Monday, February 20, 2006

Isnin yang tiba-tiba kelam kabut jadinya

Pagi Isnin, saya bawa Huda ke klinik lagi selepas hari Sabtu baru ni, sebab asyik mual nak muntah jer walaupun dah tiada cirit birit.Lebih kurang sejam lepas tu, saya dapat panggilan telefon daripada p.a supervisor saya, Kak L. Dia bertanyakan samaada saya dah baiki disertasi saya dan boleh dihantar segera atau tidak.Saya bagitau tak sempat nak ambil daripada Kak W lagi sebab suami tak sempat nak dropped by kat ofis Kak W hari Jumaat tu..kedengaran terkejut reaksi Kak L. Yelah, kalau amik hari Jumaat, confirm hari tu saya boleh serah semula pembetulan saya. K. L bagitau supervisor saya nak fly dlm jangkamasa terdekat nih, saya rasa bersalah pula dan dalam masa yang sama saya jadi buntu camner nak wat pulak. Saya tak dpt janji nak bagi cepat pembetulan tu sebab bendanya pun tak de kat tangan saya lagi..saya kata saya akan usahakan secepat mungkin. Rasa kelam kabut tiba-tiba.
Suami pula mmg tak dapat nak amik tesis tu ari tu juga sebab tight schedule..saya dah pening kepala. Tiba-tiba dpt idea dan saya utarakan pada suami saya, dia setuju. Masa tu lunch hour, saya cadangkan utk ikut dia ke kampus dan amik tesis tu drpd Kak W. Yang kesiannya Hudalah, sebab dia baru nak kebah demam dah saya seret dia sekali ke kampus...nak wat camner, itu jer caranya nak cepat. Nak menghantar mereka ke rmh mak dan berpatah balik ke kampus memang memakan masa ngan suami rushing nak masuk kerja semula waktu tengahari tu. Rushing bersiap, saya tak dan nak angkat kain di ampaian..banyak pula tu. Saya berdoa minta Allah tak turunkan hujan..kalau tak, monangih omak, sebab area Gombak kerap turun hujan lebat lepas zuhur lately.
Dengan dahi Huda yang bertekap bye bye fever saya bawa dia dan Alia sekali ke kampus mengikut suami. Sampai kampus, terus saya ke ofis Kak W utk amik tesis tu. Tepat agakan saya, dia bertanya tentang Huda bila tengok dahinya bertampal bye bye fever tu "Demam ke?" Saya mengangguk jerlah. Berbual lebih kurang, kemudiannya saya bawa Huda dan Alia ke mini shop berdekatan utk membeli roti buat alas perut mereka sementara menunggu suami saya abih mengajar. Kesian dengan Huda, saya tak dapat nak dukung dia sebab Alia saya dukung. Stroller pulak tak de..kena curi!!!(lama dah). Tapi syukur, she is a tough girl. Tak merengek pun. Slowly dia mengekor saya daripada belakang..tak suka dipegang tangan lama2...sesekali saya toleh ke belakang utk pastikan dia tak hilang daripada pandangan. Terserempak dengan beberapa kenalan, masing2 bertanyakan Huda demam ke, yelah dengan dahi bertampal..jelas tanpa bersuluh. Lepas membeli, saya bawa mereka ke masjid kampus, lepak kat situ (sempat saya membelek kesilapan2 teknikal dalam tesis) sampai suami sms suruh datang ke kereta. Kami terus ke tadika Aiman dan sekolah Husna. Balik tu memang terasa letih yang amat sangat. Dan syukur kerana matahari terik sampai ke petang, tapi nak angkat tak de mood...memandang ajelah, walhal elok sangat nak mengangkatnya dah alang-alang berada di halaman rumah. Malas. Fikir nak rehat dulu sebab nak cepat-cepat baiki tesis tu balik. Nak dapatkan mood tu yang penting. Kalau tak, memang tak bersentuh tesis tu nanti.

No comments: