sumber: http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1271Jabir bin AbdullahHadis
r.a: Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya
Hadis Ibnu Buhainah r.a: Nabi s.a.w pernah berbekam di bahagian tengah kepala ketika baginda berada di sebuah tempat untuk menuju ke Kota Mekah, baginda dalam keadaan berihram
sumber: http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=671
Berbekam terbukti dapat menyembuh lebih daripada 70 jenis penyakit seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit urat, bengkak-bengkak badan, lenguh badan, kebas-kebas atau sereban, sakit bahu, resdung, membersihkan darah, buang angin dalam badan, kembung, sebu, dan banyak lagi penyakit.
sumber: http://www.perkongsianbijak.com/
Alhamdulillah, hari Ahad lepas saya dan suami berkesempatan untuk melakukan bekam. Lama tul tak buat. Biarpun lepas bekam tu badan akan terasa sedikit letih dan ada sedikit rasa pedih kat tpt bekam (hanya beberapa jam aje). Tapi yang pasti, hari2 seterusnya badan akan rasa ringan. InsyaAllah. Saya ni amalkan berbekam sejak tahun 1998 dulu.
Sesiapa yang nak try bekam kat tempat kami biasa pergi ni:
-Tuan Kedai: Haji Ibrahim
-No. tepon: 03- 41077827
- Untuk perempuan :Isteri ustaz Haji Ibrahim, panggilan Ummu, yang akan lakukan bekam ni
-Untuk lelaki: anak lelaki ustaz ni atau Ustaz tu sendiri yang akan buat.
-Nama Kedai: Lupalah, tapi kedai ni jual kitab, buku, tudung, ubat2an dan mcm2 lagi. kat dalam kedai nilah bilik rawatan bekam (3 bilik; lelaki dan perempuan berasingan dilakukan).
-Lokasi: Taman Melawati. Kedai ni bersebelahan pusat perubatan KOHILAL yang menghadap Medan selera Tmn. Melawati. Bangunan ni belakang Maybank Taman Melawati.
call dulu sebelum datang, sebaiknyalah.
Rasanya sekarang waktu rawatan sampai sebelum maghrib aje
Berapa kali rawatan? Ikut pada jenis penyakit anda...biasanya ummu atau ustaz tu akan beritahulah bila lagi anda kena datang. Kalau yang jenis teruk tu, ustaz tu suruh datang kerap. Jangan risau, darah anda takkan habis punya... . Tujuan bekam ni utk membuang darah kotor di dalam badan. Jangan terkejut kalau anda tengok (boleh minta nak tgk darah kotor tu) darah tu berlendir2 dan pekat.
Kalau saja2 nak bekam, setahun sekali ok dah. Saya ari tu, sebab rasa lenguh2 belakang badan, buat lah belakang badan dan betis.
Sakit? Taklah. Tapi kalau anda jenis sensitif terasa sikit kot, tapi tak sakitlah keseluruhannya. Cubalah.
24 comments:
Teringin jugak nak cuba nanti...
pernah terpikir nak berbekam tp macam takot pulak. seriau nak tengok darah. berapa sama satu session?
-Titicaca-
RM rasa seram sejuk tgk org berbekam ni...nak pulak kat belakang kepala tu, yg kena cukur skit tu...kat kg ader org buat camtu...time dia toreh skit kulit kita tu yg x tahan tgk tuuu....tapi RM x penah lagi wat bekam ni...tgk pun dah kelu, kekekekeke...apepun memang baik utk kesihatan...kak syikin selalu buat yerk....
assalamualaikum...
kak shikiinnnnnnnnnnn....
lamenye tak mai jenguk sini...dah lain akak punye blog..huhu...rindunye..
ingat lagi tak saye? hehe...
saye nak bagitau akak yang saya pregnant sebulan lebih skang..
terima kasih atas doa akak..
kamato: eloklah mencuba.
TCaca:antara 20-30 minit, sbb kalau buat kat belakang badan contohnya, adalah dlm 5-6 tmpt kat blkg tu, tp ikut pd sakit kita gaklah..kalau yg tak de penyakit tu, rasanya tak lama mana..
RM: oh..dia lukakan sikit tu mmglah, utk bantu darah keluar, itupun kalau ada darah kotor, kalau tak, mmg takkan keluar darah tu.
biasanya angin aje yg lebih keluar
pada akak mmg best buat bekam ni, naknya badan dah makin sizen ni hehe.
Ka0ri..mana pgi menghilang dik yang oii..lamanya tak update blog awak tu.Tahniah..jaga kandungan elok2 jgn lasak2 sangat, tu baby sulung tu, tak tau camner lagi patern kehamilan awak..
pernah dengar tapi tak pernah cuba, rasanya perlu juga Am cuba ni.
Oh ya syikin tentang bayaran macam mana ya?
salam,
Am: selalu baca kat blog awak, yg awak tak sihat..cubalah berbekam ni..
bayarannya, saya tak ingatlah utk yg baru pertama kali datang. tp sebab kami regular customer, sorang RM 30 inggit..
sekali buatkan, contoh kat belakng badan tu, 4-5 tpt dibekam. n setiap tmpt tu 3x round..
yg penting masa nak buat tu, cakaplah apa yg rasa tak sihat, nanti depa suggestkan buat kat bhgian mana dulu. cumanya kalau buat kat kepala tu, kena sanggup botak sikit kat tengah, suami saya pernah buat camtu..so nak cover, bhgian botak tu pakai kopiahlah..atau, paling mudah, botak terus lepas tu.
hmmm.. nak try jugak... tapi tak tau tmpt... ni dah tau..boleh gak cuba! tetiba rasa lenguh2 pulak..hahahhaha
salam ziarah utk syikin. pekaba? :D
salam,
edyan: cubalah..yg best tu, boleh bekam utk kebaikan peranakan kita sekali tau..kalau boleh jgn bawa anak kecillah, kecuali kalau suami boleh tolong pegangkan, sbb nanti time anak nangis nak menyusu ke, kita tak leh nak stop2..
aidura: ya Allah, tq masih sudi dtg..sgan saya. saya baru aje lwt blog awak, tp masalah yg sama berlaku..saya pun pelik..td duk tgh taip kat shout box awaklah, tup2 hang..pas tu kata error pulak..pas tu blog awak off automatically, sabar ajelah.
tak pernah cuba bekam ni.. sakit tak agaknye ek?
menarik juga Syikin. Sheirn selalu migraine so kena bekam di kepala ke? alamak! Tapi quite jauh from rumah Sherin la..
Btw, I only got one of your comments today. Syikin kata dah cuba 3 kali ye? Tapi dapat satu je la. Kenapa ye?
saya pernah cuba berbekam yg tarik angin je. takde lak toreh2 kasi keluar darah. kalo yg gitu aiyooo ngeri lak heheheheh.
ngeri la darah darah tu..
salam,
zar: masa dia toreh sikit kulit tu, terasalah mcm semut gigit, ummu ni buat lembut caranya, tp masa bekas tu dipam utk lekat kat badan kita, tak sakit. sedap ada sbb rasa kejap. ikut saya tak sakitlah, tp org lain tak tau.
sherin: saya rasa kat tpt lain pun ada, tp org lain buatlah..cubalah surf internet
bab my comment tu, tak taulah sherin, tp mmg sjk semalam saya cuba, kiranya tdilah berjaya masuk ya..
AP: bestlah Ap..cubalah hehe.
rajin akak pg bekam..saya teringin nak suh hubby buat sbb dia slalu migrain..tp dia x berani..
salam,
Msinga: kalau tak berani, tok sahlah..tp mmg elok bekam terutama org migrain, nanti kepala rasa ringan tau
nak cuba buatlah. tak penah buat sebelum ni. tapi satu nak tanya, pisau toreh tu dia guna yg sama balik ke? kira tak hygienic kan kalu pakai yg sama???
insyaAllah...ada rezeki buleh cuba...:D
isk best gak ni, mahal tak..?
Pernah temankan kawan buat bekam kat Dr Harlina TTDI tu. Seram gak tengok darah nih...
saya tak pernah berbekam..sebenarnya dengar perkataan tu pun saya gerun..tapi kalau syikin buat dan berfaedah utk syikin.. kawan kawan yg lain kalu nak try apa salahnya kan?
bila dah cerita tu rasa minat pulak nak cuba.. bekam kat mana ya? berapa rege dia..
Salam,
Kak Honey: utk sorang patient, dia guna satu pisau blade aje. pastu utk patient lain, dia guna yang baru kalau saya tak salah tengok.
Kak Wan: cubalah, utk wanita lepas bersalin boleh buat kat peranakan
OS: cubalah. untuk pesakit baru, saya tak ingat regenya berapalah, tp org lama cam saya, harga dia murah lagi, dlm 30 inggit sorang
BP: kalau tak berpenyakit, samaada keluar darah sikit atau tak keluar langsung
Simah: hehe..bunyi aje gerun, tp once dah buat mmg rasa sedap badan tu. tak mustahil rsa nak ulang balik. saya ni kiranya hampir sepuluh tahunlah, tp tak tiap2 bulan, at least, setahun sekali.
Bro Zino: cubalah. kalau saya, mmg best bekam ni. Buat kat mana tu, kat anggota badan mana ke? itu ikut penyakit kita, kalau yg kena migrain tu, buat kat kepala.kalau yg sakit lain tu, ada kat belakang badan, kat kaki, kat perut, dll.
yang regenya ni saya dah jawab kat soalan OS di atas.
Post a Comment