Tuesday, August 15, 2006

Bulan Sakitlah

Assalamualaikum...


Apa ya nak cerita ? Tapi yang pasti hujung minggu lepas memang kami sekeluarga tidak kemana2 melainkan ke pasar malam sahaja pada malam Ahad. hehehe. Siang Ahad, Husna pulak tak sihat, tonsilnya pun bengkak macam saya hari tu dan demam pulak. Eh, tonsil bengkak pun boleh berjangkit ke? Ke sebab cuaca tak menentu sekarang ni? Bahkan dalam akhbar pun ada melaporkan cuaca dunia sekarang dalam keadaan tak menentu, seperti contoh, US mengalami suhu panas yang melampau. Ada negara yang dah berpuluh tahun tak de salji, turun pulak salji. Hmm..semuanya tak dapati kita telah daripada awal akan suasana cuaca macam ni. Apa ya perancangan Allah sebenarnya? Sesungguhnya dia MAHA MENGETAHUI.

Ok, berbalik pada cerita Husna. Hari Isnin dia terpakso ponteng sekolah sebab tak berapa sembuh lagi. Dan yang pasti dia terlepas test 2 subjek BM. Risau pulak dia tak boleh amik test ganti, saya telefon guru kelasnya. ALhamdulillah, Husna boleh duduki test BM tu kalua dia datang semula ke sekolah. Suami sempat usik, ni ummi yang nak test ke atau kakak nak test? Hehe..dia risau tengok saya over risau ngan kes Husna ni. Saya pun jawablah lebih kurang, kalau buat tak kisah nanti susah pulak. Dan hari ni (Selasa), dia dah ke sekolah. Kesian pulak fikirkan dia kena duduki 3 test: B.I, Matematik dan B.M. Ummi doakan kakak dapat buat yang terbaik. Punyalah saya pesan kat dia baca Bismillah sebelum mula, kalau terlupa jawapan baca selawat. Hai...kalau minggu ujian or peperiksaan tu, sambil saya menyapu atau membasuh, tiba-tiba teringat anak tengah exam, dan dan tu gak berdoa moga dia dpt jawab. Ini baru sorang. Itu belum Aiman lagi tahun depan.

Ha..dah si Husna, Aiman pulak demam. Pagi semalam dia duk bising pening kepala, saya ni janji lepas sarapan sebelum ke tadika nak bagi dia makan ubat demam, tp terlupalah pulak. Balik sekolah semalam, rupanya dia dah betul2 demam, syukur ayahnya terus bawak p klinik. Dia pun ngadu kat tadika semalam dia menangis sebab tak tahan pening. Rasa bersalah pulak sebab terlupa bagi dia makan ubat pagi tu.Hari ni pontenglah pulak. tapi kesianlah kat dia, tak pernah tengok dia teruk camni, menangis2 cakap pening kepala, sampai kita pun mati kutu. Bukannya tak letakkan kain basah kat kepala, letak. Ikutkan hati nak call aje ayahnya suruh balik, tapi tak leh, ayahnya pulak tengah pulun wat assignment nak submit ari ni.

Harap-harap Huda dan Alia tak berjangkit pulaklah. Hmm..bulan ni memang bulan sakit saya sekeluarga. Sorang sorang kena. Tak pelah, ujian kesihatanlah ni. Nak banding ngan orang lain, lagi teruk depa kena, ada yang kena tahan wad bagaikan. Itu belum lagi nak dibandingkan mangsa2 perang yang cedera parah bagai tu. Mesti ada rasa syukur tu puan Syikin oiii...

Alhamdulillah, dapat gak berblog sebabnya pc ni ada pening sikit, tetiba aje dia blh off sendiri. Dah beberapa hari sebenarnya keadaan dia camni. Semalam dan pagi tadi langsung tak boleh bukak. Nak kena p klinik gak pc ni.




31 comments:

Alinlai said...

syikin, PC tu pun 'sakit' gak kot :) macam mana test Husna? 'buat yang terbaik' macam AF plak ke ke ke...

Anonymous said...

huh. berjangkit smp ke PC. mmg sdg dilanda penyakit nih.
dah akhir zaman. kaw hemisfera utara (atau lebih tepat US) mengalami panas melampau ketika matahari berada tepat diatas benua mereka. skrg ni china pulak mengalami panas melampau. nnt antara 10-23 sept negara kita pulak akan mengalami panas melampau (dgn izin ALLAH) kerana matahari berada tepat diatas malaysia. :)

NONIE AZIZ said...

Semoga family shikin kembali sihat...

Mama Sarah said...

saya pun tumpang rasa 'letih' dengar anak2 syikin demam. semoga terus sabar dgn ujian 'kesihatan' ni.

Kaklong Syikin said...

alinlai: heehe..itulah semput dah dia.

husna? oh..tanya dia tadi alhamdulillah, dia blh jawab. entahlah..harap2 confident dia tu tak memakan diri.

atok: oh..thanks for the info. kalau betul kena pd tarikh tu, syukur ia sebelum bln puasakan?

MR: amin. thanks MR

MamaSarah: terima kasih. mmg terasa 'letih' gak anak2 tak sihat ni, kesian kat depa. terutama bab ponteng sekolah/tadika ni..sayang rasanya.

Lan Rambai said...

memang tension kalau budak2 ni sakit.. sedih je tengok dorang dok melepak jer. Husna senang makan ubat tak? Anak saya esp yg sulung memang leceh sikit kalau demam sebab dia tak suka makan ubat.

aNIe said...

hehehe...orang selalu kata ...musim durian selalu musim sakit...anak2 kak lady pun tak berapa sehat beberapa hari lepas....tapi alhamdulillah cuma demam biasa...dan sakit mata aje...

Kaklong Syikin said...

lan rambai: betul tu, kita jd sedih tengok depa tak sihat, nak buat keje pun tak senang. Alhamdulillah, semua anak saya senang makan ubat. Alia yg mula2 tak suka dulu pun akhirnya volunteer bukak mulut sbb tak larat kena kepit aje badan dia masa nak makan ubat.

kak lady: ye ke? first time dengor ni. tp mlm kelmarin kami makan durian anak beranak. sodap tul.

Anonymous said...

Syikin,
Sakit adalah mainan hidup. Kadang-kadang semasa kita sakit, banyak benda yang kita fikirkan, banyak pengajaran walaupun tidak menyenangkan. Adik saya Haniza sudah 3 bulan di hospital: http://muhdkamil.net/mystory/?p=29

Kami menghadapinya dengan tabah, seisi keluarga.

Semoga cepat sembuh

ibuVouge said...

heheheh, bukan tuan je ye syikin, pc pun sama..
cepat sembuh ye.

Ayu Mohamad said...

kak syikin sy pon demam selsema..tapi sempat gak gi kenduri kat Ipoh tu :)

Anonymous said...

memang betul tu Syikin, Am dan keluarga baru sahaja pulih, anak masih ada selsema sikit, memang mudah kena penyakit sekarang ni kot

AppleB said...

kak syikin...penyakit tonsilitis tu mmg blh berjangkit melalui air liur. elakkan berkongsi makanan atau minuman. tonsil saya ni pun tgh bengkak mcm nk meletop je rasanya eheheheheh.

semoga family akak cepat sembuh.

blackpurple @ jowopinter said...

Kesian bila tengok budak-budak kecik sakit..... tapi kita kat sini masih bersyukur....bayangkan budak2 kecik kat Lubnan tu...lebih terseksa hidup diaorang...


Kena virus kot PC tu...hehehe...

Anonymous said...

kami br lps bulan sakit...akak plak kena bulan sakit...mmg berjangkit kot kak...bersabarlah byk2...byk betul ujian penghapus dosa2 nie...

maklang said...

Maklang hari ni hari cuti MC, budak2 seme hari memonteng...

kasutVINCCI said...

akak, kv pun tak sihat. Sakit tekak cam nak selsema. Masalh tonsil pun yer.

Pnut said...

alahai kesiannya, budak-budak ni kalau demam, kita yang penat...dia punya kerenah demam tu alahai....letih...

Mamamanja said...

kak syikin...
moga pc pun cepat sembuh! muahahaha
pc merajuk sebab akak x masuk lam kategori keluarga akak

Unknown said...

kesian akak....lepas sorang, sorang sakit. Semoga semuanya cepat sembuh....termasuk pc akak....hehe..

Kaklong Syikin said...

mki: ya betul pendapat tu dan paling penting sakit itu sedikit drp ujian Allah juga.Kalau kita bersabar kita akan diberi pahalakan. bahkan ia juga salah satu cara penghapus dosa2 kecil.

ALLAH..moga adik mki cepat sembuh. amin.

terima kasih

iv: hehehe..itulah, pokok pangkalnya sama kat dlm rmh ni semuanya akan tervirus sama..

OO: itulah dia kalau ahli keluarga ramaikan? ya betul, ALLAH juga paling berkuasa.

Ayu: ehehe...kalau sakit tp larat berjalan lagi tu, oklahkan. perut pun kenyang :D

AM: hmm..agaknya ketahanan antibodi badan kita kurang sangat kot? tak taulah

RaFFLeSiA MeRaH said...

slm perkenalan, lum baca abih lg blog awk ni...nanti ader masa kita baca lagi ekk...skrg ni duk jenguk2 jer dulu...hehehehe...baru nak belajar bab2 blog ni...

oldtown~Smell the Roses said...

Nanipun doakan sume ahli kuarga akak cepat sembuh termasuk ahli pc tu.hehehe..byk2 bersabar yer.sian gak kat Alya.

Sherin de Souza said...

Harap semuanya (termasuk PC) akan sihat dengan cepat. Mmg betul it must have been the weather. Panasnya sekarang.Mmg ramai yg tak sihat sekarang. Take care of yourself & family Syikin.

Sastri said...

Semoga semuanya cepat sembuh... Take care kak..

zino said...

baby zino pun baru baik sakit tu.. dua tiga hari sakit perut.. tak sekolah dua hari.. tapi sehari dua ni dah nampak cergas balik..

DeeN said...

Assalamualaikum wbt..

PC pun sakit ek, kena virus kot? Cuba pegi bawa 'berubat' kat 'doktor pakar'. :)

Kem salam kat anak2 akak ek. Moga cepat sembuh. Allah takkan menguji hambaNYA melainkan mengikut kemampuan mereka.

(1st time lawat blog akak, nice color hehe yelah sebab my favourite color hehehe..)

Salam perkenalan. wasallam.

Puteri Satu said...

emm...lum ada anak aarr...tapi klu mak sakit memang tak tentu hala kita jadinye..buat keje apa pun tak jadi...

Satu lagi klu hubby sakit..demam ke..apa ke...susah hati tul la...rasa biar kita je demam...

Anonymous said...

moga cepat sembuh anak2 tu..

gitartong

Kaklong Syikin said...

applepie: oh rupanya gitu. baru tau. skrg ni alia dan husna demam pulak.

BP:Betul pandangan tu..hehe, virus komputer.

bie: betul cakap bie tu

maklang: harapnya maklang dah ok

kv: moga awak pun cepat sembuh

pnut: mmg letih kalau depa buat perangai time sakit. tak sampai hati tgk depa merengek pun ya..kesian. tp kekadang tu jd geram plak.

MM: hahah..lawaklah MM ni

yus: amin..hehe

Kaklong Syikin said...

Rafflesia Merah (RM): thanks dtg sini. sila dtg lagi ya. belajar jgn tak belajar :D

Nani: thanks for the doa :D

sherin: yelah, cuaca n musim faktornya tu. thanks for the doa :D

sastri: amin. thanks

zino: alhamdulillah. legakan...

nuraddeen: thanks datang dan doa utk kami. sila dtg lagi ya :D

PuteriSatu: thanks dtg sini. ya, betul cakap awak tu.jgn serik utk ke sini lagi ya... :D

Gitartong: lama cikgu tak ke sini. amin, thanks for the doa.:)