Saturday, November 25, 2006

Apa ya..

Salam,

Apa ya nak tulis...tak de mood sebenarnya ni. Penat, penat dan penat adalah faktor utama. Alia tak sihat itu puncanya. Sejak hujung minggu lepas Alia kena selsema dan yang peliknya setiap kali tidur, dia akan berdengkur kuat sangat sampaikan kita ingat orang tua yang tidur berdengkur. Hinggalah Rabu lepas, dia kena pulak batuk berkahak. Khamis, terpaksa bawa dia pergi ke klinik untuk nebulizer sebab tengok gaya dia bernafas dalam tidur tu macam kena lelah. Doktor bagitau, rupanya bukan lelah faktor penyebab sebab takde pun whizzing kat paru2 dia sebaliknya Alia kena RESDUNG bila doktor tengok dalam hidungnya ada cecair. Padanlah bunyi selsema aje lebih, tapi selsemanya tak keluar banyak pun. Dan kalau tidur pun dengkurannya mcm bunyi hidung tersumbat aje. Doktor tu pulak terus setkan appointment utk ALia jumpa pakar untuk resdungnya ni.

Malam Jumaat, dia banyak meragam, ada aje yang tak kenanya, batuknya bertambah kuat dan mula kedengaran whizzing. Bagi dia ubat2 dan buat senaman tepukan pada dada dan belakangnya mcm yang doktor pernah ajar, tidurlah kejap. Tengah malam, dia terjaga. Ok aje nampaknya hinggalah bila jam 3 pagi lebih (Jumaat) dia tak boleh tidur, batuknya makin kuat dan bunyi kahaknya pekat sangat ditambah pula hidungnya macam tersumbat. Dia bising nak menyusu, tapi bila minum, dia tak selesa sebab tak leh bernafas ngan betul. Menjerit2 sambil cakap "idung"..."akit"...dah tu pulak tak mo berenggang drp umminya, ayahnya cuba dukung pun dia tak mo. Nampaknya kena bawak dia p nebulizer lagi. Hinggalah satu tahap tu, dia menjerit2 menangis nampak macam dia lemas sebab takleh bernafas ngan teratur disebabkan lelahnya menjadi pulak dan hidungnya tersumbat. Sudahnya, kita pun nangis sama sebab kesian tengok dia yang struggle sangat nampaknya.

Lepas solat subuh, seawal jam 6 pagi kami ke klinik 24 jam. Lega nampaknya Alia lepas buat nebulizer tu. Cumanya doktor cakap ada sikit lagi whizzing kat paru2nya..kena pantau dan kena datang klinik lagi lps 4 jam.Balik drp klinik, Alia nampak ok dah. Dah start lasak balik, pandai loyar buruk pulak ngan ummi dan ayahnya. Suka hati tengok dia ok. Lepas bagi dia sarapan dan ubat, tidurkan semula lebih kurang jam 7 pagi lebih, biarpun dia tak mau masuk buaian. Ni kes paksa tidurlah ni sebabnya dia pun tak cukup tidurkan. Saya yang sejak jam 3 pagi langsung tak tidur mula rasa letih sangat, sakit badan dan kepala pening. Nak start migrainlah ni.

Duk tahan2 mata tu tak mo tidur, akhirnya kalah gak. 11 pagi lebih Jumaat tu, saya bawak tidur, tapi baru nak nyenyak, Alia terjaga..alamak, keadaan dia mcm pagi tadi, lelah dan hidung tersumbatnya termasuk kahak batuknya yang pekat tu menyukarkan dia bernafas. Apalagi, mengamuk balik. Cepat2 bagi dia makan ubat dan saya buat senaman tepuk dada kat depan dan belakang badan dia. Nak bawak p klinik, kena tunggu ayahnya balik meeting. Lama gaklah nak layan kerenah dan sakit dia tu, dlm sejam lebih adalah. Akhirnya duk menepuk2 dia tu, saya pun terlelap sama.

Bila terjaga, rasanya macam lama sangat saya tidur. Nyenyaklah kiranya tu walaupun terlelap tak sampai 1 jam, tapi badan saya sakit2 lagi. Alia pula bila terjaga nampak ok pulak, alhamdulillah. So, tak perlu ke kliniklah. Lepas tu dia main macam tak hengat dunia, join ngan kakak2 n abangny. Sesekali dia batuk, tapi tulah, kesian sebab macam kahaknya tak mo keluar dan dia pulak tak reti nak meludah bila kahak tu dapat dilepaskan. Kerap dia jerit "hak..hak..." setiap kali lepas batuk tu macam nak clearkan kahak tu daripada tekaknya.

Oh ya, malam ni (Sabtu) pulak nak p klinik, ada appointment nak jumpa pakar kanak2 utk resdung ALia ni. Sian kat anak2 saya; Alia, Huda & Aiman dah ada resdung, berjangkit drp saya dan ayahnya.

Anda semua kemana hari ni (Sabtu) dan esok? Petang ni, insyaAllah saya akan bawa anak2 hadiri majlis birthday dua pupu mereka (anak kepada sepupu saya) di Cheras. Dan malam nanti p appoinment kat klinik dan lepas tu p pasar malam kot...

Errk...panjanglah pulak. Alah, macamlah tak biasa Syikin... Oklah, selamat berhujung minggu ya.

Untuk peringatan bersama:
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan
(Al-Tahrim: Ayat 6)

Moga kita tidak tergolong di dalam kumpulan manusia yang menjadi bahan bakar api neraka nanti, kerana mereka ini adalah penghuni neraka. Amin.

15 comments:

zino said...

sama lah dengan baby tu.. bila ada tanda2 selsema tu cecepat dapatkan rawatan.. kalau tak nanti asma dia akan datang.. asma ni ada benda yg dia alah..

cuba fikir2kan.. kalau budak2 kat rumah ni.. dia org alah dengan hama yg ada kat karpet tu.. kat rumah zino dah di keluarkan semua karpet kat depan tu.. dia suka tidur atas karpet tu..

Kaklong Syikin said...

salam,

Bro Zino: tima kasih atas cadangan tersebut. TTg alah ni, setakat saya perhatikan, kalau alia kena selsema sahaja wlwpun berhari2, dia takkan kena lelah, atau batuk sahaja tanpa ada selsema, dia takkan kena lelah, tp, kalau selsema & batuk berkahak tu ada bersama, mmg biasanya akan kena lelah.

saya pun mmg tak berani pakai karpet lagi sbb takut menambah punca alia n huda kena asma.

Anonymous said...

bnyk dugaan syikin sebagai ibu ya. semoga lebih tabah dan sabar hendaknya.

blackpurple @ jowopinter said...

Sekarang ni cuaca tak menentu kat Klang Valley ni. Mudah kena selsema...

Terima kasih atas peringatan itu. Sama-sama ingat mengingatkan....

Anonymous said...

Salam,

Astaghfirullah al-'azim...
Saya baca entri sebelum ini, tanam hidup-hidup? Aduuuhhhh...tak tahu nak cakap apa...saya terjelepok kat kerusi ni...

Sabar Syikin, doa saya untuk Syikin sekeluarga, moga semua okey nanti.

Selamat berhujung minggu juga untuk Syikin. Semalam makan-makan kat rumah terbuka kawan, hari ini legar-legar kat alam maya :)

Kaklong Syikin said...

salam,

MSarah: betul, saya rasa keluarga saya banyak diuji ttg masalah kesihatan. InsyaAllah, doakan saya sabar n kuat orangnya. Yang syukur tu, kami tak kena penyakit kronik, tp mmg memenatkan jaga anak2 tak sihat n banyak meragam ni..

BP: sama2, untuk diri saya tu lebih lagilah..selalu lupa diri huhuhu

BR: itulah manusia kalau dah terdesak..sanggup buat apa saja. na'udzubillah.

tq for mendoakan.

ari ni plak saya duduk rmh n rayau2 kat alam maya heheh

Kaklong Syikin said...

salam,

MSarah: betul, saya rasa keluarga saya banyak diuji ttg masalah kesihatan. InsyaAllah, doakan saya sabar n kuat orangnya. Yang syukur tu, kami tak kena penyakit kronik, tp mmg memenatkan jaga anak2 tak sihat n banyak meragam ni..

BP: sama2, untuk diri saya tu lebih lagilah..selalu lupa diri huhuhu

BR: itulah manusia kalau dah terdesak..sanggup buat apa saja. na'udzubillah.

tq for mendoakan.

ari ni plak saya duduk rmh n rayau2 kat alam maya heheh

Shami said...

la ni musim hujan syikin, mimi pun dah kena selesema, tapi dia rajin makan ubat, lepas tu main air pun rajin jugak...he..he..

anak2..camtulah...

Anonymous said...

*hugs* kesian kat syikin.. apa apa pun awak jaga diri yea?

semoga anak syikin cepat sembuh.. saya ada satu soalan..resdung tu sebenarnya apa dia..?

Kaklong Syikin said...

salam,

shami: betullah tu :D

Simah: tima kasih :D, insyaAllah, jaga diri wlwpun badan ni sesekali rasa macam nak demam gak.

Tima kasih doakan. ALhamdulillah dia beransur sembuh, paling penting tak de dengkuran dah.

Resdung tu sinus..tapi semalam syukurlah bila dr. pakar kata alia tu takde resdung, cuma dia kena snoring tu sbb selsema aje.

Azer Mantessa said...

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

:-)

Anonymous said...

kesian kat alia.

akak kalau pegi klinik, cuba mintak ubat nasal spray utk budak2. ubat tu titik/spray kat dlm hidung. mmg cepat clear tersumbat tu.

takdelah teruk dan seksa alia nak bernafas masa menyusu atau tidur.

saya ni pun sentiasa bawak kemana2 nasal spray saya tu sbb anytime hidung bleh tersumbat.

edyan7 said...

siannya..nasib baik kak syikin cepat bawak klinik... alia tu kecik lagi... belum tahu cam mana nak keluarkan kahak dia tu... sian dia...kita pun kadang2 seksa nak keluarkan... hmmm... tapi dah ligat main ngan kakak abang dia tu... insyaAllah dah berpeluh cepat sihat!

Puteri Satu said...

siannya alia....memacam dugaan ya bila dah ada anak ni....apa pun..kesabaran tu penting kan kak...saya doakan alia cepat sembuh..sian dia terseksa kan bebudak bila jadi cam tuh...sian...

pekan said...

alia cam maner kak..? dah ok ker..? kesian nyer alia.. akak pun take care ya.. :)