Sunday, November 19, 2006

DR. NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Salam,

Saya ingin siarkan forward email ini, silalah baca:


"Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!tidak menunaikan sembahyang otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."



PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Komen saya: Apalagi kengkawan..jom kita jaga solat dan rajin solat!!! Selain daripada tanda kecintaan kita sebagai hambaNya, solat juga merupakan satu senaman untuk kesihatan badan kita.
p.s. Terima kasih pada Yus yang menyarankan saya supaya cuba melihat komen yang baru masuk melalui moderate komen dalam blog dan bukan melalui inbox email. Tepat saranannya!! Rupanya banyak komen kengkawan yang tak lepas masuk inbox email saya (pelik ni) seperti komen Nbk, mamasarah, mamasinga, am dll, sebaliknya hanya masuk dlm moderate komen blog aje. So, saya dah publishkan komen kengkawan yang tak lepas sebelum ni. Maaf ya atas kesilapan teknikal ni. TERIMA KASIH YUS...

19 comments:

maklang said...

Apa yang Allah buat tu semuanya ada hikmahnya...cuma kita manusia ni tak nak buat apa yang disuruhnya...

InsyaAllah lah kita cuba perbaiki diri kita...

simah said...

terima kasih atas list ni.. nak printkan dan letak kat dapur... saya tengok baddin banyak minum bila makan... baru saya tau ia melemahkan badan...thanks syikin kerana share info ni..hanya Allah dapat balas jasa syikin.

Anonymous said...

bagus info akak nie....amat2 bermanfaat...utk dikongsi bersama...SYABAS!!!

RaFFLeSiA MeRaH said...

muhasabahkan diri kita selalu yer kengkawan...

edyan7 said...

selalu dapat email pasal ni... tapi masih tak jemu-jemu baca! thanks sbb mengingatkan! :D

Anonymous said...

Terima kerana berkongsi syikin, byk ilmu yang dapat dari entry syikin ni

Anonymous said...

Terima kasih syikin, byk ilmu yang boleh dapay dari entry syikim ini

*komenAm dapat entry sebelum ini, syikin tak terima ya hehehe

Anonymous said...

Lama dah tak tinggalkan jejak disini...terlupa kot...Anyhow..komen kepada komen ada dibawah N3 itu..INSYALLAH...

Azer Mantessa said...

entry yg cukup bagus ... tq!

Anonymous said...

terima kasih syikin!
sememangnya lah ilmu Allah tu sgt luas..kalau kita rajin mengkaji tentu jumpa akan hikmah setiap perkara kan?

Ajzie said...

Terima kerana berkongsi. Apa yang Allah buat tu semuanya ada hikmahnya...cuma kita manusia lali dan leka dengan apa zg disuruhnya...

Puteri Satu said...

entry ni bagus untuk tatapan kita semua

Kak Teapot said...

baguih entry nih! bnyk kata2 nasihat..tapi ada satu perenggan tu psl 4 perkara merosakkan mata.

1) tengok najis - ni tak dapek akak nak elak sbb hari2 basuh berak anak..hahaha! nak tak nak tertengok gak pastu ambik baunya sekali!

Anonymous said...

tq syikin... sama-sama kita perbaiki apa yang patut insyaAllah :)

Anonymous said...

setiap kejadian Allah ada sebab dan kegunaannya...Allah Maha Esa

Anonymous said...

jom kita rajin beribadat!

KAMATO said...

sesiapapun tak kan dapat menandingi ciptaan Nya, semoga kita sentiasa mentaati Nya

ibuVouge said...

salam kak syikin
iv pun senasib dgn yus+nbk dulu..komen tapi tak kuar..sejak tu mcm malas nak komen tapi tetap baca..baca mestilah sbb blog fav ni

tq for ilmu kak syikin

Kaklong Syikin said...

Salam semua,

ML: betul tu Maklang

Simah, Bie, Edyan7, Bro. Azeer & Am : sama2. ni pun untuk ingatan saya/akak gak

Am: baru tau ada komen awak sblm ni

nbk: tak mengapa..anyway tq dtg lagi

Onde & Ajzie: sama2. betul sangat2 tu..


PS; betul tu, dan menunjukkan Allah tu maha bijak kan...


Kak HOney: hahaha..betui tu kak, samolah ngan sey ni..bahkan utk semuo omak, tak dapek nak buek apo dah..


alinlai: sama2. jom kita baiki diri

MR: betul tu MR

MamaSarah: jom...

Bro. Kamato: amin..

IV: maaflah ya, baru tau masalah komen tak keluar ni. tq sbb suka baca blog saya ni :D. Sama2, kita share ilmu, ramai dapat manfaatnyakan..