Friday, December 22, 2006

Selamat Berhujung Minggu




Assalamualaikum,


Saya balik rmh mil malam ni (Jumaat) . Dapatlah berjumpa anak2. Yang paling penting Alia dapat jumpa ngan abang dan kakak-kakaknya. Gambar di sebelah ni diambil sehari sebelum kami pulang ke Gombak minggu lepas.


Bunga Sarajevo, itulah citer lama kat tv3 petang tadi (lagi setengah jam nak abih baru tau ada citer ni hehe), mengisahkan dilema seorang isteri untuk memilih antara suami barunya atau suami lamanya yang kembali semula setelah dipercayai mati di lautan. Dua2 dia sayang, bahkan dianggap nyawanya. Akhir cerita ni, si isteri memilih suaminya yang lama dan terpaksa bercerai dengan suami barunya, walaupun dia menyayangi suami keduanya itu. Pilu pula melihat air mata suami kedua (lakonan Jalaluddin Hassan) mengeluarkan air mata mengucapkan selamat tinggal. Kalau anda, siapa yang anda pilih?

Sempena hari ni adalah penghulu segala hari (Jumaat), saja nak share terjemahan surah Al-Takaathur dengan anda semua sebagai peringatan kita hidup di dunia ini;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bermegah2an telah melalaikan kamu*sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar2 akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar2 akan melihatnya dengan 'ainul yaqiin**, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah2kan di dunia itu).
(Al-takaathur: 1-8)


* Maksudnya: bermegah2an dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

** 'Ainul yaqiin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat. Selamat berhujung minggu semua.

17 comments:

Anonymous said...

waa..musti alia gembira jumpa abang & kakak dia..hehehe

Anonymous said...

salam,

lama ummi tak menjenguk blog syikin. mesti alia seronok nak jumpa abg n kakak dia. batrisya plak baru nak ikut mak ummi balik kg selasa ni. ummi tanya dia dkt 100x betul ke dia nak balik. jawapan dia tetap sama nak ikut. risau ummi dibuatnya sbb ni kali pertama!

selamat berhujung minggu

Anonymous said...

aduh..kalu akak ditempat siisteri tadi sudah tentu serba salah mana satu nak pilih tapi scenario ini takkan jadi kalu siisteri tadi seorang lelaki, dua2 dia boleh pilih ek? cuma kut isteri2 nya yg meraung nanti..

ada ulangtayang ka citer nih?

Shami said...

ohhhh susahnya kalau diuji macam tu, tapikan...sanggupkah kita mendirikan rumah tangga pabila yang pertama dah tiada...dan bolehkah kita setia sehingga kita juga kembali kepadaNya....
Hanya untuk bersama dia disyurga sana...semuanya terpulang kepada kita...

Mak mertua saya tak nak kawin lagi.. dah 16 tahun dah FIL meninggal. Yang berminat tetap ada, tapi hati dia untuk yang satu saja...he..he

Hidup kita kalau patuh pada agama, pasti terang hatinya...kalau acuh tak acuh..payahlah...hati nak terima, asyik nak salahkan orang saja...benci tambah lagi kalau kita cakap bab larangan dan suruhan agama kat depa...

kasutVINCCI said...

kv pun suka gak crita bunga sarajevo tu. Sedih kan?

Kaklong Syikin said...

Salam,

TC: hehe..memg pun, ada ala2 drama swasta skit

UBatrisya: mmg seronok sangat2 alia tu, abg kakaknya pun sama gak.
hehe..biasalah kerisauan tu mmg tak dpt lari bila kali pertama ni, risaukan dia nangis tgh malam cari kita, risaukan dia menyusahkan org..tp, biarlah dia berdikari sesekali drp ummi n abahnya..biarkan dia, tak kemanapun, balik rmh neneknyakan..

Kak Honey: kak, tak de ulangtayang dah rasanya, sbb ni pun citer ulangtayang gak.

Shami: saya pun harap cinta n kasih saya satu utk suami aje wlwpun dia pergi dulu.

samalah ngan mak saya, dah 14 thn tahun solo

bab terang hati ni, setuju ngan pendapat shami

KV: mmg sedihlah waaaa...pilu tgk noreen noor tu nangiskan..

Hot Mama said...

laa anak-anak takde ker Syikin.. Hehehe nie honeymoon laa ngan baby nie. Haahah

Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..tu la pasal alia duk nangis2 ari tu cari abg dia.

ha ah, honeymoon ngan alia jerlah haha ari tu. tp ari ni (ahad) depa dah balik rmh dah.

Anonymous said...

saya penah dengar tajuk drama tu, tapi tatau plak cerita dia camtu..
syok alia dpt jumpa abg ngan kakak dia kan..

maklang said...

sedih cerita tu...dan tq kerana ingat mengingatkan...

maklang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RaFFLeSiA MeRaH said...

terubat rindu alia kat abg dia yerkkk...rasa x nak pisah2 dah tuuuu...RM sempat gak tgk citer tu kat opis jumaat tu, tapi dulu dah penah tgk, biasa citer dah penah tgk, x excited sgt nak tgk 2nd turn...hehehehe...

Anonymous said...

Apapun, siapaun dan dimanapun manusia tetap kena buat pilihan!

pekan said...

cantik la rumah baru nie kak..

Anonymous said...

takutnya kalau kena berada dalam keadaan nak kena pilih yg mana satu..

tapi kalau saya la kan.. saya kalau kehilangan suami la kan (meninggal ka.. hilang ka..) saya tak tau la ketentuan Allah la kan..tapi if i am given a choice.. saya takkan kawin yg lagi satu coz for me personally.. i marry only once..

by the way..sebelum lupa..saya ingin mengucapkan salam aidilAdha utk syikin dan keluarga..
maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa atau tersalah adab... :0)

balik kamung tak raya ni?

Anonymous said...

suami pertama atu kedua??? memang fening nak memilih kan! Harap harapnya jangan terjadi pada diri ini... so, alia dah happy ker?

Kaklong Syikin said...

salam,

tSinga: ha ah, suka alia dpt jumpa siblings dia..lebih hargai kehadiran depa :D

MLang: mmg sedih, & sama2.

RM: ha ah, tak leh pisah2 dah, boleh tanya lagi kalau tak nampak dah depan mata.
samalah ngan akak kalau dah penah tgk, malas nak tgk dah..

HaniSumayyah: tima kasih datang n tinggalkan jejak.
setuju ngan pendapat awak

Pisces: tima kasih..ni sbnrnya utk blog lain, tp tak dpt buat, so, tepek kat sinilah :P

Simah: betul tu takut kena buat pilihan. Nampaknya kita samalah, mmg itu niat saya gak, kalau suami meninggal dulu, tak fikir nak kawin lagi, fikir nak besarkan anak2 aje..harap2 ia termakbul melainkan Allah ada perancangan lain utk kita.

balik rmh mil lah simah.

MB: betul tu, jgn kena kat kita. alia? ohh..happi sungguh.