Assalamualaikum. Saya nak share 3 cerita ni yang berlaku semalam (Khamis)
Kereta kena ceroboh.Saya tak taulah istilah ceroboh tu tepat atau tidak. tapi yang pasti, jam 3 pagi lebih hari khamis kereta suami saya kena ceroboh!! Tapi alarm kereta berbunyi, maka 2 budak melayu yg bermotor tu kelam kabut lari. Ini yang dilaporkan oleh jiran sebelah rumah saya yang terdengar bunyi alarm kereta, mereka on kan lampu beranda dan cepat2 keluar ke beranda rumahnya melihat apa yang berlaku. Saya dan suami? Kami langsung tak dengar sebabnya saya tidur jam 2 lbh kerana Huda dan Alia baru mahu tidur waktu tu. Suami pula balik lewat dan kepenatan yang amat sangat. Makanya sekitar 3 pagi itu adalah waktu lena kami sekeluarga. Oh ya, kereta suami di letakkan di luar pagar, sebab tak leh nak letak kat dlm porch. Padanlah saya pelik masa hantar anak ke kereta pagi mereka nak ke sekolah tu, mouse pc terjatuh atas jalan. Saya fikirkan suami tercicirkan ia drp kereta masa balik malam tu. Masa ni tak tau lagi keta kami dicerobohi. Suami saya pulak perasan, barang2 dalam kereta tu dah disepah2kan masa nak hantar anak tu. Masa suami dan anak2 dah pergi, kebetulan jiran tu keluar pula nak pergi kerja, mereka yang tanya saya dulu pasal pencerobohan ni, terkejut saya. Sebab mmg tak dengar apa2 pun. Sudahnya, petang semalam suami saya pergi tukar kunci pintu kereta. Harap2 sangat ia tak berlaku lagi.
Anak tekak bertuah.
Anak tekak saya bertuah sungguh. Dia jatuh sakit sampai saya kena makan 5 jenis ubat termasuk ubat demam kerana sakitnya mendemamkan saya. Awal pagi selasa, tanpa signal awal, tiba2 saya terasa tekak agak teruk. Saya cuma makan ubat hisap utk tekak. tak jalan juga. Hari Rabu hingga pagi Khamis ia semakin teruk. Kalau terbersin tu, saya akan menjerit kesakitan. Minum air terasa sakit. Telan nasi or makanan berat terasa sakit. Entah mana dtgnya seakan selsema yg bila turun ikut tekak tu terasa bisa jika saya terbatuk membuangnya. Hingga tahap area anak tekak tu terasa kebas, cakap pun rasa macam sengau aje. Bila check kat cermin..mak aii, mcm bosar eyy anak tokak den dan kaler area tekak tu merah yang amat. At last, pegi klinik tghari Khamis tu. Rupanya saya demam sekali. Memang dah agak dah sebab badan rasa semacam. Wah, kesan ubat2 tu mmg power hingga buatkan saya mengantuk sentiasa, tp yg pasti, ia beransur pulih hinggalah pagi jumaat ni.
Gegendang telinga: Jadikan pengajaran
Masa saya p klinik sebab anak tekak saya sakit. saya minta dr. check telinga Alia sekali untuk pastikan gegendang telinga dia dah ok. Syukurnya dr. bagitau gegendang dia ok, cuma ada kesan darah beku pada luar gegendang telinga tu. Tapi tk perlu risau, biarkan ia, nanti ia akan keluar sendiri. Dr. kata samaada gegendang dia tak terusik langsung, cuma dinding telinga aje luka atau mmg gegendangnya ada koyak sikit tapi dah repaired sendiri.
Alkisahnya, hampir 4 minggu lalu, suatu malam, Alia telah mengorek telinganya sendiri tanpa saya sedari,. Saya terdengar dia merengek sambil menutup telinga kanannya. Saya pulak ingat dia kepenatan terus masukkan dia dalam buaian sebab dia tak tidur petang langsung. suami pulak lum balik lagi. Selepas beberapa jam, dia bangun tidur tu, saya perasan telinga kanan dia ada darah kering. La, dalam telinga dia luka rupanya. Tapi tak tau kat bahagian mana yang luka. Cemas saya sekejap. saya cucikan guna tisu sbb cotton bud dah abih. Saya called suami minta dia belikan cotton bud on the way back nanti. Punyalah dia risau campur sedikit marah. Dia ingat nak bawak ke klinik malam tu, tp saya pulak kata tunggu dulu, sbb lepas cuci tu dah tak de darah mengalir keluar lagi. Dia pun nampak ok aje. Cuma tgh malam time tidur dia merengek2 bising, yang saya fikir dia nak menyusu badan.
pagi esoknya, saya terkejut, nape masih ada darah kering lagi. Saya bagitau suami, dia bimbang. Takut2 gegendang telinga anak luka. Saya pun tak tau nape saya masih boleh cool. Terbalik sungguh kali ni, biasanya dia yang cool, saya yang gabra lebih pasal kesihatan anak2. Dia hantar anak ke sekolah dan hadir mesyuarat. Saya pun bersihkan kesan darah kering tu. Kemudian Alia tidur semula selepas ayahnya ke pejabat. Dia bangun semula agak tengahari, dan suami pulak tergerak nak pulang ke rumah. Bila Alia bangun lagi, saya cemas, sebab masih ada darah kering lagi. Kali ni hati tu betul2 berdebar, awat sampai 3x darah masih ada. Then saya syak sth went wrong. Saya menangis, rasa bersalah yang amat, kalau betul gegendang dia pecah, mmg saya bertanggungjawablah.
Suami pulak puas tanya, Alia guna apa korek telinga dia...saya kata saya tak tau n tak pasti, sebabnya rmh kami ni ada dua jenis pengorek telinga, satu yg besi n satu yang cotton bud. tapi, masa saya menyapu lantai malam kejadian tu, saya ternampak pengorek telinga besi atas lantai. macamana blh ada kat situ, saya tak tau, samaada ia terjatuh or alia memanjat mengambilnya (budak setahun lebih ni dah pandai panjat memanjat). tapi hati saya kuat mengatakan mungkin dia guna pengorek telinga besi tu sbb cotton bud dah abih, or takkan dia guna pensil kot?
Kami bawak pergi klinik dan dr. sahkan gegendang telinga dia sedikit koyak. Aduh..pekaklah telinga anak saya sebelah. Nak menangis dan dan tu gak. Berkali2 saya cium muka dia sbb sendiri rasa bersalah. Tpi bila dr. jelaskan gegendang dia akan repair sendiri n kembali pulih dalam masa 2 minggu...ya Allah leganya mendengar. Dr. cuma bagi antibiotik n ubat tahan sakit. Balik tu, mmg saya betul2 perhatikan keadaan pendengaran dia...saya saja panggil perlahan drp belakang, alhamdulillah dia menoleh memandang saya. saya cakap perlahan dengan dia, dia jawab. Lega sikit perasaan tu. Tapi tak blh hilangkan rasa bersalah lagi. Kiranya sepanjang 2 minggu saya monitor pendengaran dia. Yang geram tu, dia macam tak serik lagi, pantang jumpa benda panjang esp. cotton bud. nak jugak korek telinga lagi tu. Maklum ajelah, kat rmh ni banyak tangan, karang pegang itu ini, dah bersepah2. Yang si kecik tukang kutip.
Lepas 2 minggu saya bawak di p klinik lagi, dia kata tak berapa jelas dlm telinga tu, sebab nampak darah tak berapa kering lagi. Hinggalah semalam saya pergi ke klinik sbb sakit tekak saya ni, tp ini klinik lain pulak dan dr. tu memberikan khabar gembira buat saya. Syukur sangat2. Hai, tak pernah jadi sebelum ni kat abang n kakak2nya, dialah yg cipta sejarah. Suami pulak, dengan kuasa veto seorang suami mengarahkan saya buang pengorek telinga besi tu. Apo nak dikato..buanglah. Jadikan pengajaran kes Alia ni. Pastikan letak benda2 yang nampak selamat tp boleh membahayakan anak2 kita di tempat tinggi.