Tuesday, October 10, 2006

Hari Nuzul Quran & bacalah Bebelanku

Salam,

Hari ni tarikh nuzul Quran ya...Hari Rasulullah menerima wahyu pertama. Kali pertama Baginda bertemu Malaikat Jibrail di gua Hira'.

Anak2 saya bercuti sekolah. Tak kemana2 hari ni. Suami pun kena bekerja. Cuaca masih berjerebu.

Saya masih batuk hingga bertalu2 dan gatal tekak yang amat. Semalam (Isnin) pergi ke klinik, doktor sarankan buka puasa sebab keadaan tekak saya yang agak teruk. Merah. Memang pun teruk, hinggakan suara saya bertukar parau dan sesekali hampir tidak kedengaran suara saya bila bercakap. Sejak Ahad rasanya. Saya diberi antibiotik dan ubat batuk dua jenis. Alhamdulillah, hari suara hampir pulih 100%.

Semalam saya berbuka di rumah mak. Suami yang cadangkan supaya berbuka di sana, sebab kasihankan mak yang berbuka sorang2 sementelah 2 adik, kak lang n kak andak pulang lewat, terutama kak lang. Kebetulan hari ni cuti sekolah di Selangor, jadi kami terus tidur di sana malam tadi. Kalau hari persekolahan sukar nak berbuka di rumah mak.

Di rumah mak, saya sempat membelek2 akhbar dua tiga hari lepas. Tiba2 mata saya terpaku pada satu berita... ALLAHUAKBAR...Datuk Leo Michael Toyad (maaf kalau salah ejaan) telah menjadi MUSLIM...Beruntungnya dia terpilih menerima taufik dan hidayah Allah apatah lagi usia di kira telah berada di penghujung senja. Moga dia akan menjadi MUSLIM yang sebenar2 MUSLIM, bukan sekadar sebutan di bibir sahaja, tetapi mengaplikasikan segala rukun dan ibadah di dalam Islam.

Terbaca juga seimbas lalu, kontroversi kenyataan Mawi yg kalau berlakon filem tak mau pegang2 tangan n peluk (gitu ke isunya?), yang mendapat reaksi beberapa para pelakon. Terus terang, saya harapkan industri perfileman dan drama di negara ini dapat mencontohi negara Iran, bahkan lebih baik daripada sana. Selari dengan kerajaan ISLAM HADHARI Malaysia ni. Tak bestlah kalau kerajaan aje pentadbiran Islam Hadhari, tapi bab industri hiburan dan filem negara, kantoi...

Hehe..pernah imagine tak, kalau betul2 laksana industri hiburan n filem negara ikut tuntutan syara', susahlah nak tengok aurat artis2 pompuan..semuanya bertudung litup n baju pun cover betul2, tak ketat sana sini, tak dedah sana sini...berlakon tak delah pegang sana sini antara bukan pelakon bukan muhrim, peluk2 tu lagilah..yelah, nak dpt redha Ilahi..kalau buat konsert pun, pastikan waktu solat para artis ni dijaga betul, begitu juga aurat, dan adab pergaulan mereka.Samalah juga dengan krew filem dan drama...tak delah nak main qada' qada' solat..atau langsung tak solat (sbnrnya mmg tak de istilah qada' solat pun utk bab2 camni), bab2 dedah aurat dan bertepuk tampar, bab salam tu terutamanya.

Ini bukan takat tanggungjawab individu dah, bahkan ia tanggungjawab pihak penganjur. Ini semua akan disoal di akhirat kelak..bukan takat mematuhi kaedah fiqh "matlamat tak menghalalkan cara" sahaja di dalam pemerintahan negara seperti yang disebut oleh Pak Lah, bahkan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuklah dalam bab hiburan. ha..itu belum bab industri fesyen negara lagi, camner kita nak buat ia selari ngan tuntutan syara. Nak jual or buat baju2 seksi tu, boleh pada pandangan peribadi saya..tapi ada peraturan ketatnya menurut hukum syara'..hehe, nantilah, kalau saya ingat, saya nak buat entri pasal ni.

Mungkin ramai yang fikir atau terlupa atau tidak tahu, kat akhirat nanti, hanya bab2 solat, puasa saja yang akan disolat..oh tidak..lebih drp itu, sebenarnya seluruh aktiviti kehidupan kita biarpun sebesar zarah akan ditanya. Jadi, sementara kita ada nyawa ni, memang kena pulunlah buat aktiviti yang mendatangkan keuntungan kita di akhirat. Sebab kat sana musim menuai kata orang, kat dunia ni musim menanam.

Oklah, maaflah kalau catatan2 di atas ni ada yang menyinggung perasaan kawan2, tapi bukan apa, itulah hakikatnya yang kita tak dapat nak tolak. Ajaran Islam tu pahit pada sesetengah orang, tapi madu pada mereka yang menyintaiNYA. Yelah, macam bagus aje saya ni nak citer bab agama, walhal diri sendiri pun tak bagus. Saya akui 1000% tentang tu. Tapikan, nak sahut gak SERUAN RASULULLAH "BALLIGHU 'ANNI WALAU AYAT" (Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat). Sebab dapat pahala i tell you..cuma kena tahan cacian dan makian oranglahkan. Sedangkan RASULULLAH tu dikatakan GILA, kaum musyrikin nak BUNUH BAGINDA, inikan pula takat cacian tu..kena kuatlahkan..sedangkan ALLAH tu pun ada hamba2NYA selamba derk aje hina dan caci..tak payah jauh, ayat2 QURAN tu orang berani pertikai..inikan pulak kita hambaNYA yang tak kuat mana imannya.

Oh ya, saya terpaksa ketatkan ruangan meninggalkan komen, kena dptkan kelulusan saya baru boleh siarkan komen bloggers, sebab utama, blog saya kena SERANG lagi oleh puak2 RACIST ni. Entahlah depa ni, nak kata sakit, tak tau..tapi duk melalak lalak kat blog orang nape???Buatlah blog sendiri, buatlah entri tak puas hati ngan kerajaan atau orang Melayu tu sesuka hati, jgn melalak kat blog2 kita ni, kalau guna bahasa berlapik tu ok lagi..ni dah tahap kurang ajar, mencarut carut kat orang. Sian kat parents depa ni, penat didik anak jadi orang beradab, tapi 'terlebih' adab sampai tak tahu nak beradab. (eh..batai ka puasa cek duk melalut camni ??kena tanya ustaz2 ustazah2 ni).

Oklah..cek dah masak nasi ayam utk berbuka ni. Sbonar eyy den masih dalam try n error nak buat nasi ayam yang perghhhh sodap. tak pakar lagi ni. Tu tanak sikit aje. Malam nanti buat lauk lain utk sahur. kuih? smlm som som yang mak buat ada bawak balik sikit, cuma nak buat sirap dia ajelah. air? air teh dan mungkin air bandung atau air sunqkist atau air suri (sunkist+sirap..hehe, saya yg panggilnya begitu). Ok selamat berbuka ya.

29 comments:

Anonymous said...

kat sini pun ada tayang filem iran, tapi husban sorang je la paham sbb dia leh baca subtitle..yg kita ni tercongok ler paham gambar..
air bandung kalo kat rumah ni kena sembunyik dulu kalo buat..kakak panggil air pink, kalo buat air pink, tu air dia katanya..orang lain tak leh minum..

Anonymous said...

selamat berbuka nasi ayam dan air suri.

thank you for the pengisian yang berguna.

Sherin de Souza said...

Sherin harap Syikin akan cepat sembuh. Bulan puasa ni susah kalau sakit tekak atau batuk because tak boleh minum air kan? Take care.

Sedapnya makan nasi ayam Syikin. :)

Kaklong Syikin said...

Salam,

MS: nampaknya MS kena belajor ngan suamilah :D. rmh saya ni pun, air bandung feveret gak..laju aje abihnya

MSarah: tak jd buat air suri, buat sirap aje..alhamdulillah, n.ayam tu ok.

Sherin: thanks for the dua tu..mmg batuk dlm bulan puasa ni suffer sikit. amin..moga nasi ayam saya bertambah sedap. td alhamdulillah, jadilah jugak..nak kena buat selalu supaya jd lebih sedapkan..saya ni biasanya kalau masak first time tu,jarang terus jadi..disaster adalah hehe.

zino said...

oo dah dapat penyelesaian nya ya.. tapi tak bes le pulak tak tau yg di posting tu sampai ke tak.. tapi untuk keselamatan negara kira ok lah tu..

Lan Rambai said...

Favourite saya Bandung Soda... err.. sedapnya.. tapi kalau salah buat.. jadi berketul2 susu tu.

Anonymous said...

yus pun baru baik dari batuk ni kak. Memang sakit tekak di buatnya. Dah berlubang sehari puasa yus sbb demam dan batuk. Ingatkan dapatlah penuh tahun ni.

Terima Kasih atas entri ni. Buat peringatan utk semua.

Yus pun sbb blog akak, n beberapa rakan blog yg lain asyik kena komen yang macam2 nilah, yus buat enabled comment moderation tu. Takut terkena jugak. Kalau tak senang2 jer diorang ni kan kak.

Aqil pun panggil sirap bandung tu air pink...mesti best ni kan buka nasi ayam....nak buat jugaklah esok ker/lusa....hehe.

Zareda Norman said...

syikin
zar pun baca pasal mawi tu, pastu cuba baca tulisan adam salleh dalam metro ahad pasal mawi. Kurang hajar ler dia tu.. salah ke mawi beritahu prinsip dia, pastu dia kutuk mawi memacam. macamler adam salleh tu perfect sangat..

RaFFLeSiA MeRaH said...

sedapnyer nasi ayam...lame dah x mkn, sejak pose ni memang x penah beli lagi...moga cepat sembuh, bykkan minum air suam yerk, time berbuka tu jgn sentuh ais2 ni...

Anonymous said...

Bie sokong 100% kata2 akak tue...walaupun pahit tp itulah hakikat dunia kita skrg...
semoga kita semua diberi hidayah...

ape yg puak2 racist ni duk komen kat blog akak?

ooo air suri yea...ingatkan air ape...rupanya sunkist + sirap....hikhikhik.

Pnut said...

syikin-saya pernah kena sakit tekak yang teruk pada tahun 2002 berpuasa, mmg teruk, seminggu sebelum puasa dah mula, masa minggu pertama puasa, mmg tak daya saya nak puasa, sebab dah luka-luka tekak...

nak telan air pun sakit sampai keluar air mata...

Mummy Rizq said...

air bandung?? hubby kata atok dia buat paling sedap. tak der org bleh lawan. MB tak pernah try buat pun lagi..hee..hee...

pekan said...

sy pun buka ngan nasi ayam semalam.. mak buat dgn ayam berempah.. fuhh.. bertambah sy makan semalam.. hehehe..

kat rumah tue, semua cuti semalam.. sy jerk yg keje.. tapi keje kat selangor, cuti buleh plak ikut kl.. hampeh tul..

Anonymous said...

Bagus gak Syikin buat screening commentar tuh..den pulak yg hangin baca komen2 org2 itew.

p/s : Den kalau tekak gatal & batuk bertalu2 tuh mmg minum air asam jawa banyak2 dulu... Kalau tak ok baru gi jumpa tabib..he..he.he..

Kaklong Syikin said...

salam,

bro. Zino: terpaksalah, nak buat camnerkan? kalau tak berapi jer perasaan kita baca caci maki mereka.

LR: feveret kami skeluarga gak..betul, salah cara bancuh, ebrketul2..tp, bantai ajelah :)

Yus: ibu hamil lagi tak laratkan bab batuk teruk ni, silap ari bulan boleh terkucil sbb baby kat dlm tu dah tekan pundi kencing..lagilah sensitif.

RM: thanks atas nasihat tu :D

akak pun ingatkan diri sendiri sbnrnya juga.

tak kuasa nak baca puak2 racist ni punya cacian dah..

air pink? hehe..bijak bijak..dah kenal warna dia. baguslah

Zareda: nak buat camner Zar, lain org lain prinsipnya..tp mcm saya kata tulah, kalau kita nak buat benda yg ikut syara' ni, banyak halangan n cemuhannya

Bie: kalau bie pernah terbaca komen2 depa kat entri2 akak sblm ni (lupa kat entri mana pulak), lebih kurg itu aje diulangnya..ni kes tak puas hatilah ni..

amin..moga kita semua diberi hidayah

pnut: haa..saya pun pernah ke camni masa beebrapa bulan lalu, betul mmg mengalir air mata dibuatnya..

MB: tanyalah suami, apa petua atoknya tu? senang aje buat air bandung ni. gunakan sirap or pewarna merah yg nak buat air sirap tu, then campurlah ngan susu f&n ke or susu yg MB biasa guna tu, bancuh ngan air, rasalah manis2nya..siap. kalau nak yg bandung soda tu, byk cara, salah satu beli air gas strawberry + air susu segar. atau aiskrim soda+pewarna merah+susu segar, n mcm2 stail cara bancuhannya.


pisces: tq dtg blog saya :D. sedap tu nasi ayam berempah. blh ke minta resepi?
siannya kena keje..tak pe, ongkos masuk :D

Anonymous said...

tulah pasalnya..nama kerajaan Islam hadhari, tapi hiburan makin menjadi2..ngan program realiti yang disertai oleh rata2nya melayu muslim, cam mentor, OIAM, Malaysian Idol, Af dsbg..memang cuak la..

Hot Mama said...

Kita pun sakit tekak ngan selsema laa Syikin.. nie semua pasal haze nie! kita pakai mask kalau dekat ngan baby, takut jangkit kat dia kesian lak

Alinlai said...

pelik juga kenapa artis2 lain hentam balik kenyataan mawi tu, nampak sangat siapa makan cili terasa pedasnya...dan media pun macam hentam mawi skrg ni. susahkan jadi mawi @ budak botak :) mujurlah aura world dia masih kuat...

Kak Teapot said...

heee..nasik ayam sodaaap tuh! minum plak ngan air suri (cam nama anak tom cruise jerk..). akak kalu buat nasik ayam, ayam tu akak steam dulu, pastu marinate ngan kicap pekat, garam dan sedikit madu pastu goreng jgn rangup sangat...sedap weh! nasik tu plak akak pakai air steam ayam tu tadi campur ngan margerin, halia (hiris nipis), garam.

ghope2nye bukan syikin sorang yg batuk2 ni..akak pun sama larr. bila malam nak tidor mesti gatal2 tekak tuh.

tee said...

alaa... dugaan buat syikin. bukan baru2 ni dah kena batuk tu. ni datang balik ye. aghaknya jerebu ni kut. anak2 tee semuanya kena selsema. batuk tak de.

ibuVouge said...

bagus la kak syikin buat cam ni.. sIV pun setuju..kenapa nak serang kitakan..srang la yg tak puas hati tu
kak syikin show ip depa tu..bagi tau kata kita pn bijak jugak la
terima kasih entry ni..byk pengisian

Kunci said...

Nasi ayam i like. wah..bnyk nyer berita yg saya tatau psl mawi dgn datuk tu.

Ajzie said...

Jerebu memang teruk sangat ker? SAya memang kalah betul kalau cuaca begitu. Nih yg batuk dari Msia pun tak baik2 nih. Masih ada saki bakinya...

Nasik Ayam......emmmm sedapp nyaaaa

simah said...

bagus bebelan syikin...:0) ada hari tu abang saya ada pos cd *anak mami 2*.. saya suka tengok tapi masalahnya..hatice pun suka...saya sendiri terkejut..bila bab bab main asmara..bab bab peluk.. aiseyyyyyy.. asyik dok nak kena bukak teletext n forward ja cd tu..leceh la...masa saya tinggalkan malaysia 7 tahun lepas tak ada la seteruk mcm ni..sekarang saya rasa...mesti teruk... jangan la mesia mengikut adat orang barat..tak ada faedahnya...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Alahmdulillah di atas hidayah tersebut. Kita yangd ah menerima hidayah jagalah sebaiknya...

Amin

abiumar said...

Assalamualaikum

Alahmdulillah di atas hidayah tersebut. Kita yangd ah menerima hidayah jagalah sebaiknya...

Amin

Ella said...

salam ajzie.... masuk sini byk lak dpt info :) bagus camni....

bestnya mask nasi ayam... my fav gak.... sejak balik nie masak kat dapur dah kurang sgt... hujung minggu ni blh masak nasi ayam nie.... :D

Kaklong Syikin said...

Salam,
Nbk: den ni bukan takat angin..dah terbakar dah..

tq share petua ni :D

Oren: org kuat agama dlm kabinet paklah kena pekalah bab nikan..oh ya..selamat kembali blogging Oren :D

HM: harap2 Aidan tak berjangkit

Alinlai: hmm..tak mustahil mrk terasa ngan pendpt org yg baru setahun jagung dlm dunia artis ni

Kak Honey:tq bagi resepi akak :D. part gatal tekak tu yg tak tahan tu kak.

Tee: yelah tee..dulu pun dah kena dah. ni adalah kifarat mana2 dosa saya ni :D

iv: iv buat tak penyaringan komen ni? akak dah tak tahan, tu yg buat tu.byk kerjalah pulak..tp nak buat camnekan?

kunci: saya pun ketinggalan gak kunci. baru tau, walhal berita tu dah basi dah..

Ajzie: teruk sangat2..terutama di Sarawak khabarnya. kat rmh saya ni, jerebu tu mcm kabus nipis rupanya..

Simah: Saja nak share pandangan saya yg tak seberapa ni SImah. kat mana lagikan..ha, itu baru sikit Simah, yg lebih open lagi ada..kita pun sakit mata tgk..

Anon & Ust.Muda: amin

Ella:salam Ella..saja share pandangan aje. ha..hujung minggu ni masaklah nasi ayam..

Anonymous said...

Syikin...patut ler ada bau DAGING HANGUS...ada org terbakar ropernya...itu ler..den dah koba...jgn modified mercun..ha..ha..ha..