Monday, February 20, 2006

Lesen memanduku

Alhamdulillah...akhirnya saya dapat buat semula lesen memandu saya, setelah setahun lebih saya tak renew lesen tu. Asalnya Julai 2004, dompet saya hilang. Kebetulan masa tu saya tengah sarat mengandung, sibuk ngan coursework Master dan tak drive pun biar ada lesen sebelum tu. Jadi saya buat polis report dan baharui kad pengenalan jer (teruk kena denda sbb ic dah 2x ilang sebelum nih..).Lepas bersalin tu, asyik tertangguh jer nak p JPJ Wangsa Maju. Hinggalah saya berkesempatan utk pergi ke JPJ baru-baru ni, lepas pergi klinik gigi kali pertama dulu. Masa tu dah jam 11 pagi lebih, suami kata pegi jelah, tengok boleh or idak lagi nak wat sbb takut no. giliran dah habis. Sampai sana, saya amik borang kat tingkat bawah dan naik k tingkat satu. Syukur saya ada bawa gambar (dah lama, tak ingat apa perlu dibawa). Suami tolong fotokopi ic baru saya. Kat tingkat atas tu, la...punyalah lengang, no. giliran pun masih ada lagi...no. saya 217 dan masa tu dah no. 200, dan punyalah laju no. giliran tu bergerak...hinggakan masa giliran no saya nak sampai, cemas seketika sbb suami belum sampai lagi bersama fotokopi ic saya (tak perasan kat hujung bilik tu rupanya ada mesin fotokopi n bilik gambar instant). Syukur dia sampai tepat masa giliran saya datang...saya ingatkan kena tunjukkan report polis, tak perlu rupanya sebab dah ada ic baru. Ingatkan kena tunggu lama lagi..rupanya, dalam 5 minit dah siap. Ya Allah, tak percaya langsung...dahlah awalnya saya ingat kena wat ujian memandu baru lagi sebab baru saya perasan dah setahun lebih (tgk tarikh report polis) dan dah expired pun tarikh lesen memandu. Tapi, kata staff tu, kalau lebih 3 tahun jer kena amik ujian baru. Riangnya hati saya, tak tau nak kata..sengih memanjang, macam dapat hadiah pula. Huda pun dapat gula-gula jugaklah daripada staff tu..upah tak bising kot...hehee.Kiranya, tak sampai setengah jam pun proses baharui ic saya ni...so, lain kali p time kat lunch hour...orang tak ramai dah.



Tapi, jangan tak tau...sebelum ni lesen tu lesen memandu pekasam...nama je ada lesen, tapi tak bawak keta. Pendek kata, membazir duit bayar pada kerajaan untuk renew tiap tahun, walhal tak bawak. Rugikan?Memang rugi besar...tapi ada puncanya jadi lesen pekasam. Sebabnya saya dua kali experienced kena hon daripada keta belakang masa nak bergerak daripada bukit. Bila nak bergerak, keta tu mengundur ke belakang hingga nak kena keta belakang. Kantoi. Kiranya kat jalan biasa, ok lagilah.
Saya ni mudah panik orangnya...kelam kabut tu satu hal. Kononnya traumalah takut bawak keta dah...saya akan cemas bila kereta saya berhenti di hadapan sekali kat traffic light, fikirkan time lampu hijau nanti, keta tak leh nak gerak dan keta belakang hon saya..entah apa2 kan..lagi satu, saya terfikir, kalau-kalau saya terlanggar orang itu, orang ini dah ended up dalam prison or terbabas masuk dalam longkang or kalau jalan perlahan time jamm takut terlanggar keta depan..mmg ridiculous kan..tapi itulah negative thinking saya..bukannya saya tak tau, tapi saya rasa payah nak bebaskan fikiran daripada berfikir bukan2...sebabnya juga saya ni lack of confident, tu satu hal pulak.
Saya tau saya kena semat rasa keyakinan dan boleh (syikin BOLEH!!!) dalam diri saya..memang saya mesti bawak keta, sebab anak2 dah mula bersekolah dan suami saya sentiasa sibuk. Saya memang tak harap nak bagi anak2 naik van or bas sekolah. Takut. Memang terasa sangat time saat genting, saya still kena depend pada suami saya nak antar ke sana ke mari...macam nak siapkan disertasi ni..saya tak leh on the spot nak suruh suami hantar ke library univ itu ke lib. univ. ini untuk cari bahan tesis, or nak hantar questionnaire kat respondents (at last by post jer), saya kena bagitau awal supaya dia blh adjust masa dia yg ketat tuh... or time barang dapur abih..tak leh nak ke kedai segera sebab nak bawak Alia n Huda berjalan kaki (stroller dah tak de) memakan masa lama dan sian kat depa, letih. Pendek kata kena 100% rely on asben. Pernah sekali kaki asben terseliuh sampai tak boleh memandu, nak menangis saya dan penuh rasa bersalah sbb fikirkan tak leh nak drive dia ke klinik on the spot, kena tunggu kawan dia datang keesokannya..kan dah menyusahkan..
Saya belum lagi bawak keta...suami pakai..payahlah..saya nak tunggu hari cuti sekolah, supaya saya blh start drive slowly p kedai berdekatan rmh saya ni. Hari buat lesen tu, suami saya tiba-tiba suruh drive...ha, menggeletar kepala lutut on the spot. Saya menolak, apalah kan..Suami saya mmg confident ngan saya, saya yang tak de keyakinan. Tak per..go go chaiyyo syikin.
Jeles saya ngan adik2 saya yang lewat dapat ic daripada saya, dah pakai keta masing2...jangan tak tau, saya dpt lesen memandu pertengahan tahun 1992 lagi!!! Tapi tulah, sebab saya dpt lesen keta masa cuti semester di matriks. Jadi, bila balik k kampus matrikulasi di pantai timur, tak terpikir lak saya nak sewa keta kat sana..jadi, kiranya ada can memandu bila time cuti semester dan mesti ada mak saya bersama. Dia mmg larang anak2 yg baru dpt lesen memandu, curi2 bawak. Yang kita ni, takut tak dengar cakap mak kang...kot apa2 jadi kat tgh jalan. Adik2 yang lain, berani jer..mak kata tak bagi..bawak senyap2..sampai rmh, serah kunci kat mak dan kata dah lepas ke situ ke sini...nak marah apa, dah selamat sampai...
Saya tanam azam nak bawak keta gak tahun ni...tapi dlm hati menggeletar lagi..nak kena hapuskan lack of confidence dan takut yang tak tentu pasal ni...doakan saya.