Thursday, October 12, 2006

Puasa Si Miskin...

Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada penulis asal email ini yang telah menyebarkan kisah beliau dengan keluarga miskin ini di internet. Amat menyentuh hati hingga mengalirkan air mata. Mungkin ada yang dah membacanya, tak mengapa jika mengulanginya semula. Hayatilah...

Sekadar renungan di Ramadhan yang indah ini dan peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa
pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-dagingyang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
*****************************************

Komen saya:
Rupanya Ramadhan lah paling dinanti oleh orang2 miskin sebab mereka diingati, tetapi berlalunya Ramadhan, belum tentu mereka dikenang lagi.

Saya kena didik diri dan keluarga terutama anak2 untuk tahu bersyukur dan boleh berkata tidak pada anak2 jika mereka ingin bermewah2 dengan makanan.

Moga kita semua menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur...amin.

25 comments:

AppleB said...

kesiannya mereka...sedihlah baca. takleh nak komen dah..huwaaaaaaa

maklang said...

Memang kena didik diri sendiri dan anak2 supya bersyukur setiap masa....

Moga2 rezeki keluarga tersebut berubah kepada lebih senang, InsyaAllah...

edyan7 said...

siannya...Alhamdulillah...kita banyak benda nak makan ye kak!

Zareda Norman said...

Syikin
itulah bahagian memasing di dunia.. ada orang Allah bagi rezeki anak tapi kurang rezeki wang.. ada tu murah rezeki kesihatan tapi kurang rezeki dari bab lain.. yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan jangan lupakan saudara kita yang susah

Izhal said...

sedap cerita ni, layan... sampai macam tu pun ada... air rebusan tulang memang sedap dibuat stock untuk masak, tapi yang buat stock tu dua tiga hri sekali tulang baru digunakan dalam rebusan yang lama...

hmmm... ramadhan ni bagi sesetengah orang dah lain... bukannya ibadat penahanan dan penginsafan diri tapi dah jadi 'pesta makan'... buka grand, supper grand, sahur grand finale heheh...

insaf kejap puan, bagus cerita ni... tak sia-sia type... terima kasih...

Sherin de Souza said...

Sayu baca cerita ni Syikin. Mmg kita kadang-kadang tak sedar diri dan merungut bila makanan tak sedap atau tak cukup itu ini. Ada orang yg makan balik makanan yg telah di makan atau hanya mampu menghirup sup aja. Mmg cerita ni bagus untuk menginsafkan kita.

Kesian anak-anak tu tak dapat bersekolah dan anak kecil terpaksa jaga bayi 5 bulan.

Syikin, ada alamat mereka tak dalam email tu?

Anonymous said...

cerita yg menyentuh hati...menyentuh jiwa...moga kita menjadi insan yg lebih bersyukur...InsyaAllah!!!

Bunga Rampai said...

Salam Syikin,

Saya menitiskan air mata. Alahai.

Bersukur dengan apa yang kita ada, bukan menyesali apa yang kita tiada.

Kita perlu ingat apa yang ada pada kita sebenarnya atas ehsanNya dan redhaNya jua. Memberikan sedikit apa yang kita ada itu bukan sahaja menggembirakan mereka yang memerlukan malah menggembirakan Dia jua.

Terima kasih Syikin entri ini. Ingatan untuk diri saya juga.

Bunga Rampai said...

Salam Syikin,

Saya menitiskan air mata. Alahai.

Bersyukur dengan apa yang ada pada kita ada, bukan menyesali apa yang kita tiada.

Kita perlu ingat apa yang ada pada kita adalah atas ehsanNya dan redhaNya jua. Memberikan sedikit apa yang ada itu kepada orang lain terutama yang memerlukan, bukan sahaja menggembirakan orang itu malah menggembirakan Dia.

Terima kasih entri ini Syikin.
Peringatan untuk diri saya juga.

Kaklong Syikin said...

Salam,

SA: betul tu..

AP: tak pe, ni pun komen gak :)

ML: Amin

Edyan: betul tu..syukur sangat2kan

Zar: benar sangat2 tu...

Izhal: Sama2. untuk diri saya juga ni.Saya copy n paste aje :D


Sherin: betul cakap awak tu. alamat mrk tak de, tp awak blh contact this person:
Roselina Zabidi
Setiausaha
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
Tel: 9285001
Fax: 9285761

sbb end of this story ada signature dia ni. cuba confirmkan ngan dia.

Bie: insyaAllah

BR: betul pndt awak..sama2. untuk diri saya juga

Anonymous said...

Am pun dah baca cerita ini melalui email yang Am dapat, tak kisah cerita ini betul atau tidak tapi ia banyak memberi pengajaran pada Am

Anonymous said...

thanks for sharing this story..kekadang kita memang dah tau, tapi bila takdak peringatan, kita jadi lupa..

Alinlai said...

kesiannya...iye kena insaf dan ajar generasi akan dtg untuk lebih pandai menghargai rezeki yang ada...

ibuVouge said...

terharunya kak syikin
mak saya kalau kita org makan tak habis dia mesti cakap macam ni
'ni lah akibat lapar mata, dah jadi kawan org tu(syaitan)'
kak syikin dah sihat ke..??jerebu teruk lagi??

Idham said...

tadi baca blog sya ...dah leleh .

ni baca entry Syikin lagi sekali meleleh air mata ku...

Sungguh mudah aku tersentuh...isk isk..tak macho sungguh!

Mana tissue nih!!

Idham

Anonymous said...

Emmm...takkan RM3 jerk upah motong..lebih2 lagi rege getah dah naik nie... Mat Indon yg motong tuk biras den pun gaji sebulan almost samo ngan gaji den....

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah.

Dari perspektif lain, bila ada watak2 daif begitu baru kita ingat dan sedar......baru ingin bersyukur....

Kadang-kadang kita rasa kita dah susah tapi ada lagi insan2 di luar sana yang jauh jauh jauh jauh lebih susah....

Sherin de Souza said...

thanks syikin. saya akan cuba contact dia.:)

Lan Rambai said...

alamak.. tak sedey lah baca citer ni.... sebab baru jer baca kat tempat lain hehehe... apapun, pada yang kaya macam kita ni.. ingatlah pada yang kurang bernasib baik.

Ajzie said...

Betul laj sedihhh..kita kena bersyukur apa yg kita ada.

Anonymous said...

kesian diorang bila ramadhan dah habis. Slalu camni la, bln puasa pakat2 dok bg sedekah..bln lain, buat tatau jer..

Anonymous said...

Syikin,
Semalam saya bercerita tentang berbuka di Pj Hilton, ada orang belanja saya berempat, RM99/head. Membaca kisah ini menjadikan ia satu peringatan....

Namun - Apa yang hendak saya nyatakan, RM3.00 upah menoreh? Betulkah atau satu penganiayaan. Di mana-mana - setahu saya - upah menoreh kebiasaannya - hasil torehan dibahagi dua. Itu adalah cara kampung!

Jika tenaga masih kuat, saya fikir masih banyak kerja yang boleh dilakukan melebihi nilai RM3.00. Entah...

Saya lebih suka melihat dari sudut tersebut, kenapa nilai upahnya begitu kecil?

Amiene Rev said...

teringat pada cerita jepun oshin...

hari hari makan nasi lobak

dan tulang arnab direbus pada musim salji berkali-kali campur garam.

Anonymous said...

sememangnya di bulan ramadhan ini kita mengingati yang tak punya apa...

syukur lah dengan apa yang kita ada sekarang..

kalau kita susah sebenarnya masih ada lagi yang susah dari kita..

Jangan lupa untuk membantu sesama islam..

Kaklong Syikin said...

Salam,

Oren: betul tu.Moga kita sentiasa beringat

Alinlai: setuju ngan Alin

iv:akak dulu selalu dengar org cakap, tak makan habis,nanti nasi menangis..
alhamdulillah dah ok. jerebu mcm ada balik sikit2.

bro. Id: bukan tak macho..tp berjiwa sensitif, tak salahkan..:D.tak pe, kak lil ada boleh tolong redakan..

BP: kita mmg kena selalu bandignkan dgn org yg lbh susah drp kita..baru kita tahu erti bersyukurkan..

Sherin: sama2 :D

LR, Jamri & Ajzie: ya..betul tu.

MS: mmg kesian..harap nasib golongan ini akan berubah lebih baik lagi

amiene rev: salam kenal.tq dtg sini n tinggalkan komen.
Citer Oshin mmg feveret kecil2 dulu. tp sekadar ingat nama saja, jalan cerita detailnya dah lupa.

nbk & Prof.Madya MKI:

isu mengenai upah RM 3 tu, saya fikir:

- mungkin si ibu tidak berpendidikan tinggi n tidak tahu haknya utk menuntut upah lebih

-mungkin dia tidak mengetahui perkembangan semasa mengenai harga getah skrg yg membolehkannya menuntut upah yg tinggi

-mungkin dia tiada pilihan selain menerima upah yg kecil atau tidak bekerja langsung tanpa ada pilihan utk bekerja di tpt lain

-mungkin tuan punya kebun menipunya..

itulah yg bermain di fikiran saya skrg ni