Thursday, November 30, 2006
Dapat hadiah kereta?
Tuesday, November 28, 2006
Haji
Monday, November 27, 2006
SIHAT & SAKIT
Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have some fun, started talking loudly.
__._,_.___
Saturday, November 25, 2006
Apa ya..
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan(Al-Tahrim: Ayat 6)Moga kita tidak tergolong di dalam kumpulan manusia yang menjadi bahan bakar api neraka nanti, kerana mereka ini adalah penghuni neraka. Amin.
Wednesday, November 22, 2006
Ditanam hidup-hidup
Saya ingin berkongsi dengan anda gambar2 yang saya terima melalui email. Ia agak kurang menyenangkan, tetapi wajar jadi pengajaran buat kita bersama...
Inilah 'sesuatu' tersebut. Seorang bayi yang tertanam di dalam lubang
Langau mula mendatangani bayi ini
Anggota keselamatan berjaya mengeluarkan bayi ini
Segera dibalut dengan tuala putih
Tali pusat bayi ini sedang dipotong
Ia dimandikan
Tali pusatnya dibersihkan
Inilah dia bayi tersebut yang masih HIDUP, kelihatan menangis. Nampak sedikit luka di badannya?Pada bawah gambar2 ni tertera yang ia PREMATURE BABY, LEFT IN HOLE FOR 24 HOURS.Tak salahnya ini bayi lelaki kalau tgk size gambar asal. Tempat ni tak pasti di mana, tapi pendapat peribadi saya mungkin di luar negara sebab anggota keselamatan tu berpakaian warna coklat dan sedikit muka anggota ni yg dpt dilihat ada iras2 orang kulit putih atau meh2 arab.
Tuesday, November 21, 2006
Hujung minggu yang padat
Sunday, November 19, 2006
DR. NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
Saya ingin siarkan forward email ini, silalah baca:
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara merosakkan mata
Empat perkara menajamkan fikiran
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
4. TIDUR SYAITAN
Friday, November 17, 2006
Tazkirah: Antara 9 Siti yang patut dicontohi
Assalamualaikum..
Untuk berkongsi bersama dan mencetuskan semangat untuk menjadi seperti mereka;
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Note:
Saya dapat forward email ni dan pengirimnya menyatakan "9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. "
p.s. oh ya..ada ke sesiapa yang tinggalkan komen kat entries saya yang saya tak publishkan komennya? sbbnya mama blogger,Yus emailed saya bagitau dia dah 3x tinggalkan komen tapi tak de pun keluar..saya terkejut sebab komennya tak sampai dalam inbox email saya sebelum dipublishkan tu..so, kalau ada sesiapa yang tinggalkan komen tapi tak keluar, maaf sangat2, bukan sebab tak diapprove, tapi sebab komen anda tak sampai, kecuali yg blogger lucah n racist ni mmg tak leh approved lah..
Selamat berhujung minggu semua. Moga aktiviti kita itu di dalam keredhaan Allah hendaknya.Thursday, November 16, 2006
Birthday girl : Alia Khairiyyah
Lebih kurang sebulan yang lalu
Berusia seminggu.
Happy birthday Alia (3x)
Happy birthday to you.
Moga Alia jadi anak solehah yang berjaya dunia n akhirat. Amin.
Tarikh Lahir : 16 Nov. 2004 ( 3 Syawal)
Usia kini : 2 tahun
Perkembangannya: Lasak, dah banyak patah bercakap biarpun banyak pelat2, tapi akan jadi pendiam dengan orang yang tidak dikenali, tengah belajar pakai baju n seluar sendiri, kalau menangis boleh sampai berpeluh2 satu badan, suka makan sendiri, pandai bermain ngan abang n kakak2nya, akan mempertahankan dirinya sungguh2 dan akan membalas balik kalau orang buat dia, pandai bergurau, GARANG MAK DATUK, dah mula main aktiviti kanak2 kat internet (pandai berebut nak guna pc dah), suka bergambar, suka makan dodol, putik jagung, kuih muih dan paling feveret kicap, hatta makan apam pun bercicah kicap..boleh gitu? suka mencicip sos cili dan sos tomato, tapi lepas tu menjerit2 nangis kepedasan. Tak diberi, menangis..dah diberi melalak. suka hati, nak sangat..bagi ajelah. Ok..itulah antara perkembangannya yang terkini. Opps..lupa lak, dia boleh panggil umminya "Nor..". Memang cipta sejarah, dalam semua anak, dialah yang panggil umminya "Nor"..mula2 terkejut, kot2 salah dengar. tapi bila dengar betul2, sahlah dia panggil saya "Nor", tapi kalau menangis nak menyusu, dia akan jerit "mami", kalau mood baik, panggil "ummi"..mmg dialah sorang panggil saya ngan banyak gelaran, hehe. Tak pelah, yang penting satu makna "ibu" kan ?
Friday, November 10, 2006
Saya kena TAG (II)
Cepat-cepat saya masuk blog dia ni..dia tag saya sebab dia kata saya WANITA HANDAL!!!Astaghfirullah (3x)..segannya saya..saya seorang wanita merangkap isteri dan ibu yang biasa sahaja lagi malas ni huhuhu..aduii..kalau suami saya baca Bunga Rampai kata saya wanita handal..mesti dia sengih2 kerang..adeiiii..
Ni saya jawab tag dia tu..dia akan tau saya ni bukan seorang yg handal!!!!
Apapun Bunga Rampai, tq sudi menTAG saya :D..
- mengerjakan haji bersama keluarga & amal jariah esp. terhadap keluarga sendiri, kemudian untuk orang yang memerlukan
-melancong satu dunia seisi keluarga (saya suka berjalan)
-membuat rumah idaman saya; ia lengkap dngn perpustakaan mini dan ruang belajar, bilik solat, bilik anak2 sorang satu, bilik saya, bilik tetamu, bilik maid (kalau ada), ruang tamu yang besar sesuai kalau ada kenduri kendara, ruang makan, dapur yang besar supaya saya boleh buat satu ruang khas di dapur tu untuk anak2 kecil saya membuat aktiviti di situ sekiranya saya memasak dan boleh memerhatikan mereka dalam masa yang sama, & laman luar rumah yang besar untuk aktiviti kami anak beranak terutama untuk anak2 bermain
5 perangai buruk:
-kalau marah, saya marah betul2 (err..ada ke orang marah main2?)
-tangguh keje kalau mood tak de
-suka study last minit masa belajor dulu
-suka berangan (sebab freekan..tapi bahaya sebab syaitan suka)
5 perkara yang saya benci lakukannya:
- sikit-sikit nak merajuk (Pantang saya orang kuat merajuk, tak kira lelaki atau perempuan).
-basuh pinggan (tapi kena buat gak)
5 perkara yang saya tidak akan lakukan (Na'udzubillah -minta dijauhkan):
- Menyintai lelaki lain selain daripada suami saya
- kalau babap anak tahap mendera, untuk mendidik tak pe
- Putuskan silaturrahim
5 perkara yang membuatkan saya menyesal:
- Tidak belajar bersungguh-sungguh masa undergraduate
- hand mixer
5 orang yang saya tag pula:
Wednesday, November 08, 2006
Sengat n sibuk
Petang Isnin, balik aje Aiman drp tadikanya tu, kat depan pintu rumah lagi dia dah tunjukkan cuping telinga kanannya yg merah n nampak sedikit bengkak, sambil berkerut menahan kesakitan dia cakap,
"ummi..aiman kena sengat lebah"
Sunday, November 05, 2006
Nak kuketuk2 kepala ni...
Thursday, November 02, 2006
Blogku bersawang
Lamanya bersawang blog ni. Sbonar eyy den ni duk develop lagi mood nak buek entri baru.. Mano ontah mood tu singgah, baru skrang ni dio sampai dalam jiwo den nak buek entri.
Ok ok ok..
Ramai dah citer pasal raya memasing. Saya pun nak citer gak. Tapi ikut kronologilah ya..:
Sabtu (21 Oktober) : Iftar jamai’e kat rmh mil. Adik beradik mil semua berkumpul. Memang tiap2 tahun buat sekali iftar jamai’e ni. Tengah malam, suami ajak kami balik Selayang, rmh mak saya sebab hari Ahad mak nak balik kampong dah. Ni dah 2 tahun berturut2 mak raya kampong dulu sebab rumah moyang dah berpenghuni tetap (adik mak). Saya yang ngantuk ni ikut ajelah sebab dia kata dia yang drive. Thanks bang..
Ahad (22 Oktober): Mak n adik2 balik kampong pagi tu. Yang lawaknya, sesi bergambar konon2nya pra rayalah tapi saya sekeluarga dalam keadaan berpakaian ala2 gitu aje. Yang lain siap cantik2 sbb nak bertolak balik dah. Sejam dua lepas tu rasanya, saya sekeluarga pulak baru nak keluar bershopping raya. Wah..kononnya nak bershopping kat Jalan TAR, tapikan dek terlepas simpang nak cari parking kat area SOGO n belakang coliseum tu, kami batalkan shopping kat situ, malas nak pusing balik. Sudahnya, bershopping kat Ampang. Malangya Aiman tak berkenan ngan pilihan baju melayu yang ada, dia kata tak selesa. Alia pun, tak jumpa baju raya dia. Sabor jeklah. Dek kepenatan, kami tak jadi balik rumah mil, tapi terus balik Gombak, sebab jarak paling dekat.
Isnin (23 Oktober): Lebih kurang jam 11 pagi, kami keluar nak balik ke rmh mil, tapi singgah lagi shopping complex utk cari baju Melayu Aiman n Alia. Alhamdulillah jumpa yang berkenan di hati. Siap ngan kopiah kecil n bersampin gitu.
Sampai rumah mil dalam jam 2 ptg lbih. Mil tgh sibuk merendang limpa, hati n paru. Fil n bil pulak sibuk memasukkan beras dlm kelongsong ketupat. Pandai buat kelongsong ketupat (betui ke perkataan utk ni)? SAYA ZERO…awal2 cakap ngan mil dulu masa baru kawin yang saya TAK PANDAI LANGSUNG MENGANYAM KELONGSONG KETUPAT. Sib baik mil n fil den sporting.
Tahun ni menu utama selain drp rending, nasi impit, ketupat, kuah kacang, kami buat MEE ROJAK. Jiran (sedara gak) buat meehoon soto dan jiran lagi satu (sedara gak) buat bakso n laksa. Cam biasa, tugas wajib saya selain drp potong bawang (saya tak amik part memasak..tobat tak reti masak), saya tolong kemaskan ruang tamu, siapkan biskut raya dlm bekas n bagailah…KEbetulan mil minta tolong jiran org Indon membantu. Mmg bayarlah upahnya. Dia ni ex maid sorang celebriti chef Malaysia ni. Syukur tahun ni seawal jam 1 pagi lebih siap ruang tamu n masak memasak ni..kalau tak tu, 2 pagi tak siap lagi.
Selasa (24 Oktober) – raya per 1: Haru tul lah..punyalah semangat ikut ke masjid baru nak solat raya..tapi masa jemaah semua berdiri nak betulkan saf..tiba2 Alia menangis ketakutan, nak berdukung, punyalah dia mendepa tangan nak dukung. Jemaah2 perempuan lain dah menoleh2 ke belakang. Sudahnya??? Saya duduk saf belakang tu tak solat pun..tengok ajelah orang bersolat..
Mcm biasa, tradisi trip jemaah lelaki lepas solat raya drp rumah ke rumah. Kemudian trip perempuan pulak hingga ke petang. Tapi, waktu malam start hujan lebat. Kami pun tak keluar rumah, orang pun tak dtg beraya. Yang haru gak tu, lupa nak tangkap gambor anak beranak..boleh gitu?
Rabu (25 Oktober) – raya k 2: buat pertama kalinya, mak dan adik2 saya tak datang beraya rumah mil sebab depa p raya rumah mak sedara (adik mak) paling jauh dan sorang adik pulak kena keja raya k 3, jdnya dia tak mo sampai rmh lewat malam. Saya n mil pulak cuba menghabiskan trip raya kami ke rumah sedara n jiran2 yang sebelah atas sikit, itupun tak dpt habis, sebab hujan lebat sangat2…Malam tu ingat nak keluar beraya rumah bapa saudara saya di Cheras, rupanya dia lum sampai lagi drp kampong. Sudahnya, duduk rmh lagi malam tu.
Khamis (26 Oktober) –raya k 3: kami beraya di bangi n kajang. Petang tu hujan lebat lagi..Malam tu pun tak kemana.
Jumaat (27 Oktober)-raya k4: kami balik ke Gombak. Elok aje azar solat Jumaat berkumandang kami tiba. Suami pun teruslah ke masjid. Lepas asar, kami balik rumah mak saya di Selayang dan bermalam di sana.
Sabtu (28 Oktober) – raya k 5: saya sekeluarga berkonvoi ngan mak n adik2 beraya di Cheras pula sebelah keluarga saya. Petangnya, kami terus ke HUKM utk ziarah mil maksu saya (adik mak) yang kena strok dah seminggu lebih rasanya. Lepas tu, terus balik rumah, penat sangat dah rasanya, tambah pulak perut memulas2 aje. Saya terus balik ke Gombak, mak pula menghantar adik balik ke kampus uitm..
Ahad (29 Okt. ) Raya k 6: Tengahari tu, kami keluar beli barang2 dapur basah n kering dan kebetulan maksu saya (adik ayah) nak dtg beraya. Lewat petang, saya menerima berita kematian mil maksu saya tu. Alfatihah. Malam tu pula, baru adik ayah sekeluarga tu sampai.
Isnin (30 Okt) Seminggu raya- anak2 dah masuk sekolah. Tak kemana2lah. Nak start blogging malas tul..tak de mood aje. Tp saya kunjungi blog kengkawan, kononnya nak warm up dululah…tapi mood still tak dating..adeh…
Selasa (31 Okt) Semalam daaa – petangnya, saya menerima berita menggembirakan…rakan blogger kita, Ayu..rupanya sedara sebelah mak saya hehe. Nanti saya buat entri pasal ni. Malam tu pulak, kami beraya kat rumah abang mak di Subang Jaya, tp mak saya tak ikutlah sebab dia dah beraya kat sana dulu. Rupa2nya, pakngah saya ni pun masih ingat lagi ngan bapa si Ayu..hmm..kiiranya saya ngan ayu ni ada bau2 bacanglah atau bau2 epal..boleh gitu? Kiranya sorang atuk saudara saya berkahwin dngn pangkat mak saudara pupu tak salahnya pada si Ayu ni.
Oklah..Pendek kata, raya tahun ni tak boleh nak melangkah panjang sebab hujan lebat memanjang dan tak boleh nak sambung lagi jalan2 beraya sebab cik abe pulak sibuk nak exam.