Wednesday, August 23, 2006

Honeymoon?

Assalamualaikum...

Honeymoon? hehe...ramai kawan bloggers ingat saya boleh honeymoon tanpa anak-anak di rumah. Mungkin juga ramai tak perasan bila saya tulis yang Alia, si kecil kami ( 1 thn 9 bln) ada bersama ngan kami. So, tak delah nak berbulan madu pun. Si kecil ni banyak gak demandnya, tak leh umminya hilang daripada pandangan. Tapi syukurnya dia tak minta dukung selalu, kalau tak..adeii sakit pinggang mak.

Oh ya, dah masuk http://www.myislamnetwork.net/portal ? Masuklah, jangan tak masuk. Kat situ banyak info terkini tentang ... hehe, masuklah, baca dan dapatkan maklumat2 yang masih tak jelas tentang...???? Pokoknya, masuklah.

Ok, sesiapa yang berminat nak tau perkembangan tentang suasana di Palestin & Lubnan yang berhadapan dengan karenah SI DRAKULA ZIONIS LAKNATULLAH, silalah masuk: http://palestinkini.info/ .

Saya gelar ZIONIS ni DRAKULA sebabnya keje depa nak serang orang aje..nak bunuh orang aje macam orang kemaruk tengok darah manusia berhamburan di sana sini. Bezanya depa ni ngan drakula, depa ni tak minum darah, cuma suka tengok darah tumpah.

Oh ya, agaknya ramai tak tahu ramai wanita2 dan kanak2 Palestin telah ditangkap oleh si DRAKULA ni dan disumbatkan dalam penjara yang teruk keadaannya. Tahanan wanita Arab yang tertua, Samir Al-Qintar, telah dipenjarakan sejak 28 tahun yang lalu masih belum dibebaskan. Kalau nak tau lanjut tentang mereka ni masuklah ke website yang saya nyatakan di atas. Saya baca aje terasa sesak dada memikirkan penderitaan mereka terutama anak2 yang masih kecil ditangkap itu, sedangkan saya di sini masih boleh gelak ketawa. Apa yang mampu saya lakukan? Berdoa daripada kejauhan moga mereka segera dibebaskan dan dapat kembali bersatu dengan keluarga. Dan juga moga mereka mempunyai ketahanan mental yang kuat agar dapat bertahan di dalam penjara tersebut sementara menanti dibebaskan.

Kawan-kawan bloggers sekalian, saya ingin mengajak anda bersama2 agar jangan lupa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dalam doa2 kita selepas solat 5 waktu. InsyaAllah, doa2 kita antara yang makbul.

28 comments:

NBK466 said...

Emmm..honeymoon yek... Elok gak gi honeymoon tuh...lapang sikit president MASK is not around..Alia tuh meh den jagakan...he.he.he..

Mamamanja said...

yg pertama...

x sanggup nak tengok gambo2 terutama bebudak yg terkorban.

Ayu Mohamad said...

takutnyaaa tengok kak.......

Anonymous said...

Terima Kasih kerana kongsi lama web tu, Am pun tak tahu ada laman web tu, Yahudi tu memang bangsa yang tak patut ada dalam dunia ni, patutlah Hitler dulu nak hapuskan mereka

blackpurple @ jowopinter said...

Betul. Kita tak perlu menjadi Salahuddin Al Ayubi atau Khalid AlWalid utuk berjihad menentang laknatullah itu.

.. mendoakan kesejahteraan saudara2 kita yg teraniaya itu pun satu jihad juga... InsyaAllah...

Kaklong Syikin said...

nbk:timo kasih nak jagokan Alia. tp totap tak buleh nak poiy honeymoon gak ni.camno?

MM: mmg hancur luluh tgk gambor anak2 mangsa perang tu.

tp yg website ni lbh banyak ttg artikel. gambar kurang.

Am: sama-sama. jemputlah tgk.

BP: eh boleh..kalau BP ke sana nak berperang n berjihad, pahala besor n kalau syahid, syurga insyaAllah.tp sbb kita ni jauh, menderma kalau mampu dan berdoalah kan.

Alinlai said...

tq for the info ... bilalah nak settle benda ni kan :( PBB buat dek... OIC pun buat2 tak pandang je...

Sherin de Souza said...

Tak sampai hati tengok & dengar cerita-cerita macam ni but tak boleh dihiraukan juga. Kalau lihatkan gambar kanak-kanak mmg sedih sangat.

Marilah kita sama-sama doakan mereka.:)

Alia la peneman you Syikin.. heheheehe. Macam Rissa la, tak nampak mak dia je dah nangis.

Kaklong Syikin said...

Alinlai: sama2. entahlah, msing2 nak jaga periuk nasi masing2 & sbb terhutang bodi ngan US kot, tu yg tak sanggup nak hadapi risiko.

Sherin: mmg sedih, sampai sakit dada dibuatnya.

ha ah dia penemannya. oh, Rissa pun sama ya..

Izhal said...

site yang 1st tu bagus betullah :)

sebenarnya israel bukan drakula suka tengok darah, depa drakula menyedut minyak... untuk menjayakan operation sekinah, untuk buat paip minyak dari iraq ke israel, depa kena serang lubnan dan turki... tapi bila depa serang turki parah lah depa dan satu dunia... sebab walaupun depa kalah serang turki, harga minyak melambung2 naik...

ps-honeymoon???

Shami said...

Alia ada pun tak per syikin, he,...he..he, ...jangan jadikkan alasan...he..he

P/S: Semoga Allah sentiasa melindungi umat islam seluruhnya, terutama mereka yang berada dilubnan dan palestin, moga doa kita umat islam seluruhnya menjadi senjata yang ampuh untuk menghancurkan mereka yang zalim itu, amin...

Kaklong Syikin said...

Izhal: hmm..gitu rupanya.

honeymoon? hehe

Shami: idak aih jadi alasan, hehe.
Amin atas doa awak tu.

Mama Sarah said...

ya mari kita berdoa beramai-ramai.

Mummy Rizq said...

erm... honeymooning?? alaa... yg 1 tahun 9 bulan tu tidokan jer laaa. Pas tu 9 bulan after that, dapat ler lagi sorang.. hee..hee.. jangan marah erk. boss takk der ni. so tu yang merapu lebeh...

Bunga Rampai said...

Duit diserang anai-anai, Palestin diserang drakula, dirimu diserang kesepian...bunyinya tak macam honeymoon :)

Ya, jom kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruhnya.

Juga, jangan lupa berdoa untuk menguatkan hati dan jiwa kita agar mampu memmimpin kawan-kawan yang tercicir di tengah jalan menuju jalan Illahi.

Salam.

Anonymous said...

dah lama tk bukak website tu....sibuk manjang.....ada ms nnt nk baca lah...
dlm keadaan skrg....hanya doa yg mampu kita jihadkan...

Kaklong Syikin said...

MamaSarah: jom...

MB: hehe..honeymorning..lawak plak. alangkah bagusnya kalau Alia mcm Rizq bolh tidur awal..dia bukan begitu...kalau tidur awal, tgh malam confirm bangun then tidur balik around 2-3 pagi. guane tu?

BR: hehe..mmg tak berhoneymoon.
Amin.

Bie: kalau ada masa jengahlah ya

aNIe said...

Syikin...ade masa kak lady masuk jugak kat website myislam.network tu...memang banyak info yang berguna dan ilmiah....

Terima kasih kerana mengingatkan semula website tu...sejak sibuk ni...kadang tak berkesempata...insyaallah akan berkunjun ke sana semula....

Jangan putus berdoa untuk saudara seilsam kita di sana....

kasutVINCCI said...

amin.

NONIE AZIZ said...

Bila tengok kekejaman dewang ni rasa rasa simpati umat islam kita dia sana!!

WRA said...

tak silap akak masjid2 pun ada buat solat hajat tiap kali solat Jumaat...so, kita pun ikut sekali la berdoa sama...

maklang said...

Dunia dah nak kiamat...Ehtah apa yang nak direbutkan...memang tak ada perikemanusiaan betul! moga2 Allah selamatkan rakyat Palestin dan Lubnana dan semua umat Islam amnya...Amin...

RaFFLeSiA MeRaH said...

me doa hari2 semoga dunia ni aman damai dari peperangan...syukur negara kita x penah ader kekacauan yg maha hebat...amin...

KAMATO said...

semoga mereka akan dilindungi...

Sastri said...

amin.... moga2 mereka sabar dan dilindungi Allah...

oldtown~Smell the Roses said...

last week dah baca entry akak ni, tp taksempat nak bls. sibuk memanjang!pc pun ade org pinjam...
takleh tgk gambr2 diorg especially yg budak2 n baby. sedey sgt. kalo ikutkan ati nak saje g bunuh israel ni!

ontahsapo said...

saya sedang masuk web itu...

Kaklong Syikin said...

kak lady: ya kak, sama2lah kita mendoakan..

kv: amin...

MR: syukurkan kita tak kena cam depa tu...


kak wan: betul tu

M.lang, RM, Sastri n Kamato : Amin...

Nani: bab anak2 tu yang sedih sangat tu..

OS: silakan...