Assalamualaikum,
Pagi ni, tanpa perancangan awal, saya dan suami ke kampus untuk mengambil fail berisi sijil2 original saya yang tertinggal di postgraduate unit kuliah saya. Boleh gitu? lalai sungguhkan. Saya pun tak tau ia tertinggal di situ sehinggalah dua minggu lepas, staff ofis tu telefon bagitau yang saya tertinggal fail tersebut semasa buat ctc ngan dekan postgraduate tersebut. Nak pergi segera tak boleh, tunggu suami free sikit, so pagi tadilah dia free nya. Padanlah masa lepas buat ctc ari tu, dlm perjalanan ke rumah saya rasa macam ada yang tak sempurna. Tapi tak tergerak pun nak check beg sandang yg dibawa tu. Rupanya fail tertinggal. Alhamdulillah, dah amik pagi tadi, siap bawak Alia sekali. Macam biasa dia bukannya mudah mesra dengan orang tidak dikenali berbanding dengan kakaknya, Husna. Orang tanya2 , puji2 dia pun, dia buat derk aje. Straight aje mukanya.
Pagi ni, tanpa perancangan awal, saya dan suami ke kampus untuk mengambil fail berisi sijil2 original saya yang tertinggal di postgraduate unit kuliah saya. Boleh gitu? lalai sungguhkan. Saya pun tak tau ia tertinggal di situ sehinggalah dua minggu lepas, staff ofis tu telefon bagitau yang saya tertinggal fail tersebut semasa buat ctc ngan dekan postgraduate tersebut. Nak pergi segera tak boleh, tunggu suami free sikit, so pagi tadilah dia free nya. Padanlah masa lepas buat ctc ari tu, dlm perjalanan ke rumah saya rasa macam ada yang tak sempurna. Tapi tak tergerak pun nak check beg sandang yg dibawa tu. Rupanya fail tertinggal. Alhamdulillah, dah amik pagi tadi, siap bawak Alia sekali. Macam biasa dia bukannya mudah mesra dengan orang tidak dikenali berbanding dengan kakaknya, Husna. Orang tanya2 , puji2 dia pun, dia buat derk aje. Straight aje mukanya.
Lepas tu, tanpa perancangan awal juga, saya dan suami pergi ke sekolah anak-anak membeli buku2 teks dan buku kerja mereka. Husna naik darjah 2 dan Aiman naik darjah 1. Sian pulak kat Aiman pakai buku teks 2nd hand (kakaknya punya), tapi tak mengapalah. Kalau beli baru pun membazir aje. Lega satu bahagian. Disebabkan depa masih di kampung, minggu depanlah jawabnya beli pakaian sekolah dan perkakas lain termasuk kasut sekolah. Untuk Aimanlah yang lebihnya, sebab dia baru nak naik darjah 1. Tapi, beg Husna wajib beli, beg dia sekarang dah jahanam..koyak dah, tak leh nak ditampal. Nak buat camner, murid2 darjah 1 sekolahnya belajar kat tingkat satu. Tu yang beg troli pun bila diheret turun naik tangga akan rosak. Sib baik tahun ni akan mula pakai loker. So, ringanlah beban depa nak bawak buku sekolah berat2 tu. Oh terserempak gak ngan kawan lama saya yang dah bergelar Datin tu, dia pun sibuk membeli nampaknya. Tak sempat berbual panjang. Masing2 nak rushing, sayalah terutamanya.
Kemudian, tanpa perancangan awal juga, kami singgah makan tengahari kat salah satu kedai makan di Greenwood. Tak sangka terserempak ngan ex coursemate masa undergraduate dulu. Sejak 1998 kami lost contact, ni baru berjumpa semula. Berbual kejap sebab masing2 nak lunch. Sempat bertukar no. tepon. Tumpang gembira dia tengah pregnant. Percaya tak, usia perkahwinan dia baru 4 tahun, anak nak masuk 3. Rezeki tukan. Biarpun dia kawin umur 28 tahun ari tu.
Hmm...pendek kata, hari ni banyak perkara berlaku tanpa perancangan awal dan segalanya berjalan dengan baik tanpa disangka. Alhamdulillah.
Petang tadi, Kaklang (adik k3) called, dia tanya camner nak balik kampung Sabtu ni sebab area N9 ada yang banjir, boleh ke kami nak lalu dan sampai selamat ke kampung. Pulak tu, kat salah satu area berbukit (Bukit putus orang panggil) tu, dengar cerita berlaku tanah runtuh. Tengoklah camner nanti, kalau area nak ke kampung pun kena banjir, jawabnya kami tak balik kampunglah. Sabtu ni ada kenduri tahlil kat sana, emak saya dah 2 minggu kat kampung. Kalau banjir, nampaknya tunggu banjir reda barulah boleh kaklang amik mak.
Camner Alia? Alhamdulillah, dia ok, biarpun hingga ke hari ini dia masih bertanyakan abangnya. Bukan takat abangnya dah, mbahnya pun dia tanya lagi, achiknya (my bil) dan kakak Husnanya pun ditanya sama. Sib baik dia tak menangis2 cam ari tu. kalau tak jenuh memujuknya.
31 comments:
yeay iv yg first
cantiknya blog akak, menarik tertarik.....
kalau yg kebetulan tu selalunya best je kan..
sian untuk mangsa banjir..teruk banjir tahun ini
salam,
hehe..seronokkan kalau kita dpt jadi komentar yg pertama kat blog orang
template ni sbnrnya utk blog lain, tp tak mo pulak jadinya.sudahnya akak tepekkan kat blog ni :D
betul, kebetulan tu mmg menyeronokkan kalau kena gayanya
mmg kesian, orang2 JOhor nun, lagi teruk. ada satu keluarga sedara akak kat segamat, tak taulah camner keadaan depa sekarang
CANTIKLAH DECO RUMAH BARU SYIKIN NIE..
TAHNIAH...
salam,
hai kak PB, lama dah akak tak kemari. tq datang lagi. wah, mcm menang besar pulak dpt ucapan tahniah hehe.
memula masuk ingatkan salah blog sbb hari ni ala2 mengantuk :D. pastu cek address betul. rupanya akak buat renovation kekekkeekke.
bestnya akak dpt jumpa kawan lama pastu semua aktiviti tanpa dirancang lagilah best.
salam
wah dah wajah br..sempena thn br ya? ;) cantik nampak kemas je
Salam
AP n NikHa: hehe..sbnrnya template ni utk blog baru, tp tak boleh plak.apsal ntah..sudahnya tepek kat sinilah heheh.
Ap: pasal perancangan tu, mmg betul, n tak sangka gak jumpa kawan lama.
Syikin dah beli buku anak2 ye? Kak lady ni satu pun tak beli lagik...maybe minggu depan kot...
ish, kronik gak rindu alia pada abang dan kakanyer..sian dia...
Salam,
Kak Lady: itulah kak, tak planning apapun, tup2 pegi beli aje sbb kebetulan lalu depan skolah anak2 tu. yg lain2 tu, mmg next week gak.
ORen: mmg kesian
hamboiii, tukar wajah yer kak syikin, lawooo...putih bersih, hehehehe...sumer org cam akak tu jugak, suka wat keje tanpa perancangan awal...manusia kak...tu sbb org selalu kata, dah terantuk baru nak terngadah...
itu la...tup, tup tukar layout...terkejut sekejap....hmmm akak skang ni pun tgh sibuk dok susun budget utk anak2 sekolah, buku teks darjah 3 ngan darjah 1 dah ada, darjah 5 belum lagi...tu belum masuk buku utk KAFA Integrasi lagi....baju sekolah lagi, kasut, beg, alatulis...kopak betul ek hujung2 tahun cam ni...hehehehe
Salam,
RM: itulah, sib baik semuanya menjadi semalam, kalau tak rasa mcm buang masa ajekan
Kak Wan: hehe..smlm gatal tangan.
itulahkan kak, bila anak berderet masuk sekolah..persiapannya mmg macam2..off course duit terbang semacam. tak pe, itulah pengorbanan kitakan kak, esp. parents yg mengeluarkan duitlah
kesian dengan mangsa banjir.. cam my fren kat sini, sampai sekarang blom dapat berhubung dengan MIL dia kat Segamat. So tak tawu lah apa citernya...
tu aa..teruk banjir tahun ni..seb baik umah MIL atas bukit, tak kena banjir..tp harga barang kat tempat tak banjir mesti naik kan..
Tak ilang lg rindu alia tu yek..hehe..
Syoknya aiman nak naik skolah..tp apesal budak dajah 1 kelasnya kat tingkat atas..
Salam,
MB: itulah, mmg merisaukan keluarga yang terlibatkan
MSinga: bab harga brg tu tak taulah MS
mmg tak ilang lagi mama
kat tingkat bawah tu bilik guru, lab, dewan..kiranya semua kelas start tingkat 1
masya-Allah. cantik hiasan umah syikin ni. semuanya tampak baru dan menawan ohlala :D
teruk jugak banjir tahun ni kan? tapi apa bleh buat semuanya perancangan Allah...macam ummi yang tanpa dirancang jumpa kenkawan lama tu :) bestnya....
Ni salin kulit ni bukan perancangan awal juga ke ..? he he...
Kata orang 'If you fail to plan, you plan to fail...'. tapi tak selalunya la...
new template!!!heheheh...
ingatkan abang alya dah balik umah..
Kawan syikin tuu kira setahun satulaa yer. hmm HM pun planning lebih kurang camtu.. Hahha!! tka tahulaa larat tak Aidan satu pun dah tak terlarat.heheh
salam,
hehe..aidura, tima kasih
betul Alin, kalau Allah berkehendakkan sesuatu tu berlaku, tiada kuasa dpt mengatasinya , mcm banjir n pertemuan tanpa sengaja ni :D
eh, bila BP tanya ni baru saya terfikir, ha ah, bukan perancangan awal juga ni :D
itulah pendapat manusiakan, tp kehendak ALLAH mengatasi segalanya
InsyaALLah kami akan balik malam esok ke rmh mil, Nani..dptlah depa 4 beradik berkumpul semula.
HM: hehe..yg ktiga ni accident rasanya, tak pe, ALlah nak bagi.Kalau HM sanggup tak salah :D
saya pun nak tanya macam mama singa - kenapa darjah 1 tingkat atas? tapi syikin dah jawab dah pun. startlah saya nak susah hati kat anak saya kot2 kena sekolah cam tu jugak. memanglah boleh turun naik tangga insyaAllah. tapinya isykh dah nama budak. darjah 1 pulak tu (yg kecik sekali kat sekolah tu) risau pulak rasa.
woh bkt putus tanah runtuh eh.. seb baik den dh balik minngu lopeh..
salam,
MSarah: zmn sek.rend.skrg tak macm kita dulu, la ni beg depa berat tau, sian..mmg wajib pakai beg troli tu..naknya pulak kalau badan jenis kecik. kalau jalan, nampak beg aje, tuannya tak nampak dah..
lempoyak: itulah yg buat akak risau tu, takut berlaku lagi masa kami on the way balik sana..dahlah laluan wajib tu..
musim hujan ni bila nak reda syikin? mintak mintak raya haji ni tk banyak orang accident... jalan mesti bahaya gilaaaa
kesian bebudak ek.. maknanye semua orang kena panjat tangga. Bagilah cikgu-cikgu yang duduk tingkat atas-- boleh kurus sikit..hehe
sekolah anak2 kat sini pun tinggi dan byk tangga...
lawa template ni...
salam,
tak taulah simah, kali ni mmg lain sikit hujannya, kalau tak salah kesan taufan otor ke apa entah namanya, tu yg banjir luar biasa jadinya. itulah, harap sangat tak de kecelakaan maut masa raya nanti
Ilsa: betul tu ilsa..semuanya kena turun naik tangga, cikgu2nya pun samalah :D
Kak Onde2: itulah, sian pulak kat anak2 kita yg kecik baru std. 1 nikan.
tima kasih..
fuh..patutlah nampak lapang rupa2nya baru cat rumah. akak rasa much better lah syikin buat kaler nih..tak ler akak ni terkebil2 baca tulisan syikin dalam mcm2 kaler pastu fontnya kecik plak tu. ko caya tak sometimes akak guna kanta pembesar nak baca tang bhg yg mini2 tuh...hahaha
sama ngan akak kat sini, kitorang nebor2 kat sini siap tukar2 buku ngan mana2 jiran yg anaknya nak naik darjah lain. mana yg masih elok dan boleh diguna, kitorang pakai yg dah rosak buang ajelah. tapi buku2 kak long tak pernah dapat nak bagi kat org lain sebab HANCUS! ntah camana dia pakai buku tak tau lah akak...
salam.
haha..kak Honey ni sampai pakai kanta pembesar tu, kesian pulak. oklahkan dah nampak besar ni. saya pun senang hati..cumanya tak berapa berkenan ngan kaler kat sidebar ni, nantilah nak tukau gak
eh, bagusnya sistem pertukaran yg akak n nebor buat tu, baguslah, jimat belanja n tak membazir.
samalah ngan anak saya kak, tak taulah nape buku depa esp.tang kulit buku tu senang hancur, lunyai kata org.
Post a Comment