Monday, April 17, 2006

Wali Hakim

Ada sesapa tak yang terbaca dlm paper pasal suami isteri kena bernikah semula dek kerana masalah teknikal pasal wali nikah ni? Tak salahnya ia berlaku di Johor. Sebenarnya pernikahan saya pun hampir mengalami masalah yang sama jika tidak kerana ketelitian pendaftar nikah yang cekap.

Masa saya nak berkahwin dulu, kena cari wali ab'ad sebabnya wali2 aqrab saya; ayah, atuk dan adik lelaki ayah pun dah meninggal. Satu-satunya adik lelaki saya, A, baru di tingkatan satu masa tu. Jadi, saya dan mak kena balik ke kampung di N9 untuk mencari abang sepupu saya untuk memintanya menjadi wali nikah saya. Pada hari yang dijanjikan, kami semua bertolak ke Pej. Agama Islam Kuang untuk mengambil dan mengisi borang, tetapi, pendaftar nikah,cerai dan rujuk di situ bertindak cekap dengan menyoal kewujudan wali yang ada di dalam ahli keluarga saya, termasuk A yg baru berusia 13 thn tu. Dia tak mahu terus menandatangani surat memberi kebenaran utk saya bernikah sehinggalah dia bersemuka dengan A untuk mengetahui samaada sebenarnya A telah layak menjadi wali nikah atau tidak. Kasihan pula abg sepupu saya yg dtg drp jauh, tapi kedudukannya sebagai wali nikah kena KIV dulu.

Di waktu lain, saya, emak dan adik datang ke pejabat agama tu semula utk berjumpa dengan pendaftar nikah tersebut. Di hadapan saya, punyalah Ustaz muda ni bertanya macam-macam berkaitan kefahaman A tentang status baligh, siap dia tanya A dah baligh ke belum? tahu makna baligh tu apa? Tahu tanda2 baligh tu apa? Tahu makna mimpi bagi seorang lelaki? Tahu kalau mimpi tu kena mandi hadas besar? Pernahkah mimpi hingga keluar air mani? Kita yang dengar ni naik segan, terasa merah padam muka tuh. Si A, dengan penuh tenang jawab semua soalan ustaz ni dengan baik.Berkali2 ustaz ni bertanya utk mengesahkannya. Keputusannya, Si A adalah wali nikah saya dan abg sepupu itu tidak boleh jadi wali saya sebab wali aqrab masih ada iaitu si A dan abg sepupu tu yang rankingnya sebagai wali ab'ad disebabkan si A telah pun baligh.

Tapi, kata pendaftar nikah tu, masa hari nikah nanti, si A akan buat akad utk pindah wali kepada tok kadhi, jadi, tok kadhi tu akan jadi wali hakim saya. Hmm..punyalah detail proses. tapi puas hati sebab kecelaruan ni dpt diatasi dengan kecekapan ustaz tersebut.

Dan pada hari pernikahan saya, memang debar sangat. Syahdu pun ada. Kesian pun ada pada A yang baru jer form 1 dah kena berdepan ngan tok kadhi. Sebelum upacara akad nikah kat masjid tu, A terlebih dulu kena berakad ngan tok kadhi.Memang hening sangat waktu. Saya yang tak jauh drp mereka melihat dengan suspen. Suami saya pula, duduk sebelah A masa tu, dia pun dengar sama sebutir sebutir apa yg si A dan ustaz tu cakap. Ustaz tu mmg sabar mengajar si A melafazkan akad pindah wali. Dan alhamdulillah, proses akad perpindahan wali tu berjalan dengan lancar. Memang nak menitik air mata dengan pengorbanan A yang menjadi wali saya. Kemudian barulah bermula sesi akad nikah. Sabor jelah saya, kena menunggu tok kadhi tu berkhutbah dalam 45 minit sebelum akad nikah yang hanya mengambil masa beberapa minit aje tu (tahniah Yang..dapat lafaz 1x jer :)

Tapi, kalau tengok fizikal si A ni, masa form tu orang ingat dia dah umur 20 an, sebab dia ni jenis tinggi n rangka besar. tima kasih A, sebab sudi jadi wali kak long. Dan masa nikah adik saya yg kedua, si Kakngah, A juga melalui proses yang sama. Pernah dia berseloroh ngan saya, hai, nampaknya aku tak leh kawin dululah, kena korang semua kawin dulu. Apalah A, kawin jerlah, bukannya tak leh kawin dulu. Ahaks. Tapi, akan datang, A tak perlu melalui proses pindah wali utk 2 kakaknya n si bongsu semasa mereka bernikah suatu hari nanti, sebab dia dah masuk umur 20 thn.

* wali aqrab:wali terdekat (bapa, datuk, adik beradik lelaki, bapa saudara)
*wali ab'ad:wali jauh (sepupu lelaki sebelah bapa, atuk saudara lelaki sebelah bapa dll)

28 comments:

Alinlai said...

syikin,
bleh imagine muka A masa tu...maklum la budak umur 13 tahun :) sure lepas tu jenuh dia bercerita dekat kawan2 dia proses ijab kabul priceless experience tu...

Kaklong Syikin said...

alin..mmg muka dia masa tu serius abih..pucat pun nampak gak...abih nak wat camno..konolah berkorban sikit:)

Ayu Mohamad said...

kak syikin,
setuju dgn alin hehehe... priceless experience tuh.. tapi tuh la bab nikah2 tuh bukan bleh main2 kannn

Kaklong Syikin said...

ayu, mmg pun..nanti dia nak jabat lagi tangan tuk kadhi utk 3 adik beradik perempuan kami (akak ni 6 beradik, sorang jer boy). nanti, time dia sendiri kawin, hilang dah gabra tu kot..ihiks.

zino said...

lepas ni dah ada experience.. lancar je lah kot hehe

KAMATO said...

Bila pulak si A nak bersanding plak

Anonymous said...

org selalu pandang remeh bila mai bab wali, tapi itu la keindahan islam..in case if anything appen, then the wali can take over his sister...

nampak kecik jek, tapi tanggungjawab yang besar, kan???

blackpurple @ jowopinter said...

nampak macam simple kan proses kahwin ni...tapi kalau tak diteliti betul2 boleh jadi isu besar... berkaitan dengan hukum apatah lagi...

Kaklong Syikin said...

zino: harap2nya begitulah :)

kamato: hehe..tak leh lagi, tak abih belajor lagi kat uitm tuh.

orennnnnnnnnnnnnnn:tq mai blog saya :). betui pendpt awak tu. lagi satu, ia mendidik saudara lelaki bertanggungjawab ke atas saudara perempuannya.

bp: betui tu. :)

WRA said...

itu la...juru tukang nikah pun kena la yg berpengetahuan...sebab tu benda2 macam tu dah jatuh cam fardhu ek? mesti kena tau...just bayangkan kalau di masa akan datang,tak de org tau pasal bab wali2 ni, apa hukum nikah kawin generasi kita tu nanti....nauzubillah....

Kaklong Syikin said...

kak wan,kalau ada ramai org berpengetahuan dlm bab ni, fardhu kifayah..tapi kalau dah sampai wlw sorang pun tak tau ha...dah jadi fardh 'ain tu.

kak, yg bab juru nikah kat jb tukan, dia bukan tak tau hukum, tau tapi dia ni rasanya jenis takleh ditegur (ini apa yg saya faham bc dlm paper tulah).sbb peringkat awal tu family perempuan tu dah timbulkan kemusykilan, tp org berkenaan kata dia lebih arif..ha, tak pasal2 pasangan tu terima akibatnya.

biasanya, kalua amik jurusan pengajian islam terutama syariah ,bab kekeluargaan dlm hukum syara' ni antara subjek utama..dan bab perwalian ni tak terkecuali.

Shami said...

Baguih la syikin anak lelaki, memang patut macam tu, husb dulu cam tu gak, sebab Baba dia sakit..tak leh nak cakap...so dia kena buat semua tu...

Sorry syikin, nak tanyalah, ni husb pesan suruh tanya..apa nama suami awak, sekolah kat mana,..kata pergi mesir, tahun bila..ambik jurusan apa...kerja kat mana...kalau tak nak jawap kat sini jawap kat blog saya pun tak palah...saya cerita sikit pasal awak dan suami, dia cuma..nak tau kut2 kenal...dia banyak kenalan....boleh kut ..no..

Izhal said...

Powerlah adik A... pengalaman hebat...

tapi apsal kalau orang bukan islam yang dah kawin dan masuk islam bersama-sama pasangannya tak yah nikah lagi sekali? kalau agama sebelumnya kristian ya saya faham, mereka juga ada proses akad nikah, tapi kalau cina macamana???

Kopi Suam said...

Kesian kat A..heehh tapi bila lagi nak berkorban untuk akak dan adik-adik kan....dah nama pun anak lelaki yang pertama dalam keluarga...sah-sah tanggungjawab ketua keluarga dah jatuh pada A sekarang....syabas A

tee said...

to Adik A - a job well done...

Hot Mama said...

Tuu laa penting jika org ramai mengetahui tentang ini lebih mendalam so takdelaa kekeliruan mcm kes di Johor tu.
Kursus perkahwinanpun yang sekarang tak berapa detail dan mendalam. Maybe they all should sit down and kaji balik ...

NONIE AZIZ said...

A dah kawin ke blum shikin?...hehe

Anonymous said...

Masa cousin Alang kawen aritu, adik pengantin pompuan berumur 19 thn yg walikan sbb ayah dia meninggal sebulan sblm dia dinikahkan. waktu tu Alang ingat mudanya dah jadi wali. rupanya wali akak lagi muda.

cipthowiryawanchannel said...

baguslah bagi along tuh..dah ade pengalaman..hehe..

Sya said...

Alhamdullilah kak sya masih ada ayah.. ustaz tu betul2 menjalankan tugas dia sebagai pegawai agama. Dia tahu kalau pernikahan tak sah maka ia akan berlarutan kepada cuc cicit dan semuanya. Tu sbb dia siasat dan sebagainya. Tanggungjawab besar hingga ke akhirat akan ditanya

aNIe said...

Perkara wali dalam perkahwinan ni memang penting...supaya tidak akan terjadi sesuatu yang tidak diingini...

Pernah terjadi dlm kampung kak lady...pengantin perempuan tu pengsan bila dia tidak boleh diwalikan oleh bapanya sendiri kerana dia anak luarnikah...dan rahsia tu terbuka pada hari dia dinikahkan....walau macamaner pahit pun kenyataan yang hendak disampaikan...dlm bab ni seseorang itu mestilah berterus terang....

Kaklong Syikin said...

shami: itulah pentingnya mendidik anak lelaki sebaik mungkinkan, terutama memberi depa pendidikan agama sbb depa ni pengganti bapa bila bapa tak da nanti, terutama wali nikah.

izhal: soalan awak ni menarik tp kena detail.pada asasnya couple non muslim tu mmg tak perlu kawin semula slps menganut islam bersama tak kira sblm tu dia kristian or cina. tak perlah nanti akak tambah yg lain lagi.akak kena rujuk dulu pada org yg lbh arif ya.tkut ya ya menjawab, tersalah pulak.dah sebarkan ajaran sesat.na'uzubillah

Kaklong Syikin said...

KS: alhamdulillah dia mmg anak n adik yg baik setakat ni. dulu risau gak kalau2 dah besar dia jd anak yg tak 'menjadi' sbb ayah dah tak de, pas tu hidup d kl ni maklum ajelah byk cabaran terutama masalah sosial. kiranya dia ni mmg blh diharaplah utk membantu di rmh.

babydiana: itulah..alhamdulillah ustaz tu teliti orgnya...kalau tak, hish tak dpt nak bayangkan.

tee: alhamdulillah. tq :)

Kaklong Syikin said...

hotmama: masalahnyakan, org yg buat hal tu berpengetahuan gak, tp entah nape, ikut ego dia jer, walhal keluarga perempuan tu mmg dah timbulkan isu ni.n hamba Allah ni pulak kata dia lbh arif ttg hal2 begitu. nak kata apa lagi? itulah masalahnya kalau tak leh ditegur (ini ikut apa yg saya fahamlah drp bacaan kat paper tu)

MR: Dia lum kawin lagi, baru nak masuk final sem kat uitm dungun nun.

alang: itulah, nak wat camner.at least melatih dia jd seorang lelaki yg bertanggungjawabkan...

Kaklong Syikin said...

ais_putih: dia bkn along, akak yg along..panggilan dia kat rmh apai..ahaks.
apapun, syukurlah dia dah berpengalaman. baru tau susah senangnya jadi lelaki nih:)


kak sya: betul tu, kalau tak kat akhirat dia bertanggungjawab.tak pasal jer...

kak lady: alahai, siannya pengantin perempuan tu.tulah, salah parents dlm hal ni, anak2 perempuan yg teruk menanggungnya

Kaklong Syikin said...

hotmama:opps lupa pula. mmg banyak pihak dah cdgkan kaji semula silibus kursus pra perkahwinan tu

Zareda Norman said...

salam ulangtahun perkahwinan buat syiken.. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Kaklong Syikin said...

zareda: tq so much atas ucapan dan doa tersebut.dan saya berdoa yg sama utk zareda juga:)