Monday, November 27, 2006

SIHAT & SAKIT

Assalamualaikum,


Terima kasih pada semua yang mendoakan Alia cepat sihat. Alhamdulillah, dia beransur sihat walaupun masih ada sesekali kedengaran batuk berkahaknya, yang penting, tidurnya dah selesa tanpa rasa saluran hidung tersumbat dan dengkuran yang mengalahkan orang tua tu. Kalau sebelum ni, kita dengar dengkuran tu yang tak tahan tu sebab dpt rasa macam ada selsema yang tersekat kat area batang hidung dan tak mau turun2 keluar. Hinggakan kalau dia tidur tu, mulutnya mesti menganga, yelah bernafas melalui mulutkan..kesian tau menengoknya.

Sabtu malam, seperti yang dijanjikan, kami bawa dia jumpa doktor pakar ENT, dan hasil sesi soal jawab doktor tak boleh nak bagitau yang Alia ni ada RESDUNG, sebabnya dalam hidungnya yang berair tu adalah disebabkan selsema dan bukan alahan (sbb dia tanya samaada Alia ada alahan pada makanan tertentu atau tidak, dan jawapannya tidak), dan asmanya datang disebabkan dia kena selsema dan batuk berkahak serentak. Itu yang mmg saya pastikan sendiri. Kalau selsema sahaja tanpa batuk, asmanya takkan datang. Apapun doktor tu masih bagi Alia ubat untuk membantu selsema dan batuk berkahaknya sembuh. Sib baiklah masa doktor duk check keadaan dalam hidung dan dalam tekak Alia tu, Alia bagi kerjasama tanpa meronta2, kalau tak payah gak.

Setelah tu, kami bawa Alia jumpa dengan doktor biasa yang merawat Alia dan yang suspect Alia ada resdung tu (di klinik yg sama ni; ada rawatan biasa n pakar), untuk memeriksa samaada perlu atau tidak Alia kena nebulizer lagi. Alhamdulillah, dah tak de whizzing.

Kiranya start malam Ahad tu hinggalah ke pagi Isnin ni mmg tak de bunyi apa2 dah. Tapi still kesian kat dia sebabya kena makan 5 jenis ubat; ubat batuk, ubat cairkan kahak, ubat selsema, ubat lelah, dan antibiotik. Hari Ahad tu memang nampak dia letih sebab terlalu banyak makan ubat yang semuanya menyebabkan mengantuk.

Bak pesan Simah suruh saya jaga diri, sebenarnya saya pulak rasa badan tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam. Tapi, taklah sampai kena makan ubat. Letih tak cukup tidur sejak Khamis malam masih terasa sampai sekarang. Itulah dia tugas ibukan dan komen bro. Azeer dalam entri sebelum ni memang benar, itulah yang buat terasa kuat sikit tu.

Dan ada satu lagi yang merunsingkan saya, saya kena SAKIT GIGI lagi...ya ALlah, saya terfikir mungkin dah start nikmat gigi saya ditarik perlahan satu demi satu. Gigi sakit ni adalah gigi geraham gak, berjiran ngan gigi yang baru dicabut ari tu. Ke disebabkan saya bertangguh cabut gigi yang lama tu, makan kumannya telah merebak ke jiran sebelah? Wallahu a'lam. Nampaknya nak kena ke klinik gigi lagi. Saya ni sampai dah tahap steady aje, tak takut dah pegi klinik gigi lagi. Tapi, KALAU kena cabut lagi..memang sejarah betullah, SETAHUN 3X CABUT GIGI. Ada ke orang macam tu? kalau tak de, ni boleh masuk GUINNESS BOOK OF RECORD MALAYSIA nih..huhuhu

Oklah. Eh, saya nak share satu lawak yang saya dapat melalui fwd email. Pada saya mmg lawaklah...



Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have some fun, started talking loudly.
"My boss is sending me to Saudi Arabia", the one said, "But I don't want to go...too many Muslims there!"
The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable.
The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I refused...WAY too many Muslims!"
Smiling, the first man said, "One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!"
The couple fidgeted.
The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"
The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why you'll never see me in Indonesia... WAY too many Muslims!"
At this, the Muslim man turned around and responded politely, "Why don't you go to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim THERE!"
__._,_.___

18 comments:

Anonymous said...

Syira dulu pernah kena sekali cam nie...cuma tak sampai kena guna nebulizer..cuma guna inhealer jer.. Bab makan ubat...ubat yg manis senang jer...cuba kena ubat yang rasa cam hempeh tuh...puas ler kena pegang dia laki binik...

RaFFLeSiA MeRaH said...

lorrr...3 kali cabut ye kak syikin? x sakit ke cabut gigi ni? kita x penah sekali pun cabut gigi selama hayat ni, tampal gigi selalu laa...dah ader yg patut dicabut pun duk tahan gak...mueheheh...

RaFFLeSiA MeRaH said...

eh...pasal ape tadi dan send comment x der kat sini yerk?? kak syikin, tolong, tolong...coment kita x kuar kat publish...

Rakimi said...

semoga anak cepat sihat... semua mak bapak memang susah hati kalau anak tak sihat.

Rakimi said...

semoga anak akan cepat sihat..
dan ingatlah, antara tanda2 kita dah semakin tua adalah gigi akan mula gugur..

edyan7 said...

to kak RM:

kaka syikin moderate sme komen dia.. bila dah approve baru keluar... yan hari tu pun hantar 2-3 kali..hahhah..mesti kak syikin pelik tengok...huhuhu

hmmm... akk syikin take care lah yek! yan hari tu sibuk sgt ngan zikr sampai demam pun biar je... sekali rebah sehari suntuk baring je...hmmm...

Makcik Runner said...

wakakaka...mmg patut kena kat dorang yg mulut celupaq tu ek!

btw, sian akak dengor korang tak abih2 tak sihat. anak akak yg ke2 tu pun ada masalah eczema, hari tu kena teruk tak pakai losyen dia, terus berkudis sbb gatal sangat.

kalau nak tahu - resdung, asthma n eczema ni mmg berkait rapat antara satu sama lain.

kalu sumer gigi kena cabut, rongaklah nanti..hehe!

Sherin de Souza said...

Salam Syikin. Sorry lama tak blogging la. Dok bz..:) Sherin harap Alia sembuh cepat and you pun juga Syikin. Sampai 3 kali cabut gigi? Hebat nye! Mmg boleh masuk rekod tu.heehehehe...

Anonymous said...

banyaknya ubat dia kena makan..sian dia..tp kalo dah xkena pakai nebulizer, kira ok la..

cabut gigi lagi..? ngeri nih..

oldtown~Smell the Roses said...

Sian kat Alya.Sofiyapun batuk gak skang.Biasalah,dok nursery, berjangkit jelah.

Akak tak sakit ke cabut gigi?Fobialah...nak tukar simen tak tukar2 lg.

p/s:memang lawak!padan muka dua orgtu.

WRA said...

Laaa...akak tertinggal cerita pasal Alia...kesian dengar budak kalau selesema nih...asthma lagi...alhamdulillah, dah sihat sekarang ye? Kena kurangkan benda2 sejuk la ni..sekarang ni memang musim org demam2 kot...

yg citer kat bawah ni kelakar...padan muka dua org tu!hehehehe

Kiah Kardashian said...

rayyan pun masa kena broncholitis dulu sakan kena nebulized. Sekarang ni cuaca sejuk batuk dan selsema. Tapi disebabkan kena bronch dulu treatment nyer macam orang asthma la. Everyday kena pakai aerochamber walaupun x asthma.

Kaklong Syikin said...

salam semua,

nbk: dulu alia pun payahlah makan ubat, x kira yg manis or pahit, sampai kena kepit..one day, dia volunteer nganga mulutnya time makan ubat, senanglah..sejak tu mmg senang sangat2 makan ubat..

RM: tak tau lagi kena cabut or idak, tak p klinik lagi. cabut tak sakit tau, tp masa suntik ubat penahan sakit tu sakit sikitlah. n lepas cabut tu pulak, bila pelali habis, atas oranglah, ada yg terasa sakit n ada yang tidak..ada yg sakit kepala sampai 2 - 3 hari..
hehe..lawaklah awak ni, akak izinkan baru boleh publish. sorilah ya, akak lambat publish ari ni..

Kimi: mmg susah hatikan..alhamdulillah, dia makin ok. batuk2 sesekali ajelah.
tq atas peringatan tu :D.

Edyan: tq tolong jelaskan pada RM :D

betullah yan, kekadang tu duk sibuk jaga anak sakit, sampai tak sedar kita pun sakit gak, akak pernah jaga anak2 demam, rupanya akak pun dah demam sampai 39 darjah, yg tau tu pun bila badan rasa tak sihat sikit n jumpa dr.

KC: salam kenal kak KC. tq dtg sini ya :D.

tq atas info akak tu..

mmg lawak joke tu, saya tersengih tak abih kalau bacanya.

itulah kak, takut saya rongak gigi nanti..

SHerin: lega nampak nama u kat komen ni :D. tq memdoakan kami

itulah sherin, risau kot2 kena cabut gigi lagi ni

MSinga: betul MS, kesian tgk anak makan ubat byk, sampai suami akak tanya, x de ke wlw satu ubat tu boleh diskip??? mmg tak boleh skip..sib baik alia senang makan ubat..

itulah MSinga yg tak larat bab cabut gigi ni..

Nani: sian gak kat sofiya.mmg duduk nurseri berjangkit senang. kat rmh pun senang kalau adik beradik ramai cam anak akak ni 4 orangkan..

time cabut gigi tak sakit, cuma masa suntik pelali tu ada sikitlah..

Kak Wan: skrg ni musim hujan, tula yg lambat baik tu..sejuk memanjang..

zakiah: kesian plak tau kisah si Rayyan ni..tak pe, yg penting dia tak kena asma..

zino said...

baby zino pun ada masaalah yg sama.. kalau dia dah selsema tu kena bagi ubat cepat2.. kalau lambat lelama asma dia datang..

Anonymous said...

Memang kena banyak bersabar time anak nak membesar ni kan? Ni peringatan utk diri saya sendiri juga. Esok2 saya balik msia pun akan harungi perkara yang sama. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua.

Zareda Norman said...

syikin, semoga alia cepat sembuh. Zulaika pun kena attack ngan asthma minggu ni tapi mujur tak berlarutan. Zar memang pantau apa dia makan minum, tak de kasik can.

Jangan cabut gigi lagi tapi buatlah root cannal

Kaklong Syikin said...

salam,

bro. zino: gitu kisahnya. alia ni, kalau selsema semata mmg takkan kena, insyaAllah, tp kalau dha selsema pas tu datang batuk berkahak, cukuplah batuk berkahak tu baru 2 hari, hari k 3 tu biasanya dha kena asma.

MSarah: betul tu MS

Zareda: mmg kena pantaukan terutama makanan sejuk2 ni..

bab root canal tu mmg boleh buat kalau saraf dlm gigi tu ok lagi, kalau dah k.o, tak de gunanya jugak, akhirnya kena cabut juga. ni nasihat doktor sendiri.

kasutVINCCI said...

kena cabut gigi lg ke kak syikin? Sejarah tu, setahun 3 kali. Ihiks.