Saturday, April 22, 2006

Yang saya bimbangi akhirnya..

Satu malam, sedang saya ngadap blog...tiba-tiba Aiman bercerita ngan saya yang dia kena keluar ke depan kelas untuk melihat tulisan cikgu di atas white board. Dia kata tulisan cikgu tu kecil. Lepas tu dia bagitau yang cikgunya kata matanya rosak. Saya tanya kawan yang lain buat tak macam tu, dia kata dia sorang saja. Saya tersentap. eh..mata dia mula rabun ke? Saya tak sedap hati. Nak telefon cikgunya dah tak sesuai, masa tu dah pukul 10 malam lebih rasanya.

Beberapa hari lepas tu, saya telefon cikgu Aiman yg merangkap owner tadika tu, Cikgu S. Dia gembira saya telefon dia sbb dia sendiri asyik terlupa nak called saya berhubung kes Aiman ni. Saya minta dia ceritakan hal sebenarnya. Cikgu S bagitau, meja Aiman di barisan ketiga drp hadapan dan Whiteboard tidak jauh di hadapan. Semasa menyalin nota drp whiteboard, Cikgu S dapati Aiman asyik pergi ke whiteboard tu dengan alasan tak nampak sebab tulisan cikgu kecil. Sedangkan pelajar-pelajar lain tak de pun buat macam tu. Dia dah syak Aiman rabun. Akhirnya dia ajak murid2 main mengecam perkataan drp jauh. Dia suruh murid-murid beratur dan menyuruh mereka seorang demi seorang menyebut huruf kat dinding tu...semua lulus, kecuali AIMAN. Jadi, Cikgu S minta Aiman beritahu kami akan hal ini. Mendengarkan penjelasan Cikgu S ni, hati saya sedih. Saya tau Aiman dah mula rabun jauh. Dia kecil lagi, Julai ni baru masuk 6 tahun. Saya dan suami secara kebetulannya kami mula memakai cermin mata masa di tingkatan 2. Aduh..punyalah saya harap agar tak seorang pun anak2 saya mengikut jejak langkah kami suami isteri memakai cermin mata, ada jugak rupanya. Yang saya bimbangi akhirnya terjadi juga. Yang pasti saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu S sebab begitu alert dengan perubahan pada pelajar-pelajarnya.

Cikgu S tanya faktor-faktor yang mungkin Aiman cepat rabun dan saya tak menafikan Aiman suka main komputer dan tengok tv dekat2 walaupun kami puas melarangnya hingga kena marahlah dia tu. Dan saya juga mula terperasan yang sejak tahun lepas Aiman kerap mengadu pening kepala sambil dia menekan2 kat atas matanya. Saya ingatkan dia begitu sebab terlalu penat dan biasanya saya suruh dia tidur saja. Bersalahnya rasa. Saya pun bagi tau suami. Kami belikan skrin komputer dan mula melarang keras Aiman menonton tv terlalu dekat.

Petang Rabu baru ni, on the way balik daripada klinik sebab saya demam dan sakit tekak yang amat, kami singgah di kedai cermin mata yang biasa kami pergi. Bila kedua mata Aiman dicheck dengan komputer. Terkejut saya powernya 175 each!!! Begitu tinggi untuk budak yang baru 5 tahun lebih. Ingatkan bawah 50 ke powernya. Untuk kepastian, mata Aiman di check secara ujian manual. Powernya 150 each. Ok...legalah sikit. Kemudian sesi pilih memilih bingkai cermin mata yang sesuai untuk dia yang kecil tapi lasak ni. Kiranya spek mata tahan lasaklah.

Saya pesan pada Aiman, jika mula pakai cermin mata tu nanti, pakai hanya untuk menonton dan menyalin kerja daripada whiteboard sahaja, waktu yang lain tak perlu. Saya tak mau biasakan dia dengan cermin mata, sebab dia terlalu kecil pada saya. Dan saya tak mahu power cermin matanya naik begitu cepat dan tinggi lagi. Asalnya saya terfikir Husna yang akan memakai cermin mata sebab dia terlalu suka membaca dan setiap hari dia wajib membaca. Itu belum lagi dia bermain komputer. Doa saya biarlah yang lain tak ikut jejak langkah Aiman.

Petang semalam (Jumaat), dia balik daripada sekolah bersama cermin mata barunya What a cute boy!! Pada mata saya dia nampak comel dengan cermin mata tu...tapi saya sedih. Alangkah bagus kalau cermin mata tu hanya hiasan macam Eric Leong dalam Casa Impian yang hanya memakainya sebagai trademark!!! Aiman...Aiman... my speaky boy.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Update: Ahad

Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (Ahad) lebih kurang jam 7 pagi lebih seperti yang dilaporkan di dalam TV 1. Moga arwah bersama dengan mereka yang bahagia di alam sana. Amin.

30 comments:

Jong said...

Salam,
Dari tajuk blog itu mula-mula ingatkan blog rasmi kementerian wanita :)
Saya selalu kasihani anak-anak dengan kaca mata.
Wassalam

Kaklong Syikin said...

FT: Lawak tghari ya...:)
Sebagai ibu, saya lagi sedih. Cuma saya harap dia dapat maintain dengan power yang sedia ada selama yang boleh.

Alinlai said...

syikin,

eheh....sure comel macam superboy :) tak pe lama2 dia biasa le tu

Anonymous said...

kanak2 berkaca mata, nampak macam innocent tersangat. gaya2 pelajar universiti. saya suka. galakkan aiman untuk lebihkan memakan sayur2an.

Kaklong Syikin said...

alinlai: hehe..frankly speaking dia nampak comel pada mata saya. insyaAllah, dia akan biasa.

GT: itulah masalahnya, dia krg sukA sayur. tapi tak per, nanti saya bagitau dia ada cikgu Nizam suruh makan sayur banyak2, kalau tak nanti cikgu NIzam nak bawak jumpa guru besar:)

Shami said...

Anak saya, abang cik ada check mata kat tadika, dia hari tu, alhamdillah lepas, sebab husb pakai cermin mata gak masa darjah 6, saya tak, cuma sekarang ni saja, rabun jauh sebab selalu ngadap komputer lama2 kat office sbb kerja saya di pejabat menuntut saya banyak pakai komputer..cermin mata sentiasa ada spare dalam hand bag, he..he..he
anak2 yang lain ok lagi, tapi along selalu ngadu sakit kepala, tak pernah pulak, dia merungut, tak nampak tulisan cikgu kat dalam kelas. Entah le sakit kepala tuh sesekali saja..panas kut...dia tak tahan...tunggu tengok ler perkembangan berikutnya.
Sib baik syikin, cepat bertindak..dapat kesan dari awal..kalau tak..susah dia nak belajar..kar kelas..tapi jangan sedih, ..lah itu semua kehendakNYa..Aiman kurang kat situ, kat tempat lain mungkin ada yang lebih...kot..

Kaklong Syikin said...

Shami: itulah..tgh pujuk hati ni supaya terima keadaan dia dah bercermin mata. tapi so far dia ok.

eh, ckp pasal along tu selalu sakit kepala, better pergi check. takut kat dlm tu tak tau apa hal..yelah banyak jenis penyakit dlm kepala tu.na'uzubillah.

saya n suami lambat amik tindakan atas aduan aiman selalu sakit kepala. kalau kami cepat, mungkin dah awal lagi kami tau power dia tu tak banyak sangat sampai cam sekarang ni. rasa menyesal pun ada. tapi nak wat camner. tak pelah, belajar drp kesilapan ni.

Kaklong Syikin said...

alang; ihiks. tq wakili anak saya

KAMATO said...

Perkara biasa pakai spek tu....

Kaklong Syikin said...

Kamato: mmg ia perkara biasa sbb pernah tgk kanak2 lain memakainya, tapi kalau boleh saya tak mahu anak2 saya memakainya :)

Unknown said...

hehe...kak syikin stat pakai spek umo 14 thn..saye mase umo 12 thn da pakai..kekeke...skang tak pakai dah...pakai kontek lens plak..ihiks~

Kaklong Syikin said...

Blueyasmeen: Auntie...lamanya tak nampak auntie :). Betul auntie, syukur dpt detect awal. ohh..auntie wat lasik ya? saya n suami pun teringin nak wat gak..tapi rsanya terlalu mahallah.

KaOri Chan: akak masih pakai spek mata lagi. penah pakai contact lens ni masa kawin lah ihiks, n beberapa bulan lepas tu.pas tu tak pakai sbb last pakai tu CL ni terperosok sebelah atas mata, punyalah kelam kabut nak keluarkan. sejak tu tak mo dah. takut!!! ingatkan rezeki lebih nanti nak wat lasik...:)

Anonymous said...

saya masih belum pakai spek. tp nampak gaya macam nak kena pakai. cuma masih menahan diri lagi :)

zino said...

ok tu pakai spek.. tambah mancho anak bujang tu.. hehe

Kaklong Syikin said...

op: kalau dah sampai tahap kena pakai tu, cepat2lah buat, takut nanti power tu bertambah tinggi.

tq. dtg k blog saya

zino: macho? hehe..

maklang said...

Anak maklang 2 orang dah pakai apecs. Ist one masa std 3 and second one masa std2. Yang 2 lagi mintak2 tak payah pakai specs.

Kaklong Syikin said...

makklang: itulah, saya doa2 jugak biarlah Aiman sorang jer yg pakai specs ni.

Izhal said...

dulu saya pernah kerja dengan optometrist... satu haritu ada budak umur 5 tahun masuk ngan mami dia, buat spek power 200 ke 300, tak ingat sangat... saya kerja potong lens dia, sedih betul motong lens budak tu...

dulu saya pakai spek, tapi la ni Alhamdulillah tak perlu dah... baik doakan aiman supaya sembuh terus dari rabun...

aNIe said...

Syikin...uiksss...banyaknya power dia..risau jugak akak bila syikin kata dia suka main komputer...anak kak lady si Fareez pun suka main komputer...hari2...isykkk...kene jaga-jaga jugak ni

Kaklong Syikin said...

izhal: blh bagi petua tak pakai spek langsung dah? or awak buat lasik?

kak lady: saya lagi terkejut kak bila tau power dia tu. nak wat camner.cumanya saya lagi tegas ngna dia sekarang kalau dia nak tgk tv mesti jauh2.

utk komputer, kami dah pasang skrin monitor.budak2 ni complaint sbb dah tak terang monitor, kenalah kami terangkan sbb musababnya. kalau akak dah pasang skrin monitor tu tak pelah.

kasutVINCCI said...

aduh..kesiannya. Kecik kecik dah speky.Tak pe la, nanti kalau tak pakai lagi teruk.Kv dulu masa form 2 dah kena buat cermin mata. Tapi tak pakai. Dah kerja baru start pakai sbb kalau org lalu kat depan dah tak cam rupa.Hik hik hik...

Zareda Norman said...

syikin dlu mase kat U zar pakai spek tapi la ni pakai bila mengadap pc jer. Ada petuanya.. tak tahulah sebab petua ni zar tak pakai spek dah.. zar cumma yakin jer. Mase kita mandi, kita basuh mata kita ngan air lalu sambil selawat, kalau dapat biar sampai 7 kali selawat.

Pas tu ada orang kata titiskan ngan air embun ler air dari dalam pokok periuk kera ler.. tak pernah plak buat. Zar cuma amalkan basuh mata ngan selawat jer

Ayu Mohamad said...

takpe kak, cuma akak kene bg dia mkn carrot kalo tak suka bg minum air carrot ..

NONIE AZIZ said...

Shikin: seelok2 suruh dia sepenuh masaa kecuali tidur..pasal kalau sekejab pakai sekejab tak boleh membuatkan mata budak tu akan bertambah rosak...melalui pengalaman saya...saya pakai spec sejak dari umur 12 thn..power pun banyak...tapi pakainya masa nak belajar jer...boleh dikatakan power spec akan tiap2 thn bertambah banyak..Doc. yang checked mata saya ada tanya cara pemakaian saya..bila saya cerita..dia cakap tak boleh buat macamtu..tak sihat utk mata...

Kaklong Syikin said...

KV: mmg kesian kat dia.

Zareda: tq atas petua tu..insyaAllah, saya sendiri akan mulakan dulu :)

ayu: dia ni mmg tak suka sayur, air carrot apatah lagi..tapi tak per, umminya ada kuasa veto..haahaha

MR: la...baru tau pakai kejap2 blh tambah rosakkan mata..saya dulu pakai masa 14 thn n mmg terus pakai cuma mandi, tidur n solat jer tak pakai..tapikan saya perasan, power specs saya dah kurang..la ni turun 175..beberapa tahun lps adalah mencecah 400 lbh each

Kaklong Syikin said...

eh..MR, silaplah saya..turun kepada 375 each, bkn 175 each..

WRA said...

akak pun dulu pakai spek...tapi skang dah tak pakai...
petua org tua kat kg akak, selain makan carrot banyak2, pagi2 tu bukak pintu rumah, tengok pemandangan hijau...kalau tak de pokok2,rumput2 pun jadi...tapi pagi2 la...yg ni yg akak selalu buat pun...at least kurang la sikit rabun, tak yah pakai spek dah...cuma kalau memang terlampau jauuuuh baru tak nampak...

petua Zareda tu pun bagus jugak tu...

Kaklong Syikin said...

oh..ni petua lagi ni. tocey tocey :)

NBK466 said...

Mmg pun...mmg cute kanak2 pakai spek...tapi kesian juga kecik2 dah kena pakai spek... Kalau dah berusaha...itu sudah takdir illahi.

Kaklong Syikin said...

NBK: hmm itulah.kena belajar redha ni..