya???

Kaklong Syikin said...

kaori: koari...ari tu jer dia tak nangih kuat2..biasanya kalau dia mengamuk, dia akan nangih kuat2 tak kira mana tempat.

MR: mmg syukur sangat.

cuaca: jgn tertidur udahlah.boring ya..sori..kejap lagi nak masukkan entri 'panas' sikit.

Izhal: ha ah..dia pun wat master gak. sem ni dia amik 2 papers. isnin dah lepas satu paper. rabu plak satu paper.

hish..anak hilang kat tpt org asing lagi kelam kabut.

kg tu di pekan Gemencheh. biasanya reaksi org luar, oh..yg ahli politik mati kena bunuh dulu tu ya? (alamak lupa lak nama arwah tu)walhal kampung arwah tu di Asahan, sebelah ngan gemencheh ni.

Kaklong Syikin said...

BD: hmm..apalah ilmu yg walt disney guna ek utk tawan hati kita ngan katun dia;)