Rasanya tak terlambat lagi saya nak ucapkan selamat berangkat ke tanah haram kepada semua bakal haji kita. Moga mudah segala urusan perjalanan pergi, pulang, dan urusan ibadah. Ada rakan blogger kita juga yang pergi ke menunaikan haji tahun ni, seperti Prof. Muhammad Kamil (Prof.MKI) dan Bie (Nuradawiah). Maaflah kalau saya termiss nama kawan2 lain yang saya tak perasan buat haji tahun ni. Tahniah kepada mereka kerana dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya. Bilalah rezeki kita pula ya...
Haaa.. yang buat saya nak buat entri ni sebab tengah malam tadi saya tergerak nak masuk blog Bie sebab dua tiga hari ni hati duk teringat kat dia aje, tapi tertangguh2 untuk contact dia. Saya memang ingat dia akan berangkat pada 27 Nov (semalamlah), tetapi saya tak ingat langsung semalamlah tarikh tu. Bila saya baca entri terakhirnya tu yang memaklumkan keberangkatan beliau dan kemaafannya pada semua, la haii...saya termiss rupanya nak ucapkan selamat jalan pada dia, at least ke sms kat diakan... Sedihnyalah..tak mengapalah, lagipun kami ada berjumpa lebih kurang 2 minggu lepas rasanya kat kampus.
Pagi ni, saya tergerak nak sms dia, mana tau kot2 sampai. Tak lama lepas tu, ada sms masuk. ALHAMDULILLAH, dia balas sms saya. Dia dah sampai Madinah jam 11 malam (waktu sana kalau tak salahnya). Dan semasa dia balas sms saya ni, kat sana dah jam 4 pg dan dia bersiap2 nak ke masjid Nabawi. Saya balas balik mohon dia sampaikan salam saya pada Rasulullah dan sahabat2. Sebak saya bila dgr dia bersiap nak ke masjid..terus teringat pengalaman buat umrah masa belajar dulu.
Dulu, saya ikut student trip menunaikan umrah. Masa ni saya tahun satu atau 2 pengajian, tak ingat pulak. Seronoknya tak leh nak cakap. Gembira terpilih ke sana.Tapi sayangnya, saya hanya dapat solat satu atau dua waktu aje kat masjid nabawi sebelum berangkat ke Mekah. Faham2 ajelah masalah bulanan orang perempuan. Rezeki kami dapat hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi tu, rasanya 5 minit jalan kaki sampai. Masjid Nabawi tu sentiasa penuh, naknya ada makam Rasulullah dan sahabatnya kat dalam tu. Kat sana mana boleh main cup cup tempat duduk. Kalau bangun sat hatta p toilet pun, jangan haraplah dapat tempat duduk kita semula, mmg kena ambil dek orang. Sabar mau banyak. Dah solat tu, tak leh lelama pulak, kena bagi can kat orang lain pulak. Silap haribulan kena marah ngan polis2 wanita yang menjaga.
Masa kat Mekah pula, kami sampai malam. Masa nak masuk bandar Mekah tu, kiri kanan lebuh raya tu adalah padang pasir. Kami terserempak dengan beberapa famili arab duk berkelah kat atas padang pasir di tepi2 jalan tu ngan memasang unggun api..sesuatu yang barukan? Pelik, tapi menarik perhatian.
Malam kat bandar Mekah tu memang hidup. Terbayang2 sampai sekarang camner keadaannya. Lepas kami checked -in hotel yang juga berdekatan ngan Masjidil Haram, 5 minit gak perjalanan rasanya, kami masuk ke Masjid. Allahuakbar, meremang bulu roma masa melangkah masuk salah satu pintu masjid (saya dah lupa namanya), dan air mata mengalir laju bila nampak kaabah tersergam indah di depan mata...Allah, selaju2nya air mata mengalir. Ada satu rasa dan perasaan yang tak tergambarkan. Kami mulakan umrah pertama (niat umrah dah buat kat satu Masjid di sebuah tempat sebelum sampai bandar Mekah, lupa lagi nama tempat tu).
Seronok masa dapat buat tawaf tu. Masa buat sai'e pulak, tergambar saya camnerlah susah payah bonda Ismail berlari2 antara safa n marwah untuk mencari air dan dengan beraninya meninggalkan Ismail sorang2 kat tempat asal air zam zam memancut keluar tu. Bagi saya, agak jauh untuk seorang ibu meninggalkan anaknya yang masih bayi di atas padang pasir (sekarang ni dah jadi sebahagian dalam masjid) dan berlari2 antara dua bukit mencari air. Kat Masjidil Haram, time solat kita boleh menangis tau, sebab bacaan oleh Imam dlm solat tu, hatta al-fatihah meruntun jiwa. Mendayu2 rasanya. Dan biasanya, lepas solat fardhu ada solat jenazah. Rezeki saya juga dapat cium hajarul Aswad. Tak tau nak kata perasaan tu camner masa tu. Rasa macam terawang2 ada gak.
Ada satu pengalaman saya kena marah ngan tok Arab tua hehe, masa tu saya p bilik air nak amik wudhu dan dah masuk azan pulak tu, lepas tu saya masuk balik entah camner saya terserempak ngan tok arab tua ni lah, masing2 nak cepat. saya ke kiri, dia ke kiri, saya ke kanan dia ke kanan, adalah 2, 3 kali camtu, punyalah marah tok arab ni sambil menceceh cakap arab, sebab jalan dia terhalang oleh saya. Bukan salah saya pun, siap dia angkat kain selempang kat bahu dia kibas2 kat saya supaya bergerak daripada laluannya hehe. sabor jeklah, akhirnya kami dapat laluan masing2.
Seperti biasa, ibadah umrah ni juga disertai dengan lawatan ke tempat2 menarik mcm jabal uhud, gua hira' (tapi tak panjatlah, kat bawah aje), melontar dll. Yang menarik tu, kami dpt melawat kilang membuat kain penutup kaabah, untuk siswi melawat universiti ummul qura lilbanat (wanita) dan siswa melawat ummul qura lilbanin (lelaki). Universiti kat sana asingkan student lelaki dan perempuan. oh ya, siswa dalam diam p panjat Gua Hira', depa tak mau bagitau kami yang pompuan ni, sebab depa takut kami nak panjat sama. memanglah pun hehe, sebab siswi yang join ni semuanya jenis kaki jalan...Sebenarnya, jadual trip kami ni, selain drp lawatan yg telah ditetapkan oleh pihak travel agency, kami selitkan ngan jadual kami sendiri. Lagipun hanya grup kami aje, tak de pihak lain join sama.
Kami juga menerima jemputan org malaysia kita yang dah bermastautin di sana. Depa ni tinggal kat lereng2 bukit sekitar luar Masjidil Haram. Jalan kaki you..mengah gaklah mendaki naik tu. Kat sana, kami dijamu ngan hidangan nasi style arablah. Yang tak tahan tu, patutnya satu dulang nasi ngan satu bahagian daging kambing or unta (tak ingatlah) untuk 4 orang...tapi kami yang siswi ni, satu dulang tu mau kat 7 or 8 orang untuk menghabiskan satu dulang tu heehe. Jenuh tau nak menghabiskannya, kita bukan mcm orang Arab jenis makan banyak. Seekor ayam boleh sorang dua makan, tapi kita??? Sudahnya, baki dulang makanan kami yang tak ebrsentuh tu, pas kat siswa. HAbih kat depa.Biasalah lelaki makan banyakkan...Oh ya, ada gak jemputan lain lagi yang kami terima, ni pun lama dah duduk sana, dah bercucu pun pakcik ni, anak2 pun kawin orang arab nun.
Tapi nasik arab depa memang sedap, ayam panggang, acar or salad sayur depa mmg very de power..kami kat sana tak amik pakej makanan umrah tau, kami beli sendiri. tu yang masa kami siswi ni p dua tiga orang ikut siswa beli makanan kat kedai makan depa, pak2 arab kat situ pandang pelik..hehe, kat dalam restoran tu semua lelaki. Kami ni selamba aje berdiri kat situ menunggu order. Tapi tabiklah kat siswa2 kami tu, jaga kami macam adik beradik depa. Janganlah sorang siswi terlepas pandang,maulah ada yang pot pet pot pet..hehe. Shopping? saya tak borong sakan pun. beli sikit aje. Tapi, beranak gak 2 beg. Pendek kata, sapa yang p sana, confirm beranak2 beg jadinya. tak cukup beg, beli beg lagi kat sana, naknya pulak rege beg murah2.
Paling sedih masa buat tawaf wida'. Tawaf selamat tinggal. Sempat saya doa moga saya dapat ke situ lagi. psst..den pun doa satu hari nak tinggal situ. ontah makbul ontah idak. yang pasti, balik daripada umrah, saya ANGAU seminggu. sebab hari2 teringat suasana kat Madinah n Mekah. VERY DE RINDU YOU...
Kalau tanya saya, mana saya paling suka, Mekah atau Madihah? Saya lebih suka Madinah, sebab suasana dia lebih tenang, mungkin sebab maqam Rasulullah ada kat sana kan. Orang2nya pun lebih lembut. BErbanding ngan Mekah, suasana lebih riuh dan happening. Oh..saya rindukan suara2 azan daripada Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, meruntun jiwa.
Saya ni takleh nak citer detail sbb dah lama sangat. ingat2 lupa. Tapi ni pun dah panjang lebarkan? gambar2 memang banyak (saya suka bergambar masa lum kawin dulu, la ni jer maleh), tapi kena scanlah pulak, tak reti nak guna scanner, nak berguru ngan suami yang sibuk memanjang tu. Nantilah, dah pandai saya masukkan gambor ek. tu pun tak tau la tahun bila baru boleh masukkan.
30 comments:
huhuhu kak syikin, seronoknyer.. bila la rezeki saya pulak dapat menjejakkan kaki ke sana agaknyer..
cepat2 la berlajar cam maner nak scan tue.. tak sabaq nak tgk nie.. :D
seronok dapat pergi sana ya syikin, Am memang memasang cita2 nak ke sana. Ada rezeki memang Am akan kesana, bukan sekali tapi berkali-kali nanti
moga semuanya selamattt
yeyy! akak org pertama nulih nih. wow..tak sangka syikin dah penah buat umrah. dengar citer pun dah seronok yek?
akak pun target nak gi sana suato ari nanti, doa2 kan lah.
salam,
pisces: hehe..nantilah, kena buat appointment ngan cik abe ni hahah..insyaallah, doalah banyak2..awak akan sampai gak.
Am: insyaAllah, dpt pergi..banyak kali. doa selalu. saya pun tak sangka dpt pegi..itulah rezeki namanya.
ZZ: amin..
Kak Honey: mmg kak..nak pegi lagi ni. insyaAllah, akak akan sampai gak nanti.
akak..sedey la sy baca.. entah bila la rezeki sy nak sampai sana plak... uwaaaaa
alhamdulillah, merasa gak kak syikin pegi sane walaupun takat umrah jer, tapi still tempat yg same cam org pegi haji...sy baca citer akak tu pun buat hati sy sayu...x tahu la kalau dah sampai saner yerk...
alahai...bestnya... khusyuk yan baca...satu persatu cerita akak ni... hmmm... kalau yan pun yan nak ikut pergi gua hira' dah jauh-jauh datang..mana boleh tinggal peluang cam tu kan! tak aci brothers ni...
yan teriiiinnngggiinnnn sgt nak pegi... harap-harap dapt lah...amiin...
saya pun tgh kumpul duuit kak..berdingkit-dingkit
bestnya syikin! bilalah rezeki ummi nak kesana? ummi selalu berdoa semoga satu hari nanti ummi dapat pegi ngan abah n batrisya. tak sabar ummi nak tgk photo syikin. belajar rajin2 dengan cik abe tu.
saya ada kawan yang emaknya mat suka bergambar. Kawan saya yang belum berkahwin tu pula tak gemar bergambar walaupun anggun macam model. Selalunya dia jadi jurukamera utk emaknya. ;)
Daku sentiasa mengunjungi blogmu namun malam ini akan aku tinggaikan jejak2nya..he..he
syikin dah sampai awak kesana..yer..saya ni masa dpt bonus tahun lepas husb tanyak gak mama nak gi buat umrah ker..tapi..dia juga yang jawap..tak perlah kita pergi haji terus jerlah...he..he..he
Saya doakan satu hari nanti u bergelar hajjah … amin :-)
salam syikin, bestnya dah samapi ke tanah suci mekah.... ella pun teringin sgt nak samapi sana 1 hari nti... dengo org cite mmg tak leh imagine mcm mn perasaan bila kat sana.... insyaAllah sampai sana klu ada rezeki....
p/s: dah shopping ker utk brg sekolah anak2... ella blm start lg bila ler nak start tak tahu yg pasti before 28/12 dah kena settle sume sbb aliff kena register n suai kenal sume on that day.... :)
mmg seronok dgr org pegi mekah for umrah & hajj. insyaAllah, satu hari nanti kita akan ke sana..kena kumpul duit dulu..
salam semua,
Ayu: jgn sedey2 ya..insyaAllah akan sampai juga. kumpul duit n doa banyak2..naknya lum ada anak lagi ni, lagi senang.
RM:dah sampai sana lagilah best. tak pe,kumpul duit..nanti blh pegi ngan suami..
edyan7:thanks sampai khusyuk baca tu :D..kalau akak ingat detail, rasanya berpart2 lah entri akak ni hehe..bab panjt gua hira' tu mmg tau..akan kupanjat2 ia juga, insyaAllah.
kumpul duit, niat sungguh2..insyaAllah, dpt pegi.
kunci: baguslah. teruskan menyimpan. akak tlg doakan sama. naknya lum ada cahayamata ni, lagi senang nak pergi.
ummibatrisya: pegilah sefamili, kat sanakan baby tak sampai setahun pun selamba aje parent yg bawak, tp mostly orang2 arablah, kulit hitam..
hehe..gambor saya..malulah..
KH: heehe..ada gak camtu ya..
Shami: x salah pegi umrah dulu, pengalaman awal kata orang..sbb umrah ni tak sesesak org p haji
Bro. Azeer: amin..thanks bro.
Ella: pegi jgn tak pegi.kumpul duit jgn tak kumpul.
saya lum beli barnag2 anak lagi hehe..biasa last minit..
Wah bestnya kan dpt menjejaki bumi suci tu. Saya masa tgk kat national geographic pasal hj tu pun dah meleleh2 air mata. Perasaan yg susah nak digambarkan. Kalau dah sampai ke sana lagilah kan...Doa2 moga cpt2 dpt rezeki utk menyempurnakan rukun islam kita.
makan nasi dalam dulang ramai-ramai bes kan..saya pernah rasa gak, tp time tu kat mesia la..waktu skolah menengah..
wa.. kak dah sampai sana ek? parents Sas selamat jejak sana tahun 2005... balik2 jer, mak ckp nak pegi lagi kalau ada rezeki sbb seronok sgt kat sana... Sas pun harap2 dapat juga sampai ke sana suatu hari nanti...
sekarang pun masih dok teringat ringat, kalau tengok gambar tu memang rasa sedih sangat
syikin..
saya dah lupa betul bab bab buat umrah dan haji ni sebab last sekali belajar masa nak ambik SPm..so maaf la yea kalau soalan saya ni penuh kedaifan..i ned to belajar balik bab haji ni.. maybe will find the resources thru the net..
saya ada satu soalan..mcm kita orang pompuan ni la kan.. kalau period..memang kita tak boleh sembahyang..tapi bila kita buat tawaf..etc..etc. .. menunaikan rukun buat haji atau umrah ni..kalu period pun sah ka?
maaf la yea sebab tanya soalan bodoh..
insyaAllah sampai juga kita nanti :) tapi kenapalah makin lama makin tinggi kos, Tbg Haji ni tak kesian ke kat org2 sederhana dan susah isk isk isk...
baca entry ni semalam - siap tergenang-genang air mata membayangkan kaabah yang syikin ceritakan. terus je telefon makcik saya yang akan berangkat 1.12 nanti. RAsa sangat terpanggil utk ke sana juga.
salam semua,
NZNM: amin..insyaAllah, akan sampai gak
MSinga: betul, tpikan kalau jenis penggeli depa takkan join sama
Sastri: ada tarikan misteri n istimewa kat tanah haram tu..tu sebab sekali pegi, lepas tu takkan jemu nak dtg lagi..nanti pgilah, honeymoon kat sana, buat umrah sekali..nanti dpt baby made in mekah or madinah :D..kelas apa..jgn mare ya..ni cdgn aje :D
Zareda: samalah kita..
Simah: saya pun sama cam awak, dah lupa. soalan awak tu saya kena baca buku baliklah sebab ibadah ni bukan selalu dibuat. insyaAllah ya..
Alinlai:tak taulah nape...tp itulah, ibadah ni special sikit, hanya utk org2 yang berkemampuan..kalau tak mampu tak dibebankan..
Best kan ke sana.. kalau le dekat mau tiap tahun ke sana..
Rindu nak makan nasi arab
itulah...ramai yg cakap kalau dah sampai sana rasa malas nak balik...best sangat suasananya...harap2nya adalah rezeki akak & family nanti utk ke sana....
salam,
MamaSarah: kalau ada niat n kumpul duit, insyaAllah akan jadi tetamu ALLAH
Kak Sya: mmg best kakk..rindunyaa..
kak, kalau teringin nak makan nasi arab, carilah restoran arab yg ada kat area lembah klang ni..terubatlah sikit rindunya tu
kak Wan: insyaAllah, dpt pergi nanti.
satu pengalaman yg tak mungkin di lupakan..
ok..thanks :0)
menitik rasa air mata dengar citer kak syikin...tak tahu nak katala kan...ada gak rezeki kak syikin ke sana...harap-harap saya pun ada rezeki ke sana satu hari nanti..insyaallah...
Post a Comment