Thursday, February 16, 2006

Tak de mood - tak sihat

Assalamualaikum..

Ya Allah..tak de moodnya nak menulis.Entah kenapa, walhal banyak benda berlaku sepanjang minggu ni dan banyak perkara nak dicoret...

Sebab utama agaknya semua anak tak sihat termasuk saya. Bermula tengah malam Isnin, tiba2 gigi geraham atas saya sakit berdenyut2 hingga ke kepala. Terlalu sakit...tak tau nak kata. Telan panadol 2 biji. Nak ke klinik gigi dah tutup pula. Saya cuba tenangkan diri dan berzikir Ya Shafi banyak kali..tak sedar bila hilang sakit tu.Pagi Selasa saya ke klinik gigi..dr. hanya bagi antibiotik dan pain killer, tak kena tunggu dulu sebelum rawatan selanjutnya; saya diberi pilihan antara cabut gigi atau tanam akar. Saya belum putuskan lagi yang mana satu.

Awal pagi Rabu, lbh krg 1 pagi lebih bila Husna tiba2 menangis kuat memanggil saya (bilik kami bersebelahan)..saya segera datang..dia mengadu sejuk. Saya periksa, rupanya dia demam panas. Segera saya suruh dia buang air kecil dan saya terus ke dapur mengambil ubat demam (mmg sentiasa kena ada dlm peti ais - itulah kalau dah ada anak2..ubat-ubatan dah jadi wajib dalam simpanan)dan suruh dia makan. Lepas tu, satu badan dia berselimut. Sebenarnya dia memang tak suka berselimut. Memang sejuk sangat dia rasa agaknya.Pagi tu, memang saya tak benarkan dia ke sekolah. Aiman pun sama cuti sekolah, sejak petang Ahad tu dia dah cirit birit sebenarnya..bagi dia makan ubat cirit dan masih bersekolah hari Isnin dan Selasa.Tapi, masih berterusan.

Lepas Husna, Alia pula panas badan..diikuti Huda. Akhirnya semua anak tak sihat. Syukur, Husna ke sekolah semula hari semalam (Khamis). Aiman pula masih berterusan sakit perut dan cirit biritnya. Alhamdulillah, semalam Alia dan Huda dah kebah demam. Poor Alia, asyik tak selesa jer sejak demam..mengamuk la..sampai umminya pun naik tensyen..dahlah sakit gigi lagi. Hmm..pagi jumaat ni, Aiman mula bersekolah. Saya nasihatkan dia kalau rasa nak terkentut, siap2 pergi ke bilik air, takut2 tercirit sekali. DOa saya, semoga dia tak tercirit dalam seluar.

Dan saya, masih struggle dengan sakit gigi ni..kejap on kejap off..alahai..takperlah, adalah tu sebagai kifarat dosa saya...

2 comments:

Anonymous said...

memang poning anak demam.....lagi kalau anak2 demam...
betul kata syikin.....kifarat....tp nak menanggungnya tu mcm tak tahan ...
eh, kat area Gombak ada bird flu kan....
org kata if nak makan ayam kena masak betul2......
so , at this moment, no BBQ, no satey.....as precaution kan....

Kaklong Syikin said...

tu la, terbaca dlm paper online..risau gak

nampaknya kena pantang makan ayamla