Tuesday, November 21, 2006

Hujung minggu yang padat

Assalamualaikum..

Banyak citer nak citer sebenarnya tapi sebab dapat forward emails yang bermanfaat, sebaiknya masukkan dulu. Bukannya apa, dah masukkan dalam blog ni, yang dalam inbox tu bolehlah dibuang sebab nak elakkan inbox terlalu penuh.

Ok, kembali pada tajuk entri ni. Rasanya dah lama weekend saya tak sepadat minggu lepas, maklumlah kuarantin sebab Husna kena chicken pox dulu, tapi syukur dia dah sembuh, cuma yang peliknya sejak sembuh ni, badan dia macam sensitif sikit, mudah naik gatal2 badan, tergaru-garu. Entah kenapa.

Ikut kronologilah ya-

Jumaat petang - Balik rmh mil. Masa ni rumah mil dah sibuk ngan persiapan untuk hantar rombongan bil bertunang pagi Sabtu nanti. Masa saya sampai tu, adalah dua keluarga sedara suami dah sampai. Ada yang tolong menyempurnakan hantaran. Ada yang sibuk masak kat dapur. Juadah untuk pagi Sabtu tu mil sediakan pulut kuning, rendang daging+paru, laksa (feberet den ni), aneka jenis kuih yang ditempah mcm talam suji, talam keladi n sejenis lagi (lupa). Mil saya ni mmg suka sedia juadah banyak2 kalau buat apa2 jamuan terutama bab kuih muih tu.

Jumaat malam - Kami anak beranak pergi ke Hotel Flaminggo untuk ambil Husna yang terbabit sama dalam Majlis Anugerah Akademik. Masa dia pergi tu, kami tak hantar, dia pergi ngan cikgunya bertolak daripada sekolah sebelum jumaat. Kami tak beli meja, tapi datang masa waktu penyampaian anugerah aje. Alhamdulillah, rezeki dia dapat bersama kengkawan lain naik pentas tahun ni. Moga tiap2 tahun dia akan naik pentas. Amin. Yelah, itupun kalau ada rezeki diakan. Masa kami sampai rumah mil semula, sedara mara yang datang tu dah balik dah.

Jam 3 pagi lebih (Sabtu) - baru dapat tidur sebab Husna tak boleh nak tidur, teruk badan dia naik gatal2 dan pedih macam masa kena chicken pox ari tu, letak ubat calamine tak jalan, makan ubat pun lambat jalan. Menangis2 sebab tak tahan. sudahnya suruh dia mandi lagi sekali ngan air suam, siap bersyampu bagai..alhamdulillah lepas tu dia boleh tidur. Anak2 yang lain pun samalah naiknya tak mo tidur awal, terutama Alia dan Huda galak lagi bermain ngan jerit pekik macam waktu siang aje dibuatnya. Disuruh diam tak makan saman. Umminyalah yang pening kepala pagi tu sebab tak cukup tidur.

Sabtu pagi - Kami menghantar rombongan bertunang bil saya di Bangi. Lepas zohor baru balik rumah mil. Adik beradik mil pun sama berkumpul lagi kat rmh mil hingga lewat petang. Melepek rasanya.

Sabtu malam - kami balik gak ke Gombak malam tu (lepas isyak) sebabnya suami nak siapkan assingmentnya yang tak siap dan kebetulan Ahad pula ada jamuan raya ofis suami. On the way tu, kami singgah rumah Pak Uda saya di Cheras sebab adik sepupu saya yang bernikah 2 minggu lepas (saya tak hadir sebab Husna chicken pox) mengadakan majlis perkahwinannya hari tu. Dek kerana bertembung ngan bil yang nak bertunang, saya dahulukan program bil ni. tu sebab saya lambat hadir kenduri ni. Ikutkan nak terus aje ke kendurinya lepas majlis bil bertunang tapi memang tak dapat sebab nak hantar mil n fil balik n sedara2 mak ramai nak berkumpul semula kat rmh mil, takkan tuan rumah tak de pula, ya tak? Kiranya kamilah tetamu terakhir kenduri malam tu. Sempatlah taaruf sikit ngan suami adik sepupu saya tu. Tahniah ya Adah n suami. Moga kalian bahagia dunia dan akhirat.

Lepas tu, ke rmh tok su saya yang berdepan ngan rumah pak uda, menantu tok su ajak kami singgah jap, kebetulan lama dah tak jumpa. Raya ari tu pun tak sempat jumpa, kiranya ni beraya gaklah. Kemudian, hampir tengah malam baru sampai rumah. Penatnya mak datuk...

Ahad pagi - Lebih kurang jam 9 pagi lebih, kami p jamuan raya department ofis suami yang diadakan di satu restoran Arab kat Ampang, maklumlah, ramai tenaga pengajarnya orang Arab. Pengacara pun cakap arab, ada gaklah sesekali announcement dalam b. Melayu. Sebelum jamuan bermula, macam biasa ada pertandingan untuk anak2 staff. Husna dan Aiman pun join sama. Rezeki Husnalah dapat 3 hadiah untuk 3 acara berlainan, si Aiman tak dapat. Tapi syukurlah Husna bermurah hati bagi sikit hadiah kemenangannya pada Aiman. Dapat alat2 tulis aje, tapi kuantiti agak banyaklah. Bab makan tu yang best tu..makanan2nya memang sedap, nasinya adalah masakan Arab, tak tau apa namanya..ada dua jenis, satu nasi tu masak ngan ayam, satu lagi masak ngan daging kambing, macam nasi beriani, tapi bukan. Dua2 sedap. Daging kambing tu tak hamis langsung. Salad sayurnya yang dua macam tu memang best. Itu lum ayam bakar/panggangnya lagi. Roti arab lagi cicah ngan kacang dal dimasak style Arab. Pendek kata memang best la. Lewat tengahari kami bersurai.

Sepatutnya kami terus attend lagi satu jamuan raya khas utk pengedar2 Propolis Pureline kat Ampang gak, dah daftar pun sebelumnya, tapi disebabkan keletihan yang amat sangat dan kepala pulak start pening dek daging kambing yang sedap tu, anak2 pun dah letih, makanya kami cancel, terus balik rumah. Jemputan open house ex coursemate kat Subang pun memang awal2 dah terpaksa reject. Memang masing2 melepek sampai rumah. Semua tidur awal malam tu. Semangat suami yang berkobar2 nak siapkan sikit lagi assignmentnya sepanjang petang Ahad tu hilang entah kemana. Ponek bebonar. Sib baiklah petang Isnin semalam dpt submit gak akhirnya.

Oh ya, dah mula cuti sekolahkan? Ada yang bercuti kemana2 ke? Kami tak kemana kot, tak de perancangan lagi. Cumanya 23 Disember nanti insyaAllah balik kampung ada majlis tahlil. Saya nikan dah dua tiga kali terlupa yang sekarang ni weekdays, rasa macam weekend aje yelah sebab anak2 duduk rumah tak ke sekolah, jadinya ingatkan Sabtu atau Ahad aje.

13 comments:

Anonymous said...

berjalan sungguh kak syikin lepas semua dah sihat..
kol 3pg leh bebudak tu tak tido..x ngantuk ker..?

pekan said...

mmg penuh jadual akak tue.. fuh.. siap dgn makan2 tu yg best tu..

Anonymous said...

sure meriah umah syikin sekarang ni :) sampaikan weekdays dan weekend sama je ...

Anonymous said...

wahhh... sibuknya orang malaysia dengan open house dan berbagai-bagai majlis. sampai overlapping! tahun ni kami tak pergi beraya langsung :(

Hot Mama said...

wow memang padat..
syikin tak pergi mana2 ker school holiday

Idham said...

:) penuh sekali aktiviti Syikin....semua dgn family tersayang...bagus gitu.

semoga Husna cepat baik dari chicken pox tu...

idham

zino said...

nak baco abis pun macam padat yo hehe

Kunci said...

kambin i also like. calit sket.

Shami said...

syawal dah berlalu pergi, majlis open house pun sudah berhenti, he..he cuma sekarang ni musim kenduri ler pulak...yer tak syikin...

Kiah Kardashian said...

lama tak jenguk kak syikin...

rayyan da kena chic pox masa 8 bulan. 2 hari nangis non stop. Kiter pun ikut nangis lar aper lagik...hihih.

Azer Mantessa said...

wah ... sibuk gak ek

ibuVouge said...

penat baca pun, tapi happy kan...

Kaklong Syikin said...

Salam,

MS: anak2 akak mmg pesen tidur lambat, jadinya bangun lmbatlah..husna n aiman tu belajar tidur cepat bila masuk sekolah..

Pisces; hehe..jarang nak dpt full schedule camtu.

alinlai; hehe..itulah pasal

MSarah: sian lah pulak..tapi p beraya kat tempat yus n anita kema ke?

HM: holiday makan angin tidak..tpi akan balik kg sbb ada kenduri

Bro. Id:alhamdulillah..tapi bro.Id lagi best, selalu fly ngan family ke sana sini.

alhamdulillah husna dah sembuh, yg baru2 ni kena gatal2 tu tak tau nape.

Bro.Zino: hehe..itulah saya tak reti nak compress citer

Kunci: calit..hehehe. saya cukup suka makan roti cicah sup kambing

shami: hehe..betui tu..tpkan ada gak kengkawan saya n suami yg masih buat open house

Zakiah: tq dtg gak sini..siannya kat Rayyan..mmg kesian tau budak kena chicken pox, husna yg kena tu pun akak tgk suffer time gatal2nya datang

Bro. Azer: sesekali jer camtu :D

IV: hehe..betul tu.