Hmm..semalam tak de kat rumah sepanjang hari, hampir tengah malam baru sampai rumah. Tu yang tak blogging langsung.
Thursday, October 19, 2006
BALIK MANA?
Hmm..semalam tak de kat rumah sepanjang hari, hampir tengah malam baru sampai rumah. Tu yang tak blogging langsung.
Monday, October 16, 2006
Kenangan Raya
Saturday, October 14, 2006
2 TAJUK
Nak citer ringan sikit...
Gabra jap
Thursday, October 12, 2006
Puasa Si Miskin...
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-dagingyang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Tuesday, October 10, 2006
Hari Nuzul Quran & bacalah Bebelanku
Ini bukan takat tanggungjawab individu dah, bahkan ia tanggungjawab pihak penganjur. Ini semua akan disoal di akhirat kelak..bukan takat mematuhi kaedah fiqh "matlamat tak menghalalkan cara" sahaja di dalam pemerintahan negara seperti yang disebut oleh Pak Lah, bahkan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuklah dalam bab hiburan. ha..itu belum bab industri fesyen negara lagi, camner kita nak buat ia selari ngan tuntutan syara. Nak jual or buat baju2 seksi tu, boleh pada pandangan peribadi saya..tapi ada peraturan ketatnya menurut hukum syara'..hehe, nantilah, kalau saya ingat, saya nak buat entri pasal ni.
Saturday, October 07, 2006
KENA TINDIH (2)
Assalamualaikum ,
Pertama2nya, TAKZIAH kepada AJZIE, mama blogger kita yang IBUnya tersayang dan RATU HATInya telah kembali ke Rahmatullah, hampir 3 minggu dah rasanya. Walaupun sedih, saya yakin AJZIE sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah untuk arwah IBUnya.
*************************************
Ok..saya tergerak nak respon semua komen entri KENA TINDIH yang saya simpulkan ada yang;
1. yakin ia 100% disebabkan sleep paralysis
2. dua sebab pun ada; sleep paralysis n gangguan syaitan
3. tak pernah experience & tak mau kena (betul tu, once kena ganggu, selalu kena mcm saya),
4. bab tindih menindih sesame manusia tu, hehe..TST. tak pe, lawak bulan RAMADHAN…
PENDAPAT SAYA SENDIRI? Saya menerima yang no. 2 tu..terutama bab gangguan syaitan. Kenapa ya? Sebabnya saya dah biasa kena. Dah kawin ni sesekali kena gak, Cuma tak sekerap masa belajar dulu. Antara yang saya masih ingat;
1. Pertama kali kena, tidur rmh makcik, temankan dia sebab pakcik tak de kat rmh. Saya, makcik n sorang lagi makcik tidur kat ruang tamu. Tempat pembaringan saya paling hampir dengan pintu nak ke dapur & tandas. Saya tak tidur lagi masa tu, yg lain dah masuk alam mimpi agaknya. Tak berapa bleh nak tidur, akhirnya masa saya rasa nak terlelap, saya terdengar bunyi orang berjalan di dapur, walhal 2 makcik saya ada bersama. Dan bila saya cuba mengiring ke sebelah pula, tiba2 badan saya terasa kena himpit..kelam kabutlah jugak, sbb first time kena.
2. Saya di lower six sementara, tinggal kat asrama. Masa tu tak boleh lelap langsung, entah kenapa, puaslah saya cuba lena, tak boleh. Tapi by the time nak rasa tidur betul tu, tiba2 badan saya kena himpit..puas juga cuba lepaskan diri. Akhirnya berjaya ngan bacaan ayat2 tertentu. Masalahnya, saya dpt rasa mcm nak kena tindih lagi, akhirnya saya bangun dan pergi ke katil kawan, tumpang kat katil dia, saya dah baring tu pun rasa nak kena tindih lagi..sabor jeklah. Tp tak berjaya ‘benda’ tu.
3. Masa di matrikulasi, ini paling dahsyat pada saya bab kena tindih,. Sila klik kat sini: http://widaad98.blogspot.com/2006/03/citer-hantu-ii.html - citer di tahun 1: blok A, no. 3 (sebab saya boleh nampak dan lepas bergelut tu saya rasa saya terpijak badan benda tu) dan tahun 2 (saya berlawan cakap n kena tindih).
4. saya di tahun 1 di main campus, sama mcm kes no. 2. saya kena tindih, saya berjaya lepaskan diri, dan berpindah ke bilik kawan, masalahnya kat katil kawan tu pun saya macam nak kena tindih lagi.
5. dan dah kawin ni, bila saya rasa tak blh nak tidur, lepas tu cuba lelapkan mata, tak lama tu boleh terasa mcm benda tu dating n nak menghempap kita, yg best tu terasa dia melantun semula sebab tak boleh nak hempap..masa ni mmg strugglelah tak bagi dia dpt hempap betul2. Saya, kalau dah tutup lampu, tp gelapnya lain mcm, ha..siaplah..kalau org dah biasa kena ganggu dek setan, dia boleh tau gelap lain macam tu maksudnya mcmana. Saya pun tak tau, nape kena benda2 mcm ni, sbb sejak kecil dah kena. Ramai cakap, sbb saya ni lemah semangat. Tak taulah..
hehe..itu saya tak citer lagi,saya dah dua kali terkena dlm tidur saya rasa saya ketawa mengilai2..tapi bila terjaga, rupanya saya bermimpi. Sebabnya suami tak menegur pun saya ketawa dlm tidur. Yg peliknya, dua2 ni masa saya tgh hamil. Cuma masa mengilai tu, saya tau itu bukan saya, Cuma saya tak boleh kawal diri. Oh ya.. suami saya pun tak tau citer ni hehe.
**********************
Menu apa berbuka petang ni? kami ada jemputan, insyaAllah, akan pergi.
Tak shopping ke ari ni? Kami tak pergi.
Kalau tak bershopping, rehat2 kat rumah tu elok gak..tp, untuk suami isteri tu takleh dekat2 sangat, sebab "karan"nya double bulan posa ni...
Wednesday, October 04, 2006
KENA TINDIH
Just to share...
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur
pernah
ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5
minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap
dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...
tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula
aku tau kebenaran dia....
ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical
nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ....
temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS
ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...
so, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....
tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
sebab2 atau mender2 yang boleh men trigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
Sumber:internet