Nak citer ni. Saya tiba tengah malam tadi dr rumah mertua. Hanya Alia yang ikut saya balik. Dan saya tak tahu bahawa kesudahannya amat menghibakan bagi saya dan suami melihat keadaan Alia. Masa nak balik tu (9 mlm lbh), Alia tak de apa2 pun. Cuma Husna aje yang menangis, walhal dia sendiri cakap nak tinggal situ. Dia duk nangis tu, saya tanya lagi dua tiga kali, nak ikut balik tak, dia menggeleng. Saya pujuk dia bagitau sebab dia dah lama tak berjauhan ngan saya, itu sebab dia menangis. Saya pun nak nangis gak, tapi kuatkan hati tu. Aiman pulak, tak sangka dia tak menangis kali ni sedangkan saya agak dia yang akan menangis (selalunya dia yang menangis). Siap dia announce kuat2 lagi cakap kakak menangis. Sabor jeklah.
Si Huda, dia ni macam biasa 50-50 nak ikut ummi atau tinggal ngan mbahnya. Saya dan mbahnya banyak kali tanya sejak sampai langat tu hingga nak balik semalam, apa keputusan dia. Dan dia akan tanya dulu, soalan standard dia, abang tidur mana, kami jawablah yg abg dan kakak tidur ngan mbah, dia kata nak tidur ngan mbah. kadang2 pulak, dia jawab nak balik dgn ummi. Yang lawak tu, ada sekali dia cakap "ataupun, ummi tidur sini" (pandai pulak budak 3 thn ni menggunakan perkataan ataupun). Memang berbolak balik keputusannya. Dan keputusann akhirnya, dia nak tidur dgn mbahnya. Ikutkan suami, dia nak Huda balik supaya Alia tak keseorangan. Saya pulak fikir, Alia ok agaknya sbb sblm ni pun mmg dia balik sorang aje.
Oklah, duk melambai2 selamat tinggal tu, hapi aje dia ngan abangnya. Husna pun dah berhenti menangis. Masa ni Alia tak de apa2 lagi. Dia menten cool aje. Dalam kereta dia tertidur hinggalah kami turun singgah jap beli barang kat Giant Bt. Caves.
Sampai rumah pulak, masa saya nak bukak pintu grill, tiba2 Alia menangis. Saya terdetik sesuatu.
Nape,
mana wai (wan), tanya alia pelat. dia selalu panggil mbahnya wan, walhal itu panggilan utk mak saya.
Ok, jom tepon mbah,
Saya call rmh mertua, rupanya Husna dah call beberapa kali, tp sebab kami menyinggah, tu yang lambat sampai. Saya bagitau mil yg Alia dah tanyakan dia, mil nak cakap, Alia tak mo. Pekap muka dia kat dada saya. Hiba benar hatinya. tak pelah, sempatlah saya berborak kejap ngan Huda n Husna. Aiman duk sibuk bergurau ngan achiknya (my bil).
Saya ingatkan ok dah bila dah letak telefon tu. Tapi, tiba2 dia cembeng masa duduk kat ruang tamu tu,
Ummi...mana abang...waaaaaaaaaaaa..terus dia kuat menangis
mana abang...
Hibanya saya tengok.
Abg kat rmh mbah
Dia tanya lagi soalan yang sama, menangis2. Suami pujuk alia tgk gambar abgnya yg ada dlm hp suami. punyalah dia suka. Berhenti nangis. Suami layan dia. saya dan suami berpandangan. kami tersenyum dalam sebak. tak sangka dia boleh terasa kehilangan camtu sekali. mmg petang tu pun dia galak main ngan abang dan kakak2nya, tapi ngan abangnya lebih lagi. siap bonceng basikal ngan abg dia. Bila suami nak tutup hp, dia tak bagi, teresak2 balik. Terpaksa biarkan kejap dia layan hp tu. sambil tu, saya keluarkan album gambar. satu kerja pulak nak buatkan dia betul2 berhenti menangis. Suami pun cakap, tu sebabnya dia nak Huda balik sama, sebab Alia sorang. Saya ada terdetik gak pasal ni, tapi fikirkan sebelum ni Alia ok aje, saya ingatkan oklah. Kali ni instinct saya tersilap.
Lepas tu, dia nak menyusu. Duk menyusu tu, tiba2 dia teresak lagi, tanya lagi "ummi..mana abg" berkali2 soalan yang sama. Kali ni air mata saya tak boleh tahan, menangis sama. Sambil peluk dia. Sian kat dia yang terasa keseorangan sangat. Kalau dekat rmh mil selang beberapa buah pintu, mmg saya suruh suami balik gak amik aiman, tp perjalanan 45 minit dan tengah malam dah, suami pun nak kerja esoknya (hari ni). Saya bagitau kat suami, lain kali mmg Alia tak boleh balik seorang dah, mesti salah sorang kena ikut balik sama. Kan abang dah cakap, itu reaksi suami.
Lepas tu, Alia diam semula. Lega saya. Tapi bad mood, sensitif. Nak berdukung naik ke bilik. Bawak dia pegi bilik mandi, nak salinkan diaper dan tukar baju. Tiba2 dia menangis lagi, Ummi..mana abang, berkali2 gak dia tanya. Layan ajelah soalan dia. Pastu, dia diam balik. Saya pulak kena jd clown nak senyapkan dia. Sib baik menjadi. Kalau tak, adeii..masa ni dah jam 1 pagi lebih dah. Ngantuk tu tok sah cakaplah. Kiranya lepas siapkan dia untuk tidur, mood dia ok balik. Lain kali mmg tak boleh bawak dia balik sorang, kena ada kakak atau abangnya ikut sama. Atau, semuanya tinggal kampung.
Hari ni, tak taulah camner pulak keadaannya. Begitu juga hari2 seterusnya hingga Jumaat ni. Setakat ni dia tak tanya lagi. Tengah tidur pun. Oklah, kat bawah ni nak share gambar2 dia ngan abangnya dan gambar dia bertudung. Mahal gambar bertudung ni bagi saya, sebabnya itulah pertama kali dia dgn rela hati nak pakai tudung, kalau tak tu, mmg dia takkan bagi letakkan tudung atas kepalanya.
Cool Slideshows |
23 comments:
Comelnyer dia! Siap buat kuda kat abe ye..he..he..kalau hakimi sayalah jd mangsa tu. Sedih baca cerita akak tu. Saya pun kalau bab hakimi memanggil2 abah dia time outstation ke..rasa sayu jer.
waah...rapat ngan abang dia ek? seronok gak kekadang tu bila tengok anak2 rapat masing2...
cian dia... tak pa reda la tu nanti :)
comelnyer budak yg pakai tudung pink tu yek? erm..alahai! nak pi mana lawa2 tuh (gambar yg posing maut tuh)
siannya Alia....teringat2 kat abg dia.
alahaiii..comeynya dia pakai tudung..
dia dah terbiasa ada kawan, mesti sunyi sesangat bila semua kat kampung..
sian diaa...budak kecik camtu laa, bila dah lame ngan abg dia, sekali takder tu memang dia terasa...takpe la...pasni jgn pisahkan diorg lagi yerk...comei dia pakai tudung....
awww..she is so sweet...sayang abg dia camtu..heheh..musti sejuk je hati dengar dia rindu kat abg dia..hehehe..
dalam rs kesian kat alia, lucu juga bila tiba part mak dia kena jadi clown tu!
comelnya anak dara syikin nih!!!!
anak saya pulak yg reverse..sejak masuk sekolah ni hatice tak brapa nak pakai tudung..saya cakap tak apa..tapi bila dah kena start pakai orkid (pad) dia kena pakai tudung...dia cakap ok..awak rasa salah ka saya buat mcm ni?
ATAUPUN.. pekata ummi kasik alia lagi sorang adik???
aisehh..sayu saya baca dia teresak2 menangis cari abgnya. kesian alia. meh sini auntie peluk :D
comeinya ali bersama tudung pinknye ittew..
kesian plak kat dia..yalah, dah besa ada abang dan kaka..bila takde, memang la dia sunyi..
Salam semua,
Nik Ha: itulahkan, mmg hiba hati bila dgr anak/budak mencari org yg tersayang. wah..tak laratlah kalau hakimi yg duduk belakang.
Kak Wan: alhamdulillah, anak2 saya mmg rapat antara satu sama lain setakat inilah. bergaduh2 gak. hehe..memg seronok tgk depa kamceng.
Alinlai: syukur dah reda, tp semalam terkeluar gak lagi pertanyaan mana abang dan nenek dia
Aku: sampai jumaat nilah.
Kak Honey: kami nak keluar cari barang masa tu..tiba2 alia dtg amik tudung si huda ni, dia kata nak pakai udung..ha, apalagi, satu rumah excitedlah sbb dia mmg payah nak suruh pakai tudung, tu yg cpt2 snap gambar dia tu hehe.
Nani: mmg kesian tau..tobat dah akak tak bagi dia balik rmh sensorang dah, mesti nak ada kawan sorang
MSinga: mmg terasa sunyi Mama, sbb anak2 akak ni semua mulut kecoh termasuklah si alia ni dan rapat, tu yg dia terasa tak de kawan tu
RM: mmg serik dah akak, nilah first dan last time akak pisahkan depa..sbb dia dah besarkan, dah pandai berkawan..kalau kecil dulu, tak kisahlah.
TCaca: mmg sejuk hati n susah hati gak hehe..sbb dia mencari tu..adeii
Msarah: hehe..itu time tgh ada mood nak layan kerenah anak, kalua tak mmg hot jugak tengah2 malam buta menangiskan, takut jiran2 terganggu. tak pe, bukan selalu maknya jadi clown haha.
Simah: tak pe simah, it is ok. dia belum baligh lagi, tak de dosa pahala lagi dikira. mmg betullah u suruh dia pakai tudung bila dah period lagi, sbb dosa pahala dah start dikira. skrg ni, dia on off pakai pun tak pe,kiranya sbg warm up dululah kan.
alia ni pun saja2 aje pakaikan, same ngan huda (3thn). yg husna ( 7 thn) pun saya tak paksa dia pakai all the time, tp dia willingly nak pakai..mmg mudahlahkan.
tak pe, skrg ni u selalu cakap kat dia tudung tu wajib bila dah baligh bla2..guna ayat sesuai ngan usia diakan..so slowly dia akan terdidik rasa tanggungjawab ngan perintah Allah..cakaplah ni utk kpntingan dia di dunia n akhirat..bla2..lagi satu, ckplah kalau sayang kat u n her father, kena patuh segala perintah Allah, nanti semua happily kat akhirat, tak de susah2..still guna ayat yg sesuai ngan age dialah kan..kiranya apa2 ayat yg dia boleh digest ngan baik dan boleh menerimanya dgn senang hati.dan dia tak rasa terbeban..
MB: hehe..idea yg bagus tu.tp saya tak ready lagi huhu. tak pe, demi u, dlm pertimbangan haha.
AP: hehe tq..semlam dia tanya lagi, sib baik tak nangis2 mcm malam isnin dulu tu.
Oren: mmg kesian oren, sampai akak pun boleh nangiskan..
Susah jugak nie...kalau nak ikut semua ikut balik..kalau nak tinggal semua kena tinggal gamaknya..
p/s : Wah ilmu baru..gambar pusing2....pening pulak kepalo den..he..he..he..
tak jumpa alasan kenapa abang dia tidur rumah mbah.. sesaje je ke?
salam,
nbk: ha itulah nbk, sbb anak2 saya ni rapat antara satu sama lain bila dah besar ni.
ha..itu baru sikit, ada laiy banyk kek tompek dio tu.poiylah tengok..
zino: ha ah, saja aje depa tinggal sana, sbb menemankan nenek dan atuknya sempena cuti skolah ni. mmg nenek n atuknya suka sangat kalau cucu2nya tinggal sana. lagi lama lagi bagus hehe. yg alia ni sbb kecil sangat lagi nak ditinggalkan.
ala sayunya baca, kehilangan sungguh alia ye
kesian alia...dia rapat dgn abang dia yer kak...sayu baca
iv: itulah, mmg kesian kat dia
yus: depa memg rapat semua, tp abgnya pandai tackle lebih. alah, kalau ada sama pun, gaduh jer lebihnya..ni dah tak de kwan bergaduh, sunyilah tu hehe
Itu baru jer part anak2 belum lagi part mama ngan baba dia nih...he..he..he
Sejak 2 menjak ni tak leh kena tinggai lama2,....he..he
P/S: aa..aahh betul lagi lama tengok gambar ni boleh poning ni kejap kecil kejap besar..jangan mare syikin gurau ja
comel nyer alia pakai tudung pink tue.. nanti letak lagi byk2 erk kak..
salam,
hehe..shami, pernah kena tinggal ngan cik abe seminggu..aduh..tak senang duduk, rindu banget ;D
pasai gambaq tu ka, chek pun sama pening gak aih hehe
Pisces: hehe, insyaAllah, ada lagi gambar2nya akan datang..tp gambar bertudung ni nasiblah, ikut mood dia sbnrnya
Post a Comment